Be My Lovely Follower

Wednesday, November 10, 2010

Berita Gembira Vs Risaukan si HB Syakil

Tak tau dah nak letak tajuk aper he..he.janji ada makna kan.
First nak citer berita gembira dulu la. Semalam petang dapat sms from my hubby nak ambik aku dulu kat opis. Pelik selalu ambik si Syakil dulu. Tapi aku tak syak aper2 la. Tak kisah la ambik sapa dulu pun sama ja coz dia kejer tengah2. So masuk jer keter aku terpandang something n aku tak cakap aper la just cakap Alhamdulillah jer la. Bukan niat aku tak nak bgtau berita ni tapi biarla rahsia dulu. Andai dah confirm betul berita ni aku kan kongsikan. Moga ada rezki aku kali ni. Aku harap korang doa2kan aku k. Even tak tahu aper berita tue tapi just doa yang baik2 yer..Aminnn

Perkara kedua ialah perkara yang membimbangkan aku pasal anak terunaku itu yang sangat sensitif bila bermain ngan air. Alkisahnya semalam sampai jer rumah dia cakap kat aku "ma..nak andi kolam la". Aku cakap tak boleh nanti demam. Dan2 tue jugak mengamuk. Dia kalau mengamuk habisla. Tak kan berhenti selagi tak dapat aper dia nak. So aku pun cakap kat Mr hubby suruh dia bawak turun kejap. Sekejap2 pun setengah jam gak la. Then naik atas jer aku mandikan ngan air suam ikut petua jiran aku. Dia kata InsyaAllah tak demam or selsema kalau pas main air terus mandi air suam.Malangnya tidak bg anak aku tue. Pagi ni bangun dia dah soseh2 then bgtau aku mama "syakil sema ni'. Anak korang macam tue tak. Budak ngan air mmg tak dapat dipisahkan so aku nak buat macam mana kan.Dah la kolam ader kat bawah. Ader petua kalau main air tak bg selsema ek. Dalam  2 bulan kebelakangan ni dia kerap demam gak even tak serius tapi aku tetap risau.hu..hu



Ni gambar2 dia demam masa 2 minggu lepas. Kalau demam selalu high temp sampi 39 so ubat bontot mmg kena spare kat umah

Cuti Hujung Minggu Yang Panjang

Hari ni dah Rabu but aku baru ada masa nak update blog kesayangan hamba ni. Hmm cuti ni tak der aktiviti best sangat. Al maklumla la skang ni asal petang jer hujan asal hujan jer petang. So bila hujan jer maka kaki pun malas nak melangkah keluar rumah tapi lebih selesa melangkah masuk bilik tido ha..ha..Nasib la dah duduk umah teres maka tak la bosan sangat kami anak beranak.

Hari Jumaat
Deepavali Days just stay kat rumah. Membasuh baju yang bertimbun. Al Maklumla basuh baju semiggu sekali jer. Then mengemas rumah n mengemop lantai semua. Rumah ni kalau tinggal seminggu tak duduk pun idak habuknya sangat tertahan. Kalau balik tue msti kaki jadi hitam nye. Dah la tiles umah aku warna putih lagi la nampak kekotorannya. Pagi aku masakkan char kuew teaw(betul ke aku eja. hentam jer la). So lunch aku masak lambat sikit lagipun mmg plan nak masak simple2 jer hari ni. Dah settle semua kejer aku start masak untuk lunch. Menu simple kami ikan sardin masak sambal kering + sayur lemak kobis..Hujan2 makan mac
am tue pun dah kira sedap sangat. Aku bila duduk umah jer mula la nak masak macam2 so fikir punya fikir n selongkar semua buku resepi maka aku decide nak buat ni
Gambar ehsan pak cik google jer..Aku nye tak sempat ambik gambar
Aku guna resepi ni mmg menjadi ambik kat blog ummi

PAU RESEPI YANI

Bahan-bahan:- ( 8 biji )
• 300g tepung gandum/tepung pau

• 2 sudu kecil baking powder
• ¼ sudu kecil garam
• 160-165g air suam
• 2 sudu kecil yis kering
• 2½ gula halus
• 1sudu besar lemak sayur
• Inti secukupnya (kaya, kacang merah, kelapa atau sebagainya)

Cara-cara
  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, yis kering dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin dan lembut. Buat bentuk bulat. Letak di dalam mangkuk. Tutup dengan tuala lembab. Biar doh kembang sehingga 2 kali ganda.
  5. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik. (untuk proses 1 - 5, akak gunakan BM jek...hehee..mmg sangat elok jadinya)
  6. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  7. Ambik sebiji doh, ratakan diatas tangan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  8. Apabila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  9. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan. 
Nanti korang leh try..mmg lembut jer pau ni. So kenyang la kami anak beranak..Aku guna Inti kaya yang beli tue jer..

Hari Sabtue
Hari ni dah janji ngan orang nak pasang astro kat umah. Aku duk sini dah dekat 4 bulan tapi baru nak pasang piring tue.Ni pun sebab tv tue teruk sangat tv tue even pasang area. Hubby request nak makan sup tulang maka gigih la aku rebus tulang tue awal2 pagi lagi supaya lembut kan. Orang astro datang dalam kul 11 macam tue. Pagi Sabtue tue sebenarnya ada satu benda buruk terjadi bukan kat aku tapi kat jiran aku. Sian kat dia. Pagi tue husband dia mintak reverse kete coz nak bawak kuar van yang diaorg sewa. So masa bawak kuar ok tapi masa nak masuk tue jiran aku tue mayb terlebih tekan minyak n tak sempat pusing stereng maka dia melanggar pagar n tembok rumah. Teruk gak keter tue remuk sampai tak leh jalan. Benda nak jadi nak bat macammana. tapi biasa la orang lelaki akan salahkan perempuan kan. Tapi aku respect giler ngan abg Rizal aka suami jiran aku tue. Dia langsung tak marah wife dia. Sabar tul. Gamabr aku tak sempat nak snap lak.
Tengahhari tue aku ajak orang yang pasang Astro tue pasang astro tue lunce sekali kebetulan masak banyak. Menu of the day Sup tulang power + Tempe, tahu n ikan bilis sambal goreng..fuh mmg menambah makan.
Dalam kul 3 macam tue aku cakap kat mr hubby dah bosan duduk umah so ajak dia kuar. Syakil pun happy jer ajak kuar. Destinasi kami Pekan Rawang jer..Jalan2 kat Maidin n hari2 then pg tesco. Jadi la hilangkan bosan. Lagipun hujan nak pi taman pun tak leh.
Even kuar dekat2 jer balik dekat2 kul 7 gak. Masa on the way balik nampak Pelangi. Dah lama tak nampak kan. So aku sempat snap gambar sekeping dua.




Hari Ahad
Hanya berehat dirumah. Kemas rumah dan memasak. Antara yang aku masak hari tue adalah:
Siakap 3 rasa untuk lunch
Roti kismis (tak baper menjadi pun)
N bubur pulut hitam coz tekak nak makan
Apam lenggang untuk syakil
Bubur pulut hitam
 Roti kismis yang tak aper nak lembut
 Apam lenggang versi fiza
 Syakil dan papa
Siakap lupa nak ambik gambar lak..Kalau duduk umah aku msti suka masak. So mr hubby kejer makan jer la sampai badan jadi belon. Tapi anaknya susah sanagt mau makan sampai badan dah tinggal sekeping je..Sekian aktiviti cuti kami.


Thursday, November 4, 2010

Perlis Banjir, Rumah Bos aku teruk dilanda air

Since semalam my bos balik kg dia kat Perlis coz menjadi pasukan penyelamat 911 ha..ha.. Alkisahnya hari Selasa malam bos aku call yang dia terpaksa balik kg coz rumah dia kena banjir n tak der saper nak tolong angkat barang n urusan pindah2 barang. So mak ayah dia mintak tolong balik segera. Kali ni banjir agak teruk kan kat utara. Takziah kepada semua mangsa. Aku tengok video kat youtube tadi laju giler air kat kawasan gua kelam tue. Tadi ada mesage my bos dia kata ai masih belum surut sepenuhnya tapi jalan dah banyak buka. Cuma paras air dalam sungai masih tinggi dan air nak surut agak lambat. Ni aku kongsi gambar2 ehsan dari facebook bos aku.
 Tinggi kan paras air..telefon pun hampir tenggelam
 Mamak ni masih lagi bersemangat waja tibar roti canai
 Ni rumah my bos hari pertama


 Mesin air pun tenggelam




 Pak cik nak menjala ikan gamaknya




 Pekan Kangar
Buat semua mangsa sekali aku ucapkan takziah n anggapla ni ujian dari Allah SWT.

Note: Umah aku kat Kedah tak banjir coz umah aku kawasan tinggi.

Happy Deepavali buat semua yang menyambutnya..korang balik kg ker

Lama tak bersiaran. Ade cerita tapi tangan berat nak menaip.Ntah kenapa. Esok aku pasti semua orang cuti kan. Buat teman2 yang berbangsa India aku wish Selamat Hari Diwali k. Aku tak ramai kawan India kecuali masa belajar dulu ada la. Tapi skang ni aku ramai jiran2 India..ha..ha.. Almaklumla la kawasan umah aku mmg kawasan diaorg ni. Baik kat Rawang apatah lagi Batu Caves. Kalau kat Batu Caves hari diaorg tak raya pun diaorg akan pasang lagu yang boleh bingitkan telinga gak la. Tapi konsep satu Malaysia so kena terima gak la kan. Kita tetap kena hormati agama bangsa lain ok. So berbalik kepada cuti deepavali ni kami tak balik kg pun. Just stay kat rumah jer. Dan menurut info jiran2 aku kat Rawang kalau Deepavali duduk kat umah jer coz jalan nak masuk umah aku tue ada dua kuil sure jalan jem jer. Hmm dalam kepala ni duk terfikir aper nak buat cuti 3 hari ni. Duduk umah pun bosan gak kan. Aper2 pun buat semua warga Malaysia yang menyambut Deepavali esok aku wish moga happy semua k. Happy holiday gak kepada semua yang bercuti dan hati2 dijalan raya kepada semua yang balik kg.


Tuesday, November 2, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Hayati bersama aku nak kongsi article yang ambik kat facebook.
LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.