Be My Lovely Follower

Saturday, October 25, 2014

Tempat best dan tarikan di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Salam Maal Hijrah Salam Satu Muharram semua bloger dan sahabat maya sekalian. Apa plan korang hari ni..ada pegi bercuti or jalan mana2 ke.

Kadang2 aku ngan mr hubby puas fikir nak bawak anak2 jalan mana kat kl n selangor ni yang boleh buat diaorg happy. As usually kanak2 besar diaorg hanya fikir main je la. Lagi satu tarikan main air. Nak pegi water teampark selalu jenuh siap duit ler hu..hu.. puas google2 aku jumpa yang ada waterpark free antaranya klcc dan pusat sains negara. Tapi aku suggest kalau nak bawak pg pusat sains je x ramai org compare klcc.

Hari ni bawak lagi diaorg mandi sini. Ni kali kedua diaorg bergembira kat sini. Selain dapat masuk pusat sains mengembara dapat gak mandi kolam. Dah cukup best nikmat dah bg diaorg. So sesape yang belum pernah datang x rugi bawak anak2 kesini. Ilmu dapat keseronokan pun dapat. Hope dapat bg idea kat parent diluar sana k.

Tempat best dan tarikan di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

Salam Maal Hijrah Salam Satu Muharram semua bloger dan sahabat maya sekalian. Apa plan korang hari ni..ada pegi bercuti or jalan mana2 ke.

Kadang2 aku ngan mr hubby puas fikir nak bawak anak2 jalan mana kat kl n selangor ni yang boleh buat diaorg happy. As usually kanak2 besar diaorg hanya fikir main je la. Lagi satu tarikan main air. Nak pegi water teampark selalu jenuh siap duit ler hu..hu.. puas google2 aku jumpa yang ada waterpark free antaranya klcc dan pusat sains negara. Tapi aku suggest kalau nak bawak pg pusat sains je x ramai org compare klcc.

Hari ni bawak lagi diaorg mandi sini. Ni kali kedua diaorg bergembira kat sini. Selain dapat masuk pusat sains mengembara dapat gak mandi kolam. Dah cukup best nikmat dah bg diaorg. So sesape yang belum pernah datang x rugi bawak anak2 kesini. Ilmu dapat keseronokan pun dapat. Hope dapat bg idea kat parent diluar sana k.

Thursday, October 16, 2014

Kek coklat moist sedap sangat ( Anis Coklat Moist Kek )

Kek coklat seperti ramai sedia maklum kek yang paling senang nak buat dan paling sedap nak makan. Aku dah try macam2 version kek coklat moist actually. Ada yang sedap ada yang aku buat x jadi dan macam2 version la. Selalu aku paling giveup kalau kek aku bantat jadi muak la nak makan. Mmg sangat2 frust la. Tapi aku x pernah serik mencuba.

Baru2 ni ada lebihan toping cheese leleh aku buat minggu lepas. Pikir punya fikir nak buat ape maka dapat la idea nak buat coklat moist kek je la. Sebab aku skang ji x de mixer nak buat kek pukul memukul ni. Rosak gara2 buat roti sarang lebah hu..hu..

So aku start google nak cari resepi kek coklat yang baru lak..boring dah resepi lama..selalu setia ngan coklat moist kek munira baharom je. So aku jumpa la satu website ni yang katanya resepi ni resepi tuan punya anis coklat moist kek yang glomour tue. So berkobar2 la diri ni nak try sebab bg aku coklat kek anis tue mmg sedap pun. So pas godek2 semua yup kek ni menepati anak tekak aku yang comel ni he..he.. so dibawah akh kongsikan resepinya eh.

Kek coklat moist anis

Bahan A
1 cawan air/susu cair or segar
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan gula halus atau 3/4 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
2 biji telur
Esen vanila sket

Bahan B
1 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Semua bahan ayak bersama

Cara
Masak semua bahan A kecuali telur hingga semua larut dengan api sederhana. Kemudia telur dikacau sekali supaya sekata kuning dan putih kemudian dimasak sekali bahan A tadi. Kacau rata. Kemudian masuk bahan b kacau bg rata. Tutup api dah kukus adunan selama 40 minit hingga 1 jam.

See semua bahan2 hampir sama dengan mana2 kek coklat cuma yang bezanya semua bahan dicampurkan kat atas dapur yang ada api kan..hasil kek sangat moist dan sedap...selamat mencuba sahabatku semua. Senang mudah dan pantas kan. Semudah 123 je.

Friday, September 12, 2014

Kertas UPSR bocor

Ape la nasib budak budak ambik upsr tahun. Kesian diaorg kan. Buat adik2 sekalian banyak2 sabar eh. Mangsa termasuk la adik aku kat kg. X pe la iman ko kn usaha lagi n hope leh dapat A la untuk subjek yang kn ulang balik ni. Kak doakan hang boleh buat k. May b kementerian pendidikan kn lebih berhati-hati pas ni.

Note: agak2 sape punya kerja eh jadi macam tue. Mesti orang dalam gak kan.

Thursday, September 11, 2014

Puteri penyeri keluarga #Zahra Safiya

Masa mengandung rasa lama sangat dia kat dalam petut tapi bila dah lahir cepat pula membesar kekdahnya ha..ha..rasa macam baru semalam perut aku ni ditoreh-toreh nak kuarkan dia hi..hi..

Hanya satu nama zahra safiya mohd redzuan skang ni dah pun nak masuk 3 bulan 20/9 ni..bila dah makin besar ni ramai yang cakap muka dah macam papa dia..kulit pun kulit papa hu..hu..x pe la nak hitam manis tue cantik pe.biar la abg2 putih janji saya tetap comel hi..hi..

Pencapaian dia agak cepat berbanding abg2 dia. Start menyembang dan gelak kuat masa umur baru nak masuk 2 bulan..skang ni dah start nak memusing badan nak meniarap. Setakat hari ni dia masih lagi x banyak ragam kecuali dia x sihat or letih maka dia akan buat perangai la. Dan ape yang best pasal anak dara aku ni dia tido malam lena sampai pagi. Selalu dia tido dalam kul 11 malam subuh esok pg baru bangun. Bahagia la mama dia x berjaga malam hi..hi.. tapi yang sengsaranya my cik b bengkak la so kalau ada kerajinan bangun la mengepam kalau x rajin lencun la baju..ha..ha.. so layan je gambar anak dara ni yang mama sempat ambik.

Friday, July 11, 2014

Welcome to the world my princess

Alhamdulillah tuan tanah blog ni dah selamat melahirkan seorang baby gurl tanggal 20 jun 2014..awal 2 minggu lebih dari due..

Selepas bermain tanda tanya tentang jantina baby in my tummy akhirnya tercapai gak aku nak dapat seorang princess. Nasib la dia x de baju baby gurl sebab mama dia takut nak beli hu..hu..

Tanggal hari ke 7 my princess dah ada official name yang kami suami isteri dah sepakat pilih.. Zahra Safiya Mohd Redzuan. Maksudnya bunga yang suci. Hope kamu bakal menjadi anak yang solehah yer nak sesuci namamu..

Walaupun sebelum dan selepas kelahiran macam2 dugaan yang aku kn lalui tapi Alhamdulillah semua dah kembali normal dan baby safiya pun dah sihat skang. Unyuk pengetahuan semua aku lahirkan safiya melalui pembedahan akibat sedikit komplikasi. Akan diceritakan dientry akan datang k.

Tuesday, June 17, 2014

pekasam daging moden area rawang

Aku nak buat promosi sket pasal pekasam yang tengah hot skang ni. Pekasam daging yang sedap lagi marveles. So sesiapa nak order boleh contact aku k. Cod area rawang,batu caves,setapak n wangsa maju or boleh je by pos tapi charge rm 6 la macam biasa. Harga sepeket rm10 sahaja. Boleh hubungi aku gn whatsup, msg dan sebagainya di no 0133304533..terima kasih..




Wednesday, June 11, 2014

Alkisah diri empunya blog..

Berblog pun jarang2 maka banyak cerita nak dikongsi tapi x tahu nak mula dari mana. Entah nape rajin pulak nak mengupdate sejak2 nak meletup ni. Empunya blog masih sihat dan semakin sihat. Actually skang ni aku tengah menunggu harj nak melahirkan anugerah ketiga yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga. Rezeki yang x dirancang sebenarnya dan x de siapa pun tahu hinggalah aku dah preggy hampir 7 bulan baru family tahu tue pun sebab balik kg.

Kalau x sebenarnya nak buat surprise je bawak balik baby raya nanti tapi rasanya x boleh kot nak simpan rahsia lama2..pregnancy kali ni boleh dikatakan tak dirancang gak sebenarnya. Aku mmg ada plan nak tambah ahli keluarga since masa bulan puasa n lepas raya tahun lepas. Hampir 3 bulan aku planning. Tapi kuasa Allah kan x de melekat pun dalam tempoh tue. So bila aku kira balik aku x nak la bersalin bulan puasa n preggy masa raya n nak baby awal tahun lak so aku strat makan ubat balik. Tapi bulan tue pulak ubat aku habis so aku makan hampir sebulan tapi sebab habis so aku stop seminggu sebelum period sebab yang aku tahu masa tue dah x subur kan. So rasa selamat la kan sementara nak beli ubat baru next month. Tapi bila tunggu time cik p nak datang x pula kunjung tiba sampai la lebih seminggu dah rasa x sedap hati n pi la beli test kit. Terkejut beruk aku bila test positive gitu..

Terus whatsup mr hubby. Hmm masing2 redha je la. Rezeki Allah nak bagi even terpaksa bersalin bulan puasa. So minggu ni aku dah 37 minggu tambah tolak ikut due lagi 3 minggu. Gender baby lak aku berserah je sebab bila scan asyik la x jelas je. Nak buat 3d scan pun x de kesempatan sebab masa berlalu kejap sangat..pejam celik dah nak bersalin. Lelaki ke perempuan ke aku redha dengan rezeki yang Allah nak bg. Yang penting aku ngan baby selamat dan sihat.. aminn.. Doakan semuanya berjalan lancar k. Buat masa skang ni mmg x sarat sangat dah. X larat dah nak berjalan2. Ape ynv aku rasa tiap kali preggy mesti x sama. Maksud aku body jadi makin x larat. Mungkin faktor usia meningkat kot. Tue je nak citer kali till jumpa lagi k..




Monday, June 9, 2014

Al kisah Zafreen Syakil dan Zafreen Syafi

Lama x bercerita pasal anak bujang aku yang berdua ni. Alhamdulillah mereka dah membesar dengan sihat. Setakat ni rekod yang dipegang hampir 3 tahun x pernah warded hospital. Setakat demam dan ambik neb kat klinik ada la.

Dua2 dah makin membesar so diaorang dah jadi kawan baik dan juga musuh baik ha..ha..sebab ape musuh sebab kalah time gaduh oh x tahan aku siap kaki tangan diaorg melawan. Siabg even dah besar masih lagi x nak mengalah ngan adik. Beza umur 3 tahun antara diaorg x de beza pun aku tengok. Macam sama umur je bila diaorang main n gaduh.

Time baik bahagia je tengok. Kalau nak tengok depa betul2 baik time nak tido dalam bilik berdua. Tak kan bergaduh nye tapi mesti akan sembang2 n main2 dulu. Syafi Alhamdulillah dah tido asing since 2 tahun 4 bulan lepas dia wean off breastfeed aku train dia tido ngan abg dia. So far x de masalah dah skang ni. Masa mula2 yer la nak kn tunggu dia tido baru leh kuar bilik. Dia pun dah free diapers siang n jalan2. Actually aku x ambik masa yang lama nak potty train dia compare ngan Syakil. Dia sangat fast learner. Cuma skang ni waktu malam masih lagi pakai diapers sebab mak dia malas nak kejut ha..ha..InsyaAllah akan buat dalam masa terdekat.

Syakil lak tahun ni aku dah tukar sekolah dia dari Pasti ke Pra Sekolah. Sebab musabab aku tukar sebab anak teruna aku tersangat la manja. So untuk memastikan dia x nangis tahun depan bila masuk sekolah darjah 1 so aku masukkan dia kesekolah terus. Bukan sebab x yakin ngan Pasti. Tapi seperti dijangka bila masuk pra sekolah dia tersangat la happy sebab banyak main kot. So kat rumah mmg dia kn struggle la blajar ngan omak dia yang garang macam singa ni. Setakat ni dah boleh baca even x la lancar sangat tapi ok la. Tue pun hasil ajaran maknya yang garang ni. Nak harapkan input sekolah agak kurang la.

Hmm banyak lagi nak bercerita pasal diaorg ni tapi x larat dah nak naip. Aper yang pasti aku sentiasa doakan yang terbaik untuk putra2 aku. Dan x lama lagi both of them akan jadi abg dan aku harap diaorang akan jadi abang yang penyayang.Amin...


kenangan masa kat LEGOLAND tahun lepas


Masa bercuti ke sabah bulan 3 hr tue

Sunday, June 8, 2014

Al kisah besday papa aka hubbyku sayang

Dah 3 bulan berlalu tapi baru nak buat posting. Ni tahun ke 3 sambut besday papa aka my hubby tersayang status aku sebagai suri rumah. So macam biasa la sayang x mampu nak beli hadiah memahal. Tapi sayangmu ini mampu buat kamu sedikit tersenyum dihari lahirmu he..he..ayat pemanis mulut gitu.

Sempena besday mr redzuan yang ke 32 bulan 3 hari aku sempat buatkan kek cheese leleh kegilaan ramai skang ni. Even first time buat Alhamdulillah menjadi dan sedap hasil dri comment anak2 yang hantu cheese dan cik abg sayang.

So even tiada hadiah yang mahal tapi sebiji kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang tanda sayang yang x berbelah bahagi ayang kat abg tau. Happy Besday to my dear hubby n I hope you happy k..love you forever n ever..


Kuih Sri Muka aka Pulut Sekaya Simple

Huh bercinta betul nak update blog. Mungkin zaman blogging macam dulu2 dah nak berlalu kan. Aku tengok kawan2 lajn pun sama gak dah suam2 kuku mengupdate. Even banyak isu yang boleh diketengahkan dalam blog tapi malas kan nak mengarang.
Live masih sama. X de banyak berubah. Yang berubah satu je bentuk badan aku ha..ha..nape eh sebab aku tengah sarat preggy skang ni..kalau ikut due lagi 3 minggu nak meletup. Dah x larat sangat rasa. Memang tiap kali pregnant aku dapat rasa badan jadi x kuat macam mula2 ngandung dulu. Mhngkjn faktor peningkatan usia kot.
Eh banyak pulak nak bercerita sekali menulis. Actually nak up cerita pasal pertama kali aku buat kuih sri muka ni. Alhamdulillah menjadi. Dulu arwah mak aku buat kuih jual. Tapi sayangnya aku x sempat nak menuntut ilmu tatkala mak pergi masa usia aku 13tahun..masa tue mmg x terfikir langsung pasal hal2 rumahtangga ni. Sedih tau sebab satu pun aku sempat blaja dari arwah mak. Time2 preggy macam ni kalau teribgin terpaksa la aku buat sendiri kalau x tentu dah manja ngan mak..korang yang masih ada mak hargailah mereka k..mood sedih ni.
Nasib la jugak pakcik google banyak membantu. Kira macam pengganti mak aku la jugak disamping bakat terpendam dalam diri kot..ha..ha..yer la mak aku kan pandai buat kuih so anaknya mesti la berbakat jugak kan..pui angkat bakal sendiri.
Aku nak share la resepi mudah sri muka yang pasti akan jadinya kalau buat. Jom kita view. Resepi cilok kat pakcik google je.
Resepi simple kuih sri muka aka pulut sekaya orang utara panggil
Bahagian bawah
2 cawan beras pulut rendam satu jam atau setengah jam kalau guna pulut susu
2 cawan santan cair
Satu sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak
Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat (guna santan kotak je)
150 ml air dikisar bersama 5-6 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Satu biji telur ape2 size la
Sedikit pewarna hijau..x letak pun x pe warna air daun pandan lebih neutral.
Cara2
Bahagian atas
Campurkan santan cair, garam, dan minyak masak gaul sebati dan masukkan pulut..kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Setelah masak mampatkan pulut tekan2.
Bahan atas
Sementara tunggu bahagian bawah masak. Sediakan kepala aka bahagian atas. Campurkan 2 cawan santan pekat, jus pandan, garam, telur, dan tepung blender sehingga sebati dan tiada bintilan tepung. Tuang kedalam pulut yang dah masak dan kukus lagi 1/2 jam atau sehingga masak. Siap untuk dihidang. Tunggu betul2 sejuk baru potong. Sedap lemak dan manis..


Friday, April 4, 2014

Roti sarang lebah hot sehot namanya

Sana sini duk bercakap pasal roti ni kan. Dah tercetus satu fenomena luar biasa dah tentang makanan ni. Sana sini duk cakap sedap kan. Maka aku pun salah seorang yang x nak ketinggalan nak cuba jugak dan menikmati kesedapan roti ni.

Memula buat aku guna mixer je.  X srmpat nak menguli tangan ngan budak kecik ni. Wah sedapla rasanya. Budak2 n bapak budak pun layan. Untuk sos butterscout aku guna susu cair je..tapi macam x berapa nak best. X nak berkilat so bila try buat gn whipping cream walla menepati citarasa aku dan family.

Sejak tue bermula la episod buat berulang kali atas permintaan seluruh isi rumah. Hinggalah suatu hari mixer aku jadi tenat dan berhenti beroperasi..sob..sob sedih x leh wat kek dah..kn beli baru la jawabnya. Pada yang belum mencuba rajinkan diri anda untuk menguli yer. InsyaAllah hasil x menghampakan.

Resepi roti sarang lebah
Sumber : lydia honey

*2 cawan tepung gandum - gn tepung roti satu cawan
1/2 sudu teh yis
*1/2 sudu teh baking powder - gn bread improver
1/4 cawan yogurt - gn buttermilk ( susu + cuka)
1/4 cawan minyak masak/jagung
*1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar gula - guna 2 sudu bg manis sket roti.
1/2 cawan air suam

Cara
Campur bahan yang bertanda*
Yis, gula dan air suam dicampur biar 10min
Masukkan yogurt + yis kedalam bahan * gaul hingga jadi doh kemudian masukkan minyak sedikit n uli hingga doh lembut dan elastik.
Cara aku uli doh dalam 15 min ke 30 min kemudian masukkan dalam palastik dah ramas2 hingga 10 - 15 min kemudian uli balik hingga dapat doh yang betul2 elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh hinggga kuar udara. Bulatkan doh ikut size dikehendaki dan perap lagi hingga naik sekali ganda.

Panaskan oven 15min kemudian masukkan roti yang diperap. Gn api bawah sahaja 10min pertama dan api atas bawah 5 min terakhir. Jangan bakar terlalu lama nanti keras.

Sos butterscout

25g mentega
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream / susu cair
Sedikit esen vanila

Cairkan mentega
Masukkan gula perang tunggu hingga gula cair masukkan cream n vanila kkacau hingga sebati

Selamat mencuba

Bulan April Ujian Allah..Mood Sedih

Citer sedih nak kongsi berlaku awal bulan April ni. Ayah aku ditimpa musibah..Sejak akhir2 ni mmg ayah aku sering x sihat. Dah berumur macam tu la. 2 minggu lepas dia sakit dalam perut yang agak kronik tapi x sampai kena admit la. 3 hari lepas ayah aku diduga lagi. Dia jatuh tangga n patah kedua2 kaki area tumit n ankle.

Actually dalam family aku yanv paling jauh n incase ade emergency macam ni mmg susah la aku nak balik immediate. Setakat ni keadaan ayah bertambah baik. Dah kuar ward semalam. Esok pagi baru aku nak balik kampung tengok ayah. Even aku je anak perempuan ayah tapi aku tak mampu nak jaga ayah time sakit2 camni. Hu..hu..mungkim kalau ayah nak ikut aku balik kl boleh la aku jaga.

Pe2 pun aku berdoa ayah cepat sembuh dan doakan perjalanan kami pagi esok..

Mood: sedih..😭

Monday, March 31, 2014

Tips Merawat Kanak-kanak cirit birit

Alkisahnya minggu lepas syafi terkena cirit birit yang agak teruk. Dia muntah2 dan berak cair serta x nak makan. Aku x pasti ape puncanya. May b food poisoning or sebab pencemaran lain. Sebab ape 2 hari sebelum tue kami ada mandi manda kat desa waterpark. Aku assume may b dia tertelan banyak air kolam tue kot. So start malam tue dia dah muntah2 dan badan dah dedar. Bangun pagi esoknya dia dah start demam dan x nak makan. Cuma Alhamdulillah dia nak minum air. Susu pun dia x leh minum sebab akan muntah balik. Ubat demam pun sama. Disebabkan perut kosong so bila makan ubat pasti akan muntah balik balik.

Aku whatsup mr hubby pasal keadaan dia. Memang dia Nampak lemah but dia masih nak minum air kosong. So lepas sepakat ngan mr hubby aku pergi kedai beli 100 plus sebab minuman isotonic adalah yang terbaik kalau cirit birit. Sama fungsi macam air garam yang klinik bagi. Sebab x bawa pegi klinik? Sebab base on aku punya pengalaman sebelum ni kalau pegi klinik sebab cirit birit dr x kan bg antibiotic ape pun melainkan air garam je melainkan anak kita dah dihidrat kn la tambah air n admit. So aku akan monitor dia kat rumah dulu. Kalau nak tau dia dah dihidrat ke x kalau nangis ade air mata lagi n kencing lagi. So syafi masih lagi ok bagi aku.

So aku keep continue bagi dia 100+ campur air masak n Alhamdulillah dia tak muntah balik pun. Sambil2 tue google lagi solution lain. Dan aku dapat satu maklumat dari satu web ni boleh bagi minuman kultur dan yang terbaik adalah yakult. So petang tue en hubby beli vitagen n yakult dan dah tentu2 dia minum sebab kesukaan dia. Dan Alhmadulillah tak muntah pun.

Hasil rawatan 100+ n yakult mmg berkesan. Esoknya dia dah cergas n nak makan dah sikit. Dan finally recover selepas 2 hari. So kalau korang ade masalah cirit birit niu boleh try cara aku guna k. Selamat mencuba.



Monday, December 23, 2013

Penghujung tahun 2013

Masa berlalu cepat je aku rasa. Cuti sekolah sebulan pun x terasa kan..dan sampai hari ni belum lagi kami sekeluarga berkesempatan pulang ke kampung. Kalau hujung tahun orang lain relax je but mr hubby sebaliknya. Dia super duper busy diakhir tahun.
So nak tak nak kami pun x leh la nak balik kg. Tahun depan Syakil akan tukar sekolah dari pasti ke pra sekolah yang dekat ngan umah je. Kenapa tukar..saje nak ubah angin. Pasti bg aku ok tapi pencapaian anak aku biasa2 je. So lepas fikir panjang aku rasa macam x berapa nak berbaloi hantar anak jauh2 berbayar bulan2 tapi hasil x nampak mana pun.. so aku try apply pra sekolah dan rezeki kami alhamdulillah dapat.
Walaubagaimanapun Syakil skang terpaksa dan dipaksarela oleh mamanya belajar kat umah..dia masih lagi merangkak rangkak membaca atau dalam kata lain masih belum fasih..
English lagi kn banyak lagi bri tumpuan. So far sepanjang cuti sekolah aku push dia nampak la perkembangan positif sket. Actually banyak nak bercerita tapi nanti la update later.
Mood rindu nak menulis hari2 macam dulu...

Tuesday, November 12, 2013

Blog menyepi sekian lama

Hmm dah lama x menulis,berceloteh, berceloteh disini. Tapi masih wujud lagi blog kesayanganku ini. Aku rasa selagi google x de kuar ape2 notis pemadaman atau pembayaran kepada blogger selagi tue la blog aku wujud kan.
Since banyak sangat medium bersosial skang ni aku rasa blog semakin terpinggir. Ntahla mayb orang malas kot nak buka template bagai n update blog sedangkan dia leh update gambar kat IG n update kab FB N Twitter kan.
Terbaca kat blog Allyani pasal relevenkah lagi penulisan blog aku pun terfikirkan hal ni. Bila dah lama tak update mmg rasa blog macam dah terpinggir. Tapi pendapat aku sendiri aku lebih suka baca blog dan cerita kawan2 kat blog compare medium social lain. Blog boleh tinggalkan kenangan dalam hidup kita macam jugak diari. So aku rasa blog masih lagi releven bagi kita nak rekodkan semua moment yang jadi dalam hidup kita.
So sama2 la kita merajinkan diri menulis blog balik k. Till jumpa lagi. Aku in holiday mood skang. Tengah berehat-rehat dan bersenang lenang di Melaka bumi bersejarah.


Wednesday, July 31, 2013

Suci Dalam Debu terbaik dari Rawang

Halooo..masih ingatkah korang pada blogger yang dah x tegar menulis ini..lama sungguh aku menyepi dari dunia penulusan alam maya ni. Hmm nak kata sibuk x jugak. Rutin harian masih lagi sama menjadi suri rumah + driver anak hantar ambik school hi..hi..

Dah x lama kita nak sambut Ramdhan kan. Sekejapan sungguh masa berlalu skang ni kan. Dan ramai jugak sahabat alam maya ni yang tengah preggy kan. Musim gamaknya yer..hi..hi..

So dikesempatan bulan Ramadhan dan Aidilfitri bakal tiba aku de buat business kecil-kecilan sket. Aku de jual suci dalam debu yang terbaik dari ladang k. Aku berani jamin rasa yang sangat sedap k. Kalau buat kat rumah ni kejap je habis sebalang. So aku buka tempahan sekitar rawang, kl, selayang, batu caves, wangsa maju, setapak, gombak dah kawasan sekitarnya. Ni semua kawasan yang aku boleh delivery. Tapi sekiranya ada permintaan untuk kawasan lain akan dipertimbangkan k.

aku jual dalam balang macam ni k
ni sample sape nak rasa k..pm aku kat fb or whats up je
sample lagi

So tempahan masih lagi dibuka sampai bulan posa sebab kuih ni kan mmg org tak buat awal. biasa lagi 2 minggu nak raya baru hantar k.


So harga sebalang RM 20
Kalau korang beli 3 balang aku kasi diskaun RM 50 saje


Untuk tempahan hubungi aku kat facebook mean boleh PM or contact aku 0133304533 nak we chat ke, whats up ke, viber ke kakotalk ke..suka hati korang k. Jom order cepat2 k. Sedap hingga menjilat balang ha..ha..makan satu nak lagi dan lagi..

Sunday, June 30, 2013

Maixara c-sential harga promosi

Lama aku menyepi sebabnya internet x de daa. So di kesempatan singkat ni aku just update pasal business kecik2 aku buat. Setakat ni baru nak mula. Actually aku dah guna produk ni 2 bulan dan kesan sangat2 memuaskan hati sebab tue aku try jadi ejen penjual. ape aku jual jeng..jeng..

MAIXARA C-SENTIAL



 Testimoni dari pengasas
 
 
Supliment ni bagus sanagt n aku sanagt rekemen korang gunakan. Vitamin c dan cologen include ok. Untuk menyusu baby pun boleh. Nanti aku update lagi pasal maixara ni.
 
Uutuk harga promosi 10 botol pertama aku jual hanya

RM95 TERMASUK Postage ok. Satu botol tahan 2 bulan sehari satu tablet sahaja. Sangat berbaloi dengan kesan yang terbaik. Bagi aku produk ni Awesome ok.........Order cepat k sebelum terlambat.

Untuk order dan pertanyaan hubungi aku melalui call,sms,whatsup,wechat,viber di 013-3304533-FIZA

Saturday, January 26, 2013

Menjengah setelah lebih sebulan menyepi

Sekejap mood berkobar-kobar mengupdate sekejap down. Tapi sungguh aku pelik dengan mood aku ini hu..hu..Aku lebih suka update guna laptop dari update guna tablet or phone. Susah benor rasa nak naip gn tab or phone tue. Tapi tu la nak on laptop teramat malas dengan gangguan sikecik lagi buat aku berganda la kemalasan aku. Jeles tengok blog oarang lain hari2 update tapi blog aku nak timbul satu entry pun payah.

Since masuk tahun baru, maka aktiviti aku pun berubah. Hari2 jadi driver my handsome boy aku pg hantar n ambik dia sekolah. Agak penat tapi aku h appy dapat tengok anak pegi sekolah. Nanti ada masa aku nak up entry pasal dia pegi sekolah. Tapi kalau sempat la..hu ..hu..

Lagi satu perkara may b pas ni aku terpaksa offline dari alam maya sebab internet ni akan diterminate oleh mr hubby sebabnya aku tak menggunakan secara maximum pun..rugi bayar katanya hu..hu.. Maka aku pun tak pasti aper kan jadi kat blog ni nanti. Sebagai isteri aku terpaksa menurut kehendak suami tersayang even dalam hati berkata arghhhhhhhhhh betapa bosannya hidup kalau tak pat online hu..hu..Ok la aku cau dulu. De masa aku aku bercerita lagi dalam diari buruk aku ni..

taaa..Posting........

Thursday, December 20, 2012

Perjalananku sebagai breastfeeding mom..

Pejam celik pejam celik dah pun nak hujung tahun kan. 2012 meninggalkan kita 2013 pula menjelma kan. Lama dah x bercerita pasal bf kat sini kan. Syafi masih minum susu aku sepenuhnya. Dia x nak minum ye susu fm sebab aku pernah try bg but dia muntah. ha..ha..Aku x terniat pun nak bg fm kat dia since susu aku masih cukup untuk keperluan dia..chewah ayat he..he..aku cuma nak test dia je tue pun gn susu abg dia nyata susu mama x leh ditandingi oleh mana2
fm he..he..
Tapi susu kotak dutch lady or fresh milk dia minum gak even kuantiti sikit je la. Kalau ditanya tentang aktiviti mengepam mmg dah lama aku x buat la. Tapi kan susu aku masih banyak sebab ape masa aku tinggalkan dia sehari masa aku pergi lapor diri jadi guru tadika yang x jadi tue cik b mmg bengkak n terpaksa marmet hu..hu..kat umah mmg x leh nak tahu kan banyak sket sebab dia asyik ngempeng je.
Ape2 pun aku bersyukur diatas rezki yang dikurniakan untuk anak aku. Perasaan sangat terharu dan gembira sebab masih lagi mampu memberikan rezki susu yang terbaik untuk anak aku. Setiap kali mendengar tegukan susu tatkala si anak menyusu tak tergambar dengan kata2 perasaan aku sebagai mama. Harap perjalanan aku dipermudahkan hingga Syafi 2 tahun...Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.9