Be My Lovely Follower

Friday, January 28, 2011

Happy Holiday and Happy Chinese New Year

Hari ni mood nak menulis agak kurang sebab mood nak kerja pun kurang. Esok akan bercuti panjang selama seminggu dikampung halaman di Perak dan Kedah. Dah hampir setengah tahun anakku tak jumpa orang kampung. Entah ingat ker tak ntah Syakil kat family aku ni. Bila tanya Syakil nak balik kg tak dia leh jawab tak nak. tak best. Aper2 pun he still no nothing. Nanti balik kampung ramai kawan terus tak ingat kat aku dah. So een cuti seminggu minggu depan tapi aku hanya ambik cuti 2 hari saje iaitu hari Isnin n Rabu. Selasa KL cuti maka dah jimat cuti disitu kan. Dan seperti aku pernah citer dientry beberapa hari lepas banayk aktiviti sepanjang kat kampung nanti. Tapi tak tahu lak semua tempat dapat pegi ker tak. Memula aku ingat nak buat schedule post jer supaya blog picisan aku ni tak sunyi sepi tapi aku dilanda kemalasan la pulak. Maka Tuan rumah bercuti dan blog pun bercuti la seminggu nanti k. Balik cuti akan update citer2 best okeh. Last but not least Selamat Bercuti dan Buat Sahabat2 yang menyambut Chinese New Year lak aku ucapkan Happy New Year..Gong Xi Fa Chai..
Note: Kejer company Melayu maka tak de la angpau hu..hu..

Thursday, January 27, 2011

Psychology Kasih Sayang Dengan Anak-anak

Semalam macam biasa on the way nak pegi kejer dengar radio Selangor FM motivasi pagi. Topic yang dibincangkan pasal kasih sayang keluarga. Pentingnya kita sebagai ibu bapa terapkan kasih sayang dalam diri anak2 sejak dari diaorg kecik lagi. Kita sebagai parent kena pastikan anak2 merasa kebahagiaan dan kasih sayang dalam keluarga. Contoh yang motivator tue bagitahu tunjukkan kemesraan suami isteri di depan anak2 macm manja2 suami isteri dan dari situ timbul hormat anak2 sekaligus diaorang akan rasa kebahagian sebuah keluarga. Tapi kalau nak manja2 tak leh lebih2 la nanti jadi role model tak elok lak kan. Aku sebenarnya mengaku kaedah ni adalah mainan psychology yang baik untuk anak2 sebab aku dah try. Contohnye kalau aku ngan mr hubby baring2 peluk2 sket si Syakil msti datang gak kat kami sambil peluk sayang mama. Masa tue aku rasa msti dia dapat belajar something yang dia ader family dan rasa bahagia dan dihargai. Tapi berbalik2 kepada perihal manja2 depan umum ni aku teringat sesuatu. Kalau oarng2 tua dulu2 mmg pantang kalau nak manja2 depan2 orang ni kan. Tak sopan kata diaorg. Tapi diaorg tak tahu tue adalah psychology dan terapi kasih sayang yang terbaik. Zaman skang minda dah terbuka cuma terpulang kepada kita sama ada segan atau malu ker tak nak buat macam tue. Setakat ni penerimaan keluarga mertua dan keluarga aku sendiri jenis tak kisah kalau anak menantu nak manja2 pun janji ader had la. Tak kan nak bercium depan orang ramai lak kan. Itu dah lebih. So per kata nanti balik rumah korang try manja2 ngan hubby korang n tengok respond anak2 k...

Keluarga bahagia impian setiap orang kan...

Blogger Kena Saman 6 juta- Hot Isue pagi ni

Buka2 blog jer ni tajuk utama aku tertarik nak baca. Hmm macam2 kes kan skang ni melanda dunia blogging ni. Seperti sedia maklum macam yang aku inform sebelum ni, once kita dah libatkan diri dalam dunia blogging ni, senang2 jer orang nak jejak n cari kita. Dunia internet adalah dunia tanpa sempadan maka kalau nak cakap or citer lebih2 jangan terlalu expose dalam blog mahupun internet kan. Bagi aku tak salah kalau kita nak buat blog pasal review2 ni tapi ada batasannya. Aku malas nak cakap lebih2 kang aku lak kena saman..naya jer nanti kalau korang nak tahu citer lebih2 korang boleh masuk blog melromeo.com ( top search kat google ni) n blog cikgu dahlia ni k. Selamat hari khamis n ceria2 selalu.

Wednesday, January 26, 2011

Merah itu cantik, merah itu berani..MAD-Milkadeal

Dari pagi tadi iklan ni dok berlegar diblog aku n blog2 lain jugak. So aku pun try la clik2 aper yang ader kat situ. Rupanya ni macam website buat tawaran murah. Lelong2 gitu. Salah satu promosi untuk business jugak la aku rasa. Adakah iklan ni mampu bagi BE kat aku. InsyaAllah kalau en nuffnang sayang kat aku kan. Berbalik kepada iklan MAD tue aku rasa kalau sesaper yang terklik iklan kita dan beli baucar yang ditawarkan maka kita akan dapan jana income dari iklan tue lebih banyak. Ni aper yang aku baca kat website nuffnang yang mana cara baru nak optimize earning nuffnang dengan cara sekiranya ader iklan yang dipapakan kat website kita tue ade yang perlu daftar or ape ke then orang terclik tue daftar kat iklan kita maka kita boleh dapat earning RM 20 per sign up bergantung kepada advertiser. Untuk maklumat lanjut korang leh baca kat sini k..So harapan aku satu jer mengharapkan BE menyinar semula kat blog ni. Aku jarang update pasal nuffnang sebab income aku ciput jer. Hu..hu..so malu nak citer.

Perancangan cuti Raya Cina

Kat Malaysia ni bagi yang bukan kejer cikgu setahun 2 kali jer dapat cuti panjang sket. Betul tak pendapat aku. Cuti Raya Puasa ngan Cuti Raya Cina. Bagi yang kawin orang negeri dekat2 macam aku  ni kalau nak balik kg kena cari yang cuti agak panjang sekurang-kurangnya 4 hari sebab ader 2 kampung nak kena balik serentak. Selalunya kami akan ambik kesempatan cuti panjang macam ni la even hakikatnya kena tempuh jam yang melampau. Terpaksalah demi nak jumpa orang tersayang kat kampung nun. So minggu depan aku dan family akan bercuti selama seminggu dari hari Sabtue 29/1 sampai la Ahad 6/2. Selalunya kalau balik kampung kami akan balik ke KL hari Jumaat atau Sabtue tapi kali ni balik lambat sket sebab ader hal yang aku kan gtau nanti. Untuk pengetahuan semua dah setengah tahun kami tak balik kampung satu keluarga. Mean last balik masa raya puasa hari tue. Lama kan. Dari Syakil tak boleh ckap sampai la Syakil dah boleh cakap skang ni. Rindunya ayah aku kat cucu dia hanya mmg tak tertahan dah. Nak datang KL kewangan tak mengizinkan. Aku lak last balik masa tok ayah aku meninggal hari tue. So balik kali ni macam2 plan dalam kepala otak aku ni. Nak pegi macam2 tempat. Tapi tak tahu la sempat ker tak. So aku listkan plan tempat nak pg ni:
  • Teringin nak pg cameron highland coz aku lum pernah pg. Kuno kan aku. So disebabkan keinginan ibu mengadung may b mr hubby akan turutkan.Mungkin pg masa on de way nak balik kampung Perak. Singgah je bukan bermalam pun.
  • Nak pegi Taiping. Teringin nak makan mee udang Kuala Sepetang.
  • Nak melawat ladang anggur kat empangan Beris Kedah. Even dekat jer ngan umah tapi lum pernah sampai lagi.
  • Nak bawak Syakil melawat kubur nenek dia. Terkilan sikit sebab tak sempat bawa Syakil jumpa arwah hri tue.
  • Misi paling penting balik kampung kali ni adalah kenduri akikah Syakil. Actually kami tumpang jer atuk sedara aku kenduri sebab ader kosong lagi untuk akikah dah kebetulan dia kata tak yah bayar aper cuma sedekah jer la duit nak kenduri. Disebabkan kenduri dibuat hari Ahad 6/2 maka kami balik KL pun lambat la.
Tue antara misi dan plan balik kampung kali ni. Tapi tak pasti la semua yang diatas tue terlaksana semua ker tak. Untuk pengetahuan korang aku lum bgtau family lagi yang aku pregnant. Aku nak buat suprise bila dah kuar baby sok. Aci tak ha..ha..Jarang2 balik kampung maka benda ni tak mustahil nak buat kan.
Salah satu tempat aku nak pegi cuti nanti kat sini la


New Gadget untuk second house 2011

Seperti yang korang sedia maklum, aku mmg stay kat 2 buah rumah since bulan 7 hari tue lagi disebabkan faktor jarak dan jem yang tak hingat. So rumah aku kat rawang skang ni dah jadi weekend house sajer. Kami mmg dah tak balik ditengah minggu sebab jalan nak kesana sangat2 la jam. Selagi projek highway tue tak siap macam tue la keadaannya. Hari bekerja mmg hanya tinggal di Batu caves je. Sejak bulan 7 hari tue tiap2 hujung minggu mmg kami terpaksa angkut kain baju kesana kesini sebab kat Batu Caves belum ader mesin basuh. Mana larat nak basuh tangan. Fikir punya fikir macam tak de kesudahan jer dok angkut mengankut setiap minggu macam tue. Penat jer yang dapat. Finally my hubby decide nak beli mesin basuh jer senang. Dengan sedikit rezki yang dapat dari duit dividen ASB maka terlaksanalah impian nak beli mesin basuh ni. Atas beberapa faktor keputusan dibuat untuk beli fully auto jer. Sebabnya kalau balik kejer msti penat so kalau beli auto manual tue nak kena dok jaga lak time basuh tue maka kesudahannya beli auto jer terus. Keputusan awal nak beli Panasonic tapi diakhir keputusan my hubby tukatr fikiran beli Toshiba sebab dapat warranty 2 tahun. So skang ni lengkap sudah rumah persinggahan kami. Ada peti ais, mesin basuh dan tv. Perabot belakang kira janji major thing kena ader dulu. Ader 2 rumah maintenance sangat tinggi maka tuan rumah skang ni kena berjimat cermat. Dengan gaji Diploma yang aku dapat skang ni kami tak leh nak hidup senang sangat tapi kami bahagia cukup la kan. Harap ader rezki untuk aku dapat gaji degree sebelum umur aku 30 tahun..lagi 2 tahun hu..hu..Amin..Aku tak sempat nak ambik gambar lak mesin basuh tue. So aku google2 jer la eh. Sama jer macam yang aku beli gak.

TOSHIBA FULLY AUTO. 7 KG JER

Ni lak peti ais yang kitaorg beli bulan 11 hari tue. Tak sama sangat la tapi lebih kurang gambar ni jer.

Tuesday, January 25, 2011

Sinopsis Drama Gemilang

Semalam korang layan tak citer baru kat TV3 ni tajuk GEMILANG. Bagi aku not bad gak citer dia. Ada message nak disampaikan. Tapi baru first episode la. Citer ni khabir bahtiar punya. Patut la best jalan citer dia. Hari ni aku try google cari tak de lak sinopsis penuh.Tapi ader yang simple jer macam kat bawah ni. Pelakon pun not bad la. So jom layan citer ni tiap hari Isnin jam 9 malam k. Lagu tema aku try google lum ader lagi.

Sinopsis GEMILANG TV3, Sumber budiey.com

GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.

GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

Note: Even ada astro tapi tetap layan siaran TV free kan. Yer la kadang2 astro asyik dok ulang citer jer kan

Tips hilangkan rasa mengatuk specially di pejabat

Pagi ni sangat tak tertahan rasa mengatuk. Lemau satu badan. Nak kata aku tido lambat tak jugak tapi tak tahu la naper jadi macam ni. Nak tulis entri pun tak tergerak jari jemari ni dek kerana mata yang layu. Tadi aku dah tertido kat meja tapi bila tido style gini mesti angin satu badan. Bangun jer sendawa jer dan kepala lak ting tong. Cuaca kat luar lak suram jer. So untuk tak berterusan rasa cengini aku google la cari tips nak hilangkan rasa ngantuk ni. Jom kita view dan boleh jadikan tips kita bersama kan. Selamat beramal..
Tips hilangkan rasa mengantuk
  1. Hampiri kawasan bercahaya – Suasana office yang sejuk dan bercahaya redup memang membuai mata kita, jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya uols terlalu mengantuk adalah mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Mustahil lah office uols takda tingkap kan. Gua ke apa? Masa jenguk tingkap tu, tengok-tengoklah kereta lalu lalang ke atau apa-apa lah yang boleh menarik perhatian.
  2. Basuh muka – Mungkin ini perkara terakhir yang uols buat bila mengantuk, kan? Yelah, terutamanya perempuan. Bila dah make up bagai, make up mahal pulak tu, senang-senang je nak basuh muka lepas tu touch up balik T___T Memang kalau I, takda lah nak basuh muka. HAHAHA tapi kalau dah takda pilihan sangat, kepala pun dah tersengguk-sengguk, kenalah buat jugak ye tak?
  3. Wangian aromaterapi – Boleh juga menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi dekat office. Letaklah atas meja. Semangat kerja akan pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio – Muzik juga penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. So, tak salahlah kalau uols bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat uols leka sampai tak buat kerja.
  5. Senaman ringan – Senaman ringan tu gerakkan anggota badan, macam contoh gerakkan tangan, kaki, kepala atau berjalan santai pun boleh hilangkan rasa mengantuk. Berjalan santai tu dekat dalam office lah. Jangan pulak cakap dengan bos “Bos, saya mengantuk. Nak keluar pergi Petaling Street hilangkan ngantuk” Memang nak kena lah tu. Dan ingat jugak, jangan nak berjalan santai pergi dekat tempat kawan lepas tu gossip tak tentu pasal. HAHAHA tapi gossip pun boleh buat hilang mengantuk :P
  6. Pandang pepohon hijau – Manalah tahu, office uols ada pemandangan kehijauan, atau ada taman ke, manfaatkanlah! Gunakan peluang tersebut untuk hilangkan rasa mengantuk. Keluarlah kejap pergi tempat tu. Hoi, keluar pergi tempat tu bukan suruh buat tahi mata ke apa, tapi hirup udara segar. Beberapa minit dah lah, takyah lama-lama. Kang balik-balik office terus dapat surat warna pink. Aww.

Monday, January 24, 2011

Kemaruk makan limau mandarin

Bukan sebab aku mengandung aku jadi kemaruk tapi aku mmg sangat2 addicted dengan limau mandarin. Mmg suka sangat2 la orang cakap. Every year aku akan pastikan aku kan beli sekotak limau mandarin dah aku hampir habiskan seorang sahaja. Mu hubby tak suka sangat yang masam2 ni walaupun limau tue sebenarnya rasanya manis gak. Tapi tahun ni harga agak mahal kan. Walupun mahal aku tetap beli gak. Bila makan jer rasa tak puas jer. Lama2 habis sekotak. Last week aku dah beli sekotak dan habis tak sampai seminggu. Rasa macam tak puas lagi la makan. So sebelum balik kampung aku rasa nak kena pegi cari lagi sekotak la buat stok pas raya Cina. Setahun sekali jer ade buah ni so kena la makan puas2 kan. Mr hubby pun pelik tengok aku makan. Tapi tue la kesedapannya tak dapat aku gambarkan dan aku betul suka sangat. Korang suka tak. Kalau kejer company Cina msti leh dapat buah free jer kan.

Ni khasiat limau mandarin yang aku google2

Khasiat Perubatan :
  • Kandungan Vitamin C yg tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.
  •  Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
  • Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.
  •  Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
  • Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan.
  • Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru2 untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru2 dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
Tak sia2 makan sebab banyak khasiat untuk body kita kan..


Sampai bila Malaysia nak bergantung dengan Datuk Lee Chong Wee

Saper peminat tegar Baadminton angkat tangan. Aku tak la peminat tegar, sekadar mengikuti jer kalau ade perlawanan Malaysia. Tapi Mr hubby peminat setia Badminton dan satu2 game yang dia paling minat adalah badminton. Bola sepak dia suka tengok ajo, main tak pro sangat. Semalam macam biasa la yang masuk final satu2nya pemain tunggal Malaysia Datuk Lee Chong Wee la saper lagi. Walaupun ni adalah terbuka Malaysia dan dibuat di Malaysia, namun yang berjaya ke Final sorang pemain jer. Mungkin bukan rezki pemain lain. Taapi mmg sangat kecewa gak la peminat badminton tempatan kan. Bayangkan nak tunggu Malaysia punya game punya la lama sebab Chong Wee lawan last sekali semalam. Persoalannya skang ni sampai bila kita nak harapkan Datuk Lee Chong Wee saja yang harumkan nama negara. Kesian gak aku tengok dia dok galas harapan negara tapi kau tau dia happy bila menang sebab pak cik kayo ha..ha..Game semalam tak baper adventure sangat sebab Taufik Hidayat pun dah tak larat dah nak main. Dah berumor tapi aku suka sebab dia maintain handsome n baby face gituu. Aper2 pun tahniah untuk Datuk Lee Chong Wee dan harapan aku cubalah cari bakat2 baru untuk digilap sebab tak boleh nak harapkan sorang jer Hero negara kita berentap difinal.


Note: Nasib Lindan tarik diri kalau tak mesti 50/50 gak nak menang kan..

Hot Topic: Milionair dengan blogging..

Rata-rata blog upkan topik ni pagi ni kan. Al maklumlah hot FM pagi ni pun bincangkan topic yang sama gak. Actually sesaper yang terjebak ngan dunia blogging dah lama sedar akan hal ni kan termasuklah aku. Yup pernah terdetik kat hati aku nak jadikan penulisan blog as pendapatan sampingan. Tapi aku lum cukup ilmu serta belum mempunyai kerajinan serta komitment untuk berblgging secara tegar. Aku pun macam izan aka cik mot gak, bukan blogger tegar tapi at least dia dah dapat income ratus2 ngan blogging, tidak bagi aku. Selama setahun aku menyertai nuffnang income aku hanyalah 60 hinggit sajoq..ha..ha..sebab tue aku tak pernah buat post pasal nuffnang. Aku pernah dapat BE beberapa kali tapi lepas aku menyepi dari update maka BE aku lenyap macam tue jer dan tak muncul2 dah sampai skang ni..hu..hu..Bila dah masuk tahun baru ni semangat nak update blog dah datang balik maka skang ni hari2 aku kan update kalau ader kerajinan. Aku pernah terbaca kat satu blog pasal ramai blogger tak mengaku berblog bukan nak cari duit tapi sekadar hobi dah tak boleh pakai. Yup aku setuju. Mmg tak nafikan berblog adalah hobi disamping diari harian kita. Tapi dalam dunia cyber skang jauh disudut hati blogger, mereka berblog untuk menambah pendapatan sampingan. Walaubagaimanapun penting untuk kita ingat, tak semua kita leh storykan dalam blog termasuklah hal2 suami isteri yang sangat2 sensitif. Kita boleh kongsi berita2 yang baik jer sebab bila kita buat blog automatik blog kita akan tersenarai dalam carian google, maka semua orang leh baca perihal blog kita dan pastinya tak elok kalau semua cerita kita dedahkan kat alam maya ni. Tue serba sedikit pendapat aku tentang dunia blog. Jauh disudut hati aku mmg sanagt teringin nak jadi macam REDMUMMY. Hope akan tercapai nanti. Kalau tak leh dapat income macam dia pun, dapat suku dari income dia pun dah besar rahmat dah ha..ha..Aper2 pun kita Enjoy berblog disamping dapat tambah kawan k..

Friday, January 21, 2011

Perihal Muhammad Zafreen Syakil

Dah lama tak bercerita pasal anak terunaku sayang tue. Bulan ni dah nak masuk 2 tahun 2 bulan umo dia. Perangai skang ni sangat2 la menduga kesabaran aku sebagai mama dia. May b dia tau nak dapat adik kot. Perangai mengada2 dan manja yang sangat2 over terlebih. Yang paling tak tahan skang ni kalau pegi supermarket dia sanggup meraung kalau tak dapat aper dia nak. Sangat fanatik ngan robot skang ni. Dia semakin rapat dengan papa dia. Kalau tak nampak kejap pun cari dah sebab aper sebab papa boleh main ngan dia. Kalau aku jarang nak layan kalau ajak main ball ke, badminton ke so dia akan beralih kepada papa la. Aku hanya dengan dia time belajar sajer. Sangat2 susah nak fokus time belajar. Sebab banyak dok fikir nak main jer tapi skang ni dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul. Percakapan dah makin lancar. Pot-pet jer kalau kat umah. berleter pun dah pandai. Contoh ayat ' Mama ni la..ish..ish...' Kalau nak pegi mana2 kalau kita lambat jer dia cakap la ' cepat la mama, dah lambat ni' . Kalau nampak CD Barney atau Children Song ' Mama jom nyanyi jom' Setakat ni aper jer ayat yang dia tuturkan ader yang ayat penuh ader yang ambik belakang jer dan ader gak kadang2 aku tak faham sebab bunyi sama jer. Potty training lak aku dah mula skang ni, since dia sendiri tak nak pakai pampers. Tiap kali lepas mandi atau sain pampers dia akan cakap ' mama, tak nak pakai, syakil dah besar' Then kalau aku tanya kalau nak berak or kencing pg mana dia kan jawab' pg toilet la' Semalam sekali tak sempat pg toilet dia kata tak tahan dah mama. So clever. I'ts ok keep learning kan. Kena sabar jer la. Target aku before aku deliver dia dah pandai pg toilet sendiri. Jimat duit pampers ha..ha.. Selera makan macam tue jugak la. Tak banyak makn. Berat belum lagi mencecah 11 kg, dalam 10.8 jer. Walaupun kadang2 perangai dia buat aku hilang sabar tapi dialah permata hati aku yang sangat tak ternilai. Skang ni bila dah cerdik, aku bersyukur ade seorang anak yang boleh gak diharap membantu dan jadi teman dikala sunyi. Serius kalau dia tak de rasa kosong n sunyi sangat rumah. Anak penyeri kehidupan kita. Mama doakan Syakil membesar menjadi anak yang bijak dan soleh serta dikurniakan kesihatan yang baik selalu. Aminnn. Be a good brother nanti yer. Jangan nakal2 tau. Mama love u forever..muahhhhh.
Handsome tak saya...
 See kurus jer hero aku ni..

Wednesday, January 19, 2011

Kemeriahan Thaipusam Sangat di rasai penduduk Batu Caves

Sebelum tue aku nak tau mesti ader penulis blog yang duduk kat Batu Caves aka penduduk Batu Caves macam aku kan. Nak jadi cerita ni tahun pertama aku jadi penduduk Batu Caves time perayaan Thaipusam ni. Giler meriah wei diaorg celebrate. Aku ingat macam Deepavali hari tue biasa2 jer sambutan tapi kali ni Thaipusam berganda-ganda besarnya diaorg raikan. Aku rasa Thaipusam ni perayaan besar kot diaorg compare ngan Deepavali kan. Tak kisah la korang nak sambut meriah macam mana pun tapi perayaan ni akan buatkan jalan jem tak hingat hu..hu..Actually diaorg dah start buat preparation dah seminggu rasanya. Start dari kuil Batu caves sampai la jalan nak masuk umah aku berdekatan ngan komuter Batu Caves tue sangat sesak. Khemah kiri kanan orang berniaga la, then ader yang cukur kepala la, nyanyi2 buat konsert la macam2 la. Seawal pukul 6 pagi aku rasa diaorg dah kuar rumah. Even ni perayaan kaum India tapi Cina Melayu pun take advantage gak berniaga sama. Petang karang tak tahu la jam macam maner nak balik umah ni. Dan lagi satu sure malam ni diaorg akan pasang lagu kuat2 nye. Sabar jer kata satu Malaysia kan. Kalau ader saper2 nak tengok pertunjukan cucuk hidung ker badan ker aper ker datang la Batu Caves esok yer. Selangor Thaipusam Festival 2011. Tak silap aku PM Datu' Najib pun turun esok. Aku tak semapt nak snap gambar pagi tadi. Petang ni aku try capture gambar2 menarik eh...

Gambar Pak Cik Googe...Seram kan aksi diaorg

Selamat Bercuti Yer Semua. Enjoy Holiday even sehari jek pun..ha..ha..Aku mmg kat umah je esok coz jalan mesti tutupnye sebab diaorang nak berlarak...

Bila Jadi Kerepek tak sangka sangat sedap...

Aku ader baca beberapa blog pasal satu jenis buah ni yang muncul time raya cina jer. Dan selalunya kalau kat supermarket orang cina msti akan beli buah ni banyak2. Actually bukan buah la tapi more kepada ubi. So kebanyakan blog citer pasal ubi ni kalau goreng wat kerepek sedap maka selera ibu mengandung ni pun teringin gak la nak mencuba. So Sabtue lepas pegi Tesco aku beli la buah ni sikit jer. Bukan per takut tak sedap jer nanti. Balik terus kupas n sagat macam nak buat kerepek ubi tue then goreng. Ya Allah sedap rupanya. Bila makan rasa macam ader jer jual kerepek ni kat kedai. Bukan aku sorang cakap syakil n mr hubby pun pulun makan gak. Makanya nanti aku nak beli lagi banyak sikit. Goreng leh kunyah2. Aku tak tahu nama dia tapi aku ader ambik gambar dia. Korang try beli dan cuba goreng k. Rasa lemak2 manis gitu.
Masa ni dah kupas separuh baru ingat nak ambik gambar
Dah jadi kerepek. Sangat Sedap
Hari Sabtue aku hanya masak nasi lemak maka jadilah branch sapai tengahari. Petangnya kami tak makan nasi tapi aku buat mee bandung aje. Dan mee hailam untuk Syakil.

Bread Butter Puding (New Resepi)

Hujung minggu lepas berkesempatan nak buat Puding Roti resepi baru yang aku lum pernah lagi cuba. Actually aku ambik resepi ni dari page facebook seorang kawan. Kak zie namanya. So aku nak share dengan semua resepi Bread Butter puding version lain sket dari resepi yang selalu aku jumpa kat internet. Tapi rasanye tetap sama jer coz kita tetap guna bahan base yang sama jer. Cuma teknik buat jer sedikit berbeza.


Resepi Bread Butter Puding

6 Keping Roti
200 ml susu cair
200 ml susu segar
susu pekat manis
4 sudu Gula pasir
Sedikit madu
4 biji telur ( Guna 2 biji kuning telur saja)
Butter
Kismis
Sedikit Esen Vanila

Cara2nya

Adunan A

Susu cair, susu segar, gula pasir, telur dan esen vanilla dicampur dan dipukul sedikit. Gunakan mixer atau blender pun boleh.

Adunan B

Roti dipotong dua dan disapu butter serta susu pekat dan ditabur gula. Susun berlapis dan diletak sedikit madu disetiap lapisan. Buat hingga roti habis

Masukkan adunan A kedalam adunan B dan tunggu roti hingga kembang. Sementara itu panaskan oven. Bakar selama lebih kurang 20-30 min. Setelah masak kuarkan dari oven dan sapukan susu pekat diatas roti dan biarkan sejuk sebelum disejukkan dalam peti ais. Mudah dan senang kan. Selamat mencuba.
 

Tuesday, January 18, 2011

His first experience take nebulizer...

Bersiaran dihari Selasa. Semalam aku cuti emergency sebab my lovely son demam. Syakil sepanjang 2 tahun ni kalau demam jer msti hari Isnin..hu..hari cuti sihat aktif jer. Tapi start ahad malam tue dia dah teruk. Dengan demam, selsema, batuk n muntah. Complete package. Mmg sepanjang malam asyik merengek jer coz hidung dia tersumbat. Mmg kepala aku pun weng2 je pagi semalam sebab tido tak cukup. Last2 decide cuti jer terus. Masa kul 4 pagi macam tue aku perasan yang nafas dia laju semacam jer. Then kat leher dia bila nafas jer berlekuk. Aper yang aku tahu kalau leher berlekuk mean sesak nafas atau asthma kan. Dia x pernah kalau batuk or selsema jadi macam tue. Ni first time. Disebabkan Syakil mmg ader chances high risk asthma maka aku terus jer bawak pg kecemasan hospital ampang. Check punya check mmg nafas dia berbunyi n kena ambik gas. Tapi dia punya meraung punya la tak tahan aku. Al maklumla nak paksa budak besar ni susah sket. Aku ngan Mr hubby terpaksa pegang kuat2 nak elak dia meronta. Kalau meronta saja tak per gak ni dia becakap tak nak2 tolong2 tak nak. Nak gelak aku. Last2 dia tertido. Penangan budak yang tak pernah kena neb sepanjang 2 tahun ni. Tapi aku nak bg komen negatif sket pasal hospital Ampang semalam. Service sangat lembab. Sampai pukul 4.30 petang aku masih menunggu dr untuk check sedangkan aku datang pukul 1 tengah hari. Mmg hampeh. Last2 aku belah jer. Ambik ubat kat poliklinik swasta n check jer kat situ. Macam maner la orang nak sokong klinik kerajaan kan. Aku bengang bukan per, Dr ader jer tapi sorang pun tak reti nak bertindak. Bila pegi tanya jer cakap kejap lagi. Macam hampeh jer. Skang baru proses nak ambik insurans Syakil. Lepas ni senang kalau sakit. Hu..hu.

Friday, January 14, 2011

Main Bunga Api bukan Time Raya

Ade ker bunga api kalau bukan time raya. Ade aku rasa jual kat kedai kan. Tapi dalam kes Syakil ni bukan bunga api baru beli tapi stok masa raya hari tue lagi. Masa on de way balik terfikir dalam kete paal bunga api tue. Mr hubby kata rasanya ader lagi bunga api ayah aku bg simpan dalam almari. Takut gak masuk angin kan. Dah kalau kami sembang si Syakil ni mmg suka sangat menyampuk. Dan2 tue jugak dia menjerit nak bunga api. Then pujuk2 cakap malam baru main. Aku ingat dia lupa la kan. Malam pas makan malam dia tanya aku 'Mama, bunga api mana?' Dia ingat rupanya. Tu la ingatan budak2 kan. Disebabkan dah berjanji nak main malam maka kena la ikutkan kehendak dia. Rupanya banyak lagi ada. Tapi separuh dah masuk angin. Kali ni main dia dah berani pegang n cuch sendiri sambil nyanyi lagu selamat hari raya. Dah besar anak mama. Ader lagi separuh minggu ni lak bg dia main. Happy tak terkata dapat main bunga api. Anak2 jiran pun teruja tengok dia main ha..ha..

 

Senangnya memasak ikan bakar, Sedap dan dijamin kebersihannya...

Actually dah 2 minggu berturut-turut aku ngan Mr hubby memasak ikan bakar dihujung minggu. Kami bangun awal pagi n shoping ikan fresh kat market talapia yang hidup lagi tue. Manis isinya. Memula 2 minggu lepas kononnya nak buat ikan bakar special yang bau wangi maka kami cuba menggunakan arang dan bakar kat luar. Tapi sangat la susah teknik ni sebab bukan senang nak buat bara guna arang tue. Banyak tenaga dihabiskan hu..hu..Dan hasilnya tak la best mana pun. Seperti kita sedia maklum kalau kat kedai2 makan sekarang ni diaorg bakar guna dapur gas jer kan. Tapi kalau ader kuali leper yang tebal yang warna  hitam tue senang la nak masak kan. Tapi aku non ada. Maka Mr Hubby tak puas hati ngan hasil ikan bakar guna arang berazam nak bakar lagi esoknya guna dapur gas tapi hanya guna kuali biasa saja. Sanggup pg market tue cari ikan. Dan hasilnya sangat cantik ok. Sama jer macam bakar guna arang.
Last week aku lak teringin nak makan ikan terubuk maka bakar lagi ikan terubuk lak. Dan menjadi jugak hasilnya. Sangat puas hati, murah dan berbaloi. Dan paling penting kebersihan terjamin sebab kita sendiri yang basuh ikan tue semua. Kalau kat kedai tue kadang2 kita tengok perut pun tak habis cuci kan. Then kena bayar ngan harga yang mahal lak tue. Kalau terubuk sekor mahunya belas2 ringgit yer tak. Tapi beli ikan n buat ramuan semua kos tak sampai 10 ringgit pun. Sangat puas hati dan berbaloi2 kan...Gambar bakar ika guna dapur gas aku lupa nak ambik termasukla ikan terubuk minggu lepas. Yang ade ikan guna arang yang buruk rupa. Layan jer la ek.
 Hancur ikan aku sebab asyik dok alih jer
 Air asam yang mantop
 Ayam bakar hidangan sampingan
 Ikan Kembong
 Tom Yam Sayur

Bila Kerajinan Melanda Mama Syakil

Sepanjang minggu ni aku tak berapa BZ sangat berikutan company aku yang nyawa2 ikan jer ni. Tak pasti sampai bila nak operasi. Aku lum dapat mana2 interview lagi. Tapi selagi bos tak kuarkan notis nak tutup aku still lagi kejer kat sini dan terus doakan company leh survive sampai aku selamat bersalin hu..hu..Coz skang ni susah gak aku nak dapat kejer baru kalau company tau aku preggy. Doa dan terus berdoa moga semuanya baik2 jer.
Bila aku tak berapa nak bz maka aku akan jadi rajin untuk buat sesuatu yang berfaedah. Sesuatu yang aku rasa sanagt berguna untuk anak bujangku sorang itu. Al-kisahnya si Syakil ni dia mmg dah boleh baca ABC n count 123, even tak la lancar sangat coz kadang2 kita nak kena betulkan gak. Tapi dia belum berapa kenal huruf2 tue semua. Kat umah mmg tak der ABC n 123 yang sekeping2 tue coz aku cari tak pernah jumpa atau aku tak pandai cari ntah la. Yang aku dok jumpa sekali ngan perkataan tue ader la. 
So bila dah ader masa terluang ni aku pun buat jer ABC n 123 card homemade. Lebih puas hati dan hope anak kan cepat pandai dengan hasil kerja mama sendiri. Bila kita bekerja ni masa nak ajar anak belajar mmg agak terhad tapi malam2 aku tetap luangkan masa untuk ajar dia membaca n menulis. Dan hujung minggu akan digunakan sepenuhnya untuk train dia belajar. Almaklumlah duduk umah pengasuh tak sama ngan duduk kat taska kan. Tapi aku bersyukur coz kat umah pengasuh anak ibu aka pengasuh dia rajin ajar dia membaca. So far dapat gak dia belajar something sekurang-kurangnya. Tunggu tahun depan baru mama hantar school yer.
Hasil Kerja mama

Port belajar Syakil kat umah Rawang. Meja sepuluh hinggit jer. Hasil kerja budak 2 tahun sebulan yang ntah aper2
Aku jugak beli ni minggu lepas untuk Syakil. Biar balance dunia akhirat kan..kan..kan..

Thursday, January 13, 2011

Drama, Telefilem dan Movie Online

Lambat bersiaran sebab mood down lupa bawa camera. Plan hari ni nak upload citer n gambar. Tapi lupa lak nak bawa camera terus tak de mood nak menulis. Tapi tetiba dapat idea nak kongsi tajuk ni. Saper suka tengok citer2 online. Aku suka ha..ha..Sebab per kadang2 tue aku termiss tengok tv kat umah. Dan lagi satu aku suka layan movie online sebab citer2 baru kuar wayang pun dah ader. So kalau ader masa terluang mmg aku suka la layan citer kat online ni. So sepanjang aku dok search2 ni aku dah kenalpasti 2 website yang ok kalau nak layan citer kat internet ni. Web site tue kat SINI dan SINI.
Tak rugi korang layan 2 website ni sebab macam2 citer pun ader. Kadang2 aku ni tak alert sangat ngan drama kat RTM or TV9. Tapi jangan tak tahu yang ader gak citer yang best2 tau. So peminat citer melayu jom sama2 tengok online kat website2 ni k.


Wednesday, January 12, 2011

Dinner for tonite - My SIL nak belanja makan pizza RM1

Dalam hidup kita antara perkara yang paling best adalah makan free ha..ha..Tapi betul kan. Ade ker orang tak suka makan free tul tak. Sebut pasal makan free yes malam ni dapat makan free sebab ader orang nak belanja. Adik ipar aku aka adik mr hubby nak belanja 4 biji pizza hut harga seringgit. Pelik tak macam ner dapat harga seringgit jer. Bagi pengguna hotlink hot tiket msti tak peliknye kan. Dengan pembelian 1 hotlink hot tiket harga 15 ringgit kita layak beli harga sebiji pizza size kecik potong 4 tue dengan harga seringgit jer. Adik ipar aku ni mmg top up guna hot tiket jer sebabnya dia suka bergayut dan sms. Biasa la orang muda kan. Mmg berbaloi la kalau guna hot tiket ni sebab panggilan murah dan sms lak percuma jer. So alkisahnya dia dah kumpul 4 keping hot tiket bersamaan 4 keping pizza yang tarikh valid untuk tiket tue 31 January nanti. So dia decide sebelum tamat tarikh baik tebus dulu. So petang ni aku ngan mr hubby dipertanggungjawabkan membeli pizza tersebut. Dan lokasi kami nak beli pizza besar Wangsa Maju ler Belakang care4 dekat ngan NZ tue. Yummy tak sabar nak makan. Tapi tadi terbaca blog Alyya hari ni RED day kat KR. Nak pegi ker tak eh. Tapi aku tak minat sangat ngan Kenny Rodgers hu..hu..Dan hari ni pakai purple bukan merah hi..hi..
Ni la Voucher pizza Hot Ticket tue. Gambar Google