Be My Lovely Follower

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Peringatan untuk ibu bapa especially tang tinggal dirumah teres

Actually terfikir nak tulis entry ni sebab untuk ingatkan diri sendiri jugak. Korang terperasan tak akhir2 ni boleh kata setiap hari la ade kes kemalangan yang melibatkan bapa atau ibu yang terlanggar anak sendiri di depan rumah. Tak silap aku bulan 3 n 4 ni dah banyak kes2 ni terjadi. Sekali terfikir kan hal ni seram dengar kan. Yer la benda ni terjadi tidak disengajakan dan mungkin jugak kecuaian kita. Dari laporan yang dibuat hal ni terjadi bila si anak nak ikut parent tue kuar sama tapi dihalang. Benda mmg dah nak jadi tapi sebelum terjadi better kita beringat dahulu sebelum orang tersayang pergi dengan keadaan macam tue.
Mr hubby selalu berpesan kat aku kalau dia pegi outstation nak bawak kete pegi mana2 pastikan Syakil ade kat dalam keter. Tak kira la nak ubah kete sket or nak kuar pegi mana. Kalau tak bg ikut pastikan betul2 yang anak kita berada dalam rumah. Sekali lagi di ulang ade kat dalam umah hatta biarla menangis sekalipun. Biar la anak kita menangis sebab tak dapat ikut dari kita menangis dia dah tiada.
Risiko mmg sangat tinggi bagi kita yang duduk kat umah teres ni sebab halaman umah mmg tempat diaorg bermain. Selain tue ade gak risiko kat parking lot supermarket or mana2 la. Pastikan anak tidak keluar dahulu tanpa kita. Budak2 ni dia tak dapat nak fikir bahaya ker tak cara dia tue. So untuk semua berhati-hatilah dan ingatlah orang tersayang. Beringat sebelum terlambat.

Monday, April 18, 2011

MAMI DAN BABY- Good Info for Preggy Woman

Hari tue jalan2 kat Tesco teringat nak cari bahan bacaan. Since duduk umah msti ada benda nak buat untuk isi masa lapang kan. Selalu aku kan beli PAMA la. Tapi hari tue cari2 tak de lak. So aku ternampak la satu buku ni yang belum pernah lagi beli sebelum ni. Buku MAMI & BABY Malay version. Tak silap aku ade gak yang English version. Kalau PAMA lebih kepada baby tapi MAMI & BABY lak lebih kepada mama. So lepas belek punya belek finally decide nak beli. Sebab ape sebab banyak info bulan ni khas untuk preggy woman. So banyak info n tips untuk ibu yang sedang mengandung ni. Aku just view beberapa tajuk best ok. Antaranya:
  • 15 Pemakanan sihat untuk wanita hamil
  • 5 Tanda anda akan bersalin
  • Kritikan dan nasihat yang tidak bertauliah dalam penyusuan ibu. Bagaimana mengatasinya?
  • Cara mengawal berat badan ketika hamil. 
Dan banyak lagi info yang menarik. Even kita boleh dapat semua maklumat ni kat internet tapi lebih bermakna dengan adenya buku kan. Semangat sket nak baca. Muka depan Sazzy Falak. Jeles tengok dia. Even pregnant tapi muka tetap berseri-seri gitu..So bg ibu mengadung elok dapatkan majalah ni k. Aku suggest sangat2.

Wednesday, August 12, 2009

Mengeratkan Kasih Sayang

Teknik Cakaran Harimau

1) Langkah pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2) Langkah kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ... .

3) Langkah ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4) Langkah keempat & 5) Langkah kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

6) Langkah enam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7) Langkah ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8) Langkah 8
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami.