Be My Lovely Follower

Thursday, July 28, 2011

Tonite Malaysia Vs Singapore

Malam ni perlawanan balas Malaysia vs Singapore. Ade saper2 pegi tengok live kat Bukit Jalil. Kami layan kat umah jer la. LCD rasanya dah cukup besar nak tengok bola ha.ha..Aku asalnya bukanlah peminat bola sangat tapi once bila kita dah kawin hubby kita minat automatik kita pun layan gak ler kan. Bila lama2 terjebak jadi best la pulak.

Cuma time tengok bola skang ni Syakil n papa dia la yang akan meriuhkan kedaan kalau gol la. Tapi kalau main hampeh macam2 la kuar dari mulut si bapak ni. Maka sekarang si anak pun dah mula terikut. kalau kuar bodoh anak pun bodah la. Sebab tue kita kena jaga percakapan time anak dah pandai cakap ni. hu.hu..

Pe2 pun aku wish all the best to Malaysia malam ni. May b ade harapan  untuk menang kalau diaorang main konsistant n tak leka. All the best Harimau Malaya.


Monday, July 25, 2011

I'm 35 weeks++

Hujung minggu ni genap 9 bulan aku pregnant. Skang ni aku dah hibernate jer. Tak larat dah nak jalan. Hujung minggu ni misi mencari baju raya si Syakil sebelum aku deliver. Kali ni bila dah nak masuk 9 bulan aku rasa tak larat sangat2 compare masa pregnantkan Syakil. Dulu aku tak rasa pun sakit kat tut-tut tapi kali  ni kalau jalan jer rasa ngilu jer. Hope cepat la baby ni kuar sebab aku nak gak raya kat kampung. Kalau la dia kuar betul2 ikut due maka 50/50 nak balik raya ke idak. Yer la au bersalin kalau ikut date 24/8 n kita raya 31/8. So may b nak jalan jauh tak yakin sangat la. Kalau jalan jam lagi la parah. So doakan semuanya selamat k.

Last wednesday aku check up kat klinik semuanya ok. Dan paling best sekali aku tak yah dah nak repeat BSP. Senang hati rasa. So far baby dah masuk laluan n ready nak kuar dah cuma rahim masih lagi tinggi. mr hubby kata sakit kat tut-tut may b bg petanda aku kan bersalin normal. Amin..moga dapat la rasa kesakitan menjadi seorang mama secara semulajadi k. Skang malam2 hint2 sakit tue ade tapi tak berpanjangan la. Baby masih gerak aktif mean aku lum lagi nak bersalin la. Macam mana pun aku rasa bulan puasa gak aku bersalin ni.

Persiapan semua dah lengkap. Tapi beg lum isi lagi ni. Minggu ni nak kena standby siap2. Nama baby pun dah ready. As we know dia baby adalah same jantina macam abgnya maka aku just standby nama boy jer la. Kalau la keajaiban berlaku baru terkedek-kedek cari nama gurl lak. Tapi aku rasa susah la benda ni nak jadi sebab terang2 nampak boy he..he..

Berbeza masa Syakil dulu aku rasa kali ni sanat penat membawa perut. Tak sabar sangat  nak deliver. Hope semuanya selamat k. To Rina..beza due kita seminggu jer. So fiza doakan kita sama2 dapat deliver dengan senang..Amin....

Friday, July 22, 2011

Ranking Universiti Malaysia 2011

Sekadar maklumat am yang nak dikongsikan kepada umum.

Source: www.beritasemasa.com

Sumber diperolehi daripada SINI


Note:Kat mana pun kita belajar adalah sama jer. Janji menuntut ilmu. Tak semestinya universiti tak berapa baik kita tak pandai kan..kan..

Musim buah di Kedah dirasai juga di Rawang Selangor..

Al-kisahnya sekarang ni musim buah2 kat kampung aku di kedah. Actually dah nak berakhir pun. Masa balik kampung hari tue aku n syakil dah puas makan. Tapi masa tue musim baru nak mula. So banyak lagi buah2 yang lum masak. Disebabkan ayah aku ni mengenangkan anak dia yang sarat mengandung ni maka diap pun cari alternatif nak hantar buah kat aku. Nak datang budget tak brapa nak cukup. Secara kebetulan ade jiran aku nak datang KL umah anak dia maka ayah aku decide kirimkan kat anak tersayang dia ni.

Hari Isnin lepas kejer mr hubby terus ke Taman Melati Gombak amik buah tue kat umah anak jiran aku. Satu guni ayah aku bagi. Campur2. Macm2 buah ade. Rambutan, Manggis, Langsat, Durian n Cempedak. Skang ni mana nak cari cempedak kat KL kan. So bila aku buat cucur cempedak maka bau satu taman. So aku bg jiran2 rasa sama. Buah2 pun aku bg gak serba sedikit sebab tak larat kami nak makan 3 beranak jer.

Gambar aku tak dapat nak snap berikutan camera kesayangan kami tengah nazak. Nak kena beli baru ler jawabnya sebab banyak lagi moment2 nak tangkap lepas ni. Sayangku my hubby ade dalam budget bonus yer nanti. He..he..

Gambar Ehsan Googel

Habuan dari Sabah untuk mak buyung

Entry yang sepatutnya diupdate lebih awal tapi tak terupdate. Sejak dah sarat ni malas tul aku nak pegang notebook nak menaip. Tapi bila mood rajin datang macam pagi ni maka akan terhasillah entry crita macam ni..he..he..

Al-kisahnya, 2 minggu lepas mr hubby as usual rutin bulanan setiap bulan pegi Sabah buat site visit projek dia kat sana. Tapi kali ni dia pegi semporna yang mana projek yang belum pernah dia pegi lagi. Entah kenapa bila dia nak pegi kali ni tekak aku teringin nak makan lobster. Even tahu harga mahal tapi dah teringin maka dipesan la kalau ada kan. Beli la sekor cukup la..hi..hi..

So seperti yang dijangkakan mmg dia balik membawa 2 ekor lobster yang size sedang2 jer n 4 ekor ikan kerapu n satu lagi aku tak tahu nama ikan tue. Ikan2 tue sanagt besar. Nasib dah siang dah..kalau tak masak gak aku nak siang sendiri. Disebabkan kami ni berdua jer maka majlis2 makan2 benda alah yang jarang dapat kat semenanjung ni diadakan hari Ahad malam. Sebab aper kami jemput abg ipar n adik ipar aku sekali untuk rasa lobster ni.

Bila benda dah ade masalahnya tak tahu lak nak masak. Setelah digoogel2 maka terhasillah lobster dengan cream cheese. Rasa not bad tapi agak muak ngan rasa cheesenya. So jom layan menu malam tue. Dah nak puasa ni elok la layan2 gambar makanan jer k. Menu tambahan rezeki dari kawan hubby bg sotong fresh yang baru tangkap dari Terengganu. Just buat goreng tepung jer tapi rasa sangat2 la manis.

Menu of the day
Lobster bakar dengan cream cheese
Kerapu Sweet Sour
Sotong Fresh Goreng Tepung
Ikan Masak Stim. Nama ikan tak tahu
Sayur campur
Tembikai

Wednesday, July 6, 2011

Aset penting perlu ada dalam rumah

Kalau korang kan antara peti ais n mesin basuh yang mana lebih penting. Kalau aku n mr hubby mesin basuh lagi penting. Sebabnya masa kami baru2 kawin dulu kami beli mesin basuh dulu. Alkisahnya disaat hutang semua dah selesai maksud aku hutang kredit card yer mesin basuh lak buat hal. Tetiba jer masa basuh baju hari tue tak leh nak spin. Hmm time2 macam ni la dia rosak lak. Then menggunakan kepakaran yang ada mr hubby try la godek2 mesin tue kalau2 leh baiki. Tapi mmg tak der solution. Then tengah hari tue kami kuar pegi kedai baiki barang letrik n tanya kalau spin rosak cam ne. Dia kata kalau repair RM250. Baik beli baru kalau setakat nak baiki msin semi auto kena bayar banyak tue.

Esoknya dalam kul 10pg kami pegi servey kat kedai elektrik harga mesin basuh ni. Kalau boleh nak cari yang warranty lama sket. Survey2 dalam 2 kedai area Rawang ni mesin semi auto warraty hanyalah setahun jer. Tak berbaloi kan. So pas dah cuci2 mata semua maka akhirnta decision kami pilih fully auto jer la. Sebab aper warraty 5 years. So anything happen within 5 years tak yah pening kepala call technician dioarg datang baiki jer. Plilihan kami Jenama Hitachi 11kg. Puas hati dengan harga yang berbaloi n hitachi ni guna ecosove punya sistem. Jimat tenaga n air. Lepas ni leh basuh toto ha..ha..tak yah pi dobi dah.


 


Note: Thank You My Darling Hubby coz belikan mesin fully auto. Sanagt memudahkan aku masa lam pantang nanti..