Be My Lovely Follower

Thursday, September 23, 2010

Kemeriahan Raya Di Kuala Kurau, Perak 9 September

Hari ni dah 14 Syawal. Dah nak dekat separuh bulan Syawal baru ade mood nak mengarang cerita raya. Aper la tuan punya blog ni. Actually salah satu sebab aku tak sihat sebab selsema n batuk yang agak kuat. Hari ni baru ok skit. Badan aku lak sangat2 lemah ditambah dengan tak tido malam sebab syakil lak sambung demam Isnin lepas. Hari ni bangun pagi baru dia ok skit. Kalau tak asyik merengek ja.

Ok la tak mau cita lebih2. Aku nak story pasal raya lak. Ok kami gerak balik ke Kampung halaman suamiku tercinta Kuala Kurau Perak pada pukul 4.30 pagi. Sila percaya aku langsung tak tido malam tue sebabnya aku nak tinggalkan rumah dalam keadaan sempurna katakan. Rumah sendiri lebih besar so lebih masa aku nak mengemas n lebih tenaga yang aku keluarkan. Dalam kereta mmg aku bantai la tido. Kami sampai umah hubby jam 8.30 pagi dan disambut oleh adik2 yang masih lagi tido ha..ha..

Sehari sebelum raya umah MIL aku dah sibuk sangat. Tahun ni aku adalah menantu yang sangat available sebab anak dah besar maka haruslah sumbang tenaga kan. Tapi aku lupa lak nak snap aper2 gambar masakan or makanan yang tengah masak. Almaklumla terlalu bz. Tapi mr hubby sempat snap gambar2 syakil kat kampung. Jom tengok picas yang bercerita lak

Syakil meneroka keindahan alam sekitar rumah atok n tokwannya bersama sepupu2
 Bersama abang Haziq. Anak abg ipar aku.

Malamnya aktiviti bermain bunga api. Walaupun ni first experience syakil tapi dia seorang yang sangat berani. Hero mama katakan.

Mula-mula takut lagi
Dah start berani sikit
Makin excited nak main
Finally dah jadi berani tapi masih dalam pengawasan

Malam tue mmg lambat syakil tido. Pastue dalam kul 3 pagi nangis2. May b sebab banyak sangat bermain. Ok nanti aku sambung citer hari raya pertama n raya kedua lak k.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah

Buat Semua Teman, Sahabat, Kenalan, Silent Reader n sesapaer jer yang membaca blog yang tak seberapa ni, Tuan Punya blog nak Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kamu2 semua. Aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai aku ada wat salah sepanjang kita semua berkenalan didunia blogging ni atau aku ada tersalah kata semasa buat post2 tertentu atau aku buat sesapa tersinggung dengan aper yang aku coretkan kat diari maya ni. Sesungguhnya aku adalah insan biasa yang tak lepas dari buat kesilapan. Sob..sob..sedih lak. Kepada yang da start bercuti Isnin ni aku ucapkan Selamat Bercuti dan Pandulah kereta dengan berhemah n hati2 dijalan raya. Buat keluargaku dikampung, tunggu check balik raya ketiga..waaaa sedihnya tak dapat raya kat kampung aku. Buat semua sekali lagi Selamat Bercuti dan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Untuk semua yang tak jemu melawat blog ni sila la ambik e kad raya dari aku sekeluarga ni tempek kat blog korang ek. Ambik tau jangan tak ambik lak.
Note: Sticky mode sampai habis Syawal k

Monday, September 20, 2010

Hari pertama memulakan kerja lepas cuti panjang..

Selamat Hari Raya semua. Ade yang masih bercuti ker hari ni ek. Aku rasa semua dah start kejer kan. Aku pun start hari ni gak dengan keadaan badan masih lagi kurang sihat. Kami sampai KL hai Jumaat dalam kul 12 tengahari. Jalan mmg lengang coz mmg tak der saper nak balik hari jumaat kan. Then hari Sabtue terus aku demam + Batuk + Selsema. Dah lama aku tak kena kombinasi 3 penyakit ni. Agak teruk aku rasa. Tapi hari ni aku tetap datang opis sebab dah lama sanagt cuti. Ramai blog dah update pasal raya kan. Aku tengah cari mood nak mengarang n mengedit gambar. May b esok or lusa aku buat posting k. Hari ni bagi warming up dulu. Raya kan lama lagi. Undangan open house pun banyak kan. Aku lak plan nak buat la mini open house tapi dalam perancangan lagi ni. Kalau confirm aku jemput korang k.


Gambar banyak lagi..Tunggu nanti aku update k..ni just permulaan jer

Wednesday, September 8, 2010

Masa Perjalanan Bg Yang Guna Plus Highway

Wah2 dah nak raya kita kan. Lagi 2 hari jer. Msti ramai dah ada kat kg ni kan. Aku malam ni baru nak balik kg. So kepada semua Selamt Bercuti k. Hati2 semasa memandu. InsyaAllah bawa slow pun sampai gak nanti kat kampung korang tue. Ni aku sertakan jadual perjalanan plus highway. Aku kan orang Kedah n Perak maka aku attached jadual plus jer la k.







Tuesday, September 7, 2010

Sangat Best Bila Cuti Umum n Cuti Sekolah Kerana.......

Hari ni Dah Selasa kan 28 Ramadhan. Dah ramai yang dah start bercuti n balik kg kan. Tapi aku esok tengah hari baru leh start cuti..ho..ho..Since semalam aku datang opis dengan mood yang best bila jalan kat KL ni tak sesak dengan banyak kenderaan. Sangat2 lancar perjalanan kami hari ni. Semalam pun sama gak..boleh samapi dari Rawang ke Wangsa Maju on time 40 minit. Mood raya makin terasa. Mesti ramai dah balik kg kan. Aku hari ni masih lagi kena siapkan satu tender nak hantar esok. Per2 pun untuk semua yang last day kejer aku ucap selamat bercuti semua k. Hati-hati dijalan raya.

Pic Google. Jalan pg tadi lebih lengang dari gambar ni