Be My Lovely Follower

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Bulan puasa maka blog pun berpuasa

Lamanya tak terupdate..aku masih lagi membuyung n membawa baby lam perut ni. Bila la sikecik nak kuar pun tak pasti. Hari ni genap 38 weeks usia baby kat dalam ni. Yang pastinya bulan puasa buat aku sangat malas nak update blog picisan ni.

Tapi aper yang pasti dalam sarat2 aku puasa ni hari2 aku masak semua benda yang aku rasa nak makan n kena pantang pas ni. Mr hubby aku pun heran tengok aku masih ada kudrat lagi ha.ha..Macam semalam aku masak pulut kuning n rendang ayam. Fuh nikmat rasa dapat makan. Pas ni kena pantang pulut lak. Bila makan jer sayangku kata rasa macam dah raya jer ha..ha..

Hujung minggu aku off masak jap n beli kat bazar tapi kan aku lak rasa tak selera nak membeli. Masak sendiri lagi puas hati rasanya. Pastu lak kalau membeli bukan sikit duit akan habis tapi banyak la jugak. Kalau beli bahan mentah untuk masak sendiri lebih dari dua hari dapat. So kesimpulannya selagi daya aku kan masak sendiri jer. Macam kuih muih lak kadang2 jer kami beli the rest aku masak sendiri jer.

Tanda2 nak bersalin mmg dah ade. Maca,macam sakit kat bahagian bawah n baby kerap mengeras. Tapi tu la aku rasa sakit tapi sakit yang tak berterusan n sungguh2. So aku rasa tue bukan nak bersalin namanya. Aku sendiri tak tahu macam ner rasa sakit betul2 nak bersalin. So selagi sakit yang boleh tahan mean bukan lagi masanya aku rasa. Actually aku masih fobia ngan pengalaman lepas yang mana langsung tak sakit tapi bila serah diri kat hospital tup2 syakil dah lemas. Sebab tue aku sanagt risau skang ni. Kita tak tahu aper jadi kat dalam kan. So aper yang boleh aku buat skang monitor pergerakan baby jer la..Hope everything is fine. Doakan semua baik2 jer. Aku kan updae lagi bila mood datang n aku dah bersalin aku kan inform semua. Selamat Berpuasa n Berbuka Puasa k...

Friday, June 10, 2011

Entering 29 Weeks +++: Its a Boy Or Gurl

Minggu ni aku dah masuk 29 minggu ++. Semalam pegi check up kat KK. Sepatutnya check up hari Isnin tapi aku tunda hari ni coz minggu depan ade agenda lain. Keseluruhan check up semua ok. Kepala baby pun dah kat bawah tapi dia still boleh memusing kurang2 sampai 34 weeks ++. Check semalam:

Berat aku tak naik banyak pun : dari 58.1 ke 58.5
Tekanan darah normal
Hb tak check sebab sebelum ni dah ok
Denyut jantung baby normal
Dah start kira carta gerak baby 
Yang paling tak best BSP tetap kena buat kurang2 sampai 36 weeks ++. Next BSP test 27/6 n check up pun aku ambik hari yang sama gak.

Kali ni pregnant aku mmg tak scan sangat n hope everthing is ok la. Tapi disebabkan nak gak tahu jantina sikecil dalam perut ni maka Isnin hari tue pegi gak la klinik nak skodeng la boy or gurl. Sekali tak nampak la pulak. Dr kata baby dah agak besar so susah nak cari dah. Ha..ha.. maka kelahirannya akan mengejutkan semua orang ok. Disebabkan tak nampak maka mood nak shopping pun tak baper semangat dah. Ingat nak beli dua tiga helai jer lagi baju unisex n toiletries jer. Pas deliver baru shoping. Pakai baju abg udah la dik. Cantik lagi pun ha..ha..So kalau korang nak tahu tunggu aku bersalin lagi 10 weeks ++ k.

Bila Si Suami semakin sihat saper perlu disalahkan

Dialog si suami dan si isteri pada suatu hari...

Suami: Ayang abg makin sihat la skang ni ayat nak sedap dari dari gemuk. Ampun bang...
Isteri: Naper abg cakap macam tue lak?
Suami: Yer la ramai orang tegur n perasan la.
Isteri: Nak buat camner. Ayg kan isteri solehah masak kat suami hari2
Suami: Kita kena buat catuan makanan la macam ni.
Isteri: Macam mana tue. Bagi Idea
Suami: Menyenaraikan menu2
Isteri: Kalau macam tue ayang tak kan masak hari2 la eh.
Suami: Tak leh gak nanti lapar lak. Cuma jangan makanan berat jer la. Macam bihun ker mee ke ok la
Isteri: Tapi tue pun rice base gak kan.
Suami: Ting tong tak tahu nak jawab ha..ha..

Kesimpulannya masalah mr hubby kalau tak makan lapar kalau makan lak tambah sihat badan tue. Aku lak bila dah duduk umah hobi aku mmg memasak jer la. Tambah2 bila orang tersayang suka makn maka macam2 experimen kuih n masakan aku kan buat ha..ha.. Antara aku suka masak jenis kuih2 n masakan2 simple yang lain macam kue teaw ladna, char kuew teaw, bihun goreng, sup, mee bangdung n hailam, nasi tomato, nasi daging, n sebagainya.






Note: Gambar adalah ehsan Google n dari hasil air tangan aku sendiri..

Tuesday, January 18, 2011

His first experience take nebulizer...

Bersiaran dihari Selasa. Semalam aku cuti emergency sebab my lovely son demam. Syakil sepanjang 2 tahun ni kalau demam jer msti hari Isnin..hu..hari cuti sihat aktif jer. Tapi start ahad malam tue dia dah teruk. Dengan demam, selsema, batuk n muntah. Complete package. Mmg sepanjang malam asyik merengek jer coz hidung dia tersumbat. Mmg kepala aku pun weng2 je pagi semalam sebab tido tak cukup. Last2 decide cuti jer terus. Masa kul 4 pagi macam tue aku perasan yang nafas dia laju semacam jer. Then kat leher dia bila nafas jer berlekuk. Aper yang aku tahu kalau leher berlekuk mean sesak nafas atau asthma kan. Dia x pernah kalau batuk or selsema jadi macam tue. Ni first time. Disebabkan Syakil mmg ader chances high risk asthma maka aku terus jer bawak pg kecemasan hospital ampang. Check punya check mmg nafas dia berbunyi n kena ambik gas. Tapi dia punya meraung punya la tak tahan aku. Al maklumla nak paksa budak besar ni susah sket. Aku ngan Mr hubby terpaksa pegang kuat2 nak elak dia meronta. Kalau meronta saja tak per gak ni dia becakap tak nak2 tolong2 tak nak. Nak gelak aku. Last2 dia tertido. Penangan budak yang tak pernah kena neb sepanjang 2 tahun ni. Tapi aku nak bg komen negatif sket pasal hospital Ampang semalam. Service sangat lembab. Sampai pukul 4.30 petang aku masih menunggu dr untuk check sedangkan aku datang pukul 1 tengah hari. Mmg hampeh. Last2 aku belah jer. Ambik ubat kat poliklinik swasta n check jer kat situ. Macam maner la orang nak sokong klinik kerajaan kan. Aku bengang bukan per, Dr ader jer tapi sorang pun tak reti nak bertindak. Bila pegi tanya jer cakap kejap lagi. Macam hampeh jer. Skang baru proses nak ambik insurans Syakil. Lepas ni senang kalau sakit. Hu..hu.

Tuesday, July 6, 2010

Pernah tak terjadi kat korang situasi yang aku rasa

Msti confuse jap tengok tajuk. Macam ni korang pernah tak alami benda ni. Bila badan penat sangat pastue nak kena buat macam2 kejer pastue kan cik abang lak boleh sewenang-wenangnya dok berehat depan TV, then sampai anak berak pun dia tak sedar nak jugak bini buat, anak mengantuk pun bini gak nak kena tidokan, Agak2 korang akan geram dan marah tak?

Hu..hu..tu la sifat aku bila keadaan kat atas berlaku kat since ader syakil mr hubby mmg akan kena marah. Tapi aku puji dia coz dia seorg yang sangat cool n tak marah balik tapi suka memujuk. Tapi sifat dia macam tue tak pernah berubah tau.

Alkisahnya semalam aku puasa then malas nak beli kat luar so bertungks lumus memasak pastue berbuka. Then baru aku sempat mandi n solat. Pastue basuh baju lak coz dalam bilik air ader baju terendam takut berbau nanti. My hubby pas makan terus landing depan TV tak gerak2 dah. Sekali cakap 'bang tengok anak jap', pg la tengok kejap pastue rehat balik. Pastue masa ngah sidai baju syakil merengek cakap ma..yak.antuk (maksudnya dia berak n mengantuk). Hmm aku jugak la uruskan dia n tidokan dia. Bila badan penat hati jadi panas..hu..hu so kemarahan tercetus.

Mmg aku merajuk n sakit hati giler semalam. Yang bestnya seromantik boleh my hubby pujuk coz aku dah janji nak ehem2 (18SX) tapi disebabkan kegoan n kemarahan aku, maka aku wat2 tido n wat keras jer..he..he.. Mula2 dah nak gelak dah tapi cuba tahan n tido sampai pagi. Esoknya kami baik macam selalu ha..ha..

Untuk Abg:
Ayg mintak maaf banyk2 k. Ayang tahu berdosa isteri kalu marah suami tapi jangan la wat ayg marah k..Sayangggggggg Abg Muahh..muahhh

Wednesday, June 30, 2010

End of Month With no Salary

Aper perasaan korang kalau benda di atas jadi kat korang. Mesti macam aper aku rasa skang ni kan. Actually aku dah citer dalam entry last two month yang company aku kejer skang ni mmg dah tahap kritikal. Tak de projek yang masuk n majikan aku tak dapat nak pusing modal. Actually pekerja sini hanya dua orang iaitu aku ngan Fatin kawan opis aku. Kitaorg dah berbincang ngan bos hujung bulan 5 hari tue nak berhenti jer coz tak nak susahkan dia dan syarikat. Tapi malangnya dia tak berapa nak bagi kami berhenti coz dia still nak survive lagi ngan company ni, Kami jadi serba salah coz dah lama bekerja ngan dia..so atas dasar itu kami tak jadi berhenti dengan harapan company akan terus ok dan gaji kami tak sangkut lagi. Tapi sampai skang ni company makin teruk n bunga2 gaji kami yang dah tertangguh 2 bulan masih belum dapat. Pening kepala aku fikir hal ni. Kesian kat bos n diri aku yang susah..hu..hu..Bulan ni mmg aku sangat2 sesak disebabkan peristiwa mlang hilang dompet hari lesap semua duit aku. Aku kesian sangat kat Mr hubby yang kena bayar macam2 bulan ni. At the end cash yang ada tak dapat nak bayar hutang keter lak kalu aku gagal dapat gaji bulan ni. Tue tak termasuk insurance aku yang nak kena potong 12hb ni lagi. Aku macam nekad nak buat keputusan berhenti kejer jer n pas pindah aku kan try cari kejer baru..Aku betul2 dalam delema, sedih n susah hati...
Ya-Allah kau permudahkan segalanya..Amin..


Note: Aku tahu setiap masalah ader penyelesaiannya. Walau aper pun yang berlaku aku sentiasa kena ingat Allah SWT sentiasa disisi kita. Hanya doa dan tawakal boleh buat aku sedikit tenang dan melupakan kesedihan buat seketika.

Tuesday, June 15, 2010

Perjuangan Ku Belum Selesai.

Esok aku ada misi penting. Perjuangan seorang mama dan isteri. Doakan aku yer kawan2.
Perjuangan aper nanti bila dah berjaya aku citer k..tungguuuuuuu. Esok juga aku holiday..jumpa hari Khamis nanti.

Note: Syakil masih tidak sihat. Semalam dia mengamuk menangis-nangis dekat satu jam. Aku pun tak tahu naper. Asalnya dia terkejut bangun masa tido jer pastue melarat. Korang rasa ade kemungkinan dia nampak benda lain ke. Tapi dia dah besar tak kan nak kena ganggu lagi kot...

Tuesday, June 8, 2010

My Body Weight Management part 2

Hari tue aku ada janji nak letak gambar pasal penurunan berat badan aku kan so aku update kat sini k..so far tak nampak beza sanagt even aku turun dalam 5 kg macam tue. Skang ni berat aku macam dah tepu jer tak nak turun dah..dok 50/51 macam tue jer..hu..hu..Macam mana nak capai target 47kg ni

Sebelum


Dan Selepas


Ada beza tak ha..ha..

Monday, May 31, 2010

Presenting Muhammad Alfi Ikmal

Sebelum ke ICT aku sebenarnya mmg ke Shah Alam coz melawat baby baru abg ipar aku. Masa pg hari tue baby Alfi dah 14 Days. Hari tue dah pg melawat masa kat hospital Sg Buluh tapi tak ambik gambar coz camera buat hal so kali ni nak gak Glamourkan si Alfi ni msuk blog Anjang k..




Ni lak baby aku yang sibuk gak nak tido


Ni Abg kepada si Alfi. Hafiz Akmal


Note : Hati bekobar-kobar nak baby lagi la bila tercium bau baby..hi..hi..

Akhirnya sampai jua..ICT

Cuti 3 hari buat aku sangat malas bangun pagi ini hu..hu..Korang msti balik kampung kan. Aku nak balik tapiiiiii modal tak de hu..hu..masalah aku makin kritikal skang ni gaji dah dua bulan tak dapat n aku masih belum dapat interview mana2 buat masa skang ni..tolongggggggg sesape ade kejer kosong inform aku yer..hu..hu.. mood sedih di hari isnin..Aku mmg teringin giler nak bali kg coz skang ni musim buah..tapi apekan daya..sabar jer la
    Melalut lak citer hal lain..Actually nak citer akhirnya dapat gak aku melawat ICT. Ni second time kami sekeluarga pg tapi hari tue just lalu n tak berhenti kali ni baru berhenti. ICT ni dekat jer ngan umah abg ipar aku kat seksyen 7 tue. So Layan jer gambar2 kami kat sana k. Syakil sangat teruja tengok lampu..pg kejap jer coz ramai sangat org..may b sebab time cuti kot.







Thursday, May 20, 2010

Cerita Weekend Kami

Cerita last week baru nak post..hari ni dah hari khamis kan..mmg sah2 aku ni bukan blogger tegar ha..ha..buakan tak der masa tapi mood nak menulis non ada..n lagi satu sebab aku tak leh jadi blogger tegar sebab aku tak suka ambik gambar he..he..so tak de la cerita nak update hi..hi..

Ok berbalik kepada tajuk entry tue hari Ahad baru ni kitaorg dapat jemputan sambutan besday party dari makcik yang jaga syakil dari 3 bulan sampai la 5 bulan..besday cucu dia buat kat KFC belakang care4 wangsa maju..sekangkang kera jer dari umah aku tue..since syakil besar n boleh jalan n cakap ni first time aku bawa dia attend besday party..mmg tak terduga la keseronokan dia. teruja sangat tengok belon2 yang banyak n ramai kawan...tak terkawal dah dia sampai makan pun tak nak..Kan bila besday paty kat kfc ade game kan pastue nari2 so syakil pun ikut sama menari..cute sangat ha..ha..sampai ader aksi terlampau dah dah terjadi, nanti aku citer next entry k..tapi malangnya camera lak habis bateri time nak ambik gambar..hu..hu..sabar jer la..to syakil mama dah try hantar perduan drypers besday party tue mna tau ader rezki nanti kita lak sambut kat cini ek..Amin..



Wednesday, May 5, 2010

Aku Susah Hatiiiiiiii

Hu..hu.. Entry sedih ni..tak tau nak share perasaan ni kat mana..so menulis dalam blog jer la..Tajuk pun dah tau nak luah perasaan kan..Actually start bulan lepas lagi aku dah rasa perasaan ni tapi still boleh terkawal tapi skang ni dah masuk 2 bulan so aku tak dapat tahan lagi..

Kadang2 aku terfikir naper susah sangat aku nak dapat kejer tetap dan ikut kelayakan aku..dah banyak borang kejer aku isi satu pun tak sangkut..skang ni aku dah 27 tahun..lagi 3 tahun jer nak masuk 30 hu..hu.. tapi aku masih lagi gagal dapat kejer tetap..Sebelum ni kau tak brapa kisah sangta sebab agak selesa dengan kejer skang ni tapi dalam 2 bualn kebelakangan ni company aku dilanda masalah kewangan yang kritikal..bulan lepas jer dapat gaji pertengahan bulan,bulan ni tak tahu la pulak macam ner nasib aku..and aku pun tak pasti la sampai bila company aku skang ni boleh survive..

Untuk aku ngan hubby yang kejer makan gaji ni mmg agak sesak kalu kejer sorang tambah2 bila nak bayar hutnag itu ini..even aku akui org lain jadi suri rumah boleh jer hidup..mmg aku akui mr hubby mampu tanggung kami, tapi dia cuma engineer kerajaan gaji cukup makan jer so aku tak sampai hati tengok dia kejer sorang2..aku nak yang terbaik untuk keluarga aku..Bulan ni kitaorg mmg sesak sangat coz duit banyak habis buat renovation rumah..

Tapi aku tahu Allah dah tetapkan rezki kita masing2 so aku akan terus berusaha cari kejer yang terbaik dan berdoa dimurahkan rezki selalu..as long as company skang ni survive aku kan terus kejer sini and sambil2 cari kejer lain..korang doakan aku yer..Amin.. Kalu akku susah hati ni la pengubatnya


Anak mama dah besar


Tuesday, March 2, 2010

New Update From me

Salam Satu Malaysia

Wah2 dah bersawang betul blog aku ni..dah lama tul aku tak update blog..mood aku down + malas..eh yer ke..ye la tue..bukan tak de masa tapi ntah nak menulis tue tak der idea..pastue lak baru2 ni aku terdelete template lama aku..so dah jadi macam2 rupa udah blog ini...skang ni dalam proses nak touch up balik...Actually banyak story nak citerkan..tapi kena hold dulu coz hari ni aku kena siapkan tender coz esok nak hantar..tapi yang bengangnya price lum dapat lagi samapi skang ni..nak marah adooooo...Sabar jer la...
Antara citer aku nak kongsikan ialah
  • Perkembangan Syakil 15 Months
  • Percutian Balik Kg Perak n Kedah masa Raya Cina
  • Percutian ke Melaka yang dirancang last minute
  • Progress Rumah aku kat Rawang n Batu Caves
So itu adalah entry yang tertangguh sekian lama. Aku akan cuba Update semua peristiwa tue nanti..
Satu lagi perkara penting yang aku kan lalui minggu ni adalah..jeng3..aku ade test lesen kete..punya la lama aku ambik masa nak test..Berbulan2 jugak...Doakan aku lulus k hari Jumaat ni...
Okeh nanti aku citer satu2 peristiwa kat atas tue k...

Gambar Selingan Tiada Kena Mengena ngan cerita