Be My Lovely Follower

Wednesday, June 30, 2010

End of Month With no Salary

Aper perasaan korang kalau benda di atas jadi kat korang. Mesti macam aper aku rasa skang ni kan. Actually aku dah citer dalam entry last two month yang company aku kejer skang ni mmg dah tahap kritikal. Tak de projek yang masuk n majikan aku tak dapat nak pusing modal. Actually pekerja sini hanya dua orang iaitu aku ngan Fatin kawan opis aku. Kitaorg dah berbincang ngan bos hujung bulan 5 hari tue nak berhenti jer coz tak nak susahkan dia dan syarikat. Tapi malangnya dia tak berapa nak bagi kami berhenti coz dia still nak survive lagi ngan company ni, Kami jadi serba salah coz dah lama bekerja ngan dia..so atas dasar itu kami tak jadi berhenti dengan harapan company akan terus ok dan gaji kami tak sangkut lagi. Tapi sampai skang ni company makin teruk n bunga2 gaji kami yang dah tertangguh 2 bulan masih belum dapat. Pening kepala aku fikir hal ni. Kesian kat bos n diri aku yang susah..hu..hu..Bulan ni mmg aku sangat2 sesak disebabkan peristiwa mlang hilang dompet hari lesap semua duit aku. Aku kesian sangat kat Mr hubby yang kena bayar macam2 bulan ni. At the end cash yang ada tak dapat nak bayar hutang keter lak kalu aku gagal dapat gaji bulan ni. Tue tak termasuk insurance aku yang nak kena potong 12hb ni lagi. Aku macam nekad nak buat keputusan berhenti kejer jer n pas pindah aku kan try cari kejer baru..Aku betul2 dalam delema, sedih n susah hati...
Ya-Allah kau permudahkan segalanya..Amin..


Note: Aku tahu setiap masalah ader penyelesaiannya. Walau aper pun yang berlaku aku sentiasa kena ingat Allah SWT sentiasa disisi kita. Hanya doa dan tawakal boleh buat aku sedikit tenang dan melupakan kesedihan buat seketika.

Happy Wednesday All

Time to change my house. Kadang-kadang bosan jer tengok blog template yang sama jer berrbulan2. Aku mmg suka tukar template coz cepat rasa bosan. So now I start to love green bila selalu dok singgah blog Allyani. Sejuk jer bila melawat umah dia. So I Love it n aku start google2 template green. Ni jer yang aku aku rasa ok. So buat masa ni aku akan guna template ni untuk rumah aku. Sampai bila sampai aku bosan k.

Note: Skang ni tengah dok mencipta watermark untuk tempek kat gambar aku. Thanks to JUE coz bgtahu pasal AAA Logo tue. Aku juga tukar Tajuk Blog k.. ' Kasih Kami Tiada Penghujung' I think more better than before.

Ibu Kaisya Giveaway



Sambil menambah rakan blogger, kali ni aku nak join contest mudah dari ibu Kaisya. Ibu Kaisya Giveaway ni dibuat sempena ulang bulan Puteri beliau Alia Kaiyisah yang ke-6serta sempena pembukaan kedai baru beliau pada 1 July 2010 ni. Syaratnya mudah just letak banner dan linkkan ke blog beliau. Jom join ramai2 disini. Hadiah yang menarik iaitu coklat home made dari ibu Kaisya. Yes I love Chocolate. To ibu Kaisya Tahniah untuk pembukaan kedai baru k.

Tarikh tutup untuk contest ni 30 Jun 2010.

Monday, June 28, 2010

Aktiviti Weekend

Disebabkan percutian kami telah dibatalkan maka aku mengubah plan hari Sabtue untuk pergi kenduri kawan aku kat K Club Taman Melawati. Sebelum ni aku de inform dia tak dapat datang tapi mungkin rezki aku nak jumpa dia maka dapat la aku menghadirkan diri..Dah nak dekat 2 tahun aku tak jumpa si JUE ni..Last jumpa masa aku  bl;aja kat PNBI dan dia kejer sls kat Tabung Haji..Skang ni dia dah kejer tetap kat Tabung Haji tue..Dia kawan satu kolej masa aku blaja kat UUM dulu. Agak rapat coz kitaorg selalu makan sama2, basuh baju sama2 n banyak lagi la buat sama2. Tak sempat nak snap picture banyak sebab camera dah habis bateri + Si syakil mengamuk nak mandi pool. Kat club tue mmg ader pool kebetulan masa hubby aku bawa dia jalan2 kat luar dia ternampak la pool tue..Dia mmg pantang nampak pool terus cakap nak andi mean mandi..Bila tak bagi jer aper lagi dia punya mengamuk huis mmg semua og dok prhati ja..malu aku. Nak tak nak kena la balik cepat..Lepas je balik kenduri kami meneruskan destinasi ke rumah Rawang lak coz target aku hari tue nak cabut rumput2 yang dah semakin panjang. Akan si ceritakan di next Entry k..


Ni jer gambar pengantin yang sempat diambik gambar kitaorg tak dak la..

Kepada sahabatku JUE
Selamat Pengatin Baru buat ko n semoga bahagia ke akhir hayat

P/S: Tahniah gak kepada kawan satu Kolej aaku yang baru jer melahirkan baby Boy pg tadi.. To Ja Selamat Berpantang. Nanti dia dah upload gambar lam facebook aku upload kat sini ek..nak pg tengok jauh benor kat Kuantan nun..

Salam pagi Isnin

Aku dah ok lepas beberapa hari kejadian malang yang berlaku. So minggu ni nak mulakan kehidupan baru dengan lebih ceria..Di pagi Isnin yang baik ni aku nak mulakan penulisan blog ngan beberapa kata2 yang menjadi pedoman kehidupan kita bersama.

"Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius"

"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille"

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun"


Thursday, June 24, 2010

Malang tidak berbau, Sudah jatuh dtimpa tangga, Nasib malang kami sekeluarga

Susah nak gambarkan perasaan aku tika ini. Sedih, kecewa, frust, marah macam2 rasa. Hanya kat bolg ni tempat aku nak melepas rasa hati aku tika ni. Tajuk entry kali ni boleh la menggambarkan nasib malang yang menimpa aku semalam dah hari ini kami masih di KL dan tiada percutian indah yang aku impikan diSabah. Bukan rezki kami dan aku redha mungkin ader hikmah dengan aper yang berlaku. Ya-Allah ampunkan dosa hambamu ini. Aku redha aper yang terjadi adalah ketentuanMU jua.

Aku mulakan story sedih yang jadi kat kami sekeluarga semalam. Mood aku masih sedih tapi aku kena gak citer dalam diara maya ni agar hatiku sedikit terubat. Semalam kitaorg gerak dari rumah ke LRT Wangsa Maju pukul 1.30. tHEN GERAK KE kl sentral dan sampai dalam pukul 2.30. Naik bas ke LCCT pukul 3 dan sampai pada pukul 4.15. Mmg agak lambat sampai. Tak terfikir lak boleh lambat macam tue.

Dari sini cerita bermula. Bila sampai jer kat Balai pelepasan diaorg akan mintak I/C untuk pengesahan. So cari punya cari purse aku tak der dalam beg. Dah kuarjkan semua barang pun tak jumpa gak cari. Aku dah cuak masa tue. Yang aku ingat last aku kuarkan dompet masa nak bayar tiket bas. Pastue aku masuk balik dalam beg. Aku dah rasa jatuh dalam bas. Bila aku patah balik kat bas tue malang sekali dia dah gerak.
mmg sanat2 sedih masa tue coz cash dalam dompet aku ader 500 +++.

Bila pg balik kat MR Hubby time untuk masuk balai berlepas dah tamat dan aku lak tak der I/C. Nak buat report polis semua mmg dah tak sempat. Finally percutian kitaorg terpaksa dibatalkan. Kos untuk tiket kapal terbang, hotel dan jumlah RM yang aku hilang kami kerugian 1000 ringgit. Aku tahu kecuaian aku terlalu careless. Benda dah nak jadi aku redha jer la. Kesian kat syakil tak dapat naik fligh..entah bila lak dapat pergi aku pun tak pasti.

Mungkin bukan rezki kami. Aku sangat sedih dan kecewa.

Tuesday, June 22, 2010

Esok aku nak Pergi Bercuti...Sabah kami datang

Kalu tengok ticker kt sebelah tue masa dah tiba untuk kamai pergi bercuti..Yup Esok sampai hari Sabtue ni kami sekeluarga akan ke Sabah. Flight esok pukul 5.30 petang. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang yer kawan2ku sayang. Jumpa next week ngan cerita sensasi. Bye2


My Water Moments

Dah lama niat nak wat post pasal contest nuffnang ni coz aku dah jatuh hati dengan camera Sony TX5 especially yang color pink tue. Mana tau ader harapan nak menang kan so sekadar mencuba nasib jer. Sony TX5 new cyber-shot series camera yang sony keluarkan. Sangat cute and slim jer dan yang paling best adalah Water Proof Camera. Rasanya camera ni boleh dikategorikan as dslr compact kot. Antara kelebihan lain Camera ni adalah:

* Water-proof
* Temperature-proof
* Dust-proof
* Shock-proof

Untuk maklumat lengakap spesifikasi camera ni boleh rujuk kat sini

Cantik kan yang pink tue

Skang ni camera yang aku guna kehulu kehilir adalah Canon PowerShot A550. Dah uzur dah pun..lense dah rosak kalu  nak ambik gambar kena teropong macam camera manual jer, dah tak jadi digital camera dah. Cian kat aku..hu..hu..

Ni antara gamabr yang diambil guna camera aku ni:





Kalu dilihat pada gambar mmg nampak effect pergerakan air tapi tak brapa smooth. Yer la masa nak ambik gambar pun takut2 camera terkena air kang rosak lak. So aku harap sekiranya aku berpeluang dapat camera ni, kekangan yang aku huraikan dapat diselesaikan dengan kepoweran Sony TX5. Effect in the water. Yes I want it. Want to feel it with Sony TX5. En nuffnang berikan peluang saya berjaya ok. TQ

My Mind is the Scene of the Crime

Wah dapat tiket wayang free. So nak gak try contest ni. Mana tau ader rezki leh la aku pg menonton ngan mr hubby citer INCEPTION ni.

1)Write a blog post titled “My Mind is the Scene of the Crime” and share with us what
    your most valuable secret in your mind that you don’t want to be stolen.

Setiap org ader rahsia kan. Tapi ader rahsia leh kongsi ader yang tak. Tapi demi untuk memenagi tiket ni aku nak kongsi satu rahsia yang sangat berharga dalam diriku iaitu rahsia menjadi seorg ibu. Pabila dah ada anak sendiri baru kutahu rahsia besar macam mana susahnya mak aku jaga aku dulu. It was valuable secret in every mom in this world. Kesabaran dalam mendidik anak2, kesusahan menghadapi kerenah anak merupakan pengalaman dan rahsia hidup yang sangat2 berharga. One more thing rahsia ketika melahirkan ank adalah rahsia yang sangat berharga bagi seorg wanita. Sakit perit melahirkan anak hilang bila melihat kelahiran anak yang sempurna. Harapan si ibu yang menjadi rahsia besar dalam hidupnya adalah melihat anaknya berjaya dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Itulah most valuable secret yang aku ada buat masa ni.

poster



Sinopsis Filem ni:
Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction: stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible—inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse; their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime.
But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.
This summer, your mind is the scene of the crime.





Syakil dan Mainannya...

Ni cerita last week tapi terlupa nak buat entry. Last Saturday pg Pasar Malam bawa Syakil. Saja jalan2 n beli makan malam. Bila bawa dia maka acara wajib adalah singgah kat tempat mainan la. Aku mmg bercdang nak beli pistol kat dia. So dapatla yang berkenan dihati. RM10 aje. Sepanjang jalan dia dok menembak coz pistol tue bunyi kan samapi naik segan aku nak berjalan lama. So sampai balik umah la tak berhenti dia menembak dan yang paling tak tahan bawa peluk tido..ish2 teruja sungguh dapat mainan baru. Tapi hari ni mainan tue dah hancus pun..Bila kita tanya syakil naper dah tak bunyi dia akan cakap osyak (rosak) atau atah(patah). Aku semapt snap pic dia tido ngan pistol..Skang ni syakil dah makin petah bercakap ader yang dia sebut penuh ader yang dia ambik belakang jer..Dah faham aper yang dia nak kalu bercakap..Alhamdulilah moga anak mama membesar dengan bijak dan chat..

Tengok la gaya dia tido pun pegang pistol macam nak menembak. Masa ni mengamuk nak naik buai. Skang ni dah ok tido bawah jer




Menjamu Selera di Radix Fried Chicken (RFC)

Masa balik Kedah hari tue aku sempat terjah RFC coz keinginan nak cuba dah lama. Kebetulan mmg ada kat Sungai Petani jer. So aku pun ajak la Mr Hubby try coz favorite dia mmg ayam KFC. Bila masuk jer kat dalam tak ramai org sangat n kebanyakan customer semua pakai jubah n serban hu..hu..Aku pakai jeans jer tapi wat don't no jer la masuk. Bila tengok menu lebih kurang KFC je n harga pun lebih kurang sama jer n tetap ader tax ok. Kitaorg order set dua ketul ayam macam snack plate kat KFC. Harga 7.60 tapi tak termasuk air, air kena add on la pulak..So far rasa of course la tak sesedap KFC n ayam agak kecik coz ayam organik tak der lemak n kurang minyak. Tapi agak  mengecewakan ayam dia tak brapa fresh la maksud aku tak panas..macam KFC bila kita beli mmg panas2 kan. One more mash potato pun tak brapa umhp la..kalu sekadar nak rasa boleh la RFC ni dan dijamin Halal k.


 Hidangan kami

Syakil main2 kat playground side

Buat masa skang ni RFC tak der lagi kat KL..May b incoming. So kalu korang teringin nak makan kena pg Kedah la k..


Monday, June 21, 2010

Emergency Leave - Balik Kampung

Hari Khamis malam ayah aku telefon bgtahu yang tok ayah aka atuk aku nampak tenat lepas operation n dia mintak kami balik segera. So nak tak nak aku terpaksa mintak EL hari Jumaat tue. Kitaorg gerak pg coz mr hubby nak rehat kejap.

Berbalik cerita pasal atuk aku tue, actually dia kemalangan dah dua minggu lebih 1/6 hari tue dah masuk ward..masa tue dia ngan wife dia aka nenek baru aku nak kuar pg pekan Jeniang pastue motor tetiba pancit then aper lagi melelong la motor n akhirnya jatuh. Atuk aku agak serius coz motor jatuh kat atas dia. So dia cedera kat dada, lutut dia hancur tulang dalam n patah kat betis, n 3 jari, jari hantu, manis n kelingking. After two weeks baru dr wat operation coz atuk aku ade masalah paru2..maklumla umur dia dah 79 tahun..korang leh bayangkan la kan..So bila operate jer tulang yang patah tue semua dah reput so alternatif lain dr ambik tisu tulang pinggul la nak tampung balik kat tulang yang reput tue..so dua tempat la yang sakit..Lepas jer operation jadi satu masalah lain lak..tekanan darah dia very low so dr tak boleh bg pain killer yang banyak..so mmg sakit tak yah cakap la pas ubat bius dah habis n keadaan dia agak teruk masa aku sampai..Tapi alhamdulillah esokya nampak dia ok sket tapi still dalam pemerhatian la..

Bila org tua sakit ni agak cerewet sket nak jaga..macam ni atuk aku mmg tak gerak langsung coz kaki dia langsung tak leh angkat tapi dia tak nak kencing berak dalam pampers nak jugak bangun pg bilik air. Sabar jer la. Bila banyak gerak maka dia akan sakit tapi tu la kerenah org tua kena sabar jer la kan..

Semalam atuk aku dah nampak ok ayah aku bgtau. Korang doakan kesihatan dia k. Dah kebetulan balik Kedah wajib la singgah ke Perak kejap. Tue mmg dah jadi kewajipan mr hubby..dah mmg kampun kami satu laluan sabar jer la..tido semalam jer then semalam pas makan tengha hari terus balik KL.

Oh ya semalam sempat singgah umah aku kat Rawang. Alhamdulillah meter dah pasang n rumah aku dah ader air. So dalam bulan 7 ni confirm kitaorg akan pindah rumah..

Balik kg kali ni tak banyak ambik gambar coz duk tengok org sakit jer kan..ader beberapa keping jer yang aku snap masa kat umah abg aku..Actually kitaorg tak balik kg aku pun just sampai Sungai Petani jer coza atuk aku duduk hospital sana. Malam tue tido umah abg aku jer.

Syakil ngan anak abg aku balqis dan fatihah serta adik aku yang kecik iman

Syakil main depan laman. Dia rasa best leh main tempat luas. Tak per syakil pas ni leh main kat umah kita lak k..

On the way balik KL..

Syor mansuh UPSR, PMR

Sebelum aku citer pasal balik kg terkejut hujung minggu lepas aku tertarik nak kongsi sikit berita yang kau baca jap tadi..korang rasa ok ker tak cadangan ni ek.Jom view dulu k..

Kementerian cadang mansuh UPSR, PMR: Langkah ubah sistem pendidikan orientasi peperiksaan

PAGOH: Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.  "Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu saja peperiksaan awam, seperti (contohnya) pada peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saja.

"Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.

Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja.
“Adalah lebih wajar jika penilaian pencapaian pelajar dibuat pada peringkat akhir selepas 11 tahun di sekolah iaitu dengan hanya mengekalkan peperiksaan SPM sebelum mereka menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

"Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tak pakai lagi PMR dan UPSR, orang (bakal majikan) tak tanya pun keputusan PMR atau UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan peringkat universiti yang diambil kira," katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain selain mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk warga pendidik, pelajar dan masyarakat.

Katanya, kajian pihaknya juga mendapati ada negara lain yang tidak mempunyai banyak peperiksaan seperti di Malaysia, malah ada sesetengah negara yang hanya mempunyai satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah.

"Di Malaysia, ini adalah kesan daripada sistem yang terlalu ala peperiksaan menyebabkan fokus kita hanya berdasarkan keputusan peperiksaan, semua A atau 12A+ menyebabkan kita perlu meneliti untuk mengubah sistem itu," katanya.

Beliau berkata, pengurangan peperiksaan di peringkat sekolah itu membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.

Hmm pada pendapat aku ada baik buruknya cadangan ni. May b anak2 kita pada masa hadapan cenderung lebih bijak n maju namun kita sebagai ibu bapa perlu tahu mampukah anak2 kita jika cadangan ini diteruskan..Terus ambik SPM jer..aper pendapat korang yer..

Happy Fathers Day to My Hubby, My Father, My Atuk, My FIL dan seluruh warga bapa di Malaysia (20 Jun 2010)

Bila aku tak update blog maknanya aku tak de kat opis, bila aku tak der kat opis makanya aku bercuti. So disebabkan itu aku pun lewat sehari buat entry ni. Aper2 pun aku nak gak ader catatan hari2 penting macam ni dalam blog aku ni. Actually start hari Jumaat sampai semalam aku terpaksa balik kg coz ader hal emergency. Akan diceritakan kemudian k.
Sempena Fathers Days hari ni aku nak ucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada ayahku yang telah banyak berkorban dan mendidik serta menanggung perbelanjaan aku sampai la ke universiti. Aku tak pernah bekerja semasa belajar sama ada cuti atau tak so sepenuhnya perbelanjaan masa aku belajar ayahku yang tanggung. Thanks a lot ayah. Love you So much. To Tok Ayah aku yang aku anggap macam ayah gak coz aku pernah tinggal ngan dia lepas mak aku meninggal. So dia yang menyara kami dua beradik dan sekarang ni dia tak sihat dan aku balik kg terkejut pun sebab dia. Korang tolong doakan kesihatan dia ok..Tok Ayah love u too. To my FIL Happy Fathers Day Abah. My FIL sangat sporting ok, boleh jadi kawan baik..Akhir sekali ucapan teristimewa buat mr hubby kerna telah menjadi seorang papa yang terbaik untuk anak kita..Ayang sayang abg dunia akhirat.. Thanks a lot sebab dah menghadiahkan ayang dan syakil rumah yang selesa untuk kita sekeluarga..Papa..Syakil sayang papa seluas lautan..muaaahhhhh..muahhhhhhh..
Maaf ayang tak sempat beli apa2 yer bang..nanti kita pi celebrate kat Sabah ok..

Ni la insan2 tersebut kat atas:

Ayah aku tersayang

Tok Ayah aka atuk aku yang tengah sakit skang ni

My FIL

My Hubby tersayang


Thursday, June 17, 2010

Yeehaa Finally I Got It

Last 2 days aku ade buat entry pasal Perjuangan Ku Belum Selesai kan. So aku dah berjaya akhirnya untuk mendapatkan:-


Ni la Lesen P

Actually mula2 aku tak citer n buat entry pasal ni coz aku malu tapi bila fikir balik biatla ada cactan dalam diari maya ku ini kenangan indah ni k. Biar la korang nak gelak ker aper sebab aku lambat dapat lesen k. Aku sangat bersusah payah nak dapatkan lesen ni coz sampai 3 KALI ambil baru lulus...hu..hu..
Nak kata aku tak boleh bawa kete tak jugak tapi persaan nerves tu yang lebih sampi boleh fail. Tak kisah la aper2 pun yang penting aku dah lulus dan dah ader lesen. Tarikh 16/06/2010 aku catatkan tarikh keramat aku dapat lesen memandu..Alhamdulillah... 

Tuesday, June 15, 2010

Perjuangan Ku Belum Selesai.

Esok aku ada misi penting. Perjuangan seorang mama dan isteri. Doakan aku yer kawan2.
Perjuangan aper nanti bila dah berjaya aku citer k..tungguuuuuuu. Esok juga aku holiday..jumpa hari Khamis nanti.

Note: Syakil masih tidak sihat. Semalam dia mengamuk menangis-nangis dekat satu jam. Aku pun tak tahu naper. Asalnya dia terkejut bangun masa tido jer pastue melarat. Korang rasa ade kemungkinan dia nampak benda lain ke. Tapi dia dah besar tak kan nak kena ganggu lagi kot...

Monday, June 14, 2010

Sinopsis Dunia Baru Reunion


Kesinambungan cerita Dunia Baru lepas diorg semua berpisah pas abis blaja. So kali ni cerita disiarkan dalam GUA.COM.MY. 
Aku layan gak even 5 minit jer setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Boleh tahan kelakar gak citer ni. Jom kita view Sinopsis citer ni.

" Geng kegemaran Malaysia kembali lagi dalam ‘Dunia Baru Reunion’! Sebagai kesinambungan kepada siri TV popular ‘Dunia Baru’, ‘Dunia Baru Reunion’ menyingkap kehidupan watak-watak utama siri tersebut tujuh tahun selepas mereka tamat pengajian.

Banyak yang telah berubah sejak tamat pengajian di universiti, namun sebuah undangan pertemuan semula di Bali dari Tajol terus menarik minat rakan-rakan kolej lama. Bagaimanapun, ia kelihatan agak sukar untuk menyatukan kumpulan itu semula, lebih-lebih lagi dengan semua yang berlaku dalam kehidupan masing-masing: Berat badan Opie telah naik dengan mendadak dan dia penat bekerja namun tidak dihargai, dia juga sedang cuba mendapatkan perhatian Azlan, bossnya yang kacak. Madihah pula sedang cuba mengawal Atina, anaknya yang terlalu aktif, manakala Suzanna kini sudah berkahwin dengan seorang Sheikh Arab dan Aniza mungkin akan mengalami strok gara-gara sikap panas baran serta masalah-masalah yang terpaksa dia hadapi di tempat kerja.

Tajol dan rakan karibnya, Komos, sedang bertungkus-lumus untuk memastikan SEMUA ORANG menghadiri majlis pertemuan semula itu, sehingga sanggup menyanyi lagu-lagu pop ‘jiwang’, bertemu dengan suami-suami ‘ganas’ sampai diacu pistol, serta menggaji seorang teman lelaki untuk Opie. Bagi Tajol, tiada yang lebih penting daripada bertemu dengan rakan-rakan lama…dan mengenakan bayaran sebanyak RM1,500 seorang untuk rancangan pelaburan peribadinya!

Tanpa menyedari motif sebenar Tajol, Opie dan geng terpaksa menyelesaikan masalah masing-masing demi menghadiri majlis pertemuan semula itu, dan mengambil langkah-langkah drastik untuk mendapatkan cuti daripada bossnya yang kacak tapi keterlaluan itu. Sementara itu, Madihah mendapat tahu yang Komos pandai menjaga anak kecil manakala Anizah jatuh sakit sebelum acara pertemuan itu.

Apakah hasil pertemuan semula ini? Mereka akan mempelajari pelbagai benda baru tentang kehidupan, cinta dan persahabatan dalam ‘Dunia Baru Reunion’. " Jom kita tengok sama-sama k.



NESTLÉ COFFEE-MATE® LOVE NOTE Contest

Korang perasan tak iklan cofee mate kat tv akhir2 ni. Pastue iklan nuffnang kat blog yang ader a/c nuffnang pun ader iklan pasal contest ni gak. Rupanya tue cerita pendek untuk "NESTLÉ COFFEE-MATE® LOVE NOTE Contest". So aku layan gak cerita pendek ni. Kalu korang nak sertai contest ni boleh layari kat sini k. So jom layan cerita pendek ni kat bawah k.


Episode 1

Episode 2

Episode 3

Aktiviti Sabtu Kami

Hari Santue tak kemana-mana sebab hari Jumaat dah beli barang dapur. So aku just masak simple2 untuk makan  tengah hari. Then lepas Zohor Mr hubby gerak ke Rawang sebab nak beli pasir ngan simen ader benda lagi nak tambah untuk rumah kitaorg. Aku lak plan nak pg tengok kawan aku bersalin, Siti Zuhaida macam aku citer dientry yang lepas. Actually ni kawan lama aku masa sekolah rendah dah hampir 12 tahun tak jumpa last2 kami ditemukan dekat seksyen 10. Rupanya mmg dia kawin ngan org kat situ n umah dia nagn umah aku sewa skang ni dekat jer. Dia blok B n aku blok A. So dalam kul 4.30 macam tu aku pun gerak la pg umah dia bawa syakil. Tapi kali  ni syakil dah behave langsung pg umah org. Selalunya kalu pg umah org jadi budak baik jer tapi kali ni oh tidak kusangka sekejap saja baik pastue dia tunjuk taring la. Naik turun sofa la buang kasut umah org kat bawah la, nak cium baby la..huh mencabar tul. So aku tak leh nak duduk lama2..sekejap jer then balik. So ni la pic baby kawan aku ( Ikhsan dari kawan CT kat Facebook coz hari tue aku lupa nak bawa camera daa)

Representing Muhammad Ammar Qhalish. Sedap kan nama dia.



Note: Wangi tul bau baby kan..Syakil dah tak jeles aku pegang baby. petanda baik leh bg adik kat dia. Hari ni dia tak chat la..Batuk dan selsema lak..cian my boy..

Friday, June 11, 2010

Selamat berhujung minggu

Sekejap jer dah Jumaat kan. Rasa baru jer hari Isnin. Kalu cuti hujung minggu mean aku pun bercuti la berblog. Tak sempat lak  nak wat auto publish hari ni. So kepada blogger semua selamat bercuti dan bersama keluarga tersayang. For me minggu ni tak der jemputan kenduri so kami tak ader ape2 aktiviti. Difikirkan kemudian destinasi kami kemana. Aktiviti yang passti aku kan pg melawat kawan sekolah aku bersalin Siti Zuhaida. 
K friends Happy holiday n till see u all on blues Monday



Bukti Kebenaran Siksa Kubur

Salam petang Jumaat..lmbat lak aku post tazkirah hari ni..Tak per la janji ada..
Untuk renungan bersama


Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula. 
Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan. 
Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat. 
Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar. 

Allahuakbar..........