Be My Lovely Follower

Showing posts with label Syakil Story. Show all posts
Showing posts with label Syakil Story. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Bila Syakil Sayang Syafi

Dah tak nampak rupa blog dah. Bersawang sungguh. Lama betul aku tak update. Tapi serius aku masih lagi rindu nak aktif berblog macam dulu. Banyak sangat peristiwa penting yang aku tak update dalam ni. Dah tak jadi diari dah aku rasa. May b pelan2 aku nak catch up balik citer2 lama n update balik dalam ni..

Untuk kembalikan mood nak berblog ni aku just nak update pasal 2 orang anak teruna aku ni. Syafi dah pun 4 bulan lebih dan Syakil dah pun genap 3 tahun. He love his brother so much. Buat masa skang ni dia masih boleh jadi abg yang boleh diharap. Maksud aku setakat nak tinggal pegi kedai kejap Syakil boleh jaga adik dia. Setakat ni tak der lagi aksi ganas yang dia buat kat Syafi. Tapi aku still pantau coz kadang2 dia geram ada la sekali dua dia buat adik dia menjerit nangis..he..he..nama pun budak baru nak cerdik kan. Jom layan picas dua beradik ni..





Adik saya sangat berat


Kami comel kan


Sayang adikk


Wednesday, November 9, 2011

Sama acuan tapi lain rupanya..he..he..

Lamanya jari jemari ni tak menulis. Bukan tak de masa tapi lebih kepada malas. Tapi sayang kalau dibiar blog yang penuh dengan suka duka kehidupan aku ni tak terupdate. Kata orang kalau adik beradik msti muka nak sama kan. Tapi lain dengan anak2 aku. Sama acuan mean mama papa sama tapi muka lain2. Syakil n Syafi mmg agak berbeza dari segi rupa paras n warna kulit. Tapi ade jugak persamaan diaorang kat dagu, kening n bulu mata.


Kalau orang tengok diaorg akan cakap syakil lebih cute la. Tapi bagi aku dua2 anak aku comel. Diorang la nyawa aku. Ok antara perbandingan diaorg berdua ni

  • Syakil berjaga every 1 or 2 hours per night masa usia syafi skang tapi Syafi hanya jaga sekali satu malam tue pun masa kul 4 or 5 pagi.
  • Syakil tak suka mandi tapi Syafi sanagt suka mandi. Basuh berak masa usia 1 bulan ngan air sejuk pun tak nangis.
  • Syakil tak DF even fully susu badan yang dipam sampai usia 5 bulan sebaliknya Syafi DF sahaja dan masih lagi menolak EBM yang diberi dalam botol.
  • Dari segi fizikal Syafi lebih tembam dari Syakil..Sangat bulat sebab baju2 syakil masa usia 4 or 5 bulan Syafi dah boleh pakai.
  • Rupa paras Syakil lebih kepada family sebelah aku manakala Syafi lebih kepada En Hubby or dalam erti kata lain Syafi muka papa.
Bagi aku tak kisahlah macam mana pun rupa paras janji diaorang membesar ngan sihat. Mama sayang both of you my sons.

Thursday, September 29, 2011

Bahaya Penggunaan Tungku Moden - Kisah Benar

Aku percaya ramai gak diluar sana pengguna tungku moden ni. Sebab senang dan praktikal kan. Aku jugak salah seorang yang membeli tungku ni sebabnya aku mmg tak de tungku besi or batu. Tapi aku yang aku sangat kesalkan kerana alat moden ni la anak aku yang jadi mangsanya..

Tak dinafikan setiap barang yang dijual msti dah diuji selamat sebelum dipasarkan. Aku jugak percaya tungku ni ada ciri2 keselamatan tapi mungkin nasib aku kurang baik sebab dapat alat yang defect atau rosak. Akibatnya anak sendiri menjadi mangsa.

Citernya macam  ni. Kejadian berlaku hari ketiga aku berpantang. Pagi2 aku arahkan mr hubby panaskan tungku tue mean chargekan la sebab aku nak bertungku. Umah aku  ni plug semua kat bawah so charge dekat bawah la. Syakil lak baring minum susu tak jauh dari tempat charge tue. Kalau ikut arahan tunggu lampu biru baru tutup. Tapi aku tengok alat tue kembong semacam jer. Baru jer aku gtau mr hubby mintak syakil bangun takut terkena tungku panas tetiba benda alah tue leh meletup. Makanya air panas memancut kuar terkena Syakil. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tue. Nasib tak kena muka tapi banyak gak tempat yang kena. kalau kita kena air panas sket pun tahu macam ner rasanya ni kan pulak budak.

Lepas kena mr hubby terus siram Syakil dengan air sejuk n bawa ke klinik. Dr sahkan burn tahap pertama tapi bagi aku teruk jugak. Kawasan yang kena kepala, bahu, belakang tengkuk n tangan. Seminngu gak la dia dok menangis n tak nak mandi. Mmg dugaan dalam pantang.

Kesimpulannya even alat yang korang beli tue mmg ok dan tak rosak tapi bagi aku tetap ade bahayanya. Bayangkan kalau tetiba masa tengah tungku kat perut, alat tue pecah dah kena lak baby kat sebelah. Allahuakbar tak dapat aku nak bayangkan. So kenalah berhati-hati pas ni. Parut Syakil masih lagi tak hilang sampai skang ni...

Bahagian leher yang kena
Tangan
Bahu n telinga
Tungku moden yang pecah
Ni la lubang yang memancutkan air panas n terkena syakil.

Wednesday, February 23, 2011

He's ready to be abg...

Selamat pagi dan salam pembuka bicara. Aku masih lagi diopis sampai hujung minggu ni. So gunakan masa yang ada untuk berblog puas2 ok dan disamping settlekan beberapa perkara sebelum aku menjadi haousewife. Sejak akhir2 ni Syakil dah tunjukkan ciri2 nak jadi seorang abg. Kat umah pengasuh, dia dah boleh diharap menjaga baby umur 6 bulan yang ibu dia jaga dan sangat sayang kat baby tersebut. Skang ni kalau aku tanya syakil nak adik tak? Dia akan jawab nak la. So adik baby kat mana? Dia akan point kat perut aku n cakap sayang baby. Tapi aku tak pasti la sama ada dia betul2 faham ke tidak yang kat dalam tue betul2 ade baby..ha..ha..
Sifat dia skang lebih banyak berdikari dari mengharapkan bantuan. Semua dia dah boleh buat sendiri termasuk la membantu aku. Contoh kalau aku tak larat n nak baring aku akan cakap syakil tolong mama ambik bantal n ubat maka dia akan jawab ok..n tinggalkan ape yang dia buat pg ambik bantal n minyak cap kapak. Then tanya mama sakit yer. Aku cakap yer la mama pening syakil picit boleh. Dia akan answer boleh then picit2 la kepala aku cara dia. Every night akan jadi pemijak setia belakang papa dia.
Bagi aku, aku dah berbangga dengan pencapaian dia pada usia 2 tahun 2 bulan tapi dia dah sangat2 berdikari. Kalau dalam kereta dia jarang duduk ngan aku kat depan sebaliknya lebih selesa duduk sorang kat belakang. Dia akan cakap Syakil dah besar la mama. Yup dia bahasakan diri dia ngan kami as Syakil. So sweet jer. Skang kalau dia buat aper2 kesalahan aku akan ajar dia betulkan balik aper yang dia buat, then salam minta maaf dan cium n hug aku balik. Mmg dia akan buat muka sket tapi at the same time dia belajar yang aper yang dia buat tak betul. Contoh kesalahan conteng dinding or lantai. Aku akan suruh dia lap balik sampai bersih. So far cara ni berkesan supaya dia tak buat lagi.
Aku dah plan beberapa perkara bila aku dah terpaksa berhenti kerja. Aku perlu manage Syakil macam dia kat sekolah. So Syakil bukan duduk kat umah semata-mata tapi akan ade jadual untuk dia. As a mother kita perlu didik anak kita sebaik mungkin sekiranya kita kat umah. Hope aper aku rancangkan berjalan lancar. Aku perlu gunakan masa yang ada bersamanya dirumah sebaik mungkin. Hope before 3 years dia dah boleh menulis, mewarna, membaca dan mampu buat beberapa kiraan mudah dan yang paling penting aku nak ajar Iqraq kat dia awal2. Syakil mama papa love you so much.

Tuesday, February 22, 2011

Akhirnya Berjaya-Penggunaan 2 drypers only every weekend.

Semalam aku baca kat blog ALYYANI pasal Potty Train Nia yang mana nia mampu bertahan setengah jam diluar tanpa diapers. Tapi aku lak lum berani lagi nak kuar jalan2 tak pakaikan pampers. Kalau setakat dia main playground dekat umah yes dia dah tak berpampers. Progress setakat sebualn ni aku train dia, so far Sabtu Ahad kalau tak kuar mana2 mean kat umah jer aku kan pakaikan pampers hanya sekeping sehari iaitu time nak tido jer. Tapi aku berani buat macam tue sekiranya pagi2 dia dah berak maka potensi dia nak berak lagi sekali tue kurang la sikit. Dari setengah jam sekali bawa ketoilet skang ni dah jadi satu jam ke sejam setengah sekali. Aper yang aku nampak setakat  ni dia dah  boleh control bila masa dia nak kencing. Kalau siang dia tidi mmg dia takakan kencing tapi bila dia bangun jer maka cepat2 la kena terus angkut ke toilet sebab dah beberapa kali terlepas dalam seluar. Sebab masa tido gamaknya tahan kecing kot. Cuma masalah skang ni aku hanya buat time weekend so dia nak cepat belajar tue lambat la sikit. Tak per nanti aku dah stay kat umah aku akan train dia betul2 supaya free diapers. Aku setuju ngan Alyya nak train fee diapers tak la susah sangat tapi as mother kena rajin n banyak sabar. Tu jer.

Cayang mama selalu

Friday, February 11, 2011

Kisah si budak kecik yang Manja

Budak kecik itu tak lain tak bukan my son la. Sejak akhir2 ni dia agak manja berlebih-lebihan. Agaknya emosi nak dapat adik kot. Ada gak orang kata budak ni boleh rasa kan. Tapi bila aku tanya Syakil nak adik tak. Dia akan jawab nak la.Baby gurl. Pastue mesti akan cium b aku n perut. Bg aku dia dah ready nak jadi abang skang ni. Cakap pun dah jelas dan tak baper pelat sangat. Hoby semasa kini menyanyi n main bola. Kalau sambil main pun dia akan nyanyi macam2 lagu. Semua campur aduk habis. Burung kakak tua la, buai laju2 la,twinkle la. Ikut sedap mulut dia jer la. Skang ni kalau nak hantar umah ibu aka pengasuh dia msti nangis tak nak. Yup dia dah betul2 kenal saper parent dia skang ni. Dia msti nak ikut aku pg opis pagi. Punca utama aku rasa dia jadi macam tue sebab skang ni pengasuh dia jaga sorang baby so msti dia dapat fikir something kan yang ibu tue bukan mama dia. Walaupun dia agak manja n naughty tapi kami sekeluarga terhibur sangat ngan keletah dia. Sunyi jer kalau tak dengar suara. Buat syakil mama tetap akan sayang Syakil sama macam skang ni even dah ade adik esok. Syakil kekuatan dan buah hati mama selamanya. Love you so much sayang.

Muka2 naughty yang buat mama tak jadi nak marah...

Thursday, September 30, 2010

Kembali Bersiaran Selepas lama menyepi

Lamanya tak publish entry lepas aku wat entry raya hari tue. Aku sangat bz tapi tak tau la bz dengan aper. Hu..hu..Tapi hari ni mood aku datang nak mengupdate sikit blog dari terus sunyi dan menyepi. Ader ker pembaca agaknya blog aku ni. Selain tue aku banyak dapat invitation untuk contest yang mana aku belum berkesempatan lagi menjointkan diri. Aku aku masuk tapi nanti aku cari gambar2 yang sesuai dulu k. Syawal dah nak penghujung kan. Tapi open house masih berjalan right. Tak per selagi bulan syawal maka kita jangan stop makan k.

Cite Syawal dah habis. So aku pun tak de citer best sangat nak kongsi. Lagipun skang ni aku tengah bz nak siapkan satu projek. Alhamdulillah Bos aku dapat projek baru. Rezki dia rezki aku jugak la ha..ha.. Hari ni just nak kongsi citer hujung minggu masa balik dari kampung hari tue. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 11 Pagi. Lepas rehat kejap dalam kul 3 or 4 macam tue kami mulakan aktiviti gotong royong membersihkan belakang rumah yang dah naik semak samun. Syakil pun Join gak tapi join main pasir. Tak puas main kat kampung main kat umah lak. Jom tengok gambar dia ngan papanya berkebun:

Suka dapat main pasir

Kusyuk main tanah tue

Papa tanam pokok cili ambik kat kg

Hasil tanaman yang diambil di kg. Hope hidup la pasni he..he..




Thursday, May 20, 2010

Cerita Weekend Kami

Cerita last week baru nak post..hari ni dah hari khamis kan..mmg sah2 aku ni bukan blogger tegar ha..ha..buakan tak der masa tapi mood nak menulis non ada..n lagi satu sebab aku tak leh jadi blogger tegar sebab aku tak suka ambik gambar he..he..so tak de la cerita nak update hi..hi..

Ok berbalik kepada tajuk entry tue hari Ahad baru ni kitaorg dapat jemputan sambutan besday party dari makcik yang jaga syakil dari 3 bulan sampai la 5 bulan..besday cucu dia buat kat KFC belakang care4 wangsa maju..sekangkang kera jer dari umah aku tue..since syakil besar n boleh jalan n cakap ni first time aku bawa dia attend besday party..mmg tak terduga la keseronokan dia. teruja sangat tengok belon2 yang banyak n ramai kawan...tak terkawal dah dia sampai makan pun tak nak..Kan bila besday paty kat kfc ade game kan pastue nari2 so syakil pun ikut sama menari..cute sangat ha..ha..sampai ader aksi terlampau dah dah terjadi, nanti aku citer next entry k..tapi malangnya camera lak habis bateri time nak ambik gambar..hu..hu..sabar jer la..to syakil mama dah try hantar perduan drypers besday party tue mna tau ader rezki nanti kita lak sambut kat cini ek..Amin..