Waduh lamanya tinggal diari usang ni. Rindu sesangat tapi tak jugak terupdate. Dah macam chipsmore lak aku rasa blog aku ni. Tak kisah la. Orang tak baca pun tak per janji kalau ade masa aku kan buat catatan dalam ni.
As house wife masa untuk blog kena manage betul2. Bukan aku kata tak de masa ade dan banyak tapi kekangan2 lain yang mengganggu konsentrasi nak menulis n mengadap blog dengan penuh tumpuan. Kalau kat opis pagi2 pegi opis terus on pc or notebook n ngadap la benda tue sampai petang kan. Then kalau sampai awal kat opis leh baca2 blog n view blog2 lain. Sambil2 buat kejer opis rasa ngantuk buka layan blog jap. So far masa sepenuhnya depan PC kan. So mood tue sentiasa ada nak menulis, mengupdate or mengomen blog even komitmen pada kerja2 kat opis.
Sebaliknya kalau kat umah mmg ade jer masa tetapi harus dingat kat umah bukan satu benda jer nak fikir selain nak mengadap PC je. Antara kekangan yang dihadapi contohnya:
- Bila nak buka notebook jer terfikir ooo pinggan lum basuh, baju lum basuh, sapah lum sapu. So settle semua dulu then mandi semua.
- Baru jer nak onkan pc anak lak bangun. Then sediakan breakfast untuk dia. Layan dia teman dia bermain n blajar. Pastue masak lak untuk lunch. Tengok jam dah tengahari. Nak buka pc tak sempat lagi ni.
- Anak tido, time tue aku lak nak makan n solat. Pastue rehat kejap n baru ade kesempatan nak on PC. Tue kalau anak tido kalau tak tido, alamatnya buka pc untuk dia jer la. Skang ni kalau nampak aku on notebook jer msti nak tengok ultraman. Citer kegemaran dia.
- Sempat la view beberapa blog sambil rebut2 ngan anak. Nak update jangan harap la coz tak dapat nak tumpu perhatian mengarang.
- Online beberapa jam satu kejer pun tak jadi then dah petang nak sedia minum petang n makan malam untuk suami tercinta lak. So conclusion blog tersadai tak terupdate lagi.
- Malam lak masa untuk berehat. Nak on PC mmg tak sempat la. Nak manja2 lagi ngan suami. Kesian penat kejer seharian so tugas isteri hilangkan penat suami ler kan he..he..
- Orang cakap jadi housewife leh la tido lambat sket. Tak de maknanya bagi aku. Tambah2 bila dah sarat macam skang ni. Bila si suami n anak masuk tido haruslah aku belayar sama. ha..ha..
So senang citer bila kat umah mmg banyak masa tapi banyak lagi benda2 lain nak fikir selain dari tumpukan perhatian kat depan komputer. Kalau ikutkan tak perlu ade internet tapi aku kan jadi bosan sebosannya lak macam tak tahu berita semasa jer.
Hari ni kau nak try buat entry untuk seminggu kalau boleh. Sebab hari ni aku keseorangan dirumah. Alkisahnya hari ni aku check up perut kat KK maka aku hantar Syakil umah pengasuh dia kejap. So boleh tumpukan perhatian kat depan PC ni samapi petang. Nnti ku kan update citer2 yang dah agak basi tapi nak gak citer he..he..Ok see u soon.........
0 comments:
Post a Comment