Be My Lovely Follower

Tuesday, December 27, 2011

Keguguran Rambut Yang Kritikal..

Masalah biasa bagi yang baru bersalin kan. 3 bulan pas bersalin perkara ni msti berlaku gak. So skang ni aku mmg tengah pening dengan perkara ni. Si Syafi lak suka tul menyembur skang ni. Tapi kan tue mitos ker or mmg ade kaitan eh..Entah la. So buat masa skang ni aku terpaksa potong rambut. Tapi paling fobia nak sikat rambut ler. Sekali sikat mmg secekak la rambut gugur. Even rambut aku tebal tapi skang ni dah nampak jarangnya. Bila pegang pn rasa ringan jer. Hope cepat2 la hormon aku berubah. Dan cepat la msalah ni selesai.

Tuesday, December 20, 2011

Apam Angry Bird n Lady Bird Versi Mama Syakil Syafi

Pengaruh Facebook kat budak2 pun ade ok. Skang ni kan tengah famaous apam angry bird dipromosi dalam facebook n website kan. So pabila si mama tengah online si anak pun menyibuk sekali makanya ternampak la sianak apam yang comel2 ni. So aper lagi Syakil mintak aku buatkan apam angry bird kat dia jugak. Huh lama gak aku ambik masa nak tunaikan hasrat dia ni coz belum sampai seru kerajinan. Tapi bila si anak sampai termimpi-mimpi maka kena la berhempas pulas buat jugak.

Resepi untuk apam ni actually resepi apam polkadot yang pernah aku buat dulu. Bagi aku apam ni rasa so2 jer. I mean biasa jer. Tapi bila dah rupa yang menarik akan menarik minat budak nak makan kan. Puas jugak aku nka siapkan satu adunan kuih ni. Yer la dengan Syafi lagi tapi aku buat jugak sampai habis. Di sebabkan banyak aku beri jugak kat jiran2. Percubaan yang tak menghampakan. Ade gak bakat aku melukis he..he.. Boleh ambik tempahan ni he..he..So tengok hasilnya.



Amcam boleh niaga tak he..he..

Bila Syakil Sayang Syafi

Dah tak nampak rupa blog dah. Bersawang sungguh. Lama betul aku tak update. Tapi serius aku masih lagi rindu nak aktif berblog macam dulu. Banyak sangat peristiwa penting yang aku tak update dalam ni. Dah tak jadi diari dah aku rasa. May b pelan2 aku nak catch up balik citer2 lama n update balik dalam ni..

Untuk kembalikan mood nak berblog ni aku just nak update pasal 2 orang anak teruna aku ni. Syafi dah pun 4 bulan lebih dan Syakil dah pun genap 3 tahun. He love his brother so much. Buat masa skang ni dia masih boleh jadi abg yang boleh diharap. Maksud aku setakat nak tinggal pegi kedai kejap Syakil boleh jaga adik dia. Setakat ni tak der lagi aksi ganas yang dia buat kat Syafi. Tapi aku still pantau coz kadang2 dia geram ada la sekali dua dia buat adik dia menjerit nangis..he..he..nama pun budak baru nak cerdik kan. Jom layan picas dua beradik ni..





Adik saya sangat berat


Kami comel kan


Sayang adikk