Be My Lovely Follower

Wednesday, April 27, 2011

Blog under construction

Aku dalam proses nak ubahsuai blog untuk kembalikan mood. So masih lagi berterabur. Header masih dalam pembikinan. Dah lama tak asah bakat guna photoshop maka nak kembalikan bakat yang ade sket2 tue. Malas nak upah bagai maka aku try nak design sendiri ajo..Colour pun lum jumpa yang sesuai lagi. Ni main tukar jer dulu. Till see again friends

Thursday, April 21, 2011

Bought New Item Again

Since pindah terus ke Rawang mr hubby sangat teruja nak beli barang dalam rumah. Satu hari aku tanya dia nape masa aku kejer tak beli semua ni pun sedangkan kami dah lama pindah. Dia jawab sebab masa tue hanya weekend house jer. So kalau beli pun tak sempat nak guna n appreciate. Hmm betul gak kan. Kalau beli tapi tak duduk umah aper guna kan. Sepanjang aku kenal my hubby ni since 3 years bercinta n 3 years lebih berkahwin dia mmg tak suka beli barang yang bayar bulan2. Tapi kalau barang besar macam kete n rumah mmg la kena installment jugak hu..hu...mana mampu kan nak bayar cash.
So macam dijangka bila dia nakan sesuatu barang tue dia akan jadi impatient atau tak sabar. Lepas beli sofa otak mula ligat nak beli benda lain lak. Ikut suka la bang..duit abg kan. Dia kata dah ade sofa TV lak kecik ha..ha..yer la kami guna TV 21 Inci jer sedangkan orang lain dah maju kedepan beli LCD 42" nun. So aku cakap kat dia tunggu la dulu. May b masa raya ade murah. Tapi sifat ketidaksabaran dia mengatasi segalanya. 
Tanggal Sabtue, 16 April 2011 kami pegi jalan2 tesco dan kat situ berkenan la si suami tercinta ni dengan TV yang di offer. Aku ingat dia tak terfikir nak beli rupanya tidak sama sekali. Mmg dia teruja nak beli since minggu lepas tapi aper kan daya tiada stok. Tetiba minggu ni ade lak last stok. Per lagi terus grab la. Aku tak kata per sebab guna duit dia kan. So hari tue terbeli la LCD Toshiba dengan harga 999. Aku saja tulis date supaya inagt sampai bila2 usia TV tue he..he..


Note: Suka beli barang Toshiba sebab warranty 2 years. Lepas ni hope minda my hubby tertutup la nak beli barang lain. Simpan duit untuk incoming baby lak. hu..hu..

Peringatan untuk ibu bapa especially tang tinggal dirumah teres

Actually terfikir nak tulis entry ni sebab untuk ingatkan diri sendiri jugak. Korang terperasan tak akhir2 ni boleh kata setiap hari la ade kes kemalangan yang melibatkan bapa atau ibu yang terlanggar anak sendiri di depan rumah. Tak silap aku bulan 3 n 4 ni dah banyak kes2 ni terjadi. Sekali terfikir kan hal ni seram dengar kan. Yer la benda ni terjadi tidak disengajakan dan mungkin jugak kecuaian kita. Dari laporan yang dibuat hal ni terjadi bila si anak nak ikut parent tue kuar sama tapi dihalang. Benda mmg dah nak jadi tapi sebelum terjadi better kita beringat dahulu sebelum orang tersayang pergi dengan keadaan macam tue.
Mr hubby selalu berpesan kat aku kalau dia pegi outstation nak bawak kete pegi mana2 pastikan Syakil ade kat dalam keter. Tak kira la nak ubah kete sket or nak kuar pegi mana. Kalau tak bg ikut pastikan betul2 yang anak kita berada dalam rumah. Sekali lagi di ulang ade kat dalam umah hatta biarla menangis sekalipun. Biar la anak kita menangis sebab tak dapat ikut dari kita menangis dia dah tiada.
Risiko mmg sangat tinggi bagi kita yang duduk kat umah teres ni sebab halaman umah mmg tempat diaorg bermain. Selain tue ade gak risiko kat parking lot supermarket or mana2 la. Pastikan anak tidak keluar dahulu tanpa kita. Budak2 ni dia tak dapat nak fikir bahaya ker tak cara dia tue. So untuk semua berhati-hatilah dan ingatlah orang tersayang. Beringat sebelum terlambat.

Wednesday, April 20, 2011

Kerjaya sebagai Prudential BSN Insurance Consultant

Actually sebelum ni aku pernah mention yang aku nak try kerjaya ni since aku dah tak kerja skang ni. So bulan 3 hari tue aku dah ambik exam n finally Alhamdulillah aku lulus ujian tue. So far skang ni aku dalam proses nak dapatkan ejen kod sebelum membolehkan aku jadi ejen betul. Disamping tue aku jugak tengah ikuti class every week untuk persediaan untuk kerjaya ni. Aper yang aku lihat kalau kita betul2 serius dan berusaha bidang ni boleh pegi jauh. Aku tak nafikan bidang ni bukan macam makan gaji yang mana every month kita pasti akan dapat gaji. Tapi Insurance consultant is base on aper yang kita usahakan. Kuat kita usaha maka banyak la monthly salary kita. Aper yang penting kerjaya ni memerlukan keikhlasan hati dan niat murni kita nak bantu sesama manusia. Aper yang penting kita ikhlas nak tolong orang lain dan membantu orang lain.
Sepanjang aku pegi class dianjurkan, ade beberapa orang yang telah berjaya dengan kerjaya ni dimana diaorang buat fulltime. So far dalam keadaan aku skang ni aku buat secara perlahan2 dulu. May b boleh serius pas deliver nanti. Bagi aku tak rugi kita ambik insurance ni coz untuk diri kita jugak. Kadang2 kita tak sedar yang kita dah lalai dengan kebajikan diri kita sendiri dan juga keluarga. Nanti aku kan kupas lebih lagi betapa pentingnya life insurance bagi kita. Kena ingat orang kaya pun ada life insurance even diaorg boleh dikatakan bebas kewangan. So sesaper yang berminat ngan prudential BSN Takaful ni boleh drop email or komen kat sini. Nanti aku reply personally.

Buku persediaan sebelum ujian asas takaful

Saper suka snickers angkat tangan

Sajer hari ni nak promote sket iklan snickers since skang ni BE yang tengah running kat blog ni. Saper suka kenakan rasa snickers. Aku suka tapi harga boleh tahan kan. Kalau nak makan mmg kena fikir dua kali ler. Tapi kenakan rasa mmg tiada tandingan ler. So kalau terasa sangat nak makan baru ler beli he..he.. Just nak promote game yang snickers lancarkan skang ni kat sini or korang klik jer kat iklan nuffnang tue okeh.. Jom main sama2 k. Mana tau ade rezki menang kan. Yang penting kita enjoy..............

Monday, April 18, 2011

MAMI DAN BABY- Good Info for Preggy Woman

Hari tue jalan2 kat Tesco teringat nak cari bahan bacaan. Since duduk umah msti ada benda nak buat untuk isi masa lapang kan. Selalu aku kan beli PAMA la. Tapi hari tue cari2 tak de lak. So aku ternampak la satu buku ni yang belum pernah lagi beli sebelum ni. Buku MAMI & BABY Malay version. Tak silap aku ade gak yang English version. Kalau PAMA lebih kepada baby tapi MAMI & BABY lak lebih kepada mama. So lepas belek punya belek finally decide nak beli. Sebab ape sebab banyak info bulan ni khas untuk preggy woman. So banyak info n tips untuk ibu yang sedang mengandung ni. Aku just view beberapa tajuk best ok. Antaranya:
  • 15 Pemakanan sihat untuk wanita hamil
  • 5 Tanda anda akan bersalin
  • Kritikan dan nasihat yang tidak bertauliah dalam penyusuan ibu. Bagaimana mengatasinya?
  • Cara mengawal berat badan ketika hamil. 
Dan banyak lagi info yang menarik. Even kita boleh dapat semua maklumat ni kat internet tapi lebih bermakna dengan adenya buku kan. Semangat sket nak baca. Muka depan Sazzy Falak. Jeles tengok dia. Even pregnant tapi muka tetap berseri-seri gitu..So bg ibu mengadung elok dapatkan majalah ni k. Aku suggest sangat2.

Bila terlalu excited nak pegi sekolah

Hari ni Syakil dah hampir menginjak 2 tahun 5 bulan, lagi seminggu lebih sahaja. Since dia duduk kat umah ngan aku, mmg dia nampak sedikit bosan even aku dah try buat aktiviti2 kat dia. Tiap2 hari ada bas sekolah lalu depan umah, so dari situ hari2 suruh aku hantar dia pegi sekolah. Actually usia dia dah boleh pegi sekolah tapi aku nak pastikan dia bercakap lancar n lebih berdikari sikit. InsyaAllah next year aku ingat nak hantar la. Kadang2 budak ni kalau teruja sanagt nak pegi bila dah pg jadi lain lak kan. So keterujaan dia samapi terbawak2 kedalam mimpi tau. Aku ingat kita yang dewasa ni jer boleh mimpi..he..he..Tapi rupanya budak dua tahun pun pandai mimpi eh.
Alkisahnya hari Jumaat lepas tak silap pukul 5 pagi, dia menangis-nangis panggil aku. Ayat lebih kurang macam ni la " Mama jom la pg sekolah naik bas sekolah" Then aku jawab skang awal lagi tak boleh pg school" Pastue dia terus nangis ajak gak pegi. Tak lama pas tue tido balik. Hmm nampak sangat tak sabar nak pegi school. Aku rs faktor utama dia bosan sebab kat umah tak de kawan kot. Tapi skang ni dia betul2 dah sangat cerdik. Hari2 cakap ngan adik dia kat dalam perut n start using abg for himself. Per2 pun you are my clever son dear. Love you.

Nyenyak dibuai mimpi lagi. Peel dia tido msti nak semua bantal dia ada, but dia tak de bantal busuk. Janji bantal tak kisahlah yang mana pun

Friday, April 15, 2011

Blended Orange Cake - Simple, Easy, dan yang penting sedap..

Semalam petang berkobar-kobar semangat nak pegi pasar malam. Main objective nak cari buah limau. Sebab aper semangat nak buat kek yang sangat mudah dan kos yang sangat murah aku rasa. Pasar malam kat Tamana Garing Utama ni dekat jer. Jalan kaki jer sampai. So objektive terlaksana coz ade jual limau 9 biji 5 ringgit ok la kan. So aku pun beli la RM5. Dan bila pegi pasar malam biasa la msti habis gak paling kurang 10 or 20 ringgit. Dan semalam jugak hari malas masak seantero. Jemu weh makan masakan sendiri jer hari2 so kena gak beli luar kan.
Baliknya tak tunggu dah terus buka buku resepi kesayanganku dan mulakan proses nak membaking ha..ha..Sangat tak sabar sebab kek ni sangat2 mudah aku rasa. So tak sabar nak tengok hasilnya. Dan akibat kekalutan tue maka aku tersalah sedikit resepi maka jadilah kek yang sangat manis he..he..So sebelum tue jom view dulu resepinya yang aku ambik dari kak fida my resepi. Thanks kak untuk resepi yang sangat best. 

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 
See mudah kan. Tak payah mixer bagai. Tak perlu butter bagai. So komen aku lepas buat kek ni better kurangkan gula 1 cawan jer ( Semalam aku tak guna gula halus tapi guna gula pasir sebab silap baca arahan..he..he..). Kek ni sangat sedap, gebu dan tak terasa pahit pun even blend sekali ngan kulit limau. Bagi aku sesaper yang tak pandai buat kek pun msti jadinya buat kek ni. Believe me ok. So kengkawan selamat mencuba yer.
Ni hasil kek yang manis semalam hu..hu..Pas ni leh try lagi..

Thursday, April 14, 2011

Bila sepatutnya seorang budak pandai kayuh basikal yer?

Dah lama nak update pasal basikal baru syakil ni. Tapi disebabkan banyak benda sangat nak fikir maka aku pun terlupa nak buat entry pasal ni. Kira ni hadiah besday dia hari tue la. Dah agak lama beli ade kot 3 bulan rasanya. Tapi naiknya belum pandai pun. Sejak beli mmg ada kemajuan cara dia manage basikal tue. Memula beli mmg dia tak tahu nak naik sekalipun tapi skang ni dah terer naik. Masa beli mmg basikal tue langsung tak gerak tapi skang ni dia dah pandai kayuh sket2 tapi belum pandai cycle lagi la.
So aku nak tanya pendapat yang anak dah besar la yer patutnya budak pandai kayuh basikal betul2 umur baper eh. May b usia syakil yang baru 2 tahun 4 bulan agak lambat dapat kayuh basikal yer. Aku pun tak pasti hal ni tapi bg aku biarla la dia belajar perlahan2. Mayb lum masanya lagi kot dia terer. Nasib baik la dah duduk umah ade laman skang ni. So petang-petang leh practice. Practice make perfect kan. Lama2 mesti pandai kan. Chaiyok2 my son. Bila besar nanti baca blog mama eh. he..he.. So belum menginjak usia 3 tahun Syakil dah ada 2 basikal n satu kereta. Kita dulu tak de la nak merasa kan.

Fasa2 kenderaan Syakil

Ni beli masa 8 bulan++

Ni lak masa sepuluh bulan
Ni latest masa 2 tahun ler
Note: Kenderaan pertama syakil adalah walker ler he..he..

My Simple Wet Kitchen

Idea nak buat dapur satu lagi adalah idea en hubby. Dan aku lak sangat setuju sebab sangat memudahkan kerja aku dan satu lagi dapur aku pun tak kotor dah n paling penting tak perlu mop lantai dapur selalu ha..ha..Lagi satu faktor adalah table top umah aku tinggi so dapur kedua memudahkan kerja aku nak memasak. Wet kitchen ni mmg kami tambah masa renovate rumah dulu. Cuma tambahan barang2 jer so jadilah sebuah wet kitchen yang lengkap. Disebabkan kat luar maka nak basah2 pun tak de halnyA. So skang ni my wet kitchen dah lengkap ade dapur, n sinki. Bila dah letak semua barang keluasannya tak ubah macam dapur aku kat umah sewa seksyen 10 dulu. Keciknya dapur dulu aku rasa. Cuma skang ni masalahnya kalau hujan msti tempias sikit la. Kalau ade modal lebih bumbung kena extent sket so hujan tak tempias la. Per2 pun aku sangat puas hati sangat dah. Then kalau nak buat kenduri or aper2 majlis pun sangat senang sebabnya ade dua dapur so memudah dan mempercepatkan nak masak banyak benda.

Ni dapur. Sory la berselerak sket he..he..main capture jer
Ni lak sinki. Pun sama tak teratur jer..Nanti aku try capture gambar keseluruhan coz kawasan ni kecik je. Muat untuk sorang jer

Syakil vs Potty Seat

Seperti aku pernah citer kat entry ni sebelum ni, Syakil mmg dah free diapers but time siang jer..bila dia dah tido malam aku masih tak berani lagi nak freekan dia sebab dia masih kencing malam disebabkan kadang2 dia mintak gak susu tengah malam. Penangan budak yang makan tak banyak maka dia masih lagi bergantung ngan susu. Sebelum ni even dia dah tak pakai pampers tapi aku ada masalah sket coz dia jenis malu nak cakap bila nak berak. Pastue dia tak nak berak kat mangkuk toilet sebab tak muat kan dengan punggung dia. So dia melepas kat lantai jer n jadi satu kejer lak aku nak buang ngan tisu masuk mangkuk toilet tue.
So aku pun fikirkan solution untuk masalah ni dengan beli potty seat yang baru. Sebab aper yang baru coz sebelum ni aku dah beli yang satu jenis ni yang bentuk binatang dan macam2 lagi just like mainan jer. Tapi dia tak nak buang lak dalam tue. So kesudahannya aku mintak mr hubby belikan potty seat yang boleh letak kat toilet bowl kita tue. Dan Alhamdulillah skang ni dia dah nak buang kat situ. Cuma dia masih lagi malu nak cakap. Kalau nak berak dia akan panggil mama2 cepat la. Tapi tak bgtau aper. As his mom aku dah tahu dia nak berak. Bila tanya baru senyum jer. he..he..Itulah peel budak baru nak belajar kan. Sebagai parent kita mmg kena banyak sabar. Even dah pandai bgtahu nak kencing or berak but sometimes dia terlepas gak sebab dia jenis tahan kencing. So kena alert la. Kalau lebih 2 hours dia tak ke toilet maka kenalah bawak ok. Satu jer peel dia sejak dah free diapers ni, kadang2 dalam sehari tue dia kan request nak pakai diapers gak sekali. Dia akan jawab penat la mama mean dia penat ke toilet. So pandai2 la main psychology ngan dia. Pujuk n bgtahu akibat kalau pakai diapers. So far dia ok n nak gak dengar cakap. Per2 pun i'm proud of you my son. Love you so much..

Mula2 dulu beli yang ni tapi dia tak nak buang dalam tue
So skang ni guna yang ni. Sangat2 portable. Tapi kalau balik kg tak tahu la macam ner sebab toilet cangkung ha..ha..

Saturday, April 9, 2011

Makan durian ada effect untuk preggy woman ke x eh?

Alkisahnya dah hampir dua minggu aku teringin sangat nak makan durian. Tapi last two weeks aku tak berapa nak sihat sebab selsema n nak demam so pendamkan dulu hasrat tue. Hari Rabu mr hubby balik dari outstation aku terus suruh dia beli durian. Bukan yang mahal pun yang murah jer. 3 biji sepuluh tue. Even harga murah tapi isi mantop dan puas hati. Mmg pure durian kampung. Beli 20 hinggit dapat 7 biji. Tapi size kecik2 jer. dalam 7 biji tue aku makan 6 biji okeh. Sebiji jer my hubby makan. Memula masa hari beli makan durian sajer jer. Esoknya buat pulut lak. So mmg puas la makan. Dah lepas makan baru aku terfikir kalau makan banyak2 tak per ke time ngandung2 ni eh. So far baby gerak ok jer. Bila aku google2 makan banayk2 boleh kena kencing manis la sebab durian ni high kolestrol. Hmm mintak dijauhkan la. Hujung bulan ni aku ade minum air gula kat Klinik kesihatan Rawang sebab hari tue tak jadi buat kat Batu Caves. So lagi 2 minggu ni aku kena maintain tak leh minum manis ler. Kalau tak result mesti sangkut nye. Aku mmg hantu durian kalau tak ngandung pun aku boleh makan banyak janji durian kampung bukan durian kawin macam D24 tue. Aku tak boleh go on sebab isi banyak sangat. So far hope pas ni tak ngidam dah buah durian he..he..

Kalau leh dapat yang fresh dari pokok macam ni lagi best. Dulu arwah tok ayah aku ade dusun tapi skang ni dah tak de dah hu..hu..

Thursday, April 7, 2011

After almost 3 and half year kami kawin baru dapat beli ni..he..he..

Aku pasti setiap orang yang dah ade rumah sendiri msti dah terbayang konsep umah idaman kan. Msti sebelum pindah masuk akan deco2 bagai. Tapi tidak bagi aku n my hubby sebab kami mmg tak mampu nak buat semua tue. budget ciput jer. So kami masuk umah macam tue jer. Cat umah pun pakai yang sedia ade jer dan yang buat ubahsuai cuma tambah dapur sket, buat kitchen kabinet. Simple kan. Yang lain kena beli n buat pelan2 ikut budget yang ada. Aper2 pun aku bersyukur sebab dah ade umah sendiri.
Setelah hampir 3 tahun setengah kami kawin n hampir setahun pindah umah ni baru ade rezeki nak beli sofa. Yup sebelum  ni mmg dudk kat lantai jer he..he.. Kami beli ikut budget yang kami ada dan keluasan umah yang terhad. jadi la janji boleh gak duduk berehat tak sakit punggung kan. So tidak hairan la si Syakil pun teruja bila umah dah ade sofa. Apa2 pun syukur dengan rezki yang Allah bagi untuk kami.

L Shape sofa yang mampu milik untuk kami sekeluarga
Rindu saya tak..hi..hi..
Rak TV ni baru dimiliki jugak. Sebelum ni just letak atas lamp table ja ha..ha..Asyik tangguh jer nak beli he..he..
So tue jer penambahan gadget baru dalam umah aku. Nanti aku nak update lak dapur wet kitchen aku yang dah hampir complete. So officially skang ni aku ada 2 dapur. K till meet again. Love blogging so much..

Monday, April 4, 2011

Perbezaan penat bekerja sebagai suri rumah dan Eksekutif dipejabat

Tak ku sangka jadi suri rumah pun susah nak update blog. Yup aku akui sesibuk-sibuk kejer kat opis aku masih lagi boleh update at least satu posting sehari tapi kalau kat umah nak cari mood dan masa yang sesuai sangat2 la susah. Dan malam ni buat pertama kali aku ngan my son duduk kat Rawang berdua jer sebab my hubby outstation Sabah. Ini kali pertama kami stay kat sini berdua sebab sebelum ni mmg kat Batu Caves jer. Since umah sana dah disewakan sepenuhnya maka aku jadi segan dah nak tido sana. So far ok jer duduk sini sebab jiran2 dah ramai. Tak takut sanagt la. Syakil pun tido awal jer hari ni. Dan sang suami lak tak de maka aku gunakan kesempatan yang ade untuk melepaskan rindu kat blog kesayangan aku yang satu ni. Blog yang lain2 masih belum ade masa nak update. Terlalu banyak citer tapi aku kena draft pelan2 dulu supaya citer yang ditulis kat sini pun ade olahan dan input yang menarik. Sambil layan citer hantu Mistik Alam Hitam sambil aku menulis. Point malam ni aku nak buat perbandingan dan perbezaan antara pekerjaan mulia seorang suri rumah dan eksekutif atau pegawai di pejabat.
  • Suri rumah tetap bangun awal pagi macam pegi pejabat. Sediakan breakfast untuk suami tersayang (Selalu mr hubby tapau jer bawak pegi opis) Jimat duit belanja breakfast kan.
  • Seorang eksekutif bengun awal, bersiap ke opis, dan beli breakfast kat luar.
  • Suri rumah penatnya bekerja kepada perbuatan seperti  basuh baju, menjaga dan memberi didikan kepada anak, melayan kerenah dan telatah anak, mengemas rumah yang tak kan ade pengakhirnya selagi anak tak tido, memasak untuk suami tersayang dan membuat kerja2 lain yang mmg sentiasa ada bila kat umah. 24 hours is not enough.
  • Seorang eksekutif penatnya lebih kepada mental dan juga fizikal. Tidak banyak bergerak tetapi penat berfikir dan rela kena marah yang mana suri rumah lak bebas buat keputusan.
  • Kejer seorang suri rumah tak pernah selesai sampai la tido dan akan bersambung lagi kesokan harinya.
  • Kejer seorang eksekutif akan berakhir bila abis jer opis hour. Kadang2 bila balik umah masak kadang2 beli jer. Kemas rumah kalau larat akan buat kalau tak seminggu sekali baru buat contohnya mop lantai betul tak.
  • Seorang suri rumah melihat, mendidik, melayan kerenah si anak  24 jam didepan mata. Mmg penat tapi sangat terhibur dan puas hati dapat tahu aper anak kita makan, aper anak kita belajar dan aper pencapaian anak setakat ini. Diakui bukan senang nak menjaga anak sendiri sebab compare duduk ngan pengasuh or taska mereka lebih mudah dengar cakap berbanding parent sendiri.
  • Seorang eksekutif hanya menjaga anak sendiri sepenuhnya masa 2 bulan pertama saja. Masa yang lain2 hanya malam jer dapat  main2 sikit. Aku akui sepanjang 2 tahun lebih Syakil bersama pengasuh banayk yang dia belajar dari ibunya compare dia dapat ilmu dari aku. Agak ralat disitu tapi tuntutan kerjaya kita kena terima hakikat tu.
  • Seorang suri rumah tak penat dan pening kepala nak pikir hal2 lain macam kat opis or kerja untuk esok sebab kerja dia bebas.
  • Seorang eksekutif sentiasa berfikir banyak perkara opis, keluarga, kejer dan sebagainya.
  • Seorang suri rumah bekerja tetapi tiada pendapatan tetap setiap bulan sebaliknya hanya bergantung elaun yang diberi suami kalau ada la.
  • Seorang eksekutif pulak penatnya bekerja dibayar dengan gaji dan imbuhan setiap bulan.
Kesimpulan yang aku nak buat selepas sebulan menjadi suri rumah yang dah punyai anak mmg sangat penat. Aku pernah bekerja dan aku jugak dah jadi suri rumah. Bagi aku kedua-dua kerja adalah mulia. Yang satu menambah ekonomi keluarga dan membantu sisuami dan yang sorang lagi kemuliaan menguruskan anak2 dan rumah tangga. Walau siapa dan kat mana pun kita, sebagai seorang wanita kita mmg banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik yang mungkin. Kepada lelaki hargailah isteri kalian sebaik mungkin.