Be My Lovely Follower

Friday, April 4, 2014

Roti sarang lebah hot sehot namanya

Sana sini duk bercakap pasal roti ni kan. Dah tercetus satu fenomena luar biasa dah tentang makanan ni. Sana sini duk cakap sedap kan. Maka aku pun salah seorang yang x nak ketinggalan nak cuba jugak dan menikmati kesedapan roti ni.

Memula buat aku guna mixer je.  X srmpat nak menguli tangan ngan budak kecik ni. Wah sedapla rasanya. Budak2 n bapak budak pun layan. Untuk sos butterscout aku guna susu cair je..tapi macam x berapa nak best. X nak berkilat so bila try buat gn whipping cream walla menepati citarasa aku dan family.

Sejak tue bermula la episod buat berulang kali atas permintaan seluruh isi rumah. Hinggalah suatu hari mixer aku jadi tenat dan berhenti beroperasi..sob..sob sedih x leh wat kek dah..kn beli baru la jawabnya. Pada yang belum mencuba rajinkan diri anda untuk menguli yer. InsyaAllah hasil x menghampakan.

Resepi roti sarang lebah
Sumber : lydia honey

*2 cawan tepung gandum - gn tepung roti satu cawan
1/2 sudu teh yis
*1/2 sudu teh baking powder - gn bread improver
1/4 cawan yogurt - gn buttermilk ( susu + cuka)
1/4 cawan minyak masak/jagung
*1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar gula - guna 2 sudu bg manis sket roti.
1/2 cawan air suam

Cara
Campur bahan yang bertanda*
Yis, gula dan air suam dicampur biar 10min
Masukkan yogurt + yis kedalam bahan * gaul hingga jadi doh kemudian masukkan minyak sedikit n uli hingga doh lembut dan elastik.
Cara aku uli doh dalam 15 min ke 30 min kemudian masukkan dalam palastik dah ramas2 hingga 10 - 15 min kemudian uli balik hingga dapat doh yang betul2 elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh hinggga kuar udara. Bulatkan doh ikut size dikehendaki dan perap lagi hingga naik sekali ganda.

Panaskan oven 15min kemudian masukkan roti yang diperap. Gn api bawah sahaja 10min pertama dan api atas bawah 5 min terakhir. Jangan bakar terlalu lama nanti keras.

Sos butterscout

25g mentega
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream / susu cair
Sedikit esen vanila

Cairkan mentega
Masukkan gula perang tunggu hingga gula cair masukkan cream n vanila kkacau hingga sebati

Selamat mencuba

Bulan April Ujian Allah..Mood Sedih

Citer sedih nak kongsi berlaku awal bulan April ni. Ayah aku ditimpa musibah..Sejak akhir2 ni mmg ayah aku sering x sihat. Dah berumur macam tu la. 2 minggu lepas dia sakit dalam perut yang agak kronik tapi x sampai kena admit la. 3 hari lepas ayah aku diduga lagi. Dia jatuh tangga n patah kedua2 kaki area tumit n ankle.

Actually dalam family aku yanv paling jauh n incase ade emergency macam ni mmg susah la aku nak balik immediate. Setakat ni keadaan ayah bertambah baik. Dah kuar ward semalam. Esok pagi baru aku nak balik kampung tengok ayah. Even aku je anak perempuan ayah tapi aku tak mampu nak jaga ayah time sakit2 camni. Hu..hu..mungkim kalau ayah nak ikut aku balik kl boleh la aku jaga.

Pe2 pun aku berdoa ayah cepat sembuh dan doakan perjalanan kami pagi esok..

Mood: sedih..😭

Monday, March 31, 2014

Tips Merawat Kanak-kanak cirit birit

Alkisahnya minggu lepas syafi terkena cirit birit yang agak teruk. Dia muntah2 dan berak cair serta x nak makan. Aku x pasti ape puncanya. May b food poisoning or sebab pencemaran lain. Sebab ape 2 hari sebelum tue kami ada mandi manda kat desa waterpark. Aku assume may b dia tertelan banyak air kolam tue kot. So start malam tue dia dah muntah2 dan badan dah dedar. Bangun pagi esoknya dia dah start demam dan x nak makan. Cuma Alhamdulillah dia nak minum air. Susu pun dia x leh minum sebab akan muntah balik. Ubat demam pun sama. Disebabkan perut kosong so bila makan ubat pasti akan muntah balik balik.

Aku whatsup mr hubby pasal keadaan dia. Memang dia Nampak lemah but dia masih nak minum air kosong. So lepas sepakat ngan mr hubby aku pergi kedai beli 100 plus sebab minuman isotonic adalah yang terbaik kalau cirit birit. Sama fungsi macam air garam yang klinik bagi. Sebab x bawa pegi klinik? Sebab base on aku punya pengalaman sebelum ni kalau pegi klinik sebab cirit birit dr x kan bg antibiotic ape pun melainkan air garam je melainkan anak kita dah dihidrat kn la tambah air n admit. So aku akan monitor dia kat rumah dulu. Kalau nak tau dia dah dihidrat ke x kalau nangis ade air mata lagi n kencing lagi. So syafi masih lagi ok bagi aku.

So aku keep continue bagi dia 100+ campur air masak n Alhamdulillah dia tak muntah balik pun. Sambil2 tue google lagi solution lain. Dan aku dapat satu maklumat dari satu web ni boleh bagi minuman kultur dan yang terbaik adalah yakult. So petang tue en hubby beli vitagen n yakult dan dah tentu2 dia minum sebab kesukaan dia. Dan Alhmadulillah tak muntah pun.

Hasil rawatan 100+ n yakult mmg berkesan. Esoknya dia dah cergas n nak makan dah sikit. Dan finally recover selepas 2 hari. So kalau korang ade masalah cirit birit niu boleh try cara aku guna k. Selamat mencuba.



Monday, December 23, 2013

Penghujung tahun 2013

Masa berlalu cepat je aku rasa. Cuti sekolah sebulan pun x terasa kan..dan sampai hari ni belum lagi kami sekeluarga berkesempatan pulang ke kampung. Kalau hujung tahun orang lain relax je but mr hubby sebaliknya. Dia super duper busy diakhir tahun.
So nak tak nak kami pun x leh la nak balik kg. Tahun depan Syakil akan tukar sekolah dari pasti ke pra sekolah yang dekat ngan umah je. Kenapa tukar..saje nak ubah angin. Pasti bg aku ok tapi pencapaian anak aku biasa2 je. So lepas fikir panjang aku rasa macam x berapa nak berbaloi hantar anak jauh2 berbayar bulan2 tapi hasil x nampak mana pun.. so aku try apply pra sekolah dan rezeki kami alhamdulillah dapat.
Walaubagaimanapun Syakil skang terpaksa dan dipaksarela oleh mamanya belajar kat umah..dia masih lagi merangkak rangkak membaca atau dalam kata lain masih belum fasih..
English lagi kn banyak lagi bri tumpuan. So far sepanjang cuti sekolah aku push dia nampak la perkembangan positif sket. Actually banyak nak bercerita tapi nanti la update later.
Mood rindu nak menulis hari2 macam dulu...

Tuesday, November 12, 2013

Blog menyepi sekian lama

Hmm dah lama x menulis,berceloteh, berceloteh disini. Tapi masih wujud lagi blog kesayanganku ini. Aku rasa selagi google x de kuar ape2 notis pemadaman atau pembayaran kepada blogger selagi tue la blog aku wujud kan.
Since banyak sangat medium bersosial skang ni aku rasa blog semakin terpinggir. Ntahla mayb orang malas kot nak buka template bagai n update blog sedangkan dia leh update gambar kat IG n update kab FB N Twitter kan.
Terbaca kat blog Allyani pasal relevenkah lagi penulisan blog aku pun terfikirkan hal ni. Bila dah lama tak update mmg rasa blog macam dah terpinggir. Tapi pendapat aku sendiri aku lebih suka baca blog dan cerita kawan2 kat blog compare medium social lain. Blog boleh tinggalkan kenangan dalam hidup kita macam jugak diari. So aku rasa blog masih lagi releven bagi kita nak rekodkan semua moment yang jadi dalam hidup kita.
So sama2 la kita merajinkan diri menulis blog balik k. Till jumpa lagi. Aku in holiday mood skang. Tengah berehat-rehat dan bersenang lenang di Melaka bumi bersejarah.