Be My Lovely Follower

Friday, July 22, 2011

Musim buah di Kedah dirasai juga di Rawang Selangor..

Al-kisahnya sekarang ni musim buah2 kat kampung aku di kedah. Actually dah nak berakhir pun. Masa balik kampung hari tue aku n syakil dah puas makan. Tapi masa tue musim baru nak mula. So banyak lagi buah2 yang lum masak. Disebabkan ayah aku ni mengenangkan anak dia yang sarat mengandung ni maka diap pun cari alternatif nak hantar buah kat aku. Nak datang budget tak brapa nak cukup. Secara kebetulan ade jiran aku nak datang KL umah anak dia maka ayah aku decide kirimkan kat anak tersayang dia ni.

Hari Isnin lepas kejer mr hubby terus ke Taman Melati Gombak amik buah tue kat umah anak jiran aku. Satu guni ayah aku bagi. Campur2. Macm2 buah ade. Rambutan, Manggis, Langsat, Durian n Cempedak. Skang ni mana nak cari cempedak kat KL kan. So bila aku buat cucur cempedak maka bau satu taman. So aku bg jiran2 rasa sama. Buah2 pun aku bg gak serba sedikit sebab tak larat kami nak makan 3 beranak jer.

Gambar aku tak dapat nak snap berikutan camera kesayangan kami tengah nazak. Nak kena beli baru ler jawabnya sebab banyak lagi moment2 nak tangkap lepas ni. Sayangku my hubby ade dalam budget bonus yer nanti. He..he..

Gambar Ehsan Googel

0 comments: