Be My Lovely Follower

Thursday, December 9, 2010

Pertama kali menjejaki kaki ke Sekinchan Selangor

Mmg serious ni first time aku sampai sini. Dari umah aku kat Rawang jauh gak la nak sampai. Dalam dua jam lebih gak. Pastue kami ikut jalan lama. Ya ampun jalan macam nak pg cameron or genting jer. Oh ya lupa lak nak mention tujuan utama pegi adalah sebab kenduri umah Akak MIL aku aka mak lang mr hubby. Dan ni jugak sebab utama MIL aku dan semua adik2 datang KL. So diaorg ni datang KL sebab kenduri dan jalan2 la bak kata pepatah sambil menyelam minum air.
Berbalik kepada citer kenduri. Sepanjang jalan dekat2 nak sampai umah kenduri tue banyak org jual mentarang. Glamour kot kat sini. Sedap ker mentarang ni eh. Aku pun tak pernah makan. Pastue ade jual jagung fresh. Sempat gak beli bawak balik. Kami sampai umah kenduri dalam pukul 1.30. Masa tue pengantin tengah makan. Kami pun perut dah berbnyi so terus ngap jer la. Tapi kan ade perkara pelik aku saksikan masa kenduri ni. Masa nak ambik makanan kan, org kampung pun sibuk dok bungkus lauk bawak balik. Sedangakan masa tu baru kul 1.30. Korang bayangkan time tetamu datang diorng pun sibuk dok masuk lauk dalam plastik. Ambik lauk kat tempat hidangan tetamu lak tue. Bg aku sangat tidak sopan. Even aku tau diaorg tue mentara mungkin tapi kalau nak bungkus lauk jangan la masa tetamu nak makan kan. Dah tue cedok sampai habis lak tue lauk. Ish2 teruk sungguh. Last2 aku pg ambik nasi sebelah lelaki.
Lepas makan kat luar menjamu selera lak makanan pengantin kat dalam dan ade sesi memotong kek dan bergambar. Time kenduri ni la baru dapat jumpa semua adik beradik belah Mr Hubby. Yang aku tak kenal pun ado. Tak kenal mean tak pernah jumpa ler. Kami balik lebih kurang kul 4 dan sampai rumah dalam kul 6 lebih. MIL n PIL tido umah abg ipar aku kat Shah Alam dan kami bawak adik2 tido kat umah jer. Jom layan picas yang sempat di ambil.

Syakil dan sepupu2nya before kuar pegi kenduri, Haziq dan Hamizan. Anak abg ipar aku
Pengantin Naik Vespa
 Makan Bersuap.
 Papa dan Syakil
 Mengamuk nak Ais Cream..mama buat muka cool lagi ha..ha..
 Potong Kek. Gambar blur ja tak tau naper
 Bergambar kenangan. Pun blur
 Keluarga Pak Man besar sangat. Tak muat camera. Ntah saper ambik ni. Muka aku pun tak masuk hu..hu..
 Abg ipar aku sekeluarga
Sekian. Pasangan pengatin ni muda lagi. Yang lelaki 23 or 24 tak silap aku yang gurl lak 21 tahun baru..K nanti sambung entry jalan2 ditahun baru 1432 Hijrah

Kerajinan Dimalam Hari

Semalam balik kejer singgah tesco jap beli pampers si Syakil. Then sampai rumah kul 7 petang. Badan penat rasa. Tapi bila buka peti ais baru teringat semalam aku ader simpan pisang satu Tupperware. Niat malam sebelumnya nak buat kek pisang. Disebabkan sayang dengan pisang yang ada maka gigih la jugak aku mencari resepi dalam gobok resepiku dalam laci. Actually pisang tue dah masak ranum. Hari Sabtue lepas my MIL datang KL (lum lagi wat entry nanti la yer). So bila datang dari kampung ni faham2 jer la. Macam2 buah2 tempatan akan bawak. Dah tue pisang bawa sampai satu tandan tue. Dah bahagi kat ramai org pun still banyak lagi kat umah aku. Dari dibuang macam tue jer maka haruslah aku buat sesuatu. So ketung-ketang kat dapur maka terhasillah kek pisang aku. Even baru first time buat tapi hasil tak mengecewakan. GEbus dan sangat sedap. Mr hubby kata macam beli la. Kembang sekejap he..he..Gambar kek sebiji tak mabik gambar tapi yang dah dipotong jer aku snap.

Ni aku potong bg kat ibu syakil sebekas n bawa keopis sebekas. Gebu kan ha..ha..
Then lepas buat kek masih ader lebihan pisan lagi coz buat kek guna sikit jer pisang. Maka pagi ni terciptakan cekodok pisang oat versi fiza. Tambah2 hujan lebat lak pg ni. Masa on the way tadi pun mr hubby dah ngap. Sangat sedap tau cekodok pisang oat ni.


Monday, December 6, 2010

Hayatilah...Pasti air mata anda kan bergenang

Pagi2 ni buka blog terbaca pasal entri Alyya yang MIL dia telah pergi mengadap ilahi hari Khamis lepas. Al-Fatehah untuk mak Wan. Cara kehilangan MIL Alyya sama macam arwah mak aku. Sakitnya tak lama tapi masa dapat tahu mmg dah kritikal. Macam arwah mak aku sakit lebih kurang 3 minggu saje. Dia menghidap Buah Pinggang yang kronik. Ader masa terluang aku kan buat entry khas pasal arwah mak aku. Pastue aku jengik lak Facebook pagi ni, abg aku upload lak video yang sangat menyentuh perasaan ni. Jom hayati bersama. Menitik air mata aku...


Thursday, December 2, 2010

Blog Signature Ade Problemkah..

Naper eh Blog signature tak naik pun. Ade masalahkah. Aku sorang jer ker jadi macam tue or korang pun sama eh. Please help. Aku try bukak website pun tak leh gak. Hmm kena cari signature creator yang lain la ni. Any Suggestion..drop a comment k.. TQ

Perginya Tiada Pengganti

Kembali bersiaran. Aku baru mula kejer hari ni lepas 2 hari aku bercuti. Semalam petang sampai pukul 5 petang dan terus ambik Syakil. Rindu giler kat dia. Isnin lepas aku ader buat entry ini kan. So lepas jer post entry tue ayah aku call yang tok ayah aku dah kritikal dan dr dah tak boleh nak buat aper2 lagi. Diaorg mintak bawak balik umah jer. Then ayah aku mintak balik segera. YaAllah betapa kelam kabutnya aku. Dalam kepala dok terfikir Si Syakil macam mana. So aku mintak balik awal kat bos then terus pegi umah ibu Syakil dan mintak tolong sangat2 jagakan si Syakil. Aku tak boleh nak bawak dia balik naik bas sebab aku tak mampu nak handle dia. Then aku rush balik umah hantar kete and terus amik barang aper yang patut, then jalan kaki pegi station teksi terdekat. Punya la jauh aku rasa nak sampai, sabar jer ka. Naik teksi sampai jalan duta then dapat tiket bas jam 6.30 petang. Hujan punya la lebat sepanjang jalan. Aku sampai SP jam 12.30 pagi dan sampai kampung hampir pukul 2 pagi. Tok ayah aku tengah sangat2 nazak masa tue. Aku sempat bacakan sekali Yassin tapi tak sempat nak habis pun, sebelum dia meninggal. Pertama kali dalam hidup aku tengok nazab kematian depan mata aku. Tok Ayah aku pegi dengan tenang. Kami kena Redha. Sesungguhnya dari Dia kita datang dari Dia kita Dikembalikan. Mohon Jasa kawan2 semua sedekahkan Al-Fatihah kat Arwah Tok Ayah aku. Al fatihah. Nanti ade masa aku akan buat entry khas pasal tok ayah aku sepanjang aku tinggal ngan dia lepas mak aku meninggal. Kami adik beradik sangat rapat dengan Arwah.......