Dah lama dok nak try buat apam ni. Orang lain dah lama buat tapi aku baru nak try he..he..Bukan ape comel jer nampak. Pastue ramai gak yang suka order. So berkat2 kerajinan petang semalam maka akhirnya jadi la jugak apam ni kat Teratak Taman Garing Utama Rawang ni. Hasil tangan mrs Fieza dibantu anak bujangnya. Rasa not bad la bg aku. Macam apam pelangi or apam ambun gak. Cuma ni size comel2 n ada inti blueberry. Resepi asal ade kat my resepi tapi aku guna version Dilla Cupcake punya.
1) pukul telur putih sampai kembang
2) kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas 8) letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan 10) kukus 10-15 minit.
Nk tengok hasilnya tak. Aku tak kreatif tapi jadi la jugak polkadot tue.
Nak bagi kat jiran. Tak habis makan kami jer
So korang leh la try. Kalau malas tempah jer. Tapi aku rasa better buat sendiri lagi puas hati
Hujung minggu lepas berkesempatan nak buat Puding Roti resepi baru yang aku lum pernah lagi cuba. Actually aku ambik resepi ni dari page facebook seorang kawan. Kak zie namanya. So aku nak share dengan semua resepi Bread Butter puding version lain sket dari resepi yang selalu aku jumpa kat internet. Tapi rasanye tetap sama jer coz kita tetap guna bahan base yang sama jer. Cuma teknik buat jer sedikit berbeza.
Resepi Bread Butter Puding
6 Keping Roti
200 ml susu cair
200 ml susu segar
susu pekat manis
4 sudu Gula pasir
Sedikit madu
4 biji telur ( Guna 2 biji kuning telur saja)
Butter
Kismis
Sedikit Esen Vanila
Cara2nya
Adunan A
Susu cair, susu segar, gula pasir, telur dan esen vanilla dicampur dan dipukul sedikit. Gunakan mixer atau blender pun boleh.
Adunan B
Roti dipotong dua dan disapu butter serta susu pekat dan ditabur gula. Susun berlapis dan diletak sedikit madu disetiap lapisan. Buat hingga roti habis
Masukkan adunan A kedalam adunan B dan tunggu roti hingga kembang. Sementara itu panaskan oven. Bakar selama lebih kurang 20-30 min. Setelah masak kuarkan dari oven dan sapukan susu pekat diatas roti dan biarkan sejuk sebelum disejukkan dalam peti ais. Mudah dan senang kan. Selamat mencuba.
Skang bulan Muharram kan. So kalau dulu masa belajar n masa kat kg tiap kali bulan Muharram msti ada aktiviti kacau bubur Asyura ni. Dulu kalau kat sekolah kami akan bawak bekas n bila dah masak cikgu akan isi bekas untuk bawak balik umah. Terasa kat tekak kesedapan bubur ni. Aper yang pasti lain tempat lain versi buburnya kan. Kalau kat kedah bubur sora ni macam kuih tapi ada jugak yang macam bubur lambuk kan. Aku rasa thun ni nak try buat sendiri la. Hujung minggu ni mungkin. Aku ade search resepi tadi. So aku kongsi kat sini eh. Ni version utara punya. Ala2 kuih gitu.
Kalau kacau atau masak guna kawah jadi warna kelabu ok. Ni guna kuali biasa kot. Gambar en google jer.
Bubur Sora Versi Utara
Resepinya
bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka
cara:
1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong lah.
Note: Adakah kalau aku buat menjadi. Tunggu k. Kalau jadi aku upload la nanti he..he..
Hari ni 1 July bersamaan 18 Rejab. Dah separuh bulan Rejab. Sekejap jer masa berlalu kan. Dlam sebulan lebih jer lagi nak puasa n dua bulan lebih lagi nak raya. Aku baru sempat puasa sehari dalam bulan Rejab ni coz last week kawan baik aku datang. Niat dihati nak puasa ganti n sunat dibulan Rejab ni. Hope aku berjaya. So hari ni aku start puasa n harapan esok pun nak puasa gak. Cuma time cuti mmg tak dapat la nak puasa coz bila duduk umah ni macam2 nak masak so terliur karang susah lak. Disebabkan kewangan tak berapa memberangsangkan aku plan nak masak sendiri jer petang ni. Menu yang bermain difikiran aku adalah.....Mee Kuah. Orang utara panggil mee kuah tapi lebih kurang sama macam mee rebus gak la. Tadi aku dah google2 resepi so hasilnya aku dapat beberapa resepi kat bawah. Yummy tak sabar nak balik masak. Jom kita try sama2 k.
Ikhsan dari Pak cik Google
Resepi 1
A. Mee Tomato (resipi ibuVogue) Bahan-bahan ubi keledek kuning
daging
serai 3 batang
sos tomato Aminah Hassan (atau yang sama dengan nya)
fish ball. fish cake
bawang merah, bawang puteh, halia
cili kering di blend
mee
sawi, taugeh, (di celur)
telur rebus
cili besar di potong
daun sup/bawang mayang halus
bawang goreng
rebus ubi keledek sampai tender,
jgn buang air rebusan.simpan
blend/lenyek
Cara Memasak Kuah Mee 1. Tumis bawang merah, bawang puteh dan halia.halia ni sikit je. 2. Naik bau masukkan cili kering yg diblend tadi , daging ,serai yang diketuk,masukkan semua sekali
3. Agak agak daging dan cili dah sebati masukkan ubi keledek yg di blend tadi+ air rebusan ubu keledek
4. tunggu sampai gelegak, masukkan fish cake, fish ball..dan sos tomato tadi..kalau botol kecik dlm setengah botol la..( untuk periuk berdiameter 21cm)
garam gula secukup rasa
kuahnya akan kelihatan kemerahan dan agak pekat..rasanya mcm pedas+manis +masam
Resepi 2
B Kuah Mee (Resipi AuntyN) Bahan-bahan Mee dan perencah-perencahnya 1 kg Mee kuning
1/2 kg taugeh
2 keping tahu basah (di perap dengan garam, di goreng dan di potong nipis)
2 keping fish cake (kalau suka digoreng dan di potong halus halus)
Beberapa biji fish ball ( digoreng dan di potong halus)
Daun bawang, daun saderi di potong halus
Bawang Goreng
Telur rebus yang di potong juga
Ubi kentang (direbus hingga empuk dengan kulit, kupas kulit dan potong nipis)
Cucur udang yang nipis dan rangup kalau rajin lah.
Untuk Kuah
400 g daging kisar (ayam atau daging)
4 - 5 biji (bergantung kepada saiz ubi) Ubi keledek yang kecil
2 biji ubi kentang
2 biji tomato buah
3 -4 sudu makan cili kering yang telah di blend halus
Bawang merah, bawang putih (diblend bersama cili kering)
Sedikit sos tiram, kacang tanah yang dikisar dan kicap
Garam
Cara Memasak Kuah
1. Ubi keledek dan ubi kentang di rebus dan di blend sehingga hancur lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk
3. Masukkan cili dan bawang2 yang telah diblend sekali, kacang tanah.
4. Masukkan daging kisar (kalau suka boleh tambah udang/ketam ke dalam kuah mee)
5. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai.
6. Rebus sehingga daging menjadi empuk
7. Masukkan garam, sos tiram kalau ada dan sedikit kicap.
8. Masukkan buah tomato yang telah di belah ke dalam kuah
9. Angkat dari api apabila sudah mendidih dan daging telah empuk.
10. Gorengkan bawang merah dan bawang putih yang di mayang halus dan masukkan ke dalam kuah mee.
11. Boleh juga masukkan daun saderi ke dalam kuah untuk menambah rasa dan bau.
Menyediakan mee basah Rendam mee buat seketika sebelum di basuh. Ini untuk membuang bau kimia pada mee kuning.
Rebus air di dalam periuk dan masukkan mee kuning
Apabila mee sudah lembut, tos kan air panas dan basuh mee tadi dengan air sejuk sehingga mee menjadi sejuk. Kanji dari mee akan keluar dan mee tidak mlekat-lekat.
Hidang kan
Celur taugeh dalam air panas mendidih buat seketika.
Bila semua dah tersedia, masukkan mee, taugeh dan perencah-perencah mee tadi dan masukkan kuah. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun bawang/saderi. Kalau suka tambah dengan cili muda yang di potong.
Resepi 3
MEE KUAH KAK NAB - diambil dari Chef Wan
Bahan Bahan
1 kg tulang rusuk (dengan sedikit isi)
300 gm daging lembu (dihiris)
air (untuk merebus)
500 gm udang segar (dikupas kulit dan direbus)
minyak (untuk menumis)
1 cawan sos tomato
1 kg ubi kentang (direbus dan dilecek)
garam dan gula secukup rasa
air rebusan kulit udang
Bahan Bahan (sampingan)
1 kg mee kuning (dicelur)
4 keping tauhu (digoreng dan dipotong)
5 biji telur (direbus dan dibelah)
5 biji cili merah (dihiris)
400 gm taugeh (dibuang ekor)
3 tangkai daun bawang } dihiris
6 tangkai daun saderi }
2 biji limau nipis
Bahan Bahan (kisar)
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili merah
Cara Menyediakannya
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk, tapis untuk airnya, hiris daging nipis- nipis, ambil juga daging dari tulang rusuk tadi, letak di dalam pinggan hidangan.
2. Rebus kulit udang kemudian tapis dan ambil airnya.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak, masukkan air rebusan daging, air rebusan udang, sos tomato, garam dan gula.
4. Kacau sehingga kuah mendidih dan masukkan kentang lecek.
5. Masak sehingga mendidih sekali lagi (Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.), perlahankan api dan renehkan selama 8-10 minit.
6. Sajikan kuah bersama semua bahan sampingan.