Be My Lovely Follower

Tuesday, June 17, 2014

pekasam daging moden area rawang

Aku nak buat promosi sket pasal pekasam yang tengah hot skang ni. Pekasam daging yang sedap lagi marveles. So sesiapa nak order boleh contact aku k. Cod area rawang,batu caves,setapak n wangsa maju or boleh je by pos tapi charge rm 6 la macam biasa. Harga sepeket rm10 sahaja. Boleh hubungi aku gn whatsup, msg dan sebagainya di no 0133304533..terima kasih..




Wednesday, June 11, 2014

Alkisah diri empunya blog..

Berblog pun jarang2 maka banyak cerita nak dikongsi tapi x tahu nak mula dari mana. Entah nape rajin pulak nak mengupdate sejak2 nak meletup ni. Empunya blog masih sihat dan semakin sihat. Actually skang ni aku tengah menunggu harj nak melahirkan anugerah ketiga yang Allah kurniakan kepada kami sekeluarga. Rezeki yang x dirancang sebenarnya dan x de siapa pun tahu hinggalah aku dah preggy hampir 7 bulan baru family tahu tue pun sebab balik kg.

Kalau x sebenarnya nak buat surprise je bawak balik baby raya nanti tapi rasanya x boleh kot nak simpan rahsia lama2..pregnancy kali ni boleh dikatakan tak dirancang gak sebenarnya. Aku mmg ada plan nak tambah ahli keluarga since masa bulan puasa n lepas raya tahun lepas. Hampir 3 bulan aku planning. Tapi kuasa Allah kan x de melekat pun dalam tempoh tue. So bila aku kira balik aku x nak la bersalin bulan puasa n preggy masa raya n nak baby awal tahun lak so aku strat makan ubat balik. Tapi bulan tue pulak ubat aku habis so aku makan hampir sebulan tapi sebab habis so aku stop seminggu sebelum period sebab yang aku tahu masa tue dah x subur kan. So rasa selamat la kan sementara nak beli ubat baru next month. Tapi bila tunggu time cik p nak datang x pula kunjung tiba sampai la lebih seminggu dah rasa x sedap hati n pi la beli test kit. Terkejut beruk aku bila test positive gitu..

Terus whatsup mr hubby. Hmm masing2 redha je la. Rezeki Allah nak bagi even terpaksa bersalin bulan puasa. So minggu ni aku dah 37 minggu tambah tolak ikut due lagi 3 minggu. Gender baby lak aku berserah je sebab bila scan asyik la x jelas je. Nak buat 3d scan pun x de kesempatan sebab masa berlalu kejap sangat..pejam celik dah nak bersalin. Lelaki ke perempuan ke aku redha dengan rezeki yang Allah nak bg. Yang penting aku ngan baby selamat dan sihat.. aminn.. Doakan semuanya berjalan lancar k. Buat masa skang ni mmg x sarat sangat dah. X larat dah nak berjalan2. Ape ynv aku rasa tiap kali preggy mesti x sama. Maksud aku body jadi makin x larat. Mungkin faktor usia meningkat kot. Tue je nak citer kali till jumpa lagi k..




Monday, June 9, 2014

Al kisah Zafreen Syakil dan Zafreen Syafi

Lama x bercerita pasal anak bujang aku yang berdua ni. Alhamdulillah mereka dah membesar dengan sihat. Setakat ni rekod yang dipegang hampir 3 tahun x pernah warded hospital. Setakat demam dan ambik neb kat klinik ada la.

Dua2 dah makin membesar so diaorang dah jadi kawan baik dan juga musuh baik ha..ha..sebab ape musuh sebab kalah time gaduh oh x tahan aku siap kaki tangan diaorg melawan. Siabg even dah besar masih lagi x nak mengalah ngan adik. Beza umur 3 tahun antara diaorg x de beza pun aku tengok. Macam sama umur je bila diaorang main n gaduh.

Time baik bahagia je tengok. Kalau nak tengok depa betul2 baik time nak tido dalam bilik berdua. Tak kan bergaduh nye tapi mesti akan sembang2 n main2 dulu. Syafi Alhamdulillah dah tido asing since 2 tahun 4 bulan lepas dia wean off breastfeed aku train dia tido ngan abg dia. So far x de masalah dah skang ni. Masa mula2 yer la nak kn tunggu dia tido baru leh kuar bilik. Dia pun dah free diapers siang n jalan2. Actually aku x ambik masa yang lama nak potty train dia compare ngan Syakil. Dia sangat fast learner. Cuma skang ni waktu malam masih lagi pakai diapers sebab mak dia malas nak kejut ha..ha..InsyaAllah akan buat dalam masa terdekat.

Syakil lak tahun ni aku dah tukar sekolah dia dari Pasti ke Pra Sekolah. Sebab musabab aku tukar sebab anak teruna aku tersangat la manja. So untuk memastikan dia x nangis tahun depan bila masuk sekolah darjah 1 so aku masukkan dia kesekolah terus. Bukan sebab x yakin ngan Pasti. Tapi seperti dijangka bila masuk pra sekolah dia tersangat la happy sebab banyak main kot. So kat rumah mmg dia kn struggle la blajar ngan omak dia yang garang macam singa ni. Setakat ni dah boleh baca even x la lancar sangat tapi ok la. Tue pun hasil ajaran maknya yang garang ni. Nak harapkan input sekolah agak kurang la.

Hmm banyak lagi nak bercerita pasal diaorg ni tapi x larat dah nak naip. Aper yang pasti aku sentiasa doakan yang terbaik untuk putra2 aku. Dan x lama lagi both of them akan jadi abg dan aku harap diaorang akan jadi abang yang penyayang.Amin...


kenangan masa kat LEGOLAND tahun lepas


Masa bercuti ke sabah bulan 3 hr tue

Sunday, June 8, 2014

Al kisah besday papa aka hubbyku sayang

Dah 3 bulan berlalu tapi baru nak buat posting. Ni tahun ke 3 sambut besday papa aka my hubby tersayang status aku sebagai suri rumah. So macam biasa la sayang x mampu nak beli hadiah memahal. Tapi sayangmu ini mampu buat kamu sedikit tersenyum dihari lahirmu he..he..ayat pemanis mulut gitu.

Sempena besday mr redzuan yang ke 32 bulan 3 hari aku sempat buatkan kek cheese leleh kegilaan ramai skang ni. Even first time buat Alhamdulillah menjadi dan sedap hasil dri comment anak2 yang hantu cheese dan cik abg sayang.

So even tiada hadiah yang mahal tapi sebiji kek yang dibuat dengan penuh kasih sayang tanda sayang yang x berbelah bahagi ayang kat abg tau. Happy Besday to my dear hubby n I hope you happy k..love you forever n ever..


Kuih Sri Muka aka Pulut Sekaya Simple

Huh bercinta betul nak update blog. Mungkin zaman blogging macam dulu2 dah nak berlalu kan. Aku tengok kawan2 lajn pun sama gak dah suam2 kuku mengupdate. Even banyak isu yang boleh diketengahkan dalam blog tapi malas kan nak mengarang.
Live masih sama. X de banyak berubah. Yang berubah satu je bentuk badan aku ha..ha..nape eh sebab aku tengah sarat preggy skang ni..kalau ikut due lagi 3 minggu nak meletup. Dah x larat sangat rasa. Memang tiap kali pregnant aku dapat rasa badan jadi x kuat macam mula2 ngandung dulu. Mhngkjn faktor peningkatan usia kot.
Eh banyak pulak nak bercerita sekali menulis. Actually nak up cerita pasal pertama kali aku buat kuih sri muka ni. Alhamdulillah menjadi. Dulu arwah mak aku buat kuih jual. Tapi sayangnya aku x sempat nak menuntut ilmu tatkala mak pergi masa usia aku 13tahun..masa tue mmg x terfikir langsung pasal hal2 rumahtangga ni. Sedih tau sebab satu pun aku sempat blaja dari arwah mak. Time2 preggy macam ni kalau teribgin terpaksa la aku buat sendiri kalau x tentu dah manja ngan mak..korang yang masih ada mak hargailah mereka k..mood sedih ni.
Nasib la jugak pakcik google banyak membantu. Kira macam pengganti mak aku la jugak disamping bakat terpendam dalam diri kot..ha..ha..yer la mak aku kan pandai buat kuih so anaknya mesti la berbakat jugak kan..pui angkat bakal sendiri.
Aku nak share la resepi mudah sri muka yang pasti akan jadinya kalau buat. Jom kita view. Resepi cilok kat pakcik google je.
Resepi simple kuih sri muka aka pulut sekaya orang utara panggil
Bahagian bawah
2 cawan beras pulut rendam satu jam atau setengah jam kalau guna pulut susu
2 cawan santan cair
Satu sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak
Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat (guna santan kotak je)
150 ml air dikisar bersama 5-6 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Satu biji telur ape2 size la
Sedikit pewarna hijau..x letak pun x pe warna air daun pandan lebih neutral.
Cara2
Bahagian atas
Campurkan santan cair, garam, dan minyak masak gaul sebati dan masukkan pulut..kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Setelah masak mampatkan pulut tekan2.
Bahan atas
Sementara tunggu bahagian bawah masak. Sediakan kepala aka bahagian atas. Campurkan 2 cawan santan pekat, jus pandan, garam, telur, dan tepung blender sehingga sebati dan tiada bintilan tepung. Tuang kedalam pulut yang dah masak dan kukus lagi 1/2 jam atau sehingga masak. Siap untuk dihidang. Tunggu betul2 sejuk baru potong. Sedap lemak dan manis..