Be My Lovely Follower

Showing posts with label hobi aku..msak time. Show all posts
Showing posts with label hobi aku..msak time. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Kek coklat moist sedap sangat ( Anis Coklat Moist Kek )

Kek coklat seperti ramai sedia maklum kek yang paling senang nak buat dan paling sedap nak makan. Aku dah try macam2 version kek coklat moist actually. Ada yang sedap ada yang aku buat x jadi dan macam2 version la. Selalu aku paling giveup kalau kek aku bantat jadi muak la nak makan. Mmg sangat2 frust la. Tapi aku x pernah serik mencuba.

Baru2 ni ada lebihan toping cheese leleh aku buat minggu lepas. Pikir punya fikir nak buat ape maka dapat la idea nak buat coklat moist kek je la. Sebab aku skang ji x de mixer nak buat kek pukul memukul ni. Rosak gara2 buat roti sarang lebah hu..hu..

So aku start google nak cari resepi kek coklat yang baru lak..boring dah resepi lama..selalu setia ngan coklat moist kek munira baharom je. So aku jumpa la satu website ni yang katanya resepi ni resepi tuan punya anis coklat moist kek yang glomour tue. So berkobar2 la diri ni nak try sebab bg aku coklat kek anis tue mmg sedap pun. So pas godek2 semua yup kek ni menepati anak tekak aku yang comel ni he..he.. so dibawah akh kongsikan resepinya eh.

Kek coklat moist anis

Bahan A
1 cawan air/susu cair or segar
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan gula halus atau 3/4 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
2 biji telur
Esen vanila sket

Bahan B
1 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Semua bahan ayak bersama

Cara
Masak semua bahan A kecuali telur hingga semua larut dengan api sederhana. Kemudia telur dikacau sekali supaya sekata kuning dan putih kemudian dimasak sekali bahan A tadi. Kacau rata. Kemudian masuk bahan b kacau bg rata. Tutup api dah kukus adunan selama 40 minit hingga 1 jam.

See semua bahan2 hampir sama dengan mana2 kek coklat cuma yang bezanya semua bahan dicampurkan kat atas dapur yang ada api kan..hasil kek sangat moist dan sedap...selamat mencuba sahabatku semua. Senang mudah dan pantas kan. Semudah 123 je.

Wednesday, June 6, 2012

Resepi apam pelangi gebu

Hr ni mood rajin datang nk mendeco he..he..maka setelah menggoogle sana sini terciptalah apam pelangi yang sana sini duk buat skang dan x kurang yang menempah bagai.

Malangnya apam pelangiku ada jerawat batu lak..x pasti nape namun x menjejaskan rasanya yang gebu dan lemak manis gitu.

Jom view resepi duly yang aku ambik dalam salah satu blog masakan. Ni sumber dr potret kasih

Bahan2
2 biji telur (kalau kecik gn 3)
150g gula halus (2/3 cwn) aku gn 90g je
150g tpg gndum (1 1/3 cwan) + 1 sd kecil bking powder aykan
125 ml santan (gn santan kotak je)
1sd kecil overlet
1/2 sudu teh esen vanila
Secubit garam
Pewarna yg anda suka

Cara2
Pukul telur,gula, n overlet sampai putih gebu
Masuk esen vanila, garam n santan
Kemudian msukkan tepung n gaul rata
Bahagikan sama banyak kedalam bekas berlainan n warnkan
Tuang kedalam loyang secara selang seli n kukus hingga msak.

Hasilnya mmg sangat sedap ditekak aku ler but sayangnya my hubby kurang minat apam2 ni.

Sebelum kukus


Selepas kukus




Amcam terliur x. Nak order ngan aku ha..ha..dijamin sedap. Aku jual murah2 jer.

posted from Bloggeroid