Be My Lovely Follower

Friday, December 31, 2010

Selamat tinggal 2010..Selamat datang 2011..

2010 melabuh tirai, 2011 mula menjelma. Sekejap jer masa berlalu kan. Tahun 2010 banyak suka duka yang aku dah lalui dalam hidupku. Duka yang paling besar kami terasa kehilangan tok ayah aka atuk aku yang tercinta 30/11/2010 yang lalu. Lepas ni dah tak de lagi seorang nenek nak bermain ngan cicitnya. Sungguh aku terasa kehilangan tok ayah. Aku antara cucu yang paling jauh dan aku hanya berjumpa dengannya kali terakhir pada hari raya puasa yang lalu. Sebagai salah sorang cucu perempuan yang pernah tinggal bersama ngan dia, aku antara yang rapat dan tok ayah selalu bercerita dan meluahkan perasaan kat aku. Yang pergi tetap kan pergi, yang hidup hendaklah mendoakan kejahteraan mereka disana. Moga rohnya dicucuri rahmat...Aminnnn. 
Tahun 2010 juga merupakan tahun yang paling bermakna untuk kami suami isteri kerana dengan rezki dari-Nya kami telah pun tinggal dirumah sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga to my lovely hubby yang menyediakan teratak untuk kami sekeluarga. Dan diluar jangkaan sebenarnya kami memiliki 2 buah rumah sekaligus. Alhamdulillah.
Disebabkan memiliki 2 buah rumah, maka tahun 2010 tiada percutian keluarga..save budget sebab pindah rumah. Percutian yang dirancang pada bulan 3 ke Sabah juga menemui kesulitan atas kemalangan yang terjadi keatas aku. Dompet aku tercicir masa kat LCCT. Aku anggap tue bukan rezki kami nak kesana.
Dari segi kerjaya pulak, tahun 2010 aku agak tidak bernasib baik. Company yang aku kerja skang ni masih lagi beroperasi tapi mungkin hanya sampai bulan January 2011 sahaja sekiranya gagal mendapat mana2 loan. Sepanjang tahun 2010, setiap bulan gaji aku msti sangkut, tapi aku bersyukur dengan rezki-Mu Ya-Allah. Dan aku doakan moga bos aku dipermudahkan segalanya. Kalu company tutup tak tahu la aper nasibku nanti. Kalau ade kejer kosong kat mana2 tolong inform aku nanti k..hu.hu..
Dihujung tahun 2010 kami diberi rezki darimu Ya-Allah yang aku ngan hubby mmg dah jangka. Aper rezki tue nanti dah confirm aku kan ceritakan. May b tahun depan la. 
Aku juga telah mendapat lesen kereta pada Julai 2010. Alhamdulillah sekarang aku dah boleh drive pg n balik kejer sendiri tapi time my hubby outstation jer la he..he..
Rasanya tue jer sedikit senayak rentetan peristiwa sepanjang tahun 2010 yang aku ingat. Moga kedatangan 2011 akan lebih bermakna untuk kami sekeluarga. Tiada wish-list aku nak buat sebab yang tahun lepas pun lum terlaksana lagi hu..hu..
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dan Semoga Kita Lebih Success...........


Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia..We Are The Champion

Lambat lak kuar entry ni. Org lain wat posting dari semalam lagi kan. Janji ado kan. Actually semalam umah aku tetap meriah even kami hanya 3 org jer yang bersorak. Aku bukan minat sangat tengok bola tapi bila Malaysia masuk final berkobar2 lak semangat nak tengok. Syakil sampai menangis gara2 papa dia menjerit gol nak bg dengat satu apartment. Dia ingat papa marah dia ha..ha..aper2 pun sanagt berbangga ngan pemain Malaysia. Mencipata sejarah buat Malaysia. Tahniah semua pemain dan Jurulatih berkalibal mereka. Dan thank you jugak buat PM sebab bg cuti esok hooreyyyyy..Boleh la ganti cuti new year yang jatuh hari Sabtu kan. Sebut pasal bola ni aku tertarik ngan topik izan pg ni pasal blog awek penjaga gol yang menerima traffic luar biasa. Fuh penangan bola sepak semua jadi Glamour kan. So jom terjah blog awek si Khairul Fahmi tue yer..ni blognya..ELIA
2 hero yang menjulang nama Malaysia

Monday, December 27, 2010

Apabila cik Siti aka Mr. Ratatouille bermaharajarela diteratakku

Rumah korang ader ke? Tahu tak ape yang aku maksudkan. Maksud aku Cik T...kus ler. Actually dari rumah sewa dulu lagi umah aku tak lepas dari binatang ni. Dulu masa menyewa kat seksyen 10 tingkat 4 pun dia leh naik ko. Apatah lagi skang ni aku duduk umah bawah tanah ni. Nak kata umah aku kotor tak pulak. May b kawasan persekitaran kot. Bukan sekor dua tapi banyak tau dok berlari2 atas siling umah aku tue. Dan solutionnya semalam my hubby dah pasang perangkap tapi perangkap yang getah melekat tue. Dah dua malam buat perangkap tapi pg tadi baru kena. Yang kena tadi hanya mak dara jer. Yang pastinya ader lagi bapak segala bapak yang lebih besar yang aku pernah jumpa masa nak bancuh susu Syakil kul 3 pagi. Korang ader idea or solution lain tak nak halau semua rat2 ni. Kalau la dia comel macam Mr. Ratatouille dalam TV tue nak gak aku bela hu..hu..Ni idok buruk jer rupa. Pastue semua benda dia makan tau. Kalau tak letak lam almari. Dah la binatang alah ni bw virus bahaya. Risau aku tau. Kalau bela kucing leh kot cik Rat ni semua tak datang kan.

Pic Google. Mcam  ni la keadaan tikus pg tadi. Tak sempat nak snap pic mr hubby dah tanam dalam tanah hu..hu..
Kalau pandai masak n comel macam ni berbaloi gak bela kan

Bila anak semakin bijak,kita patut berasa bangga

Selamat pagi Isnin semua. Minggu terakhir ditahun 2010. Lagi 4 hari nak melangkah ketahun baru 2011. Bagi yang lahir awal tahun macam aku ni mmg terasa makin tua cepat la umur hu..hu...
Bercerita pasal anak ni. Cuti hujung minggu ni kami hanya menghabiskan masa dirumah sajoq. Guling2 atas tilam, ajar anak menyanyi dan ajar anak membaca serta menulis. Semalam abg ipar lak datang rumah. Sesaje datang hantar kek coz hari Sabtue dia ader wat besday party anak dia tapi kami tak dapat nak join maka dia datang hantar kat Syakil. Kalau abg hafiz datang mean anak abg ipar aku, syakil sangat la happy coz ader kawan dan kalau diaorg nak balik sure nangis nak ikut. Masa ni baru la terfikir kalau anak setahun sorang sure dia ade gang kan..kan..hi..hi..actually aku sebenarnya nak citer yang syakil skang ni dah pandai main2 nagn lego n buat bentuk. Dari mana dia belajar. Dengan tengok abg hafiz buat. Serius sebelum ni dia hanya pandai baling2 jer lego tue satu rumah tapi since kerap sepupu dia tue datang rumah banyak benda dia belajar. Bila aku terfikir hal ni perlu ker aku hantar dia pg sekolah ek. Or hantar ke taska ker supaya dia ramai kawan n cepat belajar. Buat masa skang ni aku masih lagi prefer dia duduk ngan ibu aka pengasuh dia coz keselamatan mmg sangat2 terjamin disamping dia sangat la dimanjakan. Dalam kepala aku sebenarnya nak hantar dia pg sekolah bila masuk 3 tahun nanti. Tapi tue la aku ikut perkembangan dia. Mungkin pertengahan tahun depan dah leh hantar pg school kot. Tunggu dia lancar bercakap n free diapers. Skang ni so far dia dah boleh berdikari. Dah boleh bertanya kenapa, sebab aper, dimana dan sebagainya? Then aku tengah train dia menulis n pegang pensel n colour cara yang betul. Alhamdulillah dia cepat belajar. Moga anak mama jadi budak yang bijak k. Aminnnn..

Tengah kusyuk susun lego
Menunjukkan hasilnya


Friday, December 24, 2010

Selamat Hari Krismast atau hari natal kepada yang menyambutnya esok..

Aku mmg tak der kawan sekerja yang sambut perayaan ni tapi aku just nak wish kepada semua rakyat malaysia dan semua rakyat oversea yang mungkin tersinggah baca blog aku. Selamat bercuti dan selamat menyambut hari natal. 

Bila Syakil Menyanyi...

Yes Syakil mmg suka sangat menyanyi walaupun kadang-kadang lagu ntah per2 dia nyanyi. Lagu ibu dia boleh nyanyi sampai habis tapi aku belum dapat rakam dia nyanyi samapi habis lagi. Ni jer yang aku dapat rekod. Suara aku yang lebih dalam ni hu..hu..Korang layan jer video pendek ni k. Guna hp murah so x clear la.


Keseorangan di opis...Sangat Bosan

Hari ni kawan aku cuti emergency balik kg. So sengsorang jer la kat opis ni. Bos pun lum masuk lagi. Kejer pun dah habis. Nak berblogwalking pun malas. So aku buntu tak tau nak buat aper, makanya aku melayan blues melihat ikan2 berenang di dalam aquarium opis. Ok what ader gak teman kan. Kalau la ikan ni leh cakap kan best ha..ha..aku yang lari dulu rasanya. Esok Sabtue kan dan jugak hari Christmas. Ish naper la hujung2 tahun ni semua cuti jatuh hari Sabtue. Tak leh nak cuti panjang hu..hu.. Minggu depan pun sama gak new year hari Saabtue gak. Sabar jer la..Aku tengah mencari idea nak menulis entry sebab tak der kejer nak buat. So pas ni aku wat entry lain yang mengarut macam ni k. Oh yer lupa nak inform my hubby kat kuar hospital semalam. So far dah ok tapi still sakit lagi tempat operate tue. Kena jahit 4 jarum dan skang ni tengah berehat kat umah. Ayang doakan abg cepat sembuh k. Disebabkan my hubby tak sihat maka esok tak der agenda pegi mana2. Cuti Christmas kat rumah jer la. Kalau aku rajin bawak la syakil main2 kat Tesco jap.
Breakfast pagi tadi. Bubur nasi McD ala fiza. Buat untuk my hubby tapi aku bawak bekal sekali
Ikan peneman setiaku di opis

Thursday, December 23, 2010

Tuan Punya Blog x sedap badan la

Hari mood nak tulis entry tak der langsung. Tuan blog tak baper sedap badan. Kepala pusing2. Rasa nak balik cepat jer ni. Aku pun tak pasti ape tanda2 penyakit ni. Adakah betul tak sihat atau result sebaliknya ha..ha..Apakah aku pun akan ader unexpected result macam entry Rina pagi tadi. Tapi aku expected kot. Kalau ader news aku gtau k. Tunggu aku dapat pengesahan yang betul2 dulu. See u all my friends.

Wednesday, December 22, 2010

Percintaan Jarak Jauh Relevenkah..Bahagia ker tak??

Apsal kuar topik pasal percintaan lak ni.Sajer jer terfikir tajuk ni masa rehat tadi. Korang dulu berkahwin atas dasar cinta ker pilihan keluarga ek. Secara jujurnya aku kawin atas dasar cintan-cintun. Dulu masa belajar dari sekolah menengah sampai la masuk u aku tak pernah bercinta. Tak der orang nak kat aku hu..hu.. Al maklumla tak comel mana pun. Masa aku tunggu SPM aku tak kejer n just duduk umah sebab ayah aku tak bagi aku kejer. Bosan tahap cipan la masa tue. Maka aku menggunakan majalah sebagai agen mencari kawan ha..ha.. Tapi aku bukan hantar yang ader gambar tue cuma yang ader alamat jer tak silap aku paper BACARIA. Ade lagi ke paper tu eh. Then tiap2 hari la ade surat datang umah aku. Best cakap kat korang glamour jer rasa. ha..ha.. Ade diantara mereka2 itu hantar gambar tau. Tapi malangnya semua aku tak berkenan tapi aku layan jer kalau diaorg call. Sampai aku kena marah ngan atuk aku coz bergayut. Time2 dulu mana ada handphone bagai so telefon rumah jer la yang ade. Dalam ramai2 tue salah sorang mamat ni telah menambat hatiku ini. Namanya Hafiz. Macam kebetulan lak kan hafiz hafiza. Kami declare dalam telefon jer. Ni kira cinta monyet la. Bila dah jumpa 2 kali macam tue baru aku tau dia adalah abg kepada kawan aku masa sekolah dulu yang pindah masa form 3. Ni adalh cinta jarak jauh pertama aku. Dia belajar kat kuittho masa tue. Johor Kedah jauh kan.
Then hubungan kami berlanjutan hampir 2 tahun gak. Masa hujung form 6 dah dekat2 nak ambik STPM kami decide nak fikir balik hubungan kami atas masalah2 tertentu. Masa tue aku sayang lagi kat dia. Malah hubungan kami pun family dah tahu termasuk la mak ayah aku. May b pikiran tak matang lagi. Agak susah aku nak lupa dia masa tue. Almaklumlah first love. Then aku diterima masuk ke UUM. Masa tue hubungan kami lebih kepada seorg kawan jer even jauh disudut hati aku sayang lagi kat dia. Naper aku cakap macam tue sebab aku dapat tahu dia ade awek lain. Mean aku sorang jer dok sayang kat dia. Yer la dia selalu datang jumpa aku kat kampus kalau balik kg sebab umah dia kat Jitra jer. Rupanya dah ade org lain. So hati aku tertutup la kat dia.
Then bila masuk UUM aku selalu lepak kat LAB. Al-maklumla budak IT. So dari situ aku mula cari kenalan dengan berchatting. Ramai gak kawan aku dapat. Yang berjumpa pun ader. Dan melalui dunia cahatting la aku ngan hubby berjumpa. Tapi bukan dia yang berchatting yer coz dia bukan yang jenis suka buang masa macam tue. Aku berchatting ngan sorang mamat ni org Gurun Kedah. One day dia nak ajak berjumpa. Maka aku pun berjanji la kat Pekan Rabu. Mmg aku berkenan la ngan mamt ni tapi dia lak tak suka aku..hu..hu..Bukan tue jer dia jual no phone aku kat org lak tue. Dia bg kat hubby aku la. Yang aku ni lak kata single n mingle kan saper2 miscall aku layankan jer. Tapi mr hubby ni even dia kacau aku dulu tapi dia jual mahal tau. Lepas aku dok msg2 tak jawab aku give up la. Lepas 6 bulan baru dia contact aku balik terus ajak jumpa. tapi aku tak leh jumpa coz dia suruh pg Penang. Mana boleh aku tak pernah turun Penang sorang2. Hubungan kami tak berakhir kat situ. Kami berhubung melalui tel n email hinggalah satu malam dia hantar SMS nak aku jd GF dia. Tak pernah jumpa tapi just declare dalam phone jer. Beranikan kami. Masa tue dia belajar kat UTM. Lepas 4 bulan bercinta baru jumpa. Nasib berkenan gak ha..ha..
Masa first time jumpa dia dah bgtau kat aku kalau sanggup tunggu dia lagi 3 tahun baru kawin. Masa tue semua sanggup kan.ha..ha..Yup mmg betul 3 tahun kami bercinta jarak jauh. Dia Selatan aku Utara. Dalam seathun 2 kali jer jumpa. Yup mmg derita tapi kami bahagia skang ni. Cuma skang ni bila dah berkahwin aku mmg tak leh duduk jauh2. Disebabkan tugas kadang2 terpaksa la jugak berpisah sementara. Aku tak tahu la macam mana org yang baru kahwin tapi terpaksa berpisah sebab kejer2 lain2 tempat. Lagi tersiksa kan. Tak dapat aku bayangkanlah. Tapi conclusion yang aku nak buat Cinta PJJ adalha releven dan ada bahagianya. Terpulanglah kat individu tue sendiri macam mana nak kawal perasaan dia.

 Gambar kenangan beberapa bulan sebelum bertunang. Masa ni mr hubby kejer site kat putrajaya buat umah kuarters belakang PICC. Ader sesapa duduk situ tak. Masa ni mmg gelap muka dia sebab hari2 turun site. Kejer private cuti 2 hari sebulan.

Taman Impianku Entah bila nak tercapai...

Pejam celik pejam celik dah hampir setengah tahun aku pindah masuk umah sendiri. Sekejap jer kan. Bila aku tengok blog org lain sebelum masuk umah baru mesti akan buat renovation besar-besaran. Buat interior design yang cantik. Cat rumah ikut warna kegemaran dan macam2 lagi la. Tapi aku lak masuk umah tak buat aper2 decoration pun. Cuma buat kitchen cabinet jer hu..hu..Cat pun tak tukar aper. Perabot pun lum beli just guna yang rumah sewa dulu jer. Semua ni sebab aku ngan mr hubby belum mampu nak deco2 istana kami tue. Tahun 2010 kekangan kewangan agak kritikal. Walaupun umah kami ni tak la cantik sangat tapi kami bersyukur sebab kami dah duduk umah sendiri dan bulan2 bayar pun umah sendiri. Sebab tue aku ngan mr hubby letak no 2 bab2 nak hias rumah ni walaupun hati kecilku ini memberontak nak design interior dalam umah ikut kehendakku. Tue pasal dalam rumah, belum lagi masuk luar rumah. Rumput kat laman tue dah 3 kali racun tapi rumput nak tanam betul2 lum ader kesempatan nak beli n tanam. Yang skang ni pokok yang ader hanyalah pokok betik, daun kari, daun pandan, serai, pokok cili dan daun kunyit. Semua untuk kegunaan aku masak jer.
Salah satu sebab kami lum ader masa nak deco2 dalam dan luar umah tue ialah kami hanya berada disana setiap hujung minggu sahaja. Hari kejer macam biasa la aku kat umah Condo Batu Caves. Untuk pengetahuan korang semua skang ni jaln menghala ke Rawang hari2 jem yang sangat teruk. Punca utama nak buat jalan tue la ngan highway yang entah bila nak siap. Aku pun sangat pelik sebenarnya naper lama sangat construction jalan tue nak siap. Actually projek tue lebih lama dari pembinaan rumah aku dan tesco. Naper ntah ambik masa lama sangat. Skang ni kalau hujan keadaan akan lebih parah dimana jam akan mula start dari Templer lagi.
Disebabkan keadaan itulah aku ngan mr hubby hanya akan balik Rawang pada Jumaat petang sahaja. Bila hari minggu masa yang ade aku kan kemas rumah yang berhabuk lepas seminggu ditinggalkan. Then masak n rehat. Kadang2 kami keluar so masa kat umah mmg terhad. So azam baru 2011 ni aku nak deco2 umah tue sikit2 supaya bila org datang tak la segan sangat kan. Aku jugak berazam nak himpun duit beli perabot rumah sikit2. Biar simple n murah janji berkualiti dan cantik kan. Ikut kemampuan masing2. Jauh disudut hati aku sangat bersyukur kerana Allah telah murahkan rezki kami untuk ada rumah sendiri sebelum usia kami mencapai 30 tahun..Alhamdulillah. Pada korang yang lum beli rumah aku doakan rezki korang murah k. Beli rumah tak rugi sebab harga akan makin naik. Harga rumah pun dah meningkat skang ni kan. So tunggu aper lagi kumpul duit skang k...

Kalau dapat Ruang Tamu macam ni cantik kan..simple n nice jer

Pastue ruang makan yang elegance n simple macam ni

Then kat luar lak dapat deco simple landskap taman mini..best jer kan

InsyaAllah aku akan buat rumahku syurgaku jadi macam gambar2 kat atas tapi pelan2 kayuh orang Kedah kata. Tak dan nak cekau duit hu..hu..

Note: Semua gambar Ehsan Pak cik google. Kalau aku terambik gambar rumah mana2 blogger harap dimaafkan yer.

Emergency half day leave semalam

Entry sebelum ni aku ade mention yang papa syakil aka mr hubby tak jadi warded hari ahad hari tue kan. Tapi tetiba tengahhari semalam Dr tel mintak admit segera sebab pg ni (hari ni la-Rabu) kena jalankan operation. So semalam aku terpaksa emergency leave untuk menghantar my hubby ke hospital ampang kat Pandan Mewah. Lepas hantar terus ambik syakil n balik umah. Dia dah start puasa kul 12 semalam dan aku rasa masa tulis entry ni dah selamat masuk OT kot. Doakan semua ok k. Aminn

Monday, December 20, 2010

Habuan Budak Terlebih Bijak........

Seperti yang aku citer Jumaat lepas, hari Ahad Mr Hubby sepatutnya admid ward tetapi tak jadi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Tapi tue pun selepas dah sampai hospital dan dah admid barau la Dr bgtau yang operation tak dapat nak buat sebab ade kes kecemasan lain maka balik rumah balik la dia.
Aper aku nak citer ni sebenarnya bukan pasal Mr Hubby tapi pasal sikecik heroku sorang tue la. Disebabkan plan nak admid ward maka bangun2 tido kami terus siap nak balik umah Batu Caves. Dah siap angkat barang semua aku tinggalkan 2 beranak tue sebab nak pegi kedai beli roti kat Syakil sebab dia lum breakfast. Balik kedai jer aku dah dengar dia meraung. Masuk pintu pagar terkejut beruk tengok hidung dia berdarah n mulut bengkak n muka mr hubby yang cuak. Aku tanya dia jatuh kat mana. Dia kata Syakil bergayut kat tingkap kereta konon2 terer la boleh buat benda baru. Sambil jerit2 tunjuk kat papa dia sekali tangan terlepas gedebuk jatuh. Masa jatuh tue dai bukan jatuh bawah terus tapi hidung ngan mulut terkena penghadang tepi tingkap tue. Memula aku cuak la jugak sebab hidung dia berdarah tapi bukan mengalir la. So decide pegi klinik jer. Dr cakap tak der per2 sikit jer sebab tak der pendarahan tanpa henti. Just bg ubat surutkan bengkak jer. Jadila mulut anakku itu macam muncung itik. Ha..ha..Its ok kata anak lelaki kan..sikit jer tue. Ni baru Hero mama. Gambar masa kejadian aku tak ambik tapi ni gambar malam tadi. Still bengkak lagi mulut dia tapi masih nak posing gituu..Nasib la tak patah gigi tau..
Gambar ni bukan Savy tapi aku ambik kat google. Kat situ la dia kena.
 See masih boleh buat peace n control comel lagi..Dah tak sakit la tue. Dia tengok cermin then bgtahu kita mama bengkak la...
 Hilang kehandsomemanku..hu..hu

Pertemuan Kedua Adam Dan Syakil

Ni citer 2 minggu lepas punya weekend. Baru nak update. Hari Sabtue malam kawan aku masa belajar actually college mate la kot org panggil ek masa kat UUM telefon. Kami duduk satu kolej dari sem 1 sampai la sem 6. So even lain kos tapi kami ni kira geng la kat kolej. Banyak2 geng kolej, dia jer satu2nye kawan yang aku dapat jumpa lepas habis blaja. Yang lain semua belum ade kesempatan lagi nak jumpa even semua dah berkeluarga. Ok ceritanya dia call nak ajak aku pi kenduri umah salah sorang budak kolej Telekom gak dulu, geng JPPK, kawan aku  ni glamour dulu sebab JPPK kolej. Aku kenal yang nak kenduri ni Normah. So dah kebetulan dekat jer ngan umah aku maka aku pun setuju la nak ikut esoknya. Umah pengantin tue kat Serendah. Lagipun dah lama tak jumpa si Zita ni. Last jumpa masa anak dia adam n syakil umur 5 bulan gitu. Lama kan. Dah setahun lebih la. Seperti dijanjikan dalam kul 2 macam tue Zita tunggu aku kat Sekolah Taman Garing Utama, jalan nak masuk umah aku. Then kami sampai umah kenduri dalam 2.30 gitu. Lepas kenduri aku ajak Zita datang umah dah alang2 datang situ kan. Agak malu sebenarnya coz rumah aku kan kosong jer. Tapi tak kisahlah janji umah sendiri ha..ha..Ko datang lagi 3 tahun Zita. May b masa tue ader kot perubahan umah aku ni. Diaorg sempat solat sebelum balik Putrajaya. Sempat gak la ambik beberapa keping gambar masa Adam n Syakil jumpa tue. 
2 sekawan. Kalu ikut tarikh lahir Adam lebih tua dari Syakil tapi kalau ikut corrected age Adam muda dari Syakil sebab Adam dilahirkan tak cukup bulan.
 Bersama anak2
 Sangat behave bila ade kawan. Boleh consider bg main mainan dia.
 Ni la pengantin. Masa ni Adam nangis tapi Syakil maintain dengan peacenya
 Ni lak gambar masa diaorg jumpa time 5 bulan. Jauh beza dah muka kan.


Friday, December 17, 2010

Nilai Sekeping Syiling 50 Sen

Last week aku dibantu pembantu setia aku, saper lagi my handsome boy sorang tue la si Syakil mengira duit tabung yang hari2 si Syakil dok masukkan. Duit saper lagi mama papa dia la jugak. So dalam dok mengira tue aku terjumpa la satu duit syiling lama 50 sen yang ada longkang atau terbelah kat tepi tue. Syiling tue adalah pada tahun 1967. Lama tue kan. Cuma skang ni ade saper2 tau tak nilai duit tue kalau nak jual ha. Bukan aper aku ni bukan minat sangat ngan barang2 antik ni ha..ha..Kalu jual leh dapat ratus2 nak jugak aku jual ha..ha..
Then ada kawan adik ipar aku kat opis ni mmg penjual barang2 antik n ambil harga barang antik dengan harga tinggi. Cuma dalam senarai barang tue dia tak nak lak syiling tahun 1967. Kalau 1974 atau 1972 aku tak pasti sangat dia ambik RM500 tau. Berbaloi kan..50 sen jual dapat 500. So kalau der sesape cari syiling tahun 1967 ni contact aku k. Harga boleh dirunding. Aper yang aku tahu masa tahun tue syiling yang dikeluarkan sanagt terhad. Sebab tue ramai pengumpul barang antik cari. May b ader value yang tinggi kan.


Penghulu segala hari datang lagi..Weekend pulak menjelma.

Hari ni dah 17 Dec 2010. 2 weeks more nak melangkah ketahun baru. Seriously tahun ni aku rasa paling cepat masa berlalu compare tahun lepas. Banyaknya wisklist belum terlaksana disebabkan banyak faktor. Tahun  ni jugak tahun paling tak best aku rasa sepanjang aku jadi ibu yang bekerja. Sebab ape??? Hampir sepanjang tahun gaji yang aku dapat on off jer. Dan disebabkan faktor itu kewangan keluarga agak tak memberangsangkan. Tiada percutian keluarga tahun ni selepas peristiwa ke Sabah tak jadi hari tue. Sepanjang 2 tahun lebih jugak mr hubby guna kredit card ni adalah tahun pertama statement balance kat kredit card akaun mancapai 1500. Sebelum ni banyak mana guna banyak tu la jugak bayar. Tapi hal ni terjadi sebab aku selalu sangkut gaji. Kadang dapat, kadang tidak, kadang separuh. Dalam kepala aku skang ni dah terfikir nak berhenti kejer jer kalau sampai tahun depan pun kewangan company macam ni jugak. Setakat hujung tahun ni tak nampak langsung bayang2 projek yang company dapat untuk tahun depan. Aku terfikir nak bekerja dari rumah jana pendapatan through internet mungkin. Aper2 pun aku berdoa rezki berpihak kepadaku untuk tawaran bekerja di F...RA. InsyaAllah..Aminnnn.
Actually nak citer pasal Jumaat jer tapi melalut pasal lain lak. Per2 pun Selamat Hari Jumaat semua dan ceria2 selalu sebab esok dah cuti kan. Minggu ni hanya akan menghabiskan sehari jer kat Rawang iaitu hari Sabtu. Then hari Ahad akan gerak ke Batu Caves coz Mr hubby akan admitted ward hari Ahad ni kat Hospital Ampang. Sakit aper??? Biar la jadi rahsia kami sekeluarga. Don't worry tak serius pun tp aper2 pun korang doakan my hubby cepat sembuh. So minggu depan aku kena drive lagi sendirian. Hu..hu..Buat masa skang aku dah rasa ok drive sendiri cuma aku paling tak tahan nak bawa syakil. Sangat la tak behave. Dia tak suka car seat or safety belt. Dah beberapa kali time aku drive dia terhantuk kat dashboard hu..hu.. Upah mainan pun tak jalan tetap nak tak duduk diam gak. Susah hati sangat bila fikir bawak keter sengsorang ni. Nak tak nak kena gak tempuh hal ni bila time emergency macam ni. So minggu ni macam last week gak rehat2 dirumah sajoq. Happy weekend semua kawan2 ku sayang........