Be My Lovely Follower

Wednesday, February 9, 2011

Tournament Adik Beradik ala-ala Lee Chong Wee n Lindan

Badminton adalah sebahagian dari aktiviti kegemaran dan sukan yang my hubby suka. Tapi kat rumah aku boleh main gitu2 jer. Skang ni lak aku pregnant lagi la tak boleh nak main2 ngan dia. So kesempatan balik kampung baru ni dia telah menggunakan masa yang ada selama 2 hari berturut-turut untuk menetang habi-habisan adik2 dia. Hari pertama jer aku ikut second day tak ikut sebab tak larat nak kawal Syakil. Suka sangat masuk gelanggang. Diaorang sewa dewan kat Tanjung Piandang. Tak der limit baper jam nak main RM10. So aper yang diaorg dapat adalah kepuasan bermain. Walaupun dia dapat kalahkan adik2 dia tapi aku nampak sangat la yang hubby aku dah tak sekuat dulu. Ha..ha..sebab aper sebab badan dia besar la. Nak lompat pun tak larat dah n cepat mengah jer. Si Syakil pun seharian tak tido sebab dapat main2.

Pak Uda aka adik hubby jadi penjaga Syakil

Note: Hubby aku adik beradik ramai lebih satu team bola so bila cuti meriah. Masa main ni tak semua balik cuti lagi

Tuesday, February 8, 2011

Persinggahan 2 jam di Cameron Highlands

Tajuk aku tak leh nak letak percutian ke cameron highlands sebab kami tak bercuti pun cuma singgah kejap jer masa on de way balik kampung. Tue pun sebab aku teringin nak pegi. Keinginan orang mengandung selalu semua akan dituruti ha..ha..bestkan kalau pregnant. Malangnya nasib tak menyembelahi kami. Sampai2 jer hujan lebat sangat. Actually bagi yang pertama kali sampai macam kami ni mmg tak tahu la mana tempat nak pg melawat. Yang aku nampak ladang teh n strawberi sebelum sampai brinchang. Disebabkan abg ipar aku sugestkan kami pegi brinchang jer maka kami tak berhenti la 2 tempat tue coz hujan pun sama. Tapi kan jalan nak ke cameron mmg sangat2 bahaya kan. Macam ular. Pening kepala aku. Masa nak naik aku rasa punya la jauh nak sampai. Kalau ikut pak cik google map tulis dalam 2 jam lebih jer sampai kalau dari Rawang. Tapi kami ambik masa 3 jam lebih gak baru sampai. 
Dah sampai kat Brinchang tunggu hujan reda sikit bari kami jalan pi kat taman aper ek. Agro aper ntah tak inagt aku. Kat situ ader caktus, bunga n strawberi. Tapi ladang strawberri tue tak leh bawak budak bawah 7 tahun. Kat mana eh aku tengok orang dok bergambar leh bawak anak tue. Then harga buah petik sendiri pun leh tahan gak yer. So kami tak masuk pun. Cuma ambik gambar sikit2 tanda kenangan pernah datanmg sini. Walaupun aku rasa tak best sangat sebab keadaan cuaca tapi puas hati leh gak sampai sini. Pasni tak pasti la boleh sampai lagi ker tak. On the way balik singgah pasar malam dekat balai polis tue then beli sayur, jagung n strawberi bawak balik kat MIL aku.

Satu2nya gambar papa
Geram tengok salad segar
Main mainan dekat ladang strawberry
Beli lolipop untuk adik2
Kami ada beli satu buah pelik yang sebenarnya kami dah tertipu ha..ha..Kata penjual tue jambu epal. Mati-mati aku ingat betul2 jambu epal tapi rupanya buah jambu jeruk perisa epal. Aku ingat yang hijau tue kulit dia tapi rupanya jambu tue dah kupas siap2. Rasa not bad la. Manis jer n rasa buah jambu ler.

Note: Mood malas nak edit gambar. Nak siapkan entry pun ambik masa setengah hari...hu..hu..

Monday, February 7, 2011

12 Hours Non Stop KEDAH-KL

Masa perjalanan yang kami catatkan semalam adalah 2 kali ganda masa yang sepatutnya kami ambik untuk travel Kedah-KL. Yer rekod masa yang dicatatkan adalah perjalanan pegi balik KL-Kedah, Kedah-KL. Pertama kali dalam sejarah pemanduan hubby aku dia terpaksa drive selama 12 jam dengan mengharungi jem yang terlampau teruk. Ni last time kami balik KL time macam ni. Actually sebelum ni kalau kami balik bercuti ke kampung kami akan balik semula ke KL hari Sabtu. Pernah kena jam tapi tak la seteruk dan sepanjang macam semalam. Actually masa yang sepatutnya sampai dalam 7 jam sahaja sebab dari kampung aku nak ke SP dah 45 minit dan SP ke KL 5.30 jam kalau rehat setengah jam.Tapi semalam kami mencatatkan rekod paling lama atas kereta diatas jalan iaitu 12 jam.
Kami bertolak dari kampung aku jam 12.30 tengah hari sebab tunggu makan kenduri dulu. Kenduri akikah Syakil sebenarnya adalah kenduri kawin anak atuk sedara aku yang bongsu. Disebabkan kami tumpang buat kenduri jugak maka tak elok la tak tunggu sampai makan tengahari kan. Sempat gak aku tapau sikit nasi kenduri bawak balik. Dan nasib baik jugak la bawak bekal kalau tak kelaparan la kami dalam kete. Nak berhenti RNR macam kata la. Kereta berderet. Tak sanggup la nak harungi jam kat situ lak.
Perjalanan lancar sampai la kami kuar tol dan sampai kat tikam batu, kami dah sangkut jem. Panjang la jugak. Punca kejadian Accident. Masa samapai tempat accident semua dah dialih. Tinggal bekas kat jalan jer. Then lancar balik. Sampai la nak masuk tol juru dah start jem mencabar skit. Terus buka Era dengan laporan traffic. Laluan Changkat Jering ke Sunagi Perak Sesak. Mmg dah agak tapi tak sangka la seawal tue nak kena kan. So Mr hubby decide ikut jalan lama. Kami kuar la Changkat Jering-Taiping-Kuala Kangsar-Ipoh. Dalam hati ingatkan jalan clear tapi sebaliknya. Umpama kuar Mulut Buaya Masuk mulut Naga. Hu..hu..
First time ikut jalan lama dari sini buat kami agak kekok. Sangkut kat jalan lama hampir 2 jam. Punca jalan jem kat situ biasa la Traffic light dan pertukaran jalan dari dua lorong ke satu lorong. Banyak gak keter yang patah balik tapi kami teruskan jugak sebab tahu kalau patah balik kuar Kuala Kangsar pun highway tetap gak jem hu..hu..Masa ni la adegan panas baran bermula. Aku nak drive hubby tak bg pastue dia nak bengang ngan jalan sekali ngan kita kena marah. Mula nak gaduh so penyudahnya aku diam jer tak yah cakap banyak. Masa ni Syakil dah gelisah asyik tido bangun tido bangun, makan muntah makan muntah dia dah bosan dah. Kena lak dia tak baper sihat batuk dan selsema. Mmg mencabar nbak buat dia tenang. Dia tak nangis tapi dia nak buat benda2 pelik contoh naik atas dashboard belakang. Patahkan CD dan macam2 lagi la nak isi kebosanan dia tue.Kita yang dewasa ni pun penat apatah lagi budak kecik kan.
Finally kami decide kuar tol Ipoh Selatan walau aper jadi pun sebab dah tak tahan sangkut kat jalan lama even tahu hakikatnya jem belum berakhir dari Tapah-Sungkai. tapi redah jugak la. Time tue dah dekat kul 9 rasanya. Aku bukak nasi kenduri n lauk kenduri sebab kesayangan aku dah lapar. Kang kalau lapar dia akan lebih benagn n mengamuk. Maka tolong la suapkan sambil2 tue syakil pun makan sama. Then dia muntah lak. Habis kusyen keter. Pastue makan lagi sebab aku tau dia lapar tapi kepala dia pening kot sebab tue muntah. Bila masuk highway Ipoh macam dijangka jalan jem tapah sungkai. Gerak tapi sikit sangat. Plus buka jalan altenatif sebelah sana tapi dapat kurangkan sikit jer. Lepas Sungkai jer traffic still perlahan tapi boleh la laju sikit. Masa ni mr hubby mmg sanagt2 penat tapi nak buat macam mana kan kena gak drive sampai umah. Syakil dah hanyut masa ni. Kesian aku tengok dia. Letih sangat dah. Kami berhenti hentian sebelah kejap nak buang air dah tak tahan. 
Dah sampai Tanjung Malim Mr hubby tanya nak balik Rawang ke Batu Caves sebab dah lewat. Bincang punya bincang kami decide balik Batu Caves sebab tak larat nak bangun awal sangat esok n nak tempuh kjem kat Selayang lak. Tepat kul 12 malam kami sampai umah dalam keadaan lesu. Nasib adik ipar aku lum tido maka dia tolong angkat barang. Bersih badan semua kami dapat tido jam 1 lebih. Paling Kesian si Syakil. Sampai2 jer aku uruskan dia dulu. Bersihkan badan tukar baju semua. Menangis-nangis sambil cakap Tak nak mandi nak bum nak tido tak larat. Kesian sangat hero kecikku itu. Hari ni badan masih lemau n pinggang masih sakit. Hu..hu..serik dah pas ni kalau balik cuti Kampung jangan la balik time kemuncak macam ni. Bak kata my hubby tahun2 sebelum ni kami hanya melihat orang kena jam tapi tahun ni kami yang kena harungi. Orang yang melihat tak dapat nak rasa betapa siksanya oarang yang merasainya terutamanya yang dah ada anak macam kita kan. 

Ni siang lagi. Masa ni nak kuar highway changkat jering
 Ni la jem kat Tapah - Sungkai. Time dalam kul 9 lebih. Sepatutnya dah sampai kl tapi masih kat Perak. Muka driver pun dah lain macam n aku pun takut dah nak menegur. Lenguh kaki tukar gear hu..hu..
 Budak yang kepenatan yang amat sangat. Tido pun mata tak tutup rapat dah..

Note: Besar tul impak orang yang mencari rezki kat KL ni kan. Baper juta agaknya orang kampung yang kejer kat KL ni eh. Nak buat macam mana tempat mencari rezki kan.

Mood Skang sangat penat dan mengantuk...

Fuh balik kampung kali agak mencabar kami sekeluarga. Travel non stop selama 12 jam dari kampung aku kerumah aku kat Batu caves. Mood nak bercerita masih tak der. Kalau mood aku tak weng2 lagi aku kan cerita di entry2 berikutnya. Antaranya:
  • 12 Jam tanpa henti perjalanan Kedah-KL. Rekod pemanduan my hubby
  • Kenduri akikah syakil
  • Aktiviti dikampung
  • Jejak cameron Highland buat pertama kali
  • Jejak ladang anggur
So bila mood dan keletihan aku dan ok aku kan update lagi citer2 diatas k.

Note: Aku pun rasa macam alyyani gak nak balik kampung naik flight la camni. Tak sanggup nak harungi jem yang dasyat macam ni lagi.

Friday, January 28, 2011

Happy Holiday and Happy Chinese New Year

Hari ni mood nak menulis agak kurang sebab mood nak kerja pun kurang. Esok akan bercuti panjang selama seminggu dikampung halaman di Perak dan Kedah. Dah hampir setengah tahun anakku tak jumpa orang kampung. Entah ingat ker tak ntah Syakil kat family aku ni. Bila tanya Syakil nak balik kg tak dia leh jawab tak nak. tak best. Aper2 pun he still no nothing. Nanti balik kampung ramai kawan terus tak ingat kat aku dah. So een cuti seminggu minggu depan tapi aku hanya ambik cuti 2 hari saje iaitu hari Isnin n Rabu. Selasa KL cuti maka dah jimat cuti disitu kan. Dan seperti aku pernah citer dientry beberapa hari lepas banayk aktiviti sepanjang kat kampung nanti. Tapi tak tahu lak semua tempat dapat pegi ker tak. Memula aku ingat nak buat schedule post jer supaya blog picisan aku ni tak sunyi sepi tapi aku dilanda kemalasan la pulak. Maka Tuan rumah bercuti dan blog pun bercuti la seminggu nanti k. Balik cuti akan update citer2 best okeh. Last but not least Selamat Bercuti dan Buat Sahabat2 yang menyambut Chinese New Year lak aku ucapkan Happy New Year..Gong Xi Fa Chai..
Note: Kejer company Melayu maka tak de la angpau hu..hu..