Be My Lovely Follower

Monday, September 6, 2010

Projek Mega Hujung Minggu

Hujung minggu di isi diisi dengan aktiviti yang padat dan tak der masa rehat. Aku ah beli bahan untuk buat biskut tapi masa nak membuatnye ngak ader. So nak tak nak aku berusaha gak buat hujung minggu lepas n macam hampeh jer. Tak brapa nak jadi la..Aku mmg tak der kebolehan buat biskut nampak gayanya..hu..hu..

Terlupa lak aku snap gambar biskut yang tak menjadi itu. Actually aku buat dua jenis kuih. Cholate chip n tart nenas, malangnya coklat chip tak brapa nak rangup n tart lak terlalu gebu lepas aku guna minyak jagung daisy konon2 nak cari kelainan la..Last2 aku just buat bujur2 n tekan ngan garfu n jadi la tart version aku ha..ha..Nanti ingat aku upload gambar n share kat sini k..

Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya

Muka Depan Utusan Malaysia hari. Aku just nak share k.

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keluarga pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya membuat laporan polis setelah mendapati usahawan wanita bertaraf jutawan itu hilang sejak 30 Ogos lalu.
Difahamkan, Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.
Sosilawati yang juga bekas isteri kepada bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.
Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seorang anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis lalu, kerana bimbang keselamatan ibunya itu.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.
"Sosilawati bersama pemandu, peguam dan seorang pegawai sebuah bank dimaklumkan telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.
"Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.
Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Bukit Aman untuk membantu menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.
Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.
"Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.
"Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek," katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.
Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan.
Menurut Muhammad Sabtu, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.
Katanya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat lokasi mangsa berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mengesan usahawan terbabit.
Sementara itu, difahamkan, salah seorang anak Sosilawati ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibunya dalam tempoh tersebut bagaimanapun ia sukar
difahami.
Anak mangsa yang cuba menghubungi Sosilawati namun gagal.
Hasil maklumat diterima keluarga mangsa, polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, di sini, namun tidak menemui mangsa.
Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai adalah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos lalu.
Sementara itu, Nash mendoakan bekas isterinya dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku.
"Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,'' katanya menerusi SMS di sini hari ini.
Menurut Nash, beliau bukanlah individu yang sepatutnya ditanya mengenai perkara itu kerana hubungannya dengan Sosilawati sudah berakhir dan wanita itu juga sudah berkahwin lain.
"Sepatutnya tanya suami dia sebab semua orang tahu dia ada suami. Saya tiada kena mengenai lagi dengan dia, tapi doa saya supaya dia selamat,'' jelasnya lagi.


Note : Jadi orang kaya ni bahaya gak kan. Kalau tak dak musuh pun jadi ada musuh.

Iklan Raya TV3 2010 Macam Iklan Chrismas - TV3 Mohon Maaf Secara Terbuka

Semalam aku tengok berita utama kat TV3. Tetiba ada slot TV3 mintak maaf pasal iklan diaorg n menarik balik iklan tue. So hari ni datang opis google la cari maklumat pasal ni coz aku pun tak perasan iklan yang mana dimaksudkan tue. Then aku jumpa topic pasal ni di blog Cikgu Dahlia.

Untuk maklumat lanjut korang boleh masuk kat page Facebook kat Sini atau korang leh juaga view blog Sharinginfoz. Aku just conclude jer pasal iklan tue ek. Antara fakta2 daripada iklan tersebut yang dibantah adalah:

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk...ap yang terbuka.
1. Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2. Buku - Bible
3. Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4. Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5. Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6. Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7. Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1. Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2. Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3. Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4. North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

Aku try cari kat Youtube iklan tue masih ada lagi. Korang nak tengok masuk sini k. Aku puji sungguh orang kita yang alert pasal iklan ni. Kalu aku sendiri mungkin tak dapat nak tangkap gak rasanya. Hmm may b pas ni TV3 perlu berhati-hati lagi k.

Friday, September 3, 2010

Alhamdulillah..hari ni dapat 2 berita gembira

Baru beberapa minit tadi mr hubby tel aygnya ini mengkabarkan berita agak gembira n sedap didengar. Katanya hari ni riuh rendah di opis beliau bahawasanya Felcra akan beri bonus tapi just 90% jer sebelum hari raya ni. Lagi 10% diaorg potong. Jadi la dari tak dapat langsung. Mmg tak macam tahun lepas diaorg dapat 2 bulan. Bg aku rezki banyak tue pun dah cukup untuk kami sekeluarga raya ni, Alhamdulillah..

Lagi satu berita gembira hari ni gaji aku masuk so ringan la sket beban nak raya ni. Aku masih lagi belum lengkapkan persiapan raya kami anak beranak ni. Hujung minggu ni last nak membeli aper2. Hope dapat settle semua. Lagi satu projek aku kena siapkan semua kuih raya aku hujung minggu ni jugak. Barang dah beli tapi baru sejenis dapat buat. Ish rasa macam tak dan ja tapi kena bg dan la jugak..Ape2 pun mood skang ni tengah sanagt happy dengan Rezki Kurniaan-Nya..Terima kasih Ya-Allah. Aku bersyukur dengan nikmat-Mu.

Wednesday, September 1, 2010

Mood nak kejer dah tak der..Mood nak Raya yang datang

Salam 22 Ramadhan.
Hmm mood nak kejer dah hilang daa..Skang ni asyik ingat nak raya jer hu..hu..Persiapan raya pun lum siap. Sebab2nya duit gaji aku belum nampak bayangnye lagi. Tahun ni paling getir sekali raya aku rasa. Kenapa????? Sebab gaji aku tak menentu ditambah dengan mr hubby lak tak dapat bonus hu..hu..

FYI kami laki bini belum lagi menukar duit raya disebabkan budget untuk tue hampir tidak ada. Tapi macam tak adil lak tak bg duit raya kat adik2. Kami akan try usahakan jugak. Mmg skang ni sangat2 pening kepala memikirkan kewangan kami yang sangat2 kritikal. InsyaAllah mungkin ada rezki lain untuk kami raya ni.

Even mood beraya dah ada tapi kemeriahan raya agak tak best tahun ni. Bg aku cukupla syakil berganti baju baru, kami tak per..yang penting kami kena settlekan hutang2 yang ada dulu n lebihan duit baru fikir pasal raya. Mood untuk berblog agak suram jugak..hu..hu..

Actually aku nak citer pasal kuih raya yang aku dah buat tapi lupa lak nak bw camera. So nanti2 aku citer pasal ni ek. Selamat Berbuka Untuk Semua.