Be My Lovely Follower

Monday, May 23, 2011

Besday Alfi 1 Year

Ni cerita basi tapi aku nak gak post sebagai kenangan n ingatan nanti. Sabtu 2 minggu lepas kami pegi Shah Alam coz ade sambutan besday anak abg ipar aku yang setahun. Kejap jer masa berlalu dah setahun si Alfi. Rasa macam baru jer aku pegi tengok dia lahir kat hospital Sungai Buluh tup2 dah besar dah..

Sambutan secara kecil-kecilan jemput sedara mara jer. Main menu hari tue makanan orang terengganu ler coz biras aku orang ganu. So main dish Nasi Dagang n kari Ikan tongkol. Lupa lak nak snap gambar. Tapi aku makan sket jer coz tak minat sangat. Menu lain buah tembikai n bihun goreng so simple tapi kenyang perut kami samapi malam. 

So aku lak bawak vanila cupcake n chocolate cupcake bg kat Alfi. Kek besday hari tue hasil dari kreativiti mak sedar hubby yang duduk kat Klang. Cantik sangat. Syakil lak dok sibuk tanya besday dia bila. Mungkin aku kan buat gak besday dia hujung tahun ni. Sian lak dah besar tapi tak pernah pun sambut besday lagi. So ade beberapa keping jer gambar yang diambik sebagai kenangan.

The Cake
Besday Boy
Syakil n Anak Acik hubby
sedara sebelah hubby semua

Saturday, May 21, 2011

Belajar mengenal ikan di Aquaria, KLCC

Baru nak terupdate pasal citer ni selepas sekian lama do peram gambar n citer. Tumpang mood ade ni aku update k. Hari ni my hubby tak de coz pegi tolong kawan dia pindah umah maka gunakan masa cuti untuk mengupdate ok. Padahal hari2 aku cuti ha..ha.. Macam aku gtau sebelum ni masa cuti wesak baru ni mr hubby ambik cuti sebab plan asalnya nak berholiday bagai. Tapi last2 dicanclekan atas beberapa faktor. Sebab tue la mak buyung ni merajuk hu..hu..Dari percutian yang dirancang ke PD bertukar kepada cuti santai dirumah dan berjalan-jalan ke KLCC ajo. Tak per la aku ok jer janji anak aku happy. Tapi mak yang emosional lebih sebenarnya. Ha..ha..

So kami ke KLCC pada hari orang lain bekerja iaitu hari Isnin. Yup mmg berbaloi sebab tak perlu bersesak-sesak. Santai n boleh ambik gambar yang banyak. Lagipun dah lama janji ngan Syakil nak bawak dia pegi tengok ikan. Then dah lama jugak janji ngan dia nak bawak dia pegi naik chungginton. Tahu tak aper. LRT ler. Yup lebih prefer naik train dari drive. Senang n mudah dan tak kena bayar parking ha..ha..
So kami gerak dalam kul 10 pagi gitu. Then mula2 decide nak naik train dari Taman Sri Rampai tapi tak de parking kete lak. So kami naik dari Wangsa Maju. Syakil sangat teruja since last dia naik train masa setahun ++ tak silap aku. Mmg senang jer dapat tempat duduk. Ate orang kejer kan. So boleh jer ambik gambar ngan bebas sekali.

Kat KLCC just jalan2 kat taman dulu tapi semua taman air n playground tutup untuk reno so decide masuk Aquaria jer terus coz cuaca pun panas. Memula aku ingat masuk Aquaria ni 25 ringgit jer tapi rupanya 35 ko. Mhal gak eh. Tapi tak per la sekali sekala jer. Ntah bila lagi nak datang ntah. May b bila adik Syakil dah besar sok kot. So biar gambar yang banyak menceritakan k. Tulis banyak2 pun korang tak terbaca pun kan..

Dalam chungginton
Taman KLCC kebetulan buka air pancut lak hari tu
 
Derhaka pada arahan pakai flash
Ikan aper aku pun tak pasti
Gigi jerung yang menggerunkan
Turtles yang gergasi. Ntah baper la umo dia
Satu2nya gambar bertiga. Tak suka tengok muka sendiri yang kembang semangkuk

Thursday, May 19, 2011

Salam Khamis Yang Mulia

Lamanya tak update. Memang bercinta la nak menulis balik lepas lama tinggal. Nak post satu entry pun tak terbuat. Aku ade jer. Tapi kemalasan nak pegang huruf2 bak menaip even ade jer citer nak citer. Actually cuti baru2 ni aku sedikit merajuk dengan mr hubby dan disebabkan itu mood nak berinternet pun down. Bukan setakat merajuk ler tapi jauh hati n sedikit bergaduh. 
Entahla..Since mengadung aku sedikit cepat jauh hati n merajuk. Air mata pun senang jer mengalir hu..hu..Mungkin jugak emosi tak berapa stabil sejak jadi jobless ni. Agak mencabar sebenarnya bila tak de duit perbelanjaan sendiri ni. Nak buat aper pun kena fikir berpuluh kali. Sabar jer la.
Sebab musabab aku merajuk tak yah la distorykan ye. Malas dah nak fikir benda dah lepas. So banyak aku nak citer sebenarnya. So aku just tulis point dulu k. Nanti aku edit pic dulu then baru leh post entry.Antaranya :
  • Besday Party Alfi anak abg ipar aku
  • Jalan2 Cuti Wesak - KLCC
  • Learning is fun bersama Syakil
So nanti aku story semua tue k. Skang ni pegi lunch dulu okeh..see u all

Thursday, May 12, 2011

Hadiah hari Ibu 2011 dari suami tercinta..

Alhamdulillah mr hubby dah selamat sampai umah dalam kul 4.30 semalam. Lebih awal dari dijangkakan sebab flight tak delay. Syakil sangat excited bila papanya balik. Baru tinggal 4 hari tue kalau sebulan tak tahu macam ne kekdahnya ha..ha..Mamanya pun excited dan rindu jugak hi..hi..Kali ni pergi dia tak sihat sebab kena cirit birit katanya. Yer la kali ni kena entertain orang atasan kklw so penat sket la. So semalam dengan jayanya dia demam.

So seperti yang aku pesan dia ade beli keropok amplang ngan kuih cincin. Keropok amplang tue ok la bagi aku tapi Syakil tak suka. Tak lalu katanya. Tapi kuih cincin aku suka. Aku ingat macam kuih loyang atau kuih ros tue tapi lain rupanya. Macam tepung beras pastue kat dalam ade gula merah. Rangup2 manis gitu. Antara lain yang aku tunggu hadiah hari ibu yang dia beli la. Kali ni barang yang dia beli menepati citarasa aku. Sangat happy ok. Kat umah aku dah banyak koleksi mutiara yang biasa tue dan tak terpakai pun coz aku tak suka sanagt pakai mutiara. Tapi semalam dia dah beli mutiara ala2 rantai tangan gitu. Thank you so much sayang. Dan aku gak suruh dia beli cenrahati nak bg kat jiran. Beli broch jer. Jadi la tanda kenang-kenangan kan.

Hadiah Hari Ibu
Cenderahati
Keropok amplang
Kuih cincin

Wednesday, May 11, 2011

Mood Happy VS Keropok Amplang

Mood sangat happy menunggu suami tercinta pulang. Even every month dia akan pegi sabah tapi aku tetap akan rasa sunyi tau. Tambah2 si Syakil lak skang ni dah menghargai papa dia. Boleh kata dua tiga kali tanya papa mana coz kereta kan ade kat umah..Selalunya kita kalau berjauhan dengan yang tersayang kan msti terkeluar habis ayat masa cintan cintun dulu kan betul tak he..he..Selalu aku macam tue ler. Kalau duduk jauh ni sayang la, sweetheart la, dear la semua ader la dalam ayat2 msg tue. Happy jer rasa. Tapi my hubby kalau kat umah pun mmg dia biasa panggil sayang or ayang jer. Tak pernah kuar pun panggilan nama or mama. Tapi bila duduk jauh manja tue lebih sket..ngada2 kan.

Per2 pun aku doakan dia selamat sampai KL. Flight KK ke KL 12.30 karang. Sampai umah pun may b petang dalam 4.30 ke 5 ptg. Really miss him so much hu..hu..So kali ni pegi Sabah dia sempat gak pg jalan2 kejap sebab pegi hari tue hari Ahad. So aku ade pesan suruh beli keropok amplang. Korang pernah makan tak. Best ke eh. Dari komen2 aku baca kata sedap so mak buyung ni nak gak try rasa ha..ha..Then tadi dia text aku kata dah beli something present hari ibu. Ntah aper dia beli aku pun tak pasti la. Per2 pun just tak sabar nak jumpa jer ni..

Ni la rupa keropok amplang tue.
Note: Tiap kali pegi Sabah bersedia la menerima mr hubby dalam keadaan tak sihat coz dia msti akan demam kalau balik. Almaklumla masuk hutan kuar hutan dengan perjalanan yang jauh.