Be My Lovely Follower

Thursday, June 30, 2011

Taktik,Penipuan ataupun kesilapan Teknikal.

Tajuk macam gempak jer kan. Actually malas nak citer tapi terciter gak pasal ni sebab aku nak tahu gak pengalaman blogger lain. Aku tak pernah nak salahkan saper2. Tapi aku cuma nakkan kebenran.

Nuffnang tak pernah tipu orang sebab aku tau dah ramai blogger dapat income ribu riban kan. Tapi naper aku yang earning ciput ni yang teraniaya hu..hu..Aku harap semua ni adalah kesilapan teknikal jer. Even nilai sikit jer tapi bermakna la jugak bg aku yang tak kejer ni

Alkisahnya akhir bulan May hari tue aku cash out earning nuffnang aku yang tak seberapa tue. Dalam RM 70 jer. So pas dah request cam biasa status process la kan. So kau tak followup la. Just tunggu jer cheque. So hampir 2 minggu aku balik kg dan aku tak sempat nak online sebab line beruk band maxis sangat la lembab kat kg. So bila balik KL baru la leh online balik.

So bila aku check jer a/c nuffnang. Oh sangat terkejut aku. Naper balance aku leh jadi nilai baru yang sanagt sedikit tapi jumlah tue terkumpul dari 2010 yang mana aku dah cash out sebelum ni. Bila chek kat payment history la state kat situ tak pernah buat request aper2 payment lagi. So mana duit yang aku dah cash out 70 ringgit tue. Sangat confuse. Aku dah email kat nuffnang tapi masih belum dapat jawapan lagi.

Korang pernah tak jadi macam ni. Kalau ade kongsi2 la ngan aku k. Aku tak salahkan nuffnang may b betul kesilapan tektikal jer kot. Hope aku ade jawapan untuk hal ni. To nuffnang kalau terbaca entry aku ni silalah la jawab k.

Berpantang sebelum masanya. Kesian kat aku.

Nak update blog selalu ada dalam kepala otak n minda aku ni tapi selalu jer tak menjadi. Tekad nak update hari2 tapi masih gak tak buat2. Skang ni aku rajin aku update. Aku ade masa aku update. So tak nak dah janji2 nak buat entry.

So far aku dah semakin ok. Tapi ade lagi gelembung2 campak yang tak kering lagi especially kat badan n b. Tapi tangan ni gatal jer nak buang parut yang lum kering betul2. Geram aku. Tak per kena sabar lagi beberapa hari untuk kering sepenuhnya. Nasib aku baik sebab tak kena banyak kat muka. Tapi kat badan jer ngeri tengok. Yang aku risau skang ni si Syakil takut berjangkit lak. Aku berdoa mintak dijauhkan la dari dia. Sebab demam campak yang besar ni susah nak jaga kalau kena budak2 lagi la susah sebab dia berair kan.

Sebut pasal tajuk entry kali ni yup aku terpaksa berpantang sebelum masanya. Tambah tolak lebih kurang sebulan lebih lagi aku nak bersalin kalau ikut dua. So kalau perempuan ngandung lain maka time untuk makan sepuasnya. Tapi aku lak tak merasa la disebabkan campak ni maka aku terpaksa berpantang macam orang bersalin gak. Makan yang rebus-rebus jer. Goreng2 n yang gatal2 terpaksa la pantang dulu. Klau tak tergaru-garu la aku.

Hope next week semua campak ni ok la. Check up 8 months pun aku dah tunda minggu depan dan aku masih lagi kena buat BSP. Tak tahu la sampai bila. Hope semua ok jer next check up.

Hujung minggu ni aku nak completekan barang2 baby n barang2 aku. Then cari nama baby. Semua kena buat dalam masa sebulan ni. Hope aku dapat uruskan semuanya. Doakan yang terbaik untuk aku k. Tak sabar nak deliver baby even lagi 7 minggu.

Friday, June 24, 2011

Rindu sama blog vs serangan demam campak.

Lama aku tinggalkan dunia penulisan ni. Actually aku bercuti panjang dikampung. Baru jer balik KL hari Rabu lepas. Tapi nassib tak menyebelahi aku lak. Balik2 jer KL aku diserang demam campak. Mmg mengandung kali ni macam2 dugaan kena tempuh. Pengorbanan seorang mama aku redha.

Disebabkana ku risau demam ni boleh effect kat baby memandangkan aku dah masuk 8 bulan so semalam dah rujuk hospital. So far dr scan semua ok. Baby movement pun ok. Cuma kadang2 dia mengeras may b sebab aku demam so dia tak selesa didalam. Masuk hari ni makin banayk lak bintik2 merah timbul. Sangat2 rimas. Pastue badan sangat2 lemah. Kalau tak ngandung pun demam campak ni buat badan sakit2 kan apatah lagi aku yang tengah sarat ni. Per2 pun aku hanya berdoa hope baby ok jer.

Semalam jumpa dr aku dah dapat satu info yang tak dapat disangkal lagi. Tak terkejut pun sebab kata hati aku kuat menyatakan hal ni. It's confirm boy again. Terang2 nampak dua biji telur yang comel. Tak kisah la nak. Janji kuar ngan sihat udahla. Nanti kena usaha lagi untuk baby gurl lak. Nanti ade masa aku update lagi. Nak rehat jap. badan sengal2 ni. Makan pun tak lalu.

Sunday, June 12, 2011

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2011

Korang layan AF9 ke tak eh. Aku kadang2 sangat jer layan. Kalau adik ipara kau datang umah dia buka aku layan jer la. Tapi tue la konsep rancangan realiti TV ni hampir sama jer sebab tue malas nak layan sangat. Suka tengok time penyingkiran jer la. So sedar tak sedar dah samapi penghujung dah AF9 ni. No more AF lpas ni kan coz ni yang terakhir.

So malam ni adalah kemuncaknya. Tahun ni FOC lak untuk masuk konsert ni kan. Sesaper yang tinggal kat Putrajaya tue leh la pegi tengok live yer. Aku kat kampung ni so layan gak la kat TV he..he.. Sama2 kita nantikan saper menang 200k tue yer. Tentatif program:

Tempat : Dataran Putrajaya
Masuk Percuma
Masa dan Tarikh: Ahad, 12 Jun 2011, 9.00 malam.

Saturday, June 11, 2011

Penangan citer Nora Elena

Huh sungguh hebat penangan citer ni. Sana sini heboh kan pasal fenomena Nora Elena ni. Pasal ni jugak buat banyak blog2 hot skang ni. Bagi aku mungkin kekuatan citer ni diadaptasi dari novel so ramai yang jatuh cinta layan drama ni. Selain itu kekuatan jugak pada pelakonnya. Aku dulu masa time blajar mmg hantu novel. Kalau baca novel tue msti la terbayang2kan diri kita masuk kat dalam novel tue ha..ha..Pastue lak kalau sampai kat scene2 citer 18SX gitu lagi kusyuk la membaca. So secara automatik bila citer novel diadaptasi jadi drama mmg ramai la yang suka kan.

Berbalik kepada citer ni aku pun melayan gak la citer ni. Tapi sebaliknya bagi mr hubby. Dia sangat2 tak suka citer ni. Kalau aku buka jer msti dia gelisah tak tau nak buat ape ha..ha..Mmg dia tak leh time la citer macam ni hi..hi..Macam surat kak geli yang tengah hot skang ni my hubby pun berpendapat sama la jugak. Mana nak ade lelaki sebaik Seth Tan tue. Yang romantik macam tue. Kalau ade pun 1 dalam sejuta katanya. Dalam mimpi ramai la kot Tak kira la aper pendapat abg ayang tetap nak layan gak citer ni he..he..Tak lama lagi ade citr baru kan Aaron Aziz gak berlakon. Sure aku layan jugak ni.


Friday, June 10, 2011

Off to Kampung Halaman For 1 Weeks

Mood sekarang agak happy sebab tengah berkemas baju nak pulang kekampung. Actually perkara ni tak plan pun. Tapi minggu lepas baru buat keputusan ni. Hari Isnin ni Mr Hubby ada meeting kat Kedah. So secara kebetulan kan alang2 baik aku ikut balik kampung jer coz tempat meeting pun tak jauh dari umah aku. Memula planning nak balik kejap jer la sebab dah kebetulan kan. Tapi bila mr hubby inform yang minggu depan the whole weeks dia tak de sebab kena pergi kursus maka aku decide nak stay seminggu kat kampung.

Then ari Isnin depan aku kan balik KL naik bas jer ngan Syakil. Pengalaman pertama ni dalam keadaan sarat nak bawak si Syakil naik bas. Hope dia behave la tengok keadaan mamanya yang dah tak larat nak bawak perut ni. Hope everything is fine. Syakil pun dah rindu ngan tok ayah dia. Its almost 6 months tak balik. Nasib baik semua ni ditaja n boleh claim nanti sebab balik atas urusan kerja. Jimat kos. Kalau aku tak balik ni mmg pas bersalin la baru balik. He..he..So kalau ada masa terupdate la blog ni kalau tak de cuti la seminggu gamaknya. Doakan perjalanan kami selamat k. Akan bertolak Sabtu yakni esok pagi lepas subuh tido kat umah MIL semalam then baru balik kampung aku.

Entering 29 Weeks +++: Its a Boy Or Gurl

Minggu ni aku dah masuk 29 minggu ++. Semalam pegi check up kat KK. Sepatutnya check up hari Isnin tapi aku tunda hari ni coz minggu depan ade agenda lain. Keseluruhan check up semua ok. Kepala baby pun dah kat bawah tapi dia still boleh memusing kurang2 sampai 34 weeks ++. Check semalam:

Berat aku tak naik banyak pun : dari 58.1 ke 58.5
Tekanan darah normal
Hb tak check sebab sebelum ni dah ok
Denyut jantung baby normal
Dah start kira carta gerak baby 
Yang paling tak best BSP tetap kena buat kurang2 sampai 36 weeks ++. Next BSP test 27/6 n check up pun aku ambik hari yang sama gak.

Kali ni pregnant aku mmg tak scan sangat n hope everthing is ok la. Tapi disebabkan nak gak tahu jantina sikecil dalam perut ni maka Isnin hari tue pegi gak la klinik nak skodeng la boy or gurl. Sekali tak nampak la pulak. Dr kata baby dah agak besar so susah nak cari dah. Ha..ha.. maka kelahirannya akan mengejutkan semua orang ok. Disebabkan tak nampak maka mood nak shopping pun tak baper semangat dah. Ingat nak beli dua tiga helai jer lagi baju unisex n toiletries jer. Pas deliver baru shoping. Pakai baju abg udah la dik. Cantik lagi pun ha..ha..So kalau korang nak tahu tunggu aku bersalin lagi 10 weeks ++ k.

Bila Si Suami semakin sihat saper perlu disalahkan

Dialog si suami dan si isteri pada suatu hari...

Suami: Ayang abg makin sihat la skang ni ayat nak sedap dari dari gemuk. Ampun bang...
Isteri: Naper abg cakap macam tue lak?
Suami: Yer la ramai orang tegur n perasan la.
Isteri: Nak buat camner. Ayg kan isteri solehah masak kat suami hari2
Suami: Kita kena buat catuan makanan la macam ni.
Isteri: Macam mana tue. Bagi Idea
Suami: Menyenaraikan menu2
Isteri: Kalau macam tue ayang tak kan masak hari2 la eh.
Suami: Tak leh gak nanti lapar lak. Cuma jangan makanan berat jer la. Macam bihun ker mee ke ok la
Isteri: Tapi tue pun rice base gak kan.
Suami: Ting tong tak tahu nak jawab ha..ha..

Kesimpulannya masalah mr hubby kalau tak makan lapar kalau makan lak tambah sihat badan tue. Aku lak bila dah duduk umah hobi aku mmg memasak jer la. Tambah2 bila orang tersayang suka makn maka macam2 experimen kuih n masakan aku kan buat ha..ha.. Antara aku suka masak jenis kuih2 n masakan2 simple yang lain macam kue teaw ladna, char kuew teaw, bihun goreng, sup, mee bangdung n hailam, nasi tomato, nasi daging, n sebagainya.






Note: Gambar adalah ehsan Google n dari hasil air tangan aku sendiri..

Thursday, June 9, 2011

Santai hujung minggu di Taman Metropolitan aka taman layang2 kepong

Santai hujung minggu beberapa minggu yang lepas tapi baru nak story pasal ni. Dah lama plan nak pegi kat sini. selalu kalau lalu MRR2 dekat Kepong tue msti tengok ramai jer keter bersusun kat tepi jalan. So plan one day nak bawak syakil kesini. Seperti yang dirancang minggu tue tak de outing ke Tesco macam tiap2 minggu. Hari Jumaat mr hubby dah beli barang dapur siap2 so Sabtue tak yah pegi lagi.

Hari Sabtue petang dalam kul 3 macam tue cuaca macam nak hujan. So aku ingat mr hubby dah tak nak pegi tapi dia kata alang2 dah plan so pergi jer la. So lepas Asar jer kami terus gerak kesana. Dari rumah aku 25 kilo gak nak sampai sana. Sampai2 jer tengok keadaan cuaca macam baru lepas hujan. Maka angin tak de. Bila pegi padang jer betul la angin tak de n orang pun tak ramai. Layang2 pun tak nak terbang daa. Tapi dah samapi kami try la jugak nak main tapi mmg angain tak de. So just bawak Syakil main2 kat playground jer la. Tunggu kejap jer then mr hubby kata tak per esok kita datang lagi.

Esoknya macam biasa aku sediakan bekal aper yang patut. Kalau semalam aku bawakak karipap n nugget sebagai bekal hari ni bawak donut n kentang goreng lak. Bawak bekal sebab leh berjimat ha..ha..Air lak bancuh air rebina n sirap letak kat tempat beku n jadi ais. Bila bawak baru sejuk gitue. Dah save budget dari membeli kan. So kami gerak pas Asar jugak hari Ahad tue. Sampai2 jer mauk oi keter berderet daa. Yer la hari tue cuaca cerah n angin pun kuat. Kat padang mmg ramai giler orang. So terpaksa la parking kat luar. Tak kan nak balik lak kan. Alang2 dah datang. Semput gak la nak berjalan masuk dalam tue.

So kami try cari port yang ok sket untuk naikkan layang2. Alhamdulillah even layang2 Si Syakil harga murah jer tapi naik tinggi ooo. Yang first nasib tak menyembelahi sebab tersangkut kat pokok lak.  So terpaksa naikkan layang2 kedua. Kami cari kawasan lapang n jauh dari pokok. Naik tinggi jugak n mr hubby sambung tali lagi bg betul2 tinggi n naik stabil. Si syakil mmg happy sesangat la. Bagi aku best datang riadah kat sini tiap hujung minggu sebab sangat merah ngan pelbagai bentuk layang2. Kami stay sampai kul 7 gak baru balik.

Hari Sabtue
Macam2 jenis layang2.Sedia duit aje
Tengah prepare layang2
Angin tak de so Syakil main2 jer
Kita makan dulu
 Hari Ahad
See angin kuat maka banyak layang2 naik
Layang2 Syakil dah naik time ni. Muka budak teruja.
Semangat kami 3 beranak kan.
Happy face layang naik tinggi


Bila Blogger seorang suri rumah

Waduh lamanya tinggal diari usang ni. Rindu sesangat tapi tak jugak terupdate. Dah macam chipsmore lak aku rasa blog aku ni. Tak kisah la. Orang tak baca pun tak per janji kalau ade masa aku kan buat catatan dalam ni. 

As house wife masa untuk blog kena manage betul2. Bukan aku kata tak de masa ade dan banyak tapi kekangan2 lain yang mengganggu konsentrasi nak menulis n mengadap blog dengan penuh tumpuan. Kalau kat opis pagi2 pegi opis terus on pc or notebook n ngadap la benda tue sampai petang kan. Then kalau sampai awal kat opis leh baca2 blog n view blog2 lain. Sambil2 buat kejer opis rasa ngantuk buka layan blog jap. So far masa sepenuhnya depan PC kan. So mood tue sentiasa ada nak menulis, mengupdate or mengomen blog even komitmen pada kerja2 kat opis.

Sebaliknya kalau kat umah mmg ade jer masa tetapi harus dingat kat umah bukan satu benda jer nak fikir selain nak mengadap PC je. Antara kekangan yang dihadapi contohnya:
  • Bila nak buka notebook jer terfikir ooo pinggan lum basuh, baju lum basuh, sapah lum sapu. So settle semua dulu then mandi semua.
  • Baru jer nak onkan pc anak lak bangun. Then sediakan breakfast untuk dia. Layan dia teman dia bermain n blajar. Pastue masak lak untuk lunch. Tengok jam dah tengahari. Nak buka pc tak sempat lagi ni.
  • Anak tido, time tue aku lak nak makan n solat. Pastue rehat kejap n baru ade kesempatan nak on PC. Tue kalau anak tido kalau tak tido, alamatnya buka pc untuk dia jer la. Skang ni kalau nampak aku on notebook jer msti nak tengok ultraman. Citer kegemaran dia.
  • Sempat la view beberapa blog sambil rebut2 ngan anak. Nak update jangan harap la coz tak dapat nak tumpu perhatian mengarang.
  • Online beberapa jam satu kejer pun tak jadi then dah petang nak sedia minum petang n makan malam untuk suami tercinta lak. So conclusion blog tersadai tak terupdate lagi.
  • Malam lak masa untuk berehat. Nak on PC mmg tak sempat la. Nak manja2 lagi ngan suami. Kesian penat kejer seharian so tugas isteri hilangkan penat suami ler kan he..he..
  • Orang cakap jadi housewife leh la tido lambat sket. Tak de maknanya bagi aku. Tambah2 bila dah sarat macam skang ni. Bila si suami n anak masuk tido haruslah aku belayar sama. ha..ha..
So senang citer bila kat umah mmg banyak masa tapi banyak lagi benda2 lain nak fikir selain dari tumpukan perhatian kat depan komputer. Kalau ikutkan tak perlu ade internet tapi aku kan jadi bosan sebosannya lak macam tak tahu berita semasa jer.
Hari ni kau nak try buat entry untuk seminggu kalau boleh. Sebab hari ni aku keseorangan dirumah. Alkisahnya hari ni aku check up perut kat KK maka aku hantar Syakil umah pengasuh dia kejap. So boleh tumpukan perhatian kat depan PC ni samapi petang. Nnti ku kan update citer2 yang dah agak basi tapi nak gak citer he..he..Ok see u soon.........

Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday..

Nak gak buat Entry ni Wordless Wednesday. Keboringan n Kesunyian dirumah. Syakil pegi rumah ibu dia.

Kenangan Syakil bersama Ibu aka babysitter dia...