Be My Lovely Follower

Friday, June 10, 2011

Entering 29 Weeks +++: Its a Boy Or Gurl

Minggu ni aku dah masuk 29 minggu ++. Semalam pegi check up kat KK. Sepatutnya check up hari Isnin tapi aku tunda hari ni coz minggu depan ade agenda lain. Keseluruhan check up semua ok. Kepala baby pun dah kat bawah tapi dia still boleh memusing kurang2 sampai 34 weeks ++. Check semalam:

Berat aku tak naik banyak pun : dari 58.1 ke 58.5
Tekanan darah normal
Hb tak check sebab sebelum ni dah ok
Denyut jantung baby normal
Dah start kira carta gerak baby 
Yang paling tak best BSP tetap kena buat kurang2 sampai 36 weeks ++. Next BSP test 27/6 n check up pun aku ambik hari yang sama gak.

Kali ni pregnant aku mmg tak scan sangat n hope everthing is ok la. Tapi disebabkan nak gak tahu jantina sikecil dalam perut ni maka Isnin hari tue pegi gak la klinik nak skodeng la boy or gurl. Sekali tak nampak la pulak. Dr kata baby dah agak besar so susah nak cari dah. Ha..ha.. maka kelahirannya akan mengejutkan semua orang ok. Disebabkan tak nampak maka mood nak shopping pun tak baper semangat dah. Ingat nak beli dua tiga helai jer lagi baju unisex n toiletries jer. Pas deliver baru shoping. Pakai baju abg udah la dik. Cantik lagi pun ha..ha..So kalau korang nak tahu tunggu aku bersalin lagi 10 weeks ++ k.

Bila Si Suami semakin sihat saper perlu disalahkan

Dialog si suami dan si isteri pada suatu hari...

Suami: Ayang abg makin sihat la skang ni ayat nak sedap dari dari gemuk. Ampun bang...
Isteri: Naper abg cakap macam tue lak?
Suami: Yer la ramai orang tegur n perasan la.
Isteri: Nak buat camner. Ayg kan isteri solehah masak kat suami hari2
Suami: Kita kena buat catuan makanan la macam ni.
Isteri: Macam mana tue. Bagi Idea
Suami: Menyenaraikan menu2
Isteri: Kalau macam tue ayang tak kan masak hari2 la eh.
Suami: Tak leh gak nanti lapar lak. Cuma jangan makanan berat jer la. Macam bihun ker mee ke ok la
Isteri: Tapi tue pun rice base gak kan.
Suami: Ting tong tak tahu nak jawab ha..ha..

Kesimpulannya masalah mr hubby kalau tak makan lapar kalau makan lak tambah sihat badan tue. Aku lak bila dah duduk umah hobi aku mmg memasak jer la. Tambah2 bila orang tersayang suka makn maka macam2 experimen kuih n masakan aku kan buat ha..ha.. Antara aku suka masak jenis kuih2 n masakan2 simple yang lain macam kue teaw ladna, char kuew teaw, bihun goreng, sup, mee bangdung n hailam, nasi tomato, nasi daging, n sebagainya.






Note: Gambar adalah ehsan Google n dari hasil air tangan aku sendiri..

Thursday, June 9, 2011

Santai hujung minggu di Taman Metropolitan aka taman layang2 kepong

Santai hujung minggu beberapa minggu yang lepas tapi baru nak story pasal ni. Dah lama plan nak pegi kat sini. selalu kalau lalu MRR2 dekat Kepong tue msti tengok ramai jer keter bersusun kat tepi jalan. So plan one day nak bawak syakil kesini. Seperti yang dirancang minggu tue tak de outing ke Tesco macam tiap2 minggu. Hari Jumaat mr hubby dah beli barang dapur siap2 so Sabtue tak yah pegi lagi.

Hari Sabtue petang dalam kul 3 macam tue cuaca macam nak hujan. So aku ingat mr hubby dah tak nak pegi tapi dia kata alang2 dah plan so pergi jer la. So lepas Asar jer kami terus gerak kesana. Dari rumah aku 25 kilo gak nak sampai sana. Sampai2 jer tengok keadaan cuaca macam baru lepas hujan. Maka angin tak de. Bila pegi padang jer betul la angin tak de n orang pun tak ramai. Layang2 pun tak nak terbang daa. Tapi dah samapi kami try la jugak nak main tapi mmg angain tak de. So just bawak Syakil main2 kat playground jer la. Tunggu kejap jer then mr hubby kata tak per esok kita datang lagi.

Esoknya macam biasa aku sediakan bekal aper yang patut. Kalau semalam aku bawakak karipap n nugget sebagai bekal hari ni bawak donut n kentang goreng lak. Bawak bekal sebab leh berjimat ha..ha..Air lak bancuh air rebina n sirap letak kat tempat beku n jadi ais. Bila bawak baru sejuk gitue. Dah save budget dari membeli kan. So kami gerak pas Asar jugak hari Ahad tue. Sampai2 jer mauk oi keter berderet daa. Yer la hari tue cuaca cerah n angin pun kuat. Kat padang mmg ramai giler orang. So terpaksa la parking kat luar. Tak kan nak balik lak kan. Alang2 dah datang. Semput gak la nak berjalan masuk dalam tue.

So kami try cari port yang ok sket untuk naikkan layang2. Alhamdulillah even layang2 Si Syakil harga murah jer tapi naik tinggi ooo. Yang first nasib tak menyembelahi sebab tersangkut kat pokok lak.  So terpaksa naikkan layang2 kedua. Kami cari kawasan lapang n jauh dari pokok. Naik tinggi jugak n mr hubby sambung tali lagi bg betul2 tinggi n naik stabil. Si syakil mmg happy sesangat la. Bagi aku best datang riadah kat sini tiap hujung minggu sebab sangat merah ngan pelbagai bentuk layang2. Kami stay sampai kul 7 gak baru balik.

Hari Sabtue
Macam2 jenis layang2.Sedia duit aje
Tengah prepare layang2
Angin tak de so Syakil main2 jer
Kita makan dulu
 Hari Ahad
See angin kuat maka banyak layang2 naik
Layang2 Syakil dah naik time ni. Muka budak teruja.
Semangat kami 3 beranak kan.
Happy face layang naik tinggi


Bila Blogger seorang suri rumah

Waduh lamanya tinggal diari usang ni. Rindu sesangat tapi tak jugak terupdate. Dah macam chipsmore lak aku rasa blog aku ni. Tak kisah la. Orang tak baca pun tak per janji kalau ade masa aku kan buat catatan dalam ni. 

As house wife masa untuk blog kena manage betul2. Bukan aku kata tak de masa ade dan banyak tapi kekangan2 lain yang mengganggu konsentrasi nak menulis n mengadap blog dengan penuh tumpuan. Kalau kat opis pagi2 pegi opis terus on pc or notebook n ngadap la benda tue sampai petang kan. Then kalau sampai awal kat opis leh baca2 blog n view blog2 lain. Sambil2 buat kejer opis rasa ngantuk buka layan blog jap. So far masa sepenuhnya depan PC kan. So mood tue sentiasa ada nak menulis, mengupdate or mengomen blog even komitmen pada kerja2 kat opis.

Sebaliknya kalau kat umah mmg ade jer masa tetapi harus dingat kat umah bukan satu benda jer nak fikir selain nak mengadap PC je. Antara kekangan yang dihadapi contohnya:
  • Bila nak buka notebook jer terfikir ooo pinggan lum basuh, baju lum basuh, sapah lum sapu. So settle semua dulu then mandi semua.
  • Baru jer nak onkan pc anak lak bangun. Then sediakan breakfast untuk dia. Layan dia teman dia bermain n blajar. Pastue masak lak untuk lunch. Tengok jam dah tengahari. Nak buka pc tak sempat lagi ni.
  • Anak tido, time tue aku lak nak makan n solat. Pastue rehat kejap n baru ade kesempatan nak on PC. Tue kalau anak tido kalau tak tido, alamatnya buka pc untuk dia jer la. Skang ni kalau nampak aku on notebook jer msti nak tengok ultraman. Citer kegemaran dia.
  • Sempat la view beberapa blog sambil rebut2 ngan anak. Nak update jangan harap la coz tak dapat nak tumpu perhatian mengarang.
  • Online beberapa jam satu kejer pun tak jadi then dah petang nak sedia minum petang n makan malam untuk suami tercinta lak. So conclusion blog tersadai tak terupdate lagi.
  • Malam lak masa untuk berehat. Nak on PC mmg tak sempat la. Nak manja2 lagi ngan suami. Kesian penat kejer seharian so tugas isteri hilangkan penat suami ler kan he..he..
  • Orang cakap jadi housewife leh la tido lambat sket. Tak de maknanya bagi aku. Tambah2 bila dah sarat macam skang ni. Bila si suami n anak masuk tido haruslah aku belayar sama. ha..ha..
So senang citer bila kat umah mmg banyak masa tapi banyak lagi benda2 lain nak fikir selain dari tumpukan perhatian kat depan komputer. Kalau ikutkan tak perlu ade internet tapi aku kan jadi bosan sebosannya lak macam tak tahu berita semasa jer.
Hari ni kau nak try buat entry untuk seminggu kalau boleh. Sebab hari ni aku keseorangan dirumah. Alkisahnya hari ni aku check up perut kat KK maka aku hantar Syakil umah pengasuh dia kejap. So boleh tumpukan perhatian kat depan PC ni samapi petang. Nnti ku kan update citer2 yang dah agak basi tapi nak gak citer he..he..Ok see u soon.........

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday..

Nak gak buat Entry ni Wordless Wednesday. Keboringan n Kesunyian dirumah. Syakil pegi rumah ibu dia.

Kenangan Syakil bersama Ibu aka babysitter dia...