Be My Lovely Follower

Thursday, December 20, 2012

Perjalananku sebagai breastfeeding mom..

Pejam celik pejam celik dah pun nak hujung tahun kan. 2012 meninggalkan kita 2013 pula menjelma kan. Lama dah x bercerita pasal bf kat sini kan. Syafi masih minum susu aku sepenuhnya. Dia x nak minum ye susu fm sebab aku pernah try bg but dia muntah. ha..ha..Aku x terniat pun nak bg fm kat dia since susu aku masih cukup untuk keperluan dia..chewah ayat he..he..aku cuma nak test dia je tue pun gn susu abg dia nyata susu mama x leh ditandingi oleh mana2
fm he..he..
Tapi susu kotak dutch lady or fresh milk dia minum gak even kuantiti sikit je la. Kalau ditanya tentang aktiviti mengepam mmg dah lama aku x buat la. Tapi kan susu aku masih banyak sebab ape masa aku tinggalkan dia sehari masa aku pergi lapor diri jadi guru tadika yang x jadi tue cik b mmg bengkak n terpaksa marmet hu..hu..kat umah mmg x leh nak tahu kan banyak sket sebab dia asyik ngempeng je.
Ape2 pun aku bersyukur diatas rezki yang dikurniakan untuk anak aku. Perasaan sangat terharu dan gembira sebab masih lagi mampu memberikan rezki susu yang terbaik untuk anak aku. Setiap kali mendengar tegukan susu tatkala si anak menyusu tak tergambar dengan kata2 perasaan aku sebagai mama. Harap perjalanan aku dipermudahkan hingga Syafi 2 tahun...Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.9

20122012 date yang sangat cantik

Hmm tahun ni tahun last ade date cantik macam ni kan..mana ade bulan 13 lak kan hu..hu..tunggu tahun 2020 la pulak.
Selepas 121212 hari ni 20122012. Mesti ade org kawin kan hari ni..Pe2 pun Alhamdulillah bersyukur kehadrat-Nya kita masih bernafas dengan diberikan kesihatan yang baik hari ni.
Have a wonderfull Thursday

Bye..posting..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kerjaya VS Anak-anak

Dah lama tak bercerita pasal diri aku kan. Tentang kehidupan aku selapas tak keje. Tercapaikah ape aku pernah tulis kat sini dulu? Dapatkah aku laksanakan impian aku dulu selepas berhenti keje? Gembirakah aku dengan kehidupan skang? Hmm banyak persoalan kan.

Selepas lebih 2 tahun tak keje dan hanya menjadi full time housewife membesarkan anak2. Aku tak buat ape2 busines pun sebabnya aku rasa aku tak de talent nak berniaga. Aku tak tau cam ne nak mulakan. Mr hubby pernah tawarkan aku modal untuk business tapi aku takut nak ceburkan diri. Aku pernah terfikir nak bekerja semula bila anak dah besar tapi dengan pengalaman tak seberapa gaji yang ditawarkan tak berbaloi sangat bila dah tolak kos2 yang terpaksa dibayar bila aku keje.

Hinggalah awal bulan 11 hari tue masa tengah sibuk mencarikan sekolah untuk Syakil aku terfikir nak apply jadi guru tadika. Kebetulan area rawang ni ade Little Caliph cawangan Rawang baru nak buka so aku mencuba nasib menghantar resume dan akhirnya dipanggil interview. Rezeki berpihak kepada aku apabila aku terpilih antara 3 orang yang interview hari tue. Gaji yang ditawarkan standard guru tadika la 1k++. Memula aku ingat guru tadika hanya setengah hari atpi sebaliknya Little Caliph ade transit so kena keje sampai 6 petang.

Aku datang lapor diri dan mendapat jobscope tentang tugas2 yang perlu dilaksanakan. Memang masa kerja sangat panjang dan bg aku komitment juga tinggi. Aku boleh terima lagi semua tugas tue tapi bila masuk bab yuran anak aku tetap kena bayar syakil harga school n transit yang sama macam budak2 lain aku dah rasa x best dah. Then aku mintak nak bawak Syafi petang tapi pengetua tak bagi mean aku tetap kena hantar pengasuh fullday malahan kena charge overtime lagi sebab aku mesti balik lebih pukul 6 punya. Hmm dah rasa macam tak boleh nak go ngan kejer ni.

Then balik bincang ngan hubby bagai aku akhirnya buat keputusan tolak job ni. Aku nak kerja guru tadika ni sebab ingat 2 in 1 aku leh hantar anak sekolah n kejer sekali tapi sebaliknya kalau aku terima job ni mean anak2 aku lak terabai. Mungkin boleh accept kalau gaji setimpal tapi bagi aku mungkin lebih sesuai untuk orang belum kawin kot.Aku sayang anak-anak lagi dari keje untuk gaji tak seberapa ni.

So, aku kembali jadi suri rumah yang tak perlu nak fikir banyak masalah. Cuma aku berazam nak ubah hidup aku. Aku nak buat sesuatu yang at least dapat banggakan suami aku. Bagi aku bagi usia skang ni kalau nak tambah income nak cari kejer makan gaji mmg tak kan dapat gaji ok dengan pengalaman aku yang sikit tue pun bukan bidang aku. So mungkin kena cari kekuatan buat business jugak. Harap impian aku berjaya. Orang lain boleh aku pun boleh demi keluarga n masa depan aku. Doakan aku berjaya k..keep smiles always......cheers

Wednesday, December 19, 2012

Breastfeeding vs period

Tajuk macam dah boleh tau ape isu aku nak citer dalam entry kali ni kan. Ok sejak aku kering darah nifas sampai la skang Syafi dah 1 Tahun 4 bulan lebih aku masih lagi bebas period mean tak datang period langsung. Masa mula2 dulu ade la datang sket2 macam coklat2 je tapi tak pernah lagi datang period macam selalu sebelum pregnant.

Masa awal2 aku asume mmg normal la sebab aku kan fully breastfeed si Syafi. Tapi bila dah menginjak setahun aku dah mula risau sebab si Syafi kan dah makan macam2. Tapi aku tunggu lagi sampai la skang dah 1 tahun 4 bulan masih tak datang gak period hu..hu..Aku sangat risau ok. Bukan risau pregnant sebab aku mmg ambik planning pun tapi risau aku sakit lain je.

Actually aku tak makan perancang tapi aku ambik MAB as family planning. So tiap 2 bulan sekali aku kan chek gak upt takut terbabas. ha..ha.. cuma yang menjadi kerisauan aku skang perlu ke aku ambik ubat bg period eh. Saper ade pengalaman macam aku yer. Kalau aku google ade gak info bagitahu ade yang tak datang period sampai 2 tahun pun ade dan yang terus sambung pregnant pun ade. Skang ni dalam kepala otak duk fikir nak jumpa dr mintak ubat bg period je. So boleh advice tak aper perlu aku buat eh. Please help me...


VS
 

Kemuncak tahun 2012 semakin hampir 2013 menjelma

 
Lamanya blog ni terbiar. Tiada cerita diupdate sedangkan tuan tanah wujud je hu..hu..Banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup aku dari kisah aku, anak-anak dan family. Tiap kali buka blog nak update ade je gangguan baik anak mahupun perkara2 lain macam tugasan harian yang x pernah habis maka blog mengupdate kelaut sudah.
Facebook hari2 aku buka tapi dah lama x update status mahupun upload gambar. Mood bergambar pun agak kurang gak sebenarnya. Kalau dulu masak sket ambik gambar tapi skang aktiviti tue x de lagi. Bila x de gambar maam tak best nak update kan hu..hu.. Walaubagaimanapun aku tetap ikuti blog kawan2 yang lain even sekadar menjadi silent reader je tanpa jejak ditinggalkan.
Tetiba ari ni terasa nak mengupdate dan rindu nak menulis. Tak kisah la ade pembaca ke x janji aku nak tulis gak ha..ha.. Mood skang sangat teruja nak hantar syakil pegi sekolah tahun depan. Even dia lambat setahun pergi school hope dia boleh belajar berdikari nanti. Akn update kemudian tentang sekolah dia k.
Ok ade masa aku story lagi..
Bye update ♡♡♡♡
Published with Blogger-droid v2.0.9