Be My Lovely Follower

Thursday, June 10, 2010

Jantina Anak Mengikut Kalender Cina

Panduan ni dah lama dan aku pasti dah ramai yang tahu kan. Tapi saja aku nak post gak sebagai panduan kat aku yang plan nak dapat baby tahun depan..ha..ha..mana tau berjaya gak ker guna teori. Tapi kita tak boleh percaya dan yakin 100% sekadar panduan jer. Segalanya hanya Allah yang tentukan. Lelaki atau perempuan janji zuriat kita sempurna..tu pun dah bersyukur sangat. Ok jom kita view fakta di sebalik kalender cina ni k.

Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan daripada carta ini menjadi ikutan kepada beribu-ribu pasangan seluruh dunia untuk dijadikan panduan memilih jantina bayi yang diinginkan oleh pasangan tersbut. Carta ini menjadi semakin popular apabila ia dikatakan hampir 99% tepat. (Wallahua'lam)

Anda boleh memilih jantina bayi samada lelaki atau perempuan yang menjadi pilihan anda mengikut carta ini. Sebagai contoh, jika anda menginginkan bayi lelaki ketika anda berusia 25 tahun, pilihlahannya adalah bulan Febuari, Mac, Jun, Ogos, September, Oktober,November atau Disember dan sebaliknya jika anda menginginkan bayi perempuan. Sekiranya anda ingin melahirkan bayi anda pada bulan september pada tahun berikutnya, anda hendaklah berusaha sembilan bulan lebih awal iaitu pada disember tahun sebelumnya.

Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak dan perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi tersebut sihat dan cukup sifat, ia sangat memadai. Kita harus bersyukur dengan rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan zuriat.


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Note: Aku rancang tahun depan nak preggy lagi..so kalu ikut kalender ni kalu nak anak gurl kena preggy masa bulan April, May or June. Aku nak anak aku lahir awal tahun lak coz Syakil dah hujung tahun ha..ha..



4 comments:

Anonymous said...

saya tak faham cmne nk kira..... bday saya 28-06-1980....saya nak bby boy secepatnya...

Anonymous said...

HANYA LIHAT UMUR SI IBU DAN BULAN DIA JGKA SALIN. ITU JA. JANGAN PERCAYA SGT. TAPI KEBANYAKKANNYA BETUL.WAALLAHUALAM.

Anonymous said...

HANYA LIHAT UMUR SI IBU DAN BULAN DIA JGKA SALIN. ITU JA. JANGAN PERCAYA SGT. TAPI KEBANYAKKANNYA BETUL.WAALLAHUALAM.

Anonymous said...

memang tak bole percaya.saya dah 2 org anak...dua2 tak tepat seperti yang dijangkakan oleh kalendar tersebut...bersyukur dengan kurniaan Nya..