Be My Lovely Follower

Tuesday, May 10, 2011

Faktor penyumbang kenaikan gula dalam darah.......

Masih lagi bercerita pasal MGTT hari tue. Naper gula sangat tinggi dalam darah aku. Disebabkan kerajinan aku ler. Since aku jadi housewife ni hobi utama aku adalah memasak. Tiap2 petang kalau mr hubby balik rasa bersalah lak tak sediakan per2 makanan kat dia. Maksud aku minum petang la. So aper yang ade kat umah ni aku kan cari alternatif untuk buat kuih yang simple2. Lagipun kesayangan aku tue mmg suka makan. Korang faham2 jer la kalau dah namanya kuih msti ade banyak gula kan. Hmm pas ni aku leh buat jer tapi tak laeh makan banyak ler.

Tapi bila kita memasak untuk orang tersayang ni banyak pahala kan. Tambahan 2 minggu lepas aku berpuasa hari-hari maka hari2 la aku buat kuih sendiri. Puas hati makan kan.So jom review aper yang aku masak.
Apam butter
Kuih lompang
Donut coklat



Ader lagi yang aku buat tapi tak capture. Macam kuih sagu, buah melaka, kek pisang, ketayap, pau n tepung talam. Dan sekarang ni yang menjadi kegilaan aku untuk buat adalah karipap pusing. Buat banyak2 then frozen..Kat syakil aku buat inti tak pedas coz dia mmg suka makan karipap.Pas ni aku nak try buat apam polka dot lak. Best masak kalau aper kita buat tue menjadi n orang tersayang suka makan kan.
Ni before goreng n aku dah frozenkan separuh
Ni lepas goreng terlebih cahaya la pulak..

Perihal result BSP yang buat aku senyum sampai telinga

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mengharungi 4 kali ulang alik ke klinik semalam. Penat mmg penat..Kesian jugak kat Syakil coz  aku terpaksa bawak dia sekali ulang alik. Sampai balik semalam melepek jer kepenatan. Hari ni dah menunjukkan simpton2 tak sihat. Syakil kalau pegi Klinik jer balik msti dia akan selesema, batuk n demam. Antibodi dia tak cukup kuat kalau pegi tempat macam tue..

Alkisahnya semalam start dari kul 8 pagi aku dah tercongok kat kk. Then selesai ambik darah semua aku balik umah n datang balik seterusnya kul 12 tengahari. Then balik umah lagi dan datang pulak kul 5 petang. Dan masa kul 5 tue aku tak larat dah nak balik umah maka aku bawak Syakil jalan2 kat tesco ja. Kul 7.45 malam aku pegi balik untuk sesi terakhir.

Dan keputusan test semalam sangat menggembirakan aku. Tak sia2 control makan n tak sentuh nasi langsung. Result semalam seperti berikut:

8 pagi: 4.9 - tak tahu naper tinggi sebab malam aku tak makan nasi pun. Just roti n sayur je
12.30 tngah hari - drop ke 4.2 sebabnya aku tak makan just minum air kosong jer. Aci tak ha..ha..
5.30 petang - Drop lagi ke 3.8 macam tak cukup gula lak. Aku makan just sup sayur,roti wholemeal n buah epal hijau tapi tak tahu naper result drop lak.
8.30 malam - 3.9 sebab aku just makan biskut jer 2 keping untuk alas perut.

Dari result tue aku harap dr puas hati n aku tak payah retest lagi he..he..Lega sangat bila dah lepas. Balik umah baru aku hentam makan nasi puas2. Kesian baby sebab mama dia ikat perut seharian. Dan semalam jugak buat pertama kalinya aku drive waktu malam. Alhamdulillah kami selamat sampai umah even beberapa kali break emergency sampai syakil marah aku. Bukan per aku tak perasan ade bonggol pastue bawak malam2 ni silau mata kan. Per2 pun semalam hari happy untuk aku hi..hi..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia. We are the great mother in the world

Agak terlambat buat entry ni. Dah petang baru nak online. Yes hari ni hari kita. Mmg hari2 hari ibu tapi tak salah kalau kita sambut satu hari yang special sket kan. Bagi aku jadi seorang mama mmg satu anugerah tak ternilai yang tiada tandingannya. Bila kita sendiri dah jadi seorang ibu baru kita sedar susahnya mak kita menjaga kita dulu. Menjadi seorang mama sangat mencabar terutamanya bila anak sakit. Kasihnya Ibu sampai ke Syurga. Perumpamaan yang sangat tepat menggambarkan kasih sayang seorg ibu, mama, mak, umi dan sebagainya. Bagi diri aku sendiri aku tak puas membalas jasa arwah mak yang pergi terlalu awal. Namun aku redha dengan ketentuan-Nya. Aper yang mampu aku lakukan hanya iringan doa dan Al-Fatihah mampu ku sedekahkan buat Arwahnya. Untuk my step mother,Normah Baharom, mak mertuaku tersayang, Ipar duaiku, dan semua rakan2 dan wanita yang bergelar Ibu "SELAMAT HARI IBU". Jadilah ibu yang terhebat untuk anak kita dan didiklah nak2 kita sebaik yang mungkin..............Happy Always.


Ni arwah mak aku..


Note: Hari ni hari Ibu tapi kami dua beranak kena tinggal hu..hu..Mr hubby dah selamat terbang ke Sabah. Rabu baru balik..

Friday, May 6, 2011

MOM & BABY EXKPO 2011 6-8 MEI 2011

Hmm aku dapat info ni masa beli majalah hari tue. Niat dihati nak pegi la esok tapi tak tahu la jadi ker tak. Hari Ahad Mr hubby kena fly pegi Sabah lak. Macam tak leh jer nampaknya nak pg ni. So pada sesaper yang nak pergi boleh la pegi start hari ni sampai ahad ni. Venue seperti berikut

Date: 6,7 & 8 Mei 2011
Venue: Mid Valley Megamall Dewan 1, 2 & 3

Pada saper pernah pegi macam2 ade kat ekspo ni especially kalau nak beli barang harga murah ada promotion kat booth yang diaorg bukak. Antara info yang aku ade:
  • 260 gerai pameran
  • 300 jenama terkemuka barangan kehamilan dan penjagaan bayi
  • 6,000 goody bag bernilai RM 600,000 barangan percuma
  • Hadiah cabutan bertuah bernilai RM 100,000 untuk dimenangi
  • Aktiviti pentas tanpa henti
  • 16 sesi forum oleh pakar penyusuan ibu, pakar berpantang,pakar penjagaan pra natal dan sebagainya..

Sistem failing dirumah

Kita jangan fikir diopis jer perlukan sistem failing ni tapi kat rumah pun sama penting jugak. Dulu masa duduk kat umah sewa kami mean aku n mr hubby tak alert sangat pasal hal ni sebab tak de tempat nak simpan. Maklumla kami menyewa dulu umah 2 bilik jer. So skang ni bila dah ade umah sendiri maka kami dah jadikan satu bilik adalah bilik study aka workstation kat umah. Tapi tue jugak adalah bilik tetamu. 

Bagi aku sistem filing dirumah sanagt penting untuk memudahkan urusan kita. Contoh maklumat2 peribadi kita, Agreement rumah bagi yang dah beli atau menyewa mesti ada agreement kan, Resit2 pembayaran bil, Resit2 perbelanjaan harian dan sebagainya. Resit2 perbelanjaan harian kita perlu simpan untuk audit LHDN. Baru tau sebenarnya selama ni tak pernah pun simpan resit shopping. Selain tue aku gak ade fail peribadi himpunan resepi. Senang nak blajar masak ha..ha..

So korang kat umah ade tak sistem ni. Aku pasti ramai yang dah buat kot. So sesaper yang lum buat buat la. Nampak kemas dan mudahkan urusan kita sebenarnya. Kat bawah contoh sisitem failing yang aku n mr hubby dah buat. Nampak kemas kan.

Ni bukan filing tapi nota yang aku dapat masa study kat pnbi tapi syang nak buang sebab harga dia mahal. Almost 200 ringgit per module