Be My Lovely Follower

Friday, October 29, 2010

Shopping Online VS Jiran Depan Rumah

Aper kaintan jiran ngan shopping online yer. Ni kisahnya. Kejadian ni dah hampir sebualn berlaku but aku mmg tak de kesempatan nak story kat blog mayaku ini. Hari ni baru ada masa nak buat posting. Akisahnya awal bulan hari tue aku ade beli GAP pijamas kat satu web site ni sebab ade sales. Dah lama niat nak beli baju tido ni kat syakil skang baru ada kesempatan. So selepas menjelajah beberapa blog shop aku pun terbekenan la baju kat SINI . Beli 2 pasang RM50 termasuk pos laju. Selepas bayar semua hari tue jugak dia pos n esoknya sampai la barang aku tue. Bila abg posmen hantar jer, laju jer aku terus buka bungkusan tapi lum check lagi alamat pengirim. Bila check baju ok semua baru inagt nak check alamt. Agak terkejut ok. Alamat Asmizah aka tuan kedai tue Sama kondo ngan aku, bahkan sama level lak tue. Untuk kepastian coz aku lum lagi hafal alamat rumah kami aku sms my hubby tanya alamt rumah. Umah aku PL 16-03, umah owner kedai lak PL 16-02. Ha..jiran depan pintu tue. Boleh lak jadi macam tue. Kciknya dunia kan. Nak jadi citer dia pun baru pindah menyewa kat situ selang seminngu lepas kami pindah. Dan aku belum pernah bersembang ngan dia pun lagi. Lum ada kesempatan. Bila masing2 kejer macam ni la kan.
Untuk As ada masa fiza pergi rumah k Nanti ada masa leh la kita kenal2 n masa mama Syakil habiskan duit ha..ha..lagi banyak la aku bershopping nanti. Almaklumla tak yah pos bagai. So pada korang yang rajin online shopping ni boleh terjah kedai Asmizah ni k One-Shop-Your Kidswear Outlet.



Family Planning atau dalam istilah melayu baku perancang keluarga

    Tajuk tak hingat tue. Aku pasti zaman skang ni semua orang akan buat benda ni kan. Macam2 cara nak planning yang boleh kita buat termasuk la merancang secara semulajadi. Bagi aku sendiri, since lahirkan Syakil tambah2 secara ceaser aku tak berani nak plan sendiri. Aku takut terbabas. Lepas jer habis pantang, aku ambik pil perancang untuk BF mom iaitu Noriday. So far ok sebab mmg susu tak kering. Tapi after aku berhenti bf syakil masa tue tak silap 6 bulan sebab production kurang disebabkan syakil ni bukan direct feeding tapi minum ikut botol. So aku gagal jadi pumping mom untuk tempoh lama. Maka aku cari alternatif baru untuk merancang.
     Mula2 nak ambik injection or implan tapi tak jadi coz aku takut side effect lak nanti. Selepas dipertimbangkan semua jenis pil aku memilih yasmin coz banyak maklumat aku cari Yasmin tak menyebabkan kenaikan berat badan dan kulit kita makin cantik. Mmg terbukti pil Yasmin mmg ok seok la harganya. Yup aku akui Yasmin agak mahal iaitu RM42 sekotak sebnayak 21 biji. Aku on Yasmin agak lama hampir 1 Year gak la. Tapi kan aku perasan 1 perkara bila makan pil perancang ni mood aku untuk ehem2 tue agak kurang best. Tak terasa sangat kenikmatannya. Mr hubby pun perasan. Ni problem besar gak. Aku tak pasti la korang yang makan pil ada effect macam aku ker tak tapi bg aku lain orang lain kesannya.
    Maka aku mula membuat research baru untuk mencari kaedah perancangan keluarga yang lain. Aku n mr hubby masih tak yakin untuk plannig sendiri. Bukan tak nak tambah anak lagi tapi aku nak rest at least 2 tahun yakni tempoh berehat yang terbaik bagi ibu ceaser kan. And finally aku buat keputusan untuk cuba MAB (Maajun Anggun Bistari). Keputusan dibuat selepas banyak maklumat dicari pasal MAB ni. Mula2 mmg Mr Hubby agak tak yakin dengan Maajun ni boleh jadi pil perancang. Yer la berasaskan herba jer kan. So aku pun terang la yang MAB hanya bertindak berdasarkan suhu yang mana bila makan MAB suhu kat tinggi yang menyebabkan sperm tak leh hidup. Tapi syaratnya tak leh sip makan la.
    So bermulalah rutin aku makan MAB sama macam makan pil gak. Kesan MAB kat aku biasa jer cuma mmg kalu kearah kasih sayang suami isteri tue mmg super power la. N so far aku tak ngandung.Aku start makan MAB January 2010 sampai la minggu lepas aku decide nak stop dulu sebab aku dah ready nak menambah ahli baru dalam keluarga. Skang ni bila bukak mana2 blog ramai sungguh yang preggy. Teruja aku ha..ha..Aku harap dapat gak join list new baby 2011. Walaupun plan awalnya 2012 tapi aku rasa tak sabar lak nak preggy lagi ha..ha..Selepas usaha memujuk mr hubby tue pun. Hope ader la rezki kami kali ni. Doa2kan yer. So korang lak kongsi la pengalaman family planning ngan aku ek.

Ni pil Noriday
 Ni lak MAB

Pil Yasmin

Ni lak impian aku..Baby Gurl

Thursday, October 28, 2010

Dah terbiar blog aku yang usang ni..masih ada pembacakah???

Hmm makin lama makin usang lak blog aku ni. Tuan punya blog tak sempat nak update aper. Macam korang tahu masalah aku skang ni tak de pc kat opis cuma ada notebook hak milik bos ja. Maka aku teramat la segan or dalam kata lain ngak berani sangat nak menulis blog time kat opis. Banyak cerita nak dikongsikan. Aku akan cuba cari masa untuk update pelan2. Hope ade lagi pembaca blog ni k. Actually hari ni my Hero kecik sedang tak chat. Semalaman demam. Ni dah masuk hari ketiga. ni kalau tak ok gak aku nak bawa keklinik lain lak. Doakan Syakil sihat yer semua. Nanti aku akan update perkembangan anak terunaku itu yang bakal masuk 2 tahun bulan depan. Ok thanks a lot kepada semua yang masih sudi ikuti blog ni. Dan aku jugak nak mintak maaf banyak2 coz tak sempat nak tinggal jejak kat rumah korang. Tunggu aku ader internet kat rumah yer. Aku akan jadi rajin jalan2 nanti. So jumpa lagi ADIOS...

Thursday, October 21, 2010

Tentang Seorang Ayah...

Buat semua yang bergelar anak perempuan terutamanya. Sangat sedih baca article ni lebih2 lagi aku hanya ada ayah jer lepas mak aku meninggal..Rindunya kat ayah aku..Aku kongsi article ni untuk renungan bersama. ( ambik dari facebook).

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Alhamdulillah my hubby dah selamat sampai KL petang semalam

Alhamdulillah my hubby selamat sampai KL petang semalam. As usual kalau balik dari Sabah jer dia mesti tak sihat. Semalam balik demam, sakit tekak n selsema. Selalunya macam tu la. Sebab utama bila melawt projek kat Sabah selalunya projek pedalaman n jauh sangat. Biasa la Felcra kan under kementerian kemajuan dan luar bandar maka projek2 diaorg semua kawasan luar bandar jugak la. Korang ada cadangan tak kalu nak elak badan cepat letih dan bg lebih tenga nak ambik supliment aper yer. Kalau boleh kongsi2kan idea yer.
Kalau pegi Sabah msti dia akan bawak balik aper2 seafood or daging rusa. Semalam dia bawak balik ketam sampai sepuluh kilo. Punyala banyak. Kat kl ni harga ketam brapa yang korang tahu. Tak silap aku kalau kat care4 or tesco kalu offer 16 ringgit gak kan. Tapi kat Sabah punya la sangat murah.RM 4 saja sekilo. Thats y borong sampai sepuluh kilo tue. Yang tak berapa best Ketam tue agak nak berbau sikit coz diaorg letak ais sikit sangat. Yer la beli pukul 4 pagi sampai umah kul 5 petang. Baper jam tue. Semalam aku dah siang bersih2 n hari ni nagi kat jiran lama n pengasuh syakil. Semalam dah masak ketam goreng bercili, hari ni tak tahu nak masak aper lak. So pasni kalau hubby aku pg Sabah leh korangh order ketam kat dia eh...Nak upload gambar tak leh ek hari  ni.
 

PETUA : Isteri-isteri sentiasa dara

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
  • (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Note: Jom sama-sama kita amalkan k

Tuesday, October 19, 2010

Perkara yang paling seram aku lalui dalam hidup..hu..hu

Seriously aku nak bersalin kat syakil dulu pun tak rasa takut macam ni sekali even orang kata bersalinkan anak ibarat nyawa dihujung tanduk. Tapi aku rasa pengalaman bawak kereta lebih menakutkan. Seriously aku rasa macam tue. Aku tau bawa keter tue tak la susah sangat tapi keyakinan diri ni kurang. Darah gemuruh gamaknya. Even misi semalam agak tak berapa berjaya cozaku tak dapat nak drive sampai Batu Caves pun tapi hanya sampai seksyen 10 je iaitu rumah lamaku.
Alkisahnya semalam aku agak bz kat opis. Aku habis kejer hampir pukul 7 malam. So dalam hati ni dok fikir la boleh ker aku nak drive dengan keadaan cuaca yang makin nak gelap ni. So lepas buat pertimbangan bagai aku akhirnya aku mengalah untuk parking jer kat seksyen 10 dulu n aku akan balik umah naik cab. Syakil lak ibunya tak bg balik so semalam aku tinggalkan dia umah pengasuh n buat pertama kalinya sejak dia lahir aku tak tido ngan dia..hu..hu..mmg tak nyenyak la tido aku malam tadi bila anak tak de kat sisi.Hari ni aku datang seksyen 10 dengan adik ipar aku merempit n aku drive ke opis. Aku harap hari ni aku lepas untuk drive dari seksyen 10 kerumah aku. Doakan aku kawan2. Nak tak nak aku kena beranikan diri jugak. 
Bila memandu sendirian ni macam2 aku fikir. Takut tue usah cakap la. Pasang aircond pun tetap berpeluh satu badan. Kena hon usah kata la. Pastu mati enjin kat bukit pun ada gak. Macm2 la jadi. Tapi aku rasa semua orang jadi macamtue kot first time memandu kan. Ni aku listkan kelemahan aku yang buat aku jadi makin takut dan hilang keyakinan diri:
  1. Aku masih lemah nak agak pemusingan stereng terutamanya bila sampai kat selekoh..Asyik makan jalan orang ja. Aku tau jarang org bawa kereta lemah kat sini. Aku ja jadi macam tue. Tak pasti nape.
  2. Aku masih lemah nak tukar gear masa keter tengah jalan maka aku akan dihon orang belakang sebab lambat pickup terutama bila nak belok kiri or kanan. Selalu aku salah masuk gear or gear tak masuk, maka keter terbehenti tiba2 maka aku akan membahayakan orang belakang yang kemungkinan besar akan langggar buntut aku..hu..hu..
  3. Aku masih lemah nak balance clutch n minyak tiap kali nak gerak kete. Time ni la enjin selalu mati. Nak tanya korang yang mana lebih senang clutch panjang ker pendek.
  4. Disebabkan masalah kat atas maka aku akan lebih rasa takut bila sampai kat bukit. 
See banyak kan kelemahan aku aka dalam kata lain aku masih belum boleh bawa kete. Ak rasa nak improve semua tue kena bawa kete selalu kan. Skill memandu tue tak kan datang sendiri kan. Aku akan cuba pelan2. Hope pasni aku akan lebih yakin. Ya-Allah kuatkanlah semangatku ini...Amin..

Friday, October 15, 2010

Malang tidak berbau bak kata pepatah

Salam semua. Aku kembali bersiaran setelah sekian lama. Hampir seminggu gak aku menyepi dan mungkin akan terus menyepi buat seketika skang ni. Aku jugak nak mintak maaf kat rakan-rakan blogger sekalian coz tak dapat nak ziarah apatah lagi tinggal jejak kat post korang..hu..hu sangat sedih sebenarnya.

Ok la aku nak mula bercerita naper aku terpaksa menyepi buat seketika. Kejadian ni berlaku pada hari Isnin baru2 ni. Macam biasa aku hari2 akan sampai awal kat opis seawal jam 7.30 pagi even opis hour pukul 9 sebab datang kejer ngan mr hubby yang masuk kul 8. So pagi tue macam biasa bila sampai jer aku la tukang bukak kunci bagai. TETAPI hari tue aku agak terkejut coz grill bawah dah bukak dulu tapi dalam hati dok fikir mungkin adik bos yang datang coz selalu mmg dia yang datang awal punk. So akuo pun naik atas magcam biansa la. Kali ni 2 kali terkejutt beruk aku bila tengok grill kena potong. Ni dah sah2 la opis kena pecah. So aku per lagi terus naik atas la. Pintu mmg terbukak la. Then aku check bagai aper yang hilang terus telefon bos.

Antara senarai barang yang hilang adalah cpu semua dia kebas, lcd monitor, decoder n card astro, mesin fax dan beberapa jenis alat elektronik lain. Duit aku RM 15 dalam laci pun dia ambik gak. Kalu ikutkan nilai barang yang hilang tak banyak sangat tapi value yang ada kat cpu tue yang tinggi. Semua maklumat opis dan dokumen2 penting ada dalam tue termasuk la gambar2 aku. Nasib semua gambar mr hubby dah backup. Dan yang paling penting skang ni aku tak boleh nak online dah coz tak de CPU. Kami hanya gunakan satu notebook untuk wat kejer bagai. Tunggu comapany ada budget la baru boleh beli PC baru ha..ha..Ni aku online sekejap jer coz officemate aku kuar jap so guna maa ni untuk update blog.

Aku mmg tak de notebook so ni la masalah yang terjadi. Kena kumpul duit la jawabnya at least beli netbook pun jadi la kan. Aku akan update bila ada masa2 macam ni lagi. kepada kawan2 blogger aku akan cuba melawat rumah korang semua. see u all then k.

Note: Hari Isnin ni aku akan mulakan perjalanan memandu bersama Syakil ke opis. Korang doakan aku dapat menempuh semua ketakutan k. Mr Hubby akan keSabah Isnin hingga Rabu ni.




Thursday, October 14, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG

100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.



Friday, October 8, 2010

Hari ini saya akan merempit balik kejer....

Merujuk kepada tajuk diatas korang mesti boleh teka jer kan bahawasanya petang ni aku akan balik kejer naik motor. Hmm dalam hati risau gak nak bawak sikecik tue naik motor agak jauh tapi aku terpaksa la. Tapi korang jangan salah anggap aku merempit mean aku yang bawa motor. Tidak la yer coz aku mmg tak pandai bawak motor pun ha..ha.. Aku akan balik ngan adik ipar aku. Semua ni sebab mr hubby terpaksa pegi Johor coz meneman sepupu dia kawin n yang jadi maslah dia bawa keter lak. So aku patah kaki la. Plan asal aku nak ambik half day hari ni tapi member kat opis ni lak cuti maka aku terpaksalah berkorban jaga opis hu..hu..Tambah2 pulak kejer bnayak giler kat opis skang ni. Tak terbuat lak. Dari pagi tadi ni baru ada masa aku nak berehat n blogwalking. Kang sambung balik kejer la. Esok cuti so minggu ni aku nak rehat jer setelah berminggu masa kami langsung tak dak untuk beristirehat kat rumah. Disebabkan mr hubby tak de maka aku akan balik Batu Caves n plannya aku nak bawak syakil mandi pool esok. Yang betulnya mama dia yang nak mandi ha..ha..
k see u. Ada masa aku posting lagi something petang karang k. Jangan lupa tengok angkasawan negara kawin Ahad ni ek...

Jika isteri menangis dihadapanmu…..

Buat suami tercinta...

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Wednesday, October 6, 2010

Blogku udah macam chipsmore lak skang ni..kejap ade kejap tak de kan

Hu..hu..naper blogku jadi macam ni yer. Sebabnya tuannya yang tak update kan. Bukan tak der citer ade tapi ntah la tak tercoret lak kat sini. Pastue semalam aku menerima panggilan dari ayahanda tercinta dan menerima satu lagi berita yang sangat menyedihkan tapi aku terima dengan hati terbuka sebab semua ni terjadi sebab salah aku juga yang tak buat aper yang sepatutnya aku buat. So nak nyesal pun tak guna lagi. Berita aper nanti dah ready aku citer kat sini yer. Skang ni tengah mengubat hatiku yang lara hu..hu..

Dalam sedih2 ni kehidupan mesti diteruskan jugak. Aku skang ni tengah buat preparation untuk satu interview yang bakal aku hadapi bila2 dalam bulan 10 ni. Actually surat belum dapat tapi aku kena get ready awal2. Ni adalah harapan besar aku untuk ubah masa depan aku dan keluarga. Maksudnya aku berharap dapat kejer ni agar degree yang aku dapat ader maknanya. Maksudnya digunakan secara betul. FYI skang ni aku bekerja bukan atas tiket degree tapi hanya untuk lepasan SPM or Diploma sajok. Aku harap kali ni ade rezki aku dan ni jugak harapan besar mr hubby agar kami kejer satu company. Buat abg, ayang akan cuba yang terbaik demi abg n syakil. Kawan2 doakan saya yer. Ok till jumpa lagi. Aku akan try update blogku yang dah sunyi sepi ini.



Friday, October 1, 2010

Baby Raya Baby Bergaya Contest

Dah lama ibu batrisya invite join contest ni tapi tak sempat lak nak buat posting. So disebabkan masih ada masa maka aku mencuba gak masuk contest ni.

Contest anjuran Ibu Batrisya aka Wardah 
 Penaja bersama Mummy Ryan
 

Tahun ni syakil mmg tak de gambar pakai baju melayu pun. Ader sekeping jer. Tapi tak per la aku pertaruhkan jugak gambar yang ada ni.

Gaya dipagi raya dengan jam tangan.
Nama: Muhammad Zafreen Syakil Mohd Redzuan
Umur: 1 Tahun 10 bulan (28-11-2008)
fieza_flm04@yahoo.com

So sesapa nak jpoin sempat lagi coz tarikh tutup contest 15 Oktober 2010 jam 11.59 malam. So jom join ramai2 meriahkan lagi contest ibu batrisya ni k.

Comei lotte contest by jaijina

Hari ni aku nak try contest sebanyak yang mungkin. First aku nak msuk contest anjuran Rina aka ibu echa.
Contest ni di buat sempena hari lahir puteri kesayangan beliau Echa. Rasanya semua syarat dah cukup kot. So Rina nanti view penyertaan fiza k. Ni gambar yang dipertaruhkan adalah:

Cerita disebalik gambar: Gambar ni aku ambil masa Syakil tengah demam campak. Even tengah demam dia masih lagi bagi kerjasama kat mama dia yang dok suruh posing ni. Bagi aku Anak aku sangat2 la comel lote even time sakit ha..ha..

So kalau korang nak join klik kat Sini k. Contest ni akan berakhir pada 24 Oktober 2010 jam 12 Tengah malam. Hadiah sangat menarik ok.
1st prize : 1 set baby gap pyjamas + duit raya RM50
2nd prize : 1 set baby gap pyjamas + duti raya RM40
3rd prize : 1 set baby gap pyjamas + duit raya RM30
 
So jom join ramai-ramai k.Hope ade rezki Syakil kali ni