Be My Lovely Follower

Thursday, July 29, 2010

Our Second House. Laksamana Puri Condominium, Batu Caves

Satu2 aku buat posting. Tak dapat nak post terus 2 or 3 cerita sehari. Tak per la janji berupdate..he..he..
Ok bercerita tentang tajuk di atas. Sesaper yang ikut blog aku ni dah sedia maklum sebab musabab aku membeli rumah kedua kan. So plan asalnya kami nak letak barang2 macam meja makan 4 kerusi n meja komputer kat rumah Batu caves ni, tapi tak dapat nak buat demikian sebab peraturan kondo ni tak leh bawa masuk barang pindah pada hari cuti. Aku kan pindah hari Ahad so mmg tak tak boleh la nak masuk kondo tue, maka semua barang di import ke Rawang dulu. Lagi satu sebab musabab kalu nak bawa lori  pindah masuk rumah kena bayar deposit 500. Mmg la dapat balik lepas diaorg hold dalam 2 minggu macam tue tapi aku rasa jumlah tue agak besar n nak buat aper pegang deposit org nak pindah kan. Alasan diaorg kalu berlaku kerosakan masa pindah diaorg akan claim dari duit tue. Tak logik kan. Aku ngan mr hubby sepakat nak pindah pakai kereta jer kat sana senang.

So kami cuma tinggal barang yang kecik2 yang boleh pindah pakai kereta jer. Sepanjang seminggu lepas pindah umah Rawang tue kami angkut la sket2 brg hantar ke kondo tue. Hari Sabtu dan Ahad minggu lepas baru la kami berpindah besar-besaran bawa semua barang. Huh mmg penat giler la rasa coz kami kena angkat barang sendiri. Mmg ada lift tapi nak jalan ke lift dari parking pun jauh. Tambah2 angkut barang guna kereta savy jer, so 4 or 5 trip gak baru habis mengangkut barang. Sakit2 badan2 kami tau. Nak jaga budak tecik tue lagi yang tak behave langsung...hu..hu..

So lepas angkut mengankut sessi kemas rumah lak. Serius aku bgtau rumah condo ni mmg barang2 basic jer yang kami ada. Pakai langsir yang rumah lama jer. Tak kisahla janji boleh duduk kan. Pelan2 kayuh org kedah kata. Nak completekan 2/2 rumah serentak mmg kami tak mampu. Tak per la janji bulan2 kami tak bayar hutang kat org. Macam mana sekali pun tetap rumah kami sendiri. Masa hari pindah aku tak sempat nak ambik gambar sebab terlalu penat. Semalam baru ada kesempatan. Tapi mmg kosong giler la umah aku. Rak tv pun pakai kotak buruk jer..hu..hu..so layan jer picas yang ader....


Ni kat bahagian dapur. Rumah Second Hand macam ni la. Tiles kat dinding tue tercabut. See kosong kan dapur aku. Aku tak suka sangat dapur ni coz tak der partition. nanti kena buat sendiri la jawabnya.

Bahagian hall. Pun kosong gak.Tengok la tv tue letak atas kotak buruk jer. Kotak yang beli kat carefour tue. Langsir pun gantung sementara jer kat dawai. Senget2 jer Lum beli railing langsir lagi. Tak cukup budget daa.

Ni dining hall. Gambar selingan budak tecik itu. Kalu nampak camera akan senyum tak hengat punya.

Ni lak master bedroom. Design sama macam kat Rawang gak. Satu tilam Queen Satu single.

Buat masa skang ni rumah ni tak der mesin basuh or peti ais. So tiap2 hujung minggu kena balik basuh kat Rawang la jawabnya.

Wednesday, July 28, 2010

Moving to Our New House.. Taman Gaaring Utama, Rawang

Lama betul peram cerita ni. Since last week lagi aku nak story tapi tak der masa. So seperti dirancang kami berpindah pada 18 Julai 2010 bersaman 6 Syaaban 1431 Hijrah. Plan asal nak cuba move bulan Rejab coz lebih baik kan tapi kekangan masa tak mengizinkan. Mr hubby dah sewa lori 3 Tan untuk angkut barang kami. Quite big kan padahal barang tak banyak sangat pun. Mula2 ambik satu tan jer tapi aku rasa macam kecik then request 2 tan tuan lori tue kata lebih kurang sama besar jer so ambik la 3 tan yang beza harga cuma 50 ringgit je.

Hari tue aku mmg bangun awal giler sebabnya nak masak untuk orang yang datang tolong angkat barang. Ni la first time aku nak masak dalam kuantiti yang banyak. Mr Hubby request suruh masak nasi tomato, ayam masak merah n acar untuk tengah hari. Huh mencabar gak nak masak 2 periuk nasi tomato tue tapi Alhamdulillah berjaya gak aku masak.Plan nak bungkus jer lam polistrin senang. Then untuk breakfast aku masak mee goreng, kek pandan (masak malam tue lagi) roti canai.

Pukul 9.30, kawan mr hubby masa UTM dan kawan opis dia dah datang. Then dalam 15 min gitu lori pun sampai. Lepas makan diaorg terus buat kerja angkat mengangkat ni. Asalnya nak datang tolong dalam 5 or 6 orang jer tapi dah jadi sampai 10 org. Sebabnya abg ipar aku yang kat Shah Alam bawa ramai kawan. Nasib baik la nasi aku masak cukup untuk semua. Disebabkan ramai maka tak la penat sangat pekerja2 yang datang tue. Tiap2 tangga ada org tolong.

Proses angkut barang semua habis dalam kul 11.30 macam tue. Then Mr hubby naik lori n kawan2 yang lain naik kereta. Aku nagn syakil duduk rumah dulu. Dalam pukul 2.30 macam tue baru aku gerak ke Rawang. Uish bila tengok barang mmg penat la nak mengemas. Nasib aku cuti 2 hari. So cuti tue whole day mmg mengemas dalam rumah jer. Tak banyak picas yang kami ambik coz masing2 tengah bz n aku pun tak ingat kat mana camera dah.

Ni gambar2 kat rumah lama yang dah siap masuk kotak. Masa ni banyak lagi tak packing

Hari pindah. Bilik yang dah kosong

Kat rumah baru. Barang yang diletak dalam bilik no 3

Syakil di celah-celah kotak. Sangat teruja tengok kotak yang banyak. dok panjat naik turun ja
Keadaan ruang tamu yang bersepah dan belum berlangsir lagi. Actually langsir tak sempat siap so kitaorg beli yang sementara dulu.

Bangun pagi selepas malam pertama tido kat umah baru. Kami mmg tak guna katil
since syakil dah lasak.Tapi tilam queen mmg tak cukup nak tido tiga beranak so
sebab tue ader satu tilam single tue.

Bangun pagi hari pertama memasak dirumah baru. Sory ek gambar aku tak bertudung. Korang sure leh nampak kan table top aku agak tinggi tapi tak per la nak wat macam ner lagi. Aku pakai sandle yang tinggi tue masa masak.

Budak yang kebosanan tak tau nak wat aper. Main vacum.

Nanti aku akan update lagi gambar rumah aku ni ek. Banyak lagi entry tertangguh. Thanks to all reader k.

Tuesday, July 27, 2010

Title behind the story

Macam tak sangka jer ader gak pengunjung kat blog aku yang tak berupdate ni. Thank You semua. Aku juga tak sangka iklan  cik nuffnang masih lagi berkelip2 even aku tak update. Thank you so much nuffnang. Even aku ni bukan blogger tegar tapi secara tak langsung aku sangat happy berblogging cuma nak update selalu mmg aku belum punya waktu disebabkan kekangan masa kat opis ni. Aku pun tak sempat nak tinggalkan jejak kat blog kawan2. Maaf dipinta buat kalian semua. Actually terlalu banyak cerita aku tak sempat nak post n tak pasti yang mana dulu aku nak update. Tapi aku akan cuba untuk mengasah kembali bakat mengarang aku n cuba buat posting seberapa banyak yang boleh esok. Aku nak listkan dulu antara cerita2 yang terpendam tak dapat nak story lagi..

  1. Cerita pindah rumah baru kat Rawang
  2. Cerita pindah rumah baru kat Batu Caves
  3. Cerita masa pegi family day Felcra
  4. Cerita perkembangan my son yang dah pun setahun 8 bulan skang ni
Ader lagi cerita sebenarnya tapi aku akan try habiskan posting cerita2 kat atas tue dulu. Buat kawan2 semua terimaaaaaaa kasih coz masih sudi jengok rumah aku ni.

Ni la budak yang dah makin cerdik tapi manja terlebih. Anak mama dah besar. 
Handsome Boy papa n mama

Note: Camera aku dah nazak sangat. Nak beli baru lum mampu lagi hu..hu..hu..

Thursday, July 22, 2010

Alhamdulillah semuanya selamat...

Lamanya aku biar blog ni bersawang n terperap jer ngan entry lama. Actually banyak benda nak citer tapi aku tak sempat n skang ni masa pun agak terhad. So nak buat entry pendek dulu bg warming up nak update blog balik. Alhamdulillah kami sekeluarga dah selamat pindah ke rumah baru kami di Rawang Ahad lepas. Aku bercuti selama 2 hari untuk berkemas aper yang patut. Semalam baru masuk kejer tapi agak bz so tak sempat nak citer aper2. Cerita disebalik perpindahan kami di next entry k. This weekend misi nak pindah ke rumah batu caves lak. Tunggu citer panjang aku di entry lain nanti.

Tuesday, July 13, 2010

Something is Happen that we never think before.......

Hari dah Selasa kan..semalam tak de kesempatan nak update blog disamping fikiran kacau yang tak bersebab..hu..hu..

Berbalik kepada tajuk entry kat atas aku nak kongsi satu peristiwa agak tak best berlaku kat aku ngan hubby malam Jumaat lepas. Sebelum ni kan aku ada mention yang kitaorg nak basuh rumah kami kat Batu Caves Jumaat malam tue. So seperti yang dirancang dalam pukul 6.30 macam tue kitaorg gerak ke Batu Caves. Tapi aku tak pasti naper hati aku tak sedap jer rasa. Tapi aku buat2 tak rasa aper2 jer la. Masa on the way nak pegi tue hujan lebat sangat n jalan ke sana sanagt2 la jam. Nak pgi umah aku tue ada 2 jalan satu ikut jalan ke ulu yam satu lagi ikut lebuh sri gombak. Malam tue ikut Lebuh Sri Gombak tapi jam sangat2 teruk. Dah la kat situ bukit tinggi. Kalau aku yang drive alamatnya tak smpai la umah kami tue gamaknya.

So perjalanan ambik masa yang agak lama sebab jam tue. Bila dah sampai kitaorg pusing2 cari parking lot yang diberi..mak oi tingkat 4 ko. Puas gak la pusing nak naik park kat atas tue. Nasib la kan. So tiba2 bila dah sampai jer depan rumah tue, ada mangga lak dikunci diluar grill. Kunci yang kami dapat tak pula bg kunci mangga. Dah la mr hubby tertinggal h/p n tak dapat nak tel agent jual rumah coz aku tak simpan no ajen tue. Hmmer pun tak bawa. mangga tue susah gak nak pecah guna hammer.

Masa kami dok bising2 pasal kunci mangga tue, tiba2 ade la sorang foreigner negro keluar. Dlam blur2 dia cakap ade kunci mangga tue. Mula2 aku ingat penyewa sebelum ni yang bg kunci tue kat dia tapi rupanya bila dia explain kat kami dia kata dia sewa rumah tue. Aik pelik kan bunyinya. Then kami tanya dia sewa dari saper. Dia jawab Indian Guy nama Raj. Pastue siap tukar tombol pintu lagi. Suka hati mak bapak ja India tue pecah rumah aku. Nada marah n geram. Pastu aku ngan mr hubby explain la perkara sebenar kat negro tue dan cakap kami dah beli rumah tue and mean dia kena tipu ngan India tue.

Then dia faham n dia pun rasa something not right bila dia tak dapat pun kunci grill ngan kunci2 bilik lain. pastue siap tukar tombol pintue aper hal. Then Raj tue pun tak dapat dihubungi lak tue. So dia bg la kami kunci rumah tue, tapi dia inform dalam bilik master bed ader barang2 dia..nanti dah settle semua baru dia angkat.

Terus mood kami down nak cuci rumah n balik jer terus. Pastue dah ampai umah pihak management telefon kami nak mintak kepastian n mintak salinan Agreement pembelian rumah. Esoknya hari Sabtue kami pg hantar. Foreigner tue dijanjikan india tue nak bg balik duit. Tapi sampai semalam petang dia belum lagi move barang dia coz belum ader rumah lain. 

Sepanjang dua bulan ni aku ngan hubby banyak betul diuji dengan macam2 perkara. First aku tak dapat gaji, Kedua dompet hilang n percutian keSabah batal n now rumah lak kena pecah masuk. Sabar jer la,,mungkin Allah nak uji kami dan ada hikmah semua ni berlaku..Amin

Note: Ader benda lucu tau masa org negiria maksud aku foreigner tue kuar jumpa kami malam tue. Dia hanya pakai spender n balut ngan selimut jer tau..Agak2 korang dia dok buat aper ek dalam rumah tue..he..he..



Friday, July 9, 2010

Projek anak beranak malam ni...

Aper motif lelak gambar kunci ni. Motifnya adalah kami dah dapat kunci rumah kedua kami. Alhamdulillah skang ni kami mmg dah confirm akan pindah pada 18 Julai 2010 bersamaan 6 Syaban 1431 Hijrah. Tak sempat nak pindah lam bulan Rejab nampaknya. Plan asalnya nak ambik kunci hari ni tapi mr hubby ubah plan ambik semalam. Untuk sesapa yang baru jer ikuti blog aku ni boleh la baca kat sini dan sini pasal rumah kedua kami ni dan kenapa perlu ada 2 rumah..So dengan rasminya skang ni kami dah mempunyai 2 rumah sendiri. Allhamdulillah syukur atas kurniaanMu.

Disebabkan weekend ni ada aktiviti lain, maka malam ni kami anak beranak kena la membersihkan rumah tue secepat yang boleh. Dah tak banyak masa lagi nak buat semua tue tinggal seminggu jer lagi nak pindah n packing semua barang. Maka minggu depan akan menjadikan minggu yang sangat bz bagi aku dan suami. Antara aktiviti weekend ni :
1) Hari Sabtu nak kena pegi Rawang pasang railing tingkap n buat langsir rumah. Entah la sempat ker tak siap
    langsir tue. Pastue nak pasang Assesori bilik air yang dah dibeli.
2) Hari Ahad lak kena attend Family Day Felcra Berhad company my hubby. Harus aku ikut coz buat kat
    Sunway Lagoon. So sesapa blogger yang keje kat Felcra leh jumpa aku k.

Ok berbalik kepada cerita rumah tue. Buat masa skang ni rumah batu caves akan jadi rumah singgahan time hari kejer. Disebabkan both of us kejer kat setapak so nak ulang alik ke Rwang hari2 mungkin tak mampu coz jalan Rwang KL sangat2 jam time hari kejer disebabkan oleh contruction pembesaran jalan dan pembinaan highway Kuala Lumpur Kuala Selangor. Then adik ipar aku pun akan duduk kat Batu caves jugak menyewa dengan kami. Ringan sket beban nak bayar sewa hi..hi.. Disebabkan rumah ni ader 4 bilik maka aku bercadang nak sewakan lagi satu bilik untuk sesapa yang berminat. Nanti hubungi aku ek. So itu jer nak citer sebelum aku bercuti weekend ni ek.Macam biasa bila cuti keje blog pun bercuti la coz ni internet line or berukband kat umah. So Happy Weekend to All. Jumpa lagi minggu depan

Myspace Comments


Aku sangat teringin nak buat ni Tapiiiiiii.....

Yer honestly aku sangat teringin nak buat benda ini. Buat aper buat cupcake. Tapi aku buakn pandai sangat pun cuma bila tengok org deco2 minat dan keinginan tue timbul. Patutkah aku pegi class? Hmm akan difikirkan nanti. Buat masa skang ni aku try dulu blaja sendiri n kalu boleh hujung minggu ni n try buat yang simple2 dulu. Bukan nak buat jual just untuk makan sendiri dan kepuasan diri sendiri. Kalu la projek aku ni menjadi aku nak buat sendiri besday kek Syakil nanti. Mama akan belajar sampai terer k.Hope aku berjaya ngan projek baking membaking ni.



Sangat Comel dan Cute buat aku tertarik nak mencuba.........

Note: Kalu aku termabik gambar kek saper2 mintak halal yer. Ni ehsan dari pak cik GOOGLE jer...

Selamat Pagi Jumaat yang mulia

Sekejap je dah Jumaat balik. Minggu ni masa cepat berlalu aku rasa or tiap2 minggu aku rasa macam tue. Moga hidup kita lebih mendapat keberkatan di pagi Jumaat yang mulia ni k. Esok n lusa cuti..hmm nak masak aper yang spesial yer minggu ni..Macam biasa hanya hujung minggu jer aku akan masak best sket untuk family. Kalu hari-hari kejer kadang2 masak kadang makan roti jer. Syukur Alhamdulillah aku dapat husband yang langsung tak cerewet. Dia akan makan kalu aku masak kalu tak masak pandai la dia nak buat untuk diri sendiri. Honestly my hubby mmg pandai berdikari n jenis tak kisah sangat

Aku mmg suka masak since dah kawin coz masa aku bujang dulu aku mmg impikan nak ader rumah sendiri n masak macam2 untuk famaily tersayang. Bukan aper masa duduk ngan keluarga aku malu nak masak takut tak sedap ker aper ke. Tapi bila dah kawin ni mr hubby lah jadi tester aku. Kalu sedap mmg habis la dia makan tapi kalu tak sedap alamtnya semua aku buang ha..ha..

Sebenarnya memasak ni bg satu kepuasan bg seorg wanita aku rasa tambah2 bila aper yang kita masak menjadi n mendapat pujian kan. One more sebab aku suka masak coz mr hubby mmg jenis suka makan. Setakat hari ni aper jer aku masak mmg habis licin la dia makan..hi..hi..so kat bawah ni aku nak share gambar2 menu yang aku pernah masak. Tak pernah publish coz aku jarang wat entry masakan. Bukan pandai masak sangat hi..hi..

  Puding Roti dalam oven.Klau buat ni kejap jer dah habis. Syakil pun suka makan

Siakap Tiga Rasa. Tak nampak ikannya hu..hu..

Apam Indon/Ambon. Ni resepi Mat Gebu

Bab2 kuih muih ni banyak kali gak aku buat tak menjadi tapi aku tak pernah give up. Usaha tangga kejayaan kan. Aku percaya semua wanita kat luar sana ader hobi memasak kan..

Thursday, July 8, 2010

Mama_Balqis 1st Moment GiveAway

Mama balqis atau anje adalah salah sorang blogger yang glomour yang aku kenal dalam dunia blogger ni. Sebelum ni beliau banyak anjurkan contest dan seingat aku pernah masuk sekali jer kot contest yang dianjurkan. So kali ni buat julung-julung kalinya beliau anjurgkan giveaway lak. Wajib aku join coz syaratnya pun cukup mudah dan simple..Jom view syarat2 Giveaway ni k.

1) Terbuka kepada semua follower mama balqis Done
2) Add blog mama balqis dalam bloglist dan tempek banner Done
3) Buat Entry ringkas pasal 'Mama_Balqis 1st Moment GiveAway ' dan letak banner Done
4) Mention Date Line Done

So Giveaway ni akan bermula esok 1 July 2010 sampai 15 July 2010 ni

Hadiah2nya:
Ole2 from cherating

So jom join ramai2 klik kat sini

Sudahkah anda menjalani ujian Pap Smear?

Tajuk entry adalah soalan cepumas. Korang dah jalankan belum ujian ni. Hari Selasa lepas aku dah buat ujian ni. Dah lama sangat tertangguh. Syakil pun dah nak masuk 1 Tahun 8 Bulan baru aku nak buat. Bukan aper aku takut nak buat sebelum ni coz ader baca2 article diaorg kata sakit, tu yang seriau nak buat tue. Lagi satu malu rasa nak pegi tunjuk tut2 kat nurse. Tapi memandangkan ujian ni agak penting bg kita kaum perempuan ni maka aku pun tebal muka la pg jugak. Ok pengalaman aku sendiri lepas dah buat ujian tue la kan. Mmg agak sakit sket, yer la dah masuk benda alah besi tue kat situ kan. Rasa sakit tue lebih kurang kena seluk bukaan masa nak bersalin jer la. Then proses pun tak lama, kejap jer pun. Tapi lepas buat ujian tue mmg rasa ngilu sket la malam tue..Cian cik abgku terpaksa bercuti lagi ha..ha..So untuk maklumat bersama aku nak citer sket aper tue Ujian Pap Smear k:

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid iaitu hari kesepuluh

Apakah yang sebenarnya berlaku semasa ujian tersebut

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Nota penting:
1.Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP"

Ni contoh alat yang digunakan:


Note: Nasihat aku korang tak tah takut k..tak sakit sangat pun.

Giveaway KELLY

Pagi Jumaat yang ceria dan diberkati. Sempena hari Jumaat yang berkat ni aku nak try masuk Giveaway yang dianjurkan oleh Kelly. Pagi2 tadi jalan2 kat blog Mrs K tue yang ternampak pasal Giveaway ni. Kebetulan lak aku mmg minat giler nagn hadiah yang ditawarkan ni. Set2 pinggan lama huh mmg susah nak dapat ni. Kelly ni mmg banyak giler koleksi barang2 macam ni lepas aku view blog dia tadi. So jom view syarat2nya k..

Tarikh Giveaway : 3 July 2010 - 31 July 2010 - Masuk hari ni pun boleh lebih afdal
Terbuka kepada semua Follower - Dah jadi pun Follower
Iklan dan buat Entry dan jemput kawan2 join - Dah buat dan akan buat promosi nanti.. My referral Mrs k Hadif 
Tinggalkan Komen di Entry - Dah buat

Hadiah2nya adalah
Hadiah pertama :
Set Ros Hitam ( Teko & 6 cawan + piring )
Piring bujur bunga kangkung & ros merah putih OC

Hadiah kedua :
Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2

Hadiah ketiga :
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )

Antara Hadiahnya

So aku menjemput semua untuk join Giveaway ni k. Jangan lupa mentionkan nama aku as refferal k.. Moga ader rezki yang menyembelahi aku.

Season 3 Cute Baby with TOY contest!!


Penaja Bersama

Aku tak pernah pun join contest ni tapi kali nak try nasib walaupun dah masuk musim ketiga k. Ramai blogger2 dah buat 2 blog satu blog diari harian satu lagi blog contest. Hmm aku lum lagi terfikir nak buat macam tue coz aku pun jarang join contest. So jom kita view syarat2 contest ni dulu:

2) buat 1 n3 berkenaan contest ni dan pastikan ade link back ke http://www.suziey.com/ , http://www.malinasiam.com/ & http://aivee-emart.blogspot.com/   Done
3) letak banner contest & juga banner penaja (http://aivee-emart.blogspot.com) tu di tepi side bar blog korang & di dalam n3 contest korang ...harus ade link back ok.. Done

4) letakkan SEKEPING shj gbr anak anda yg comel itu bersama TOYS (whatever types of toys..lori, teddy bear, ball, basikal xkisah apepun as long as dinamakan TOY a.k.a MAINAN UTK BUDAK..)..then nyatakan nama & umur anak anda. Done
Syarat umum:
1) msti mempunyai blog sendiri..
2) contest bermula 21 June 2010 - 15 July 2010 @ 2.00pm
3) kelayakan umur peserta adalah 1 bulan - 4 tahun shj
4) penyertaan hanya utk anak sendiri…
Ok syarat2 pun cukup senang kan. aper yang menarik pasal contest ni dan sebab aper tergerak hati aku nak join adalah kerana:
    " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM "


Sangat Menarik Bukan
So jom join ramai2 kat sini


So gambar yang aku pertaruhkan adalah:
Name : Muhammad Zafreen Syakil
DOB: 28 November 2010 (1 Tahun 8 bulan)

Walaupun pic ni Syakil tengah tido tapi bagi mata aku dia sanagt comel dengan gaya pegang pistol macam tue. Hope ader rezki kami k..

WorldCup 2010 Final SEPANYOL vs BELANDA

Terasa baru jer Piala Dunia mula kan..skang ni dah nak final dah. Actually ni first time aku buat tpic worldcup dalam blog. Sebab aper sebab kami tak fanatik sangat dengan Worldcup termasuk la husband aku. Sepanjang piala dunia berlangsung tak silap aku 2 kali jer mr hubby tido lambat. Tue pun sebab dia nak tengok pasukan pilihan dia. Aku mmg tak pernah langsung la tido lambat semata-mata bola tue. Semi final pun kitaorg tak layan gak..Mr hubby lak tengok perlawanan ulangan jer..pastue pagi2 on TV nak tengok result jer..ha..ha..

Ok berbalik kepada tajuk kat atas seperti sedia maklum semalam Sepanyol menang walaupun ramai gak yang sokong German kan termasuk la suami check sayang. Tapi nak wat camne rezki berphihakk kepada Sepanyol kan..

May b pagi Isnin ni Mr Hubby akan tengok gak Final. So korang sokong saper ek Belanda ke Sepanyol.Kita saksikan k.

Tuesday, July 6, 2010

Pernah tak terjadi kat korang situasi yang aku rasa

Msti confuse jap tengok tajuk. Macam ni korang pernah tak alami benda ni. Bila badan penat sangat pastue nak kena buat macam2 kejer pastue kan cik abang lak boleh sewenang-wenangnya dok berehat depan TV, then sampai anak berak pun dia tak sedar nak jugak bini buat, anak mengantuk pun bini gak nak kena tidokan, Agak2 korang akan geram dan marah tak?

Hu..hu..tu la sifat aku bila keadaan kat atas berlaku kat since ader syakil mr hubby mmg akan kena marah. Tapi aku puji dia coz dia seorg yang sangat cool n tak marah balik tapi suka memujuk. Tapi sifat dia macam tue tak pernah berubah tau.

Alkisahnya semalam aku puasa then malas nak beli kat luar so bertungks lumus memasak pastue berbuka. Then baru aku sempat mandi n solat. Pastue basuh baju lak coz dalam bilik air ader baju terendam takut berbau nanti. My hubby pas makan terus landing depan TV tak gerak2 dah. Sekali cakap 'bang tengok anak jap', pg la tengok kejap pastue rehat balik. Pastue masa ngah sidai baju syakil merengek cakap ma..yak.antuk (maksudnya dia berak n mengantuk). Hmm aku jugak la uruskan dia n tidokan dia. Bila badan penat hati jadi panas..hu..hu so kemarahan tercetus.

Mmg aku merajuk n sakit hati giler semalam. Yang bestnya seromantik boleh my hubby pujuk coz aku dah janji nak ehem2 (18SX) tapi disebabkan kegoan n kemarahan aku, maka aku wat2 tido n wat keras jer..he..he.. Mula2 dah nak gelak dah tapi cuba tahan n tido sampai pagi. Esoknya kami baik macam selalu ha..ha..

Untuk Abg:
Ayg mintak maaf banyk2 k. Ayang tahu berdosa isteri kalu marah suami tapi jangan la wat ayg marah k..Sayangggggggg Abg Muahh..muahhh

Monday, July 5, 2010

Kepuasan tak terhingga bila melihat mahligai sendiri bersih

Tajuk macam cerita jer kan. Ha..ha..sajer tulis macam tue nak gambarkan betapa bestnya bila mencuci rumah sendiri ni. So perancangan hari Ahad diteruskan iaitu operasi membasuh rumah. Kebetulan adik ipar aku pun cuti so boleh la dia tolong sekali. Bangun pagi2 aku ngan mr hubby masak untuk bekalan tengah hari. Mr hubby masak nasi ngan sambal ikan bilis.( Untuk pengetahuan semua dah lama aku tak masak sambal ikan bilis coz sambal ikan bilis mr hubby sangat sedap aku rasa. So dia yang selalu masak kalu kami terasa nak makan) Then aku just buat daging goreng kunyit n buat nasi goreng kat syakil. Dalam pukul 9.30 pagi kami dah gerak ke Rawang. Mmg semnagt sungguh nak bersih rumah  ni.

Antara tugas yang disenaraikan:
1) Basuh dalam kitchen cabinet coz nak simpan barang2 dalam tue dulu before aktiviti membasuh
2) Buang sawang2 and cuci tingkap
3) Start basuh living n dining room serta bilik. Sekali basuh ngan air tanah, then sabun n last sekali Dettlo
4) Basuh Kitchen.
5) Basuh car porch and wet kitchen kat belakang.

Note: Bilik air dah basuh last two week masa tak jadi pg Sabah Mr hubby dah basuhkan.

Syakil pun sangat seronok sebab dapat main air. And sampai satu tahap dia menangis tak nak andi dah dia kata sejuk. Menggeletar badan dia..ha.ha..masa aku buat kerja aku umpan dia mandi kat pool. Bila berendam lama tue yang sejuk. Kebetulan semalam kan mmg hujan lebat giler. Bila lepas mandi jer aku suap dia makan n finally tertido kepenatan. Bangun jer umah dah bersih.

Syakil n his pool

Kat bawah ni antara pic yang dapat diambik masa aktiviti cuci mencuci k.

Time ni Syakil dah kesejukan

Mama n papa yang semangat mencuci

Finally umah dah bersih n syakil main ball nagn happynya. Mama n papa pun sangat happy n puas tengok rumah dah bersih. Paling happy papa la coz rumah tue hasil titik peluh dia selama ni.

Sangat happy boleh berlari dalam rumah yang agak luas sket dari rumah sewa skang ni

Lupa lak aku nak upload gambar aktiviti papa syakil hari Sabtue. Ok Mr hubby buat sedikit renovation kat umah tue. Firest dia cover saluran paip air kat depan dengan simen coz dia takut in future tercangkul lak kawasan tue. Contraktor tak tanam paip tue dalam2 tapi duduk kat surface jer, kalu terpijak pun leh patah. Then dia jugak kemaskan dinding kat wet kichen belakang.



Skang ni tunggu nak pindah jer lagi. Tak sabar aku. Kalu ikutkan planning kami nak pindah 18/7/2010. Hope tak der per2 masalah la nanti.