Be My Lovely Follower

Thursday, May 5, 2011

Kenaikan harga hartanah vs Orang yang tak hargai bila dah ade rumah..

Skang ni kalau tengok berita TV3 akan ade segment pasal hartanah ni kan. Harga hartanah atau harga rumah skang dah makin meningkat. Dan mengikut kiraan dan statistik yang dibuat oleh mr hubby rumah yang kami beli ni tahun 2008 dah meningkat harga sebanyak 40%. Uish tinggi gak kan. Ade gak terfikir nak buat iklan rumah ni tapi ade ker orang nak beli eh ha..ha..Nanti aku try letak kat mudah mana tau ade yang berminat kan..

Disebabkan kenaikan harga hartanah ni skang ni susah nak cr rumah teres especially below 200k kan. Aku maksudkan rumah teres setingkat sekali pun. Tapi isunya yang aku nak ketengahkan dalam entry ni bukan pasal harga rumah sangat. Tapi aku terkilan dekat manusia yang beli rumah tapi tak hargai. Dah la corner lot lak tue. Naper lak aku kecoh2 kan. Sebabnya umah tue depan umah aku jer. Rumah tue dah semak sampai tak nampak umah dah tapi aku tak tahu la saper owner dia. Sakit mata jer bangun pagi2 nampak hutan depan umah. Dan rumah ni jugak la penyumbang nyamuk kat umah aku hu..hu..

Kepada pemilik umah tue aku syak mungkin dia terlalu kaya dah banayk rumah kot sebab tue tak pedulikan umah dia. Tapi bagi aku jangan la selfih. Kalau tak nak duduk tak yah beli. Kesian kat sesaper yang dok cari rumah tue. Bg la kat diaorang. Aku sendiri pun frust sebab tak dapat corner lot ni yang dapat tak hargai lak.

Pendapat aku sesaper yang belum beli rumah tue cepat2 la beli. Usia kita makin meningkat nanti nak bayar pun lambat habis. Bagi aku n mr hubby membeli dua buah rumah serentak mmg buat kami sakit sikit tambah2 aku tak kejer skang tapi finally kami tak nyesal. Buat masa skang umah kondo aprtment tue high potential untuk disewakan. Skang ni mmg dah penuh 4 orang menyewa kat umah tue so balik modal dah kat situ. Beli rumah tak macam beli keter tapi beli rumah pelaburan yang bernilai.

Ni la rumah yang aku maksudkan. See rugi jer beli tak nak duduk kan..

Berkebun bersama Mrs Fiza..

Dah lama aku tak citer pasal tanaman kat umah aku ni. Since duduk kat sini tak sempat lagi nak bercucuk tanam bagai. Niat dihati macam2 nak beli kat nursery tapi lum terbuat lagi. Skang ni kan musim hujan maka aku rasa is the best time la nak bercucuk tanam kan. So skang ni tengah mencari ilham menggoogle lanskap yang ok utuk tanah sekangkang kera yang ade ni. Actually aku nak buat mini taman la kat depan umah ni. Ruang yang ade terhad jer. Lain la corner lot best la ruang luas.

Entry kali ni just nak kongsi2 tanaman yang sedia ada kat umah aku ni. Tak lain tak bukan tanaman untuk memasak jer yang ade. Daun kari, daun pandan n serai. Dulu aku pernah citer kat entry ni yang kami ambik semua tanaman ni kat kampung. So selepas hampir setahun pokok2 ni semua tumbuh subur. Melainkan pokok cili jer tak hidup.  So kesimpulannya tanah umah aku ni mmg subur gak la. Yang tak tahan rumput pun cepat benor tumbuhnya. Per2 pun skang ni kalau nak masak mmg senang. Just ambik jer bahan mentah kat belakang umah. FOC gitu.

Ni gambar masa aku baru jer tanam.

Betik. Aku sebenarnya confuse betik ni nak berbuah ambik masa berapa lama eh..
Daun pandan merimbun dengan jayanya
Serai yang hanya dari 2 batang skang ni dah merimbun.
Daun kari lak tersepit kat situ sebab serai dah makan ruang. Bercabang2 dah tumbuh..
Ni pokok kunyit. Dah tunggu hari maka aku kena cari kunyit baru untuk tanam..
Rumput kat depan umah pun hidup subur jer. Tapi tak gunting lagi. Tunggu panjang sket lagi kot baru gunting nanti. So tue jer la tanaman kat umah aku buat masa ni..Ruang yang terhad nak tanam aper2 pun kena gak fikir banyak kali.
Rumput yang tumbuh subur..

Wednesday, May 4, 2011

Update Check up 24 weeks or 6 months progress & MGTT Story

Fuh citer dah seminggu lebih baru terupdate. Akibatnya banyak BE dah jadi ME. Nasib la fiza kalau dah jarang2 nak update blog macam tue ler jadinya. Disebabkan mood down kena jalankan BSP punya pasal la jadi macam ni. Tak per la aku dah boleh timer kenyataan. Yang penting skang ni aku dah kena jaga makan untuk kesihatan baby jugak. No more air manis n no more makanan lebih karbohidrat. So skang ni tengah catu makan. So kalau bulan depan berat aku turun jangan nurse terkejut sudah ler.
Pejam celik pejam celik aku dah pun bawak baby ni kehulu kehilir selama 6 months. Skang ni dah terasa beratnya perut. Baby pun dah macam2 stail dah berpusing. Kalau time nak tido lak msti terkuit2 jer rasa perut ni. Now dah dapat rasa feeling nak jadi mom for second time. Teruja gak even dah pernah rasa sebelum ni. Lain anak lain perasaannya. Syakil lak so far dah faham kwujudan baby kat tummy mama dia ni. Kadang2 terjerit2 dia panggil baby suruh bangun. Antra ayat yang selalu dia cakap "baby bangun la makan" Ha...ha.. aper la budak besar tue faham kan.
So udate tentang checkup minggu lepas
Berat = 57.4
HB = 10.8..masih lagi rendah. 
Tinggi rahim = 24
Yang lain semua normal kecuali HB aku jer bermasalah. So far aku masih lagi dikalangan ibu hamil berisiko anemia. Hmm masa tak ngandung ok jer bila ngandung jer msti ade masalah ni. Pengorbanan nak jadi seorang ibu kan. So next check up hujung bulan 5 ni n masa tue dah almost 7 months. Cepat sungguh aku rasa masa berlalu. Setakat ni aku masih tak buat per2 persiapan untuk baby baru ni. Mungkin dia tak semewah Syakil dulu sebab mama dia tak bekerja skang ni. Scan pulak may b aku kan buat beberapa minggu lagi. Berdebar gak nak tahu baby aper sedang kick2 kat dalam ni. So nanti aku kan update lagi k.

MGTT Test

Hari Isnin tue aku ingat boleh buat ujian MGTT terus tapi kat KK Rwang ni hanya buat hari Jumaat. Maka hari Jumaat tue aku terpaksa la bertapak ke kk lagi. Actually kali ni aku silap teknik sket sebelum buat MGTT Test tue. Hari Kamis aku berpuasa maka malamnya kau makan nasi n kek pisang 2 keping. Aku rasa tu slah satu penyumbang result yang teruk untuk test tue. Benda dah jadi maka tak guna la aku nak nyesal. So macam yang aku citer sebelum ni disebabkan MGTT Test aku sangat tinggi iaitu 9.1 selepas minum air gula. Mmg bacaan orang ade kencing manis tue. Nak tak nak aku la jalani BSP hari Isnin ni 9/5. BSP kena la ulang alik kk 4 kali sehari jawabnya. Nasib la kebetulan mr hubby outstation mggu depan maka adalah transport aku nak gerak. Doakan dipermudahkan segalanya k. Aku dah start catu makanan minggu ni n berharap sangat result elok. Sesaper tahu petua nak bg result cantik dari segi pemakanan kongsi2 langan aku k. Thanks semua.

Kat bawah ni beberapa gambar mak buyung 24 weeks pregnant. Aku mmg tak suka ambik gambar time preggy sebab kembang semua benda hu..hu..


Note: Aku tak pasti naper gambar blur jer. Janji ado jer la eh..

Tuesday, May 3, 2011

Mood sangat tak happy hari ni...

Plan asalnya nak update banyak citer yang dah beberapa hari tertangguh. Tapi bila dapat satu panggilan pagi tadi terus down semangat aku huawaaaaaaaaa...Sangat tertekan aku rasa.
Pagi2 tadi nurse telefon yang result MGTT aku Jumaat lepas sangat2 tak memberangsangkan. Sangat tinggi dalam sejarah aku pregnant. Masa Syakil dulu 7.9 jer tapi kali ni melonjak giler2. Tadi nurse bgtahu selepas minum 9.1. So tak de excuse lagi aku kena jalani bsp test Isnin depan hu..hu..Tak sangka lak nak kena lalui semua ni pregnant kali ni. Kena pegi klinik 4 kali sehari its not easy bagi aku. Mmg aku suri rumah tapi kekangan transport bagi aku n mr hubby. Maklumat yang aku dapat lepas google saper2 yang kena buat BSP ni akan kena buat tiap2 dua minggu sampai bersalin. Sangat tak best bila dapat berita ni. Nyesal aku tak jaga makan. Hope semuanya dipermudahkan lepas ni. Doakan aku k.

Wednesday, April 27, 2011

Blog under construction

Aku dalam proses nak ubahsuai blog untuk kembalikan mood. So masih lagi berterabur. Header masih dalam pembikinan. Dah lama tak asah bakat guna photoshop maka nak kembalikan bakat yang ade sket2 tue. Malas nak upah bagai maka aku try nak design sendiri ajo..Colour pun lum jumpa yang sesuai lagi. Ni main tukar jer dulu. Till see again friends