Be My Lovely Follower

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Malang tidak berbau, Sudah jatuh dtimpa tangga, Nasib malang kami sekeluarga

Susah nak gambarkan perasaan aku tika ini. Sedih, kecewa, frust, marah macam2 rasa. Hanya kat bolg ni tempat aku nak melepas rasa hati aku tika ni. Tajuk entry kali ni boleh la menggambarkan nasib malang yang menimpa aku semalam dah hari ini kami masih di KL dan tiada percutian indah yang aku impikan diSabah. Bukan rezki kami dan aku redha mungkin ader hikmah dengan aper yang berlaku. Ya-Allah ampunkan dosa hambamu ini. Aku redha aper yang terjadi adalah ketentuanMU jua.

Aku mulakan story sedih yang jadi kat kami sekeluarga semalam. Mood aku masih sedih tapi aku kena gak citer dalam diara maya ni agar hatiku sedikit terubat. Semalam kitaorg gerak dari rumah ke LRT Wangsa Maju pukul 1.30. tHEN GERAK KE kl sentral dan sampai dalam pukul 2.30. Naik bas ke LCCT pukul 3 dan sampai pada pukul 4.15. Mmg agak lambat sampai. Tak terfikir lak boleh lambat macam tue.

Dari sini cerita bermula. Bila sampai jer kat Balai pelepasan diaorg akan mintak I/C untuk pengesahan. So cari punya cari purse aku tak der dalam beg. Dah kuarjkan semua barang pun tak jumpa gak cari. Aku dah cuak masa tue. Yang aku ingat last aku kuarkan dompet masa nak bayar tiket bas. Pastue aku masuk balik dalam beg. Aku dah rasa jatuh dalam bas. Bila aku patah balik kat bas tue malang sekali dia dah gerak.
mmg sanat2 sedih masa tue coz cash dalam dompet aku ader 500 +++.

Bila pg balik kat MR Hubby time untuk masuk balai berlepas dah tamat dan aku lak tak der I/C. Nak buat report polis semua mmg dah tak sempat. Finally percutian kitaorg terpaksa dibatalkan. Kos untuk tiket kapal terbang, hotel dan jumlah RM yang aku hilang kami kerugian 1000 ringgit. Aku tahu kecuaian aku terlalu careless. Benda dah nak jadi aku redha jer la. Kesian kat syakil tak dapat naik fligh..entah bila lak dapat pergi aku pun tak pasti.

Mungkin bukan rezki kami. Aku sangat sedih dan kecewa.

Tuesday, June 22, 2010

Esok aku nak Pergi Bercuti...Sabah kami datang

Kalu tengok ticker kt sebelah tue masa dah tiba untuk kamai pergi bercuti..Yup Esok sampai hari Sabtue ni kami sekeluarga akan ke Sabah. Flight esok pukul 5.30 petang. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang yer kawan2ku sayang. Jumpa next week ngan cerita sensasi. Bye2


Wednesday, October 28, 2009

Percutian ke PD

Semalam aku lupa lagi nak bw camera hari ni baru semapt transfer..so layan jer la gambar2 kami k..abaikan muka aku yang sembab tue..tak sukernyeeeeeeee..













ni lak gambar masa kat billion PD




Monday, October 26, 2009

Percutian tak dirancang

Actually nak kata tak rancang pun plan la jugak coz hotel dah book last 2 weeks..cuma holiday ni mr hubby tetiba jer nak pg..
so macam tajuk kat atas tue..hujung minggu iaitu semalam dan last saturday kami sekeluarga pg bercuti ke PD..semalam jer pun..sajer nak test syakil camner..so far dia ok jer tido kat hotel...
Hari Sabtu tue aku bangun awal masak sket untuk syakil n buat breakfast kami..pas tue dalam kul 10 lebih kami pun gerak la pg PD..jalan tak jem pun n kami sampai dalam kul 12 lebih pg cari hotel dulu.Al-maklumla reserve online jer..risau gak takut kena tipu..so jumpa la hotelnye nye..macam lama jer Le Paris Hotel..dulu org panggil Costa Rica..so far ok la hotel ni coz dekat ngan pantai n ader children pool..
Disebabkan check in kul 3 so kami pg la dulu kat pantai teluk kemang..makan2 n rehat jap..tapi bosan la si syakil ni kan tengah hari nak mandi pantai pun tak leh..so kami pg la jalan2 dulu kat the store kat PD NI...tak la besar sangat..yer la nak compare ngan KL mmg la tak leh kan..so kat Mr Hubby beli la baju kemeja 2 pasang coz ader offer..dalm 2.55 kami gerak la pg hotel..
Syakil macam biasa la bila masuk2 jer hotel kerja2 mengemas di mulakan..papa dia kata tak per buat sesuka hati ha..ha..barang hotel kan..gambar aku tak leh upload hari ni tertinggal cable daa..so dah puas main dia ngamuk nak tido..wah2 best la dia tido lam aircond..mmg senang sangat tido lepas minum susu jer kedebom tido..
Dalam kul 5.30 dia bangun..then kami turun kat pool bawah..sungguh teruja ankaku itu main air..kebetulan ader pool yang cetek sesuai untuk budak tak leh jalan lagi macam si syakil ni..sampai tak naik dia mandi..siap nak kawan ngan org2 besar dari dia lagi..
Dalam kul 6.30 kami naik kehotel..tu pun menjerit-jerit dia nak mandi lagi..so upahnye bg dia berendam dalm bath tub plak..
Malmnye tak der aper aktiviti just lepak2 kat hotel jer..sebab syakil tido awal daa.. so bermanja2 dalam bilik jer la..hua..hua..hua..
n esok pgnye kami lepak tepi pantai then bw syakil mandi pool sekali lagi..
then baru pg breakfast n siap untuk check out dalam kul 11.30
Gambar esok baru aku upload..