Be My Lovely Follower

Monday, February 28, 2011

Last Day become a working mom

Selamat petang. Lambat aku bersiaran hari  ni. Pagi tadi aku pegi klinik buat buku merah. Dah lama dok tangguh2 so hari ni baru ade kesempatan nak pegi. So far aku sangat puas hati ngan service Klinik Kesihatan Selayang Baru. Hari ni sempat scan baby. Alhamdulillah baby inside sihat walafiat n sangat aktif. Puas dr nak scan kaki tapi duduk tak diam. So far semua normal n membesar dengan sihat. Almost 15 weeks n due date pun tak lari dari date period aku bg 24/08/2011. Next check up minum air gula. Mmg akan kena sebab ayah aku ade kencing manis. Tak elok menipu kan nanti kalau tak buat test tetiba detect mmg ade kencing manis susah kan.
Seperti semua maklum hari ni last day aku kejer kat sini n esok bermula rutin harian aku kat umah. Kalau ikut hati mmg tak nak datang dah tapi aku nak jumpa officemate aku sebab Jumaat dia MC. So far hari  ni datang aku just kemas2 barang sket2 jer. May b tak kan datang dah kot kejer sini base on keputusan yang aku citer sebelum ni. Aper2 pun diakan yang terbaik untuk aku k. Wish me Gud luck all. Nanti aku kan update status dari rumah k. Blog will always update jugak.

Friday, February 25, 2011

Perancangan Masa Depan dan Keputusan yang telah dibuat

Dah lama tak update status terkini pasal diri aku kan. Actually aku masih lagi diopis menghabiskan sisa2 bulan yang ada. Hari Isnin ni adalah hari terakhir aku kejer sini.Bukan nak merajinkan diri tapi just nak cukupkan bulan bekerja. Selepas perbincangan dilakukan maka keputusan muktamad dan agak besar yang bakal merubah kehidupan kami akan diambil. Nanti aku senaraikan keputusan yang bakal kami ambik dan kami rasa itu adalah the best decision yang kami boleh lakukan buat masa skang ni. Alhamdulillah dalam masa yang sama ada rezki lain yang datang. Syukur atas nikmat-Mu Ya-Allah. Sesungguhnya kalau kita dalam kesusahan hanya kepada-Nya kita memohon pertolongan dan hanya Dia yang tahu Qada dan Qadarnya. Dugaan yang diberi juga ada sebab musababnya. Ok aku nak kongsi beberapa perkara yang telah kami buat keputusan.
  • I decide to become fulltime housewife buat masa skang. Bukan tak nak cari kerja tapi kalau kerja yang aku dapat gaji kurang dari aku dapat skang sangat tak berbaloi. Maka aku akan jadi suri rumah tapi bukan yang duduk saje but I have planning something. Bak kata en hubby productive suri rumah.
  • Rumah di Batu Caves akan disewa sepenuhnya. So sesapa yang berminat nak cari bilik sewa kat kawasan gombak, Batu Caves inform aku k. Ada 2 bilik untuk disewa. Peralatan rumah semua lengkap. TV, Mesin Basuh, Peti Ais n Dapur.
  • Melibatkan diri as Freelance Insurance Agent. Hujung minggu depan aku nak ambik test. Just try buat suka2. So pasni sesaper yang berminat nak ambik life insurance sila2 roger aku k.Kalau ada rezki aku dalam bidang ni aku kan serius buat fulltime pas ni but ni long term punya perancangan.
  • Try nak buat small business. Masih dalam perbincangan ngan jiran aku. Nak jadi share partner dia. Jual pre love item opr barang terpakai yang masih elok macam mainan kanak2, stroller n so on. Kalau project ni menjadi aku kan tolong pasarkan barang2 ni kat alam maya. Tapi perkara ni belum pasti lagi.
  • Become a good teacher to my lovely son. Aper guna aku kat umah kalau tak dapat train Syakil so aku kan jadi cikgu dia kat umah. Akan ada jadual untuk dia. Bila masa main n bila masa belajar. Mesti sangat puas hati dapat didik anak sendiri kan.
  • Target fully free diaper kat Syakil sampai pertengahan tahun. Kalau siang aku rasa tak sampai sebulan aku dah boleh buat tapi malam susah sket rasanya. Dan kedua nak train dia supaya tak hisap botol lagi. Hope misi2 ni akan berjaya.
  • Akan jadi blogger tegar. Yup blog akan diteruskan cinta dan minat aku. Maka En Hubby akan dipaksa daftar internet kat umah. Broadband tak de coverage kat umah aku..hu..hu..
  • Helper to my hubby. Alhamdulillah my hubby dapat offer kejer part time kat umah so aku kan bantu dia aper yang aku tahu. As all you know aku bukan tahu sangat kejer Engineer ni but never mind aku leh belajar.
  • Rasa macam nak buat kuih jual he..he..aku nak try2 tanya jer dulu mak cik dekat umah tue kalau nak letak 2 or 3 jenis kuih kat gerai dia, dia nak x. Kalau ok best gak leh tambah income sikit2. Aku suka masak2 ni.
  • Kerjaya - aku kan tetap berusaha dapatkan kejer tetap yang sesuai ngan kelayakan aku. Saper nak tolong bayar hutang aku hu..hu..FYI sampai skang ni aku masih lagi tak kejer menggunakan degree yang aku ada sebab tak minat IT. So masa yang aku ada aku kan cuba minatkan diri aku dalam bidang ni mean aku nak study balik bidang ni. Kalau dah pandai aku kan buat freelance bidang IT lak.
See banyak betul aku nak buat kan. Hope aper yang aku rancangkan semuanye menjadi dan Allah sentiasa membuka pintu rezeki kami..Amin. Aku nak mulakan hidup baru dengan semangat baru, jadi orang yang baru, berubah dari sifat yang ade skang sebab masa tak kan tunggu kita. Doakan kejayaan aku k.

Petua dan Amalan untuk murahkan Rezeki dalam Hidup Kita

Lama tak post tazkirah hari Jumaat. So hari ni berkesempatan masa yang ada aku nak kongsi sedikit info yang aku dapat beberapa website. Sambil mencari tips aku terjumpa blog linncomel.com. Jatuh cinta ngan tulisan belia tentang rahsia untuk merahkan rezeki dalam kehidupan kita. Ade masa korang boleh view blog beliau. Banyak tips yang buat kita tertarik nak baca. Antara point yang aku nak state kat sini cara nak murahkan rezeki dalam kehiupan kita yang sanagt mudah diamalkan.
Antara perkara yang perlu dilakukan ialah:
  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
Koraong boleh link ke SINI kalau nak baca lebih lanjut k.Dia dah amalkan amalan ni hingga kini dan berkat keikhlasannya rezeki sentiasa ada dalam hidup beliau.

Ni lak aku ambik dari website ni Cheahmad.
Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Sumber: Majalah ANIS

Note: Semua amalan kalau kita amalkan dengan ikhlas dan percaya hanya kepada Dia kita memohon pertolongan insyaAllah akan termakbul...Amin. Nobody can change us if not our self.

Thursday, February 24, 2011

Selera MB aka Mak Buyung dimalam hari

Sejak aku pregnant aku tak de alahan makan langsung. Aku boleh makan macam biasa jer. Ada la sekali dua jer terkeluar balik tapi kebanyakkan aku makan semua mengenyangkan la ha..ha..Itulah aku kalau mengandung. Berat tak kan turut tapi hanya akan naik jer. Skang ni aku dah runsing fikir nak kena tuka size b..a. Biasa la kalau ngandung jer confirm t...k akan jadi besar kan. Masa syakil dulu mmg besar berganda2. Yang sekarang pun macam tue. Masih lagi berdenyut bermakna nak naik lagi la tue kan. Ish sebenarnya nak citer pasal makanan tapi melalut hal lain lak.
Since ngandung aku tak berapa lalu nak makan ayam. Aku lebih berselera makan ikan terutama ikan kering n ikan pekasam. makan ngan nasi putih panas2 pun jadi bertambah2. Balik kampung hari tue kakak ipar aku ade bg ikan pekasam satu bekas, ikan sepat n haruan kering. So habis tak tahu nak makan aper tu jer lauk yang buat aku berselera nak makan. Senang dimasak, mudah dan cepat yang penting perutku kenyang. Tambah lak bawang n cili padi goreng sekali oooh marvelous rasanya. Jom layan dinnerku semalam.

Ikan pekasam + ikan sepat yang kecik2 + ikan haruan kering
Ayam goreng Syakil n papanya
Possing dulu sambil makan. Peach sepuluh jari
Sedapnya lauk ayam goreng ni mama

Wednesday, February 23, 2011

Connect The Tots - Brain cell Connection

Semalam terbaca kat blog BabyIbu pasal connect the tots-brain cell connection yang folus kepada pembelajaran awal kanak dan peranan kita sebagai ibu bapa. Conectedtots adalah website yang menekankan pembelajaran kanak melalui brain cell connection. Dimiliki oleh Anmum Essential dan selepas aku view website ni sangat menarik untuk kita dedahkan anak2 tentang pembelajaran yang berkesan. Ade macm2 input dalam ni macam Stories, Games, Brain Cell Connection, Mom's Role dan banyak lagi. Brain cell conection adalah kaedah pembelajaran anak2 macam yang dalam iklan Anmun Essential Wardina tue. Terangkan sesuatu supaya minda kanak2 mampu berfikir bila situasi yang sama berlaku. So pendapat aku web site ni sangat bagus untuk kita as parent as panduan nak didik anak kita. So sama2 layari website  Connectedtots ni k.Thanks to BabyIbu sebab kongsi maklumat ni.

He's ready to be abg...

Selamat pagi dan salam pembuka bicara. Aku masih lagi diopis sampai hujung minggu ni. So gunakan masa yang ada untuk berblog puas2 ok dan disamping settlekan beberapa perkara sebelum aku menjadi haousewife. Sejak akhir2 ni Syakil dah tunjukkan ciri2 nak jadi seorang abg. Kat umah pengasuh, dia dah boleh diharap menjaga baby umur 6 bulan yang ibu dia jaga dan sangat sayang kat baby tersebut. Skang ni kalau aku tanya syakil nak adik tak? Dia akan jawab nak la. So adik baby kat mana? Dia akan point kat perut aku n cakap sayang baby. Tapi aku tak pasti la sama ada dia betul2 faham ke tidak yang kat dalam tue betul2 ade baby..ha..ha..
Sifat dia skang lebih banyak berdikari dari mengharapkan bantuan. Semua dia dah boleh buat sendiri termasuk la membantu aku. Contoh kalau aku tak larat n nak baring aku akan cakap syakil tolong mama ambik bantal n ubat maka dia akan jawab ok..n tinggalkan ape yang dia buat pg ambik bantal n minyak cap kapak. Then tanya mama sakit yer. Aku cakap yer la mama pening syakil picit boleh. Dia akan answer boleh then picit2 la kepala aku cara dia. Every night akan jadi pemijak setia belakang papa dia.
Bagi aku, aku dah berbangga dengan pencapaian dia pada usia 2 tahun 2 bulan tapi dia dah sangat2 berdikari. Kalau dalam kereta dia jarang duduk ngan aku kat depan sebaliknya lebih selesa duduk sorang kat belakang. Dia akan cakap Syakil dah besar la mama. Yup dia bahasakan diri dia ngan kami as Syakil. So sweet jer. Skang kalau dia buat aper2 kesalahan aku akan ajar dia betulkan balik aper yang dia buat, then salam minta maaf dan cium n hug aku balik. Mmg dia akan buat muka sket tapi at the same time dia belajar yang aper yang dia buat tak betul. Contoh kesalahan conteng dinding or lantai. Aku akan suruh dia lap balik sampai bersih. So far cara ni berkesan supaya dia tak buat lagi.
Aku dah plan beberapa perkara bila aku dah terpaksa berhenti kerja. Aku perlu manage Syakil macam dia kat sekolah. So Syakil bukan duduk kat umah semata-mata tapi akan ade jadual untuk dia. As a mother kita perlu didik anak kita sebaik mungkin sekiranya kita kat umah. Hope aper aku rancangkan berjalan lancar. Aku perlu gunakan masa yang ada bersamanya dirumah sebaik mungkin. Hope before 3 years dia dah boleh menulis, mewarna, membaca dan mampu buat beberapa kiraan mudah dan yang paling penting aku nak ajar Iqraq kat dia awal2. Syakil mama papa love you so much.

Tuesday, February 22, 2011

Cuti Maulidur RasuL vs Besday Party

Lama sungguh ambik masa nak update citer ni kan. Seminggu tue. Mmg blogger tak tegar la aku ni. Sempena cuti maulidur Rasul hari tue jiran aku aka Abg Rizal n Kak Iza yang jual rumput ekspress kat kami hari tue jemput kerumah mereka sebab buat makan2 sikit sempena besday kak iza. Dia just jemput kami2 jer jiran2 dekat sebab nak buat bbq bakar2 ayam n kambing. Plan asalnya dia suruh datang kul 3.30 tapi last2 jadi kul 4.30 gak baru mula bakar membakar. Disebabkan segan nak pegi ngan tangan kosong maka aku buat agar2 milo satu bekas. Just tumpang buat jamuan jer. So far mmg enjoy jamuan macam ni disamping eratkan silatulrahim dan semangat kejiranan gitu. Masa dok sembang2 tue barui la kami tau yang aku kak iza n kak zi jiran sebelah umah aku berkongsi bulan lahir yang sama. Kak iza 15/2, aku 18/2 n kak zi 19/2. Wah jiran sepakat gitu dan semua ni kebetulan kan. So next year boleh buat gathering sambut sama2 gitu. Baru meriah kan. Setakat aku tinggal kat taman ni Alhamdulillah aku dapat jiran yang baik, peramah dan tak pentingkan diri sendiri. Saling jaga menjaga, tegur menegur dan beri memberi he..he..Petang tue selain kambing n ayam panggang ade menu sampingan lain antranya spagetti yang sedap sangat, Bihun goreng dibawa oleh salah seorang jiran lain, buah, n kek dari secret resepi. Mmg kenyang kami anak beranak sampai kemalam. Akibat makan kambing kepala aku pening sampai esoknya.hu..hu

Tuan rumah sibuk membakar. Gambar my hubby tak masuk lak. Dia tolong bakarkan ayam
Kambing bakar yang mantop
Ayam yang baru masak sikit je  

Kek dari secret resepi chocolate walnut kot tak silap
Ni la besday gurlnye
Papa n abg Razak. Jiran sebelah umah aku. Makan sungguh suamiku ini
Budak yang langsung tak nak makan. Main jer dia tahu

Akhirnya Berjaya-Penggunaan 2 drypers only every weekend.

Semalam aku baca kat blog ALYYANI pasal Potty Train Nia yang mana nia mampu bertahan setengah jam diluar tanpa diapers. Tapi aku lak lum berani lagi nak kuar jalan2 tak pakaikan pampers. Kalau setakat dia main playground dekat umah yes dia dah tak berpampers. Progress setakat sebualn ni aku train dia, so far Sabtu Ahad kalau tak kuar mana2 mean kat umah jer aku kan pakaikan pampers hanya sekeping sehari iaitu time nak tido jer. Tapi aku berani buat macam tue sekiranya pagi2 dia dah berak maka potensi dia nak berak lagi sekali tue kurang la sikit. Dari setengah jam sekali bawa ketoilet skang ni dah jadi satu jam ke sejam setengah sekali. Aper yang aku nampak setakat  ni dia dah  boleh control bila masa dia nak kencing. Kalau siang dia tidi mmg dia takakan kencing tapi bila dia bangun jer maka cepat2 la kena terus angkut ke toilet sebab dah beberapa kali terlepas dalam seluar. Sebab masa tido gamaknya tahan kecing kot. Cuma masalah skang ni aku hanya buat time weekend so dia nak cepat belajar tue lambat la sikit. Tak per nanti aku dah stay kat umah aku akan train dia betul2 supaya free diapers. Aku setuju ngan Alyya nak train fee diapers tak la susah sangat tapi as mother kena rajin n banyak sabar. Tu jer.

Cayang mama selalu

Monday, February 21, 2011

Rumput Ekspress Hiasan separuh laman kami...

Ni citer basi minggu lepas. Tapi disebabkan aku lupa nak bawak camera maka citer ni terpaksa dipublishkan minggu ni jer. Tak kisah la. Ni blog aku kan maka nak citer pun ikut suka tuan punya blog la bila yer tak. Actually akmi dah pindah umah ni dah setengah tahun tapi tak banyak pembaharuan yang kami buat sebab umah ni hanya jadi weekend home untuk kami. Tapi seandainya lepas ni aku jadi housewife maka ni la umahku syurgaku nanti. So pelan2 kayuh la orang kata nak hiaskan umah ni. Kalau ongkos nanyak tak pe la kan. Berbalik kepada citer kat atas ni, sebenarnya dah lama dok idamkan nak beli rumput nak tanam kat depan umah ni. Walaupun tanah kecik jer tapi sakit mata aku dok tengok rumput liar jer dok naik. Sepanjang duduk sini dah 3 or 4 kali racun. So aku pernah tanya jue salah sorang blogger pasal kat mana dia beli rumput dan dia kata kalau nak murah pegi kat Sungai Buluh. Rawang Sungai Buluh bukan jauh pun tapi kami tak de masa lak nak pg dan hal ditanguh dan ditangguh dan sampai kesudah belum gak beli.

Dan alkisahnya petang Ahad tue jiran aku abg Rizal n Kak Iza panggil hubby aku. Then diaorang tanya nak beli rumput tak. Ekspress punya. dia terlebih beli sebab tak ukur dulu. Kalau kami beli lepas la separuh dari tanah yang sekangkang kera tue. Pastue bincang punya bincang finally aku ngan mr hubby setuju jer beli. Dia tak markup pun ambik harga beli jugak + bagi pasir free lagi. Alhamdulillah rezki. Disebabkan tak de kete sorong nak angkat pasir dari belakang kedepan maka terpaksa la menggunakan khidmat sorang mamat India yang dok kat umah aku tu tolong. Tolong2 pun 20 hinggit jugak mintak upah. So akhirnya ade la jugak hijaunya laman umah aku atas ehsan jiran. Pasni kami nak beli tambah sikit lagi + beli batu2 sikit nak deco depan tue.

Kerja2 penanaman sedang gigih dilakukan. See dapat separuh laman jer. Jadi ladari tak de langsung
Yang baju biru ni la jiran yang jual rumput kat kami

Budak kecik yang nak enterframe jugak

Sakit Kepala Bagi ibu mengandung..kenapa yer?

Dah lama tak berceloteh panjang kat sini. Tapi tadi buka nuffnang jadi semangat sikit nak update sebab ade satu BE tengah running. Aku tak dapat nak tengok BE tue sebab kat opis ni firewall dah blog nuffnang maka kat blog kawan2 pun aku tak leh nak klik. Nasib la dah tak lama dah aku kat sini. Pasni aku kan update perkembangan dari rumah lak k. Hari ni mood kurang ok sebab aku dilanda sakit kepala yang sangat teruk. Tapi aku gagahkan jugak datang opis buat minggu2 terakhir ni. Alhamdulillah aku skang dah nak masuk 14 weeks. Tapi aper yang merisaukan aku adalah aku kerap sangat sakit kepala. Naper yer. Berkaitan dengan tekanan darah ke. Esok aku ingat nak pegi buat buku merah kat klinik kesihatan sebab dah nak masuk 4 bulan kan. So aku ingat nak refer kes ni kat nurse. Selalu kalau sakit kepala dikaitkan dengan darah tinggi kan. Masa pregnantkan Syakil aku bebas darah tinggi tapi hb aku sanagt rendah. 9 jer. Kali ni aku tak pasti sebab lum check aper2 lagi. Kita perempuan ni bila mengandung jer msti macam2 penyakit yang datang kan. Itulah nikmat jadi sorang ibu kan. Tak ternilai harganya. Maklumat yang aku dapat kalau sakit kepala time pregnant ni mungkin sebab tekanan darah dan perubahan hormon. Hope tak de aper2 la. Kalau korang ade idea dan pernah jadi macam ni share2 ngan aku k.
 Rasa nak tido jer nak rest kepala ni tapi tak boleh hu..hu..

Friday, February 18, 2011

I am 28 Years Old Today

Alhamdulillah aku masih lagi bernafas dimuka bumi ini. Syukur padamu Ya Allah kerna masih lagi peluang kepada hambamu ini untuk terus meneruskan kehidupan untuk keluarga tercinta. Lagi 2 tahun dah nak masuk 3 series. Tapi bak kata kawan aku umur hanya pada angka yang penting diri kita. Kalau pandai jaga kesihatan umur 50 tahun pun macam 30 tahun. Tiada aper yangaku harapkan cuma aku berdoa dipanjangkan usia untuk terus menjaga keluarga ku yang tersayang. mendidik anak2ku sehingga berjaya dan yang paling penting aku berdoa semoga dimurahkan rezki supaya aku mendapat pekerjaan yang tetap. Kepada mak dan ayah aku terima kasih kerna melahirkan dan mendidik aku hingga aku dapat menikmati hidup didunia ni hingga kini. Buat mr hubby tersayang terima kasih segalanya sepanjang hampir 7 tahun kita kenal ayang sanagt bahagia dengan abg. Buat Syakil mama doakan yang terbaik untuk hidup kamu dan belajarlah jadi seorang abg nanti k. Last but not least aku nak nyanyikan lagu untuk diri sendiri aci tak..aci la yer he..he..

Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birhday To Fiza
Happy Birthday to Me


Note: Pagi2 lagi Syakil dah nyanyi lagu besday kat aku. Terharu rasa sambil diiringi kata2 sayang mama. Word yang dia suka cakap kalau aku marah dia daalh sayang mama sambil peluk......

Thursday, February 17, 2011

Perkara yang dirisaukan dah pun berlaku..Aku Redha

Selamat pagi semua. Semalam tak update blog gara2 moody dan tertinggal camera kat rumah. Then petang ingat nak update gak kejap. Tapi terkedu sekejap bila dapat news yang sangat dirisaukan sebelum ni dah pun terjawab. As all of you knows, aku pernah citer pasal masa depan company yang sangat tak menentu skang  ni. Dan baru2 ni aku ade buat entry pasal ni yang mana kemungkinan besar company hanya boleh survive sampai hujung bulan 1. Alhamdulillah bulan 1 masih lagi bergaji. Tapi harapan untuk dapat projek sangat tipis dan kewangan syarikat sangat meruncing. Maka semalam satu mesyuarat dah diadakan an terjawab la semua persoalan. I'm Jobless. Yup aku hanya akan bekerja sampai hujung bulan ni saja bermakna February adalah gaji terakhir aku. Menurut kata bos aku kami diberi cuti tanpa gaji selama 2 bulan dan sekiranya ada projek jalan pada bulan May akan masuk kejer balik seperti biasa. Tapi aku tak meletak harapan yang tinggi sebab majikan aku tak menjanjikan aper2. Berbalik kepada resume yang aku hantar sebelum  ni belum ada rezki lagi dipanggil interview. Dalam keadaan sakang ni aku hanya ada masa lebih kurang sebulan jer lagi untuk mintak kejer sebelum perut aku besar. Hu..hu..
Semalam kami suami isteri telah berbincang dan membuat budget semasa untuk isi rumah sekiranya aku tidak bekerja. Nampak macam tue la Jobless sampai bersalin. Antara strategi yang dibincangkan:
  • Sekiranya aku tidak bekerja kami hanya akan duduk di Rawang dan rumah kat Batu Caves akan disewakan sepenuhnya. Tugas diserahkan kepada adik ipar aku untuk cari housemate yang sesuai.
  • Aku akan berusaha cari kejer sampai hujung bulan 3 tapi sekiranya gagal maka aku akan jadi housewife buat sementara waktu sebelum ade rezki kat tempat lain.
  • Mr hubby akan cari sebiji motor untuk ulang alik pegi kejer hari2
  • Even housewife aku kan cuba alternatif pendapatan dari rumah, mungkin online business atau cara lain yang boleh buat online.
  • Syakil akan duduk ngan mama dan potty training akan dijayakan dengan lebih mudah dan penjimatan pampers akan berlaku.
  • Minimizekan perbelanjaan isi rumah sebaik yang mungkin
Mmg nampak mudah tapi sangat susah. Aku dah bekerja kurang lebih 4-5 tahun dan mempunyai pendapatan sendiri. Once bila aku terpaksa bergantung ngan suami mungkin agak terbebankan dia. Tapi benda dah nak berlaku. Takdir Allah kita tak leh nak halang. Aku percaya ngan rezki lain yang Allah nak bagi kat kami. Dan aku juga percaya dengan rezki sikecil yang aku kandung skang. Semuanya Allah dah tetapkan. Sebagai hambanya kita kena redha. Aku tak salhkan takdir tapi menerima dengan hati yang terbuka. Kadang Allah nak duga hambanya supaya kita selalu ingatkan-Nya. Mungkin rezki aku ditempat lain. Aku kan sentiasa berdoa kepada-Nya semoga hidup kami diberkati dan dimurahkan rezki selalu.

Dari semalam aku muhasabah diri dan aku dapat ubah dari mood 
Dan pagi  ni aku dah fikir positif yang terjadi pasti terjadi
Note: Satu perkara jer aku terpaksa korbankan skang iaitu life insurance yang aku ambik terpaksa dihentikan sebab bulan2 aku bayar melalui potongan gaji. Mmg sayang sebab dah dekat 3 tahun aku ambik dan belum sekalipun aku claim tapi nak buat cam ner. Terpaksa bekorban sebab aku tak nak susahkan husband aku lak.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432 Hjrah

Hari  ni kejer esok cuti lak. Hmm macam biasa bulan February setiap tahun cuti lebih banyak dari hari bekerja. Pastue ada 28 hari jer dalam bulan 2 ni. Esok 12 Rabiulawal 1432 Hijrah bersamaan kelahiran Rasuk Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW yang dimuliakan. Buat yang bercuti Selamat Bercuti dan perbanyakkan amalan dan berselawat keatas rasul junjungan kita yang dimuliakan. Aku terjumpa artikel kat bawah ni yang boleh dikongsikan bersama.

Pengertian Bulan Rabiulawal
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-peristiwa penting
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.  

Kalau korang merajuk husband korang pujuk tak

Tajuk tue macam tanya pendapat jer hi..hi..Actually saper2 kat sini husband dia sangat romantik. Maksud aku kalau korang merajuk ker, kecik hati ker dia akan berhabisan-habisan pujuk korang sampai korang cair. Mesti ada kan. Aku tak dapat hubby macam tue sebab dia bukan jenis macam tue hu..hu..Alkisahnya sepanjang kami kawin dah nak masuk 4 tahun ni, tak pernah lagi la dia nak pujuk aku betul2 kalau aku merajuk or kecik hati. Last2 aku kena sedar diri baik balik ngan dia sebab aku dah faham peel dia macam mana. Kang tak pasal2 aku jadi ahli neraka masam muka ngan suami kan. Sepanjang yang aku ingat la, banyak kali gak la aku terasa hati dan merajuk ngan dia. Dia akan pujuk2 tanya2 tapi tak kan buat aku tersenyum pun malah sakit hati lagi ada la hu..hu..Aku buat tajuk ni bukan ape. Teringat rajuk aku malam jumaat yang lepas yang sampai tak makan malam tapi laki aku buat tak tahu ja. Sedih tau. 
Al-kisahnya malam tue aku teringin nak makan masakan panas dan kebetulan masa tue dah sampai Rawang. Kedai yang ada cuma sebelah kanan dan kalau nak pegi kena u turn balik lak. Jalan punya jalan last tak jumpa gak kedai. Dalam hati aku ingat dia nak pusing balik tapi last2 dia terus balik umah n cakap kita makan roti jer la eh. Roti beli kat tesco. Tekak aku mmg dah tak boleh telan roti. Kalau husband yang romantik msti dia kuar beli gak kan tapi tidak laki aku tau. Dia buat don't no ja. Hati aku dah nyampah tengok dia. Aku masuk tido awal. 9.30 dah tido. Padan muka coz tak dapat hadiah malam tue ha..ha..tuntutan batin gelak nakal disitu muaha.ha..
Bangun pagi2 esok kejut aku suruh solat ha..ha..Aku ni jenis cepat lupa. Hari ni marah esok aku ok la. Balasan pagi tue tiada breakfast. Cuma masak lunch yang paling simple. Goreng udang n goreng ikan je. Buat sayur sawi. Makan ngan kuah kicap. Dah petang baru aku ader mood nak layan dia balik coz lama2 kang berdosa aku. Syurga dibawah tapak kaki suami kan. Abg ampunkan ayg eh. Nak tunjuk ego sikit jer.
Korang jangan lak wat statement aku nyesal kawin ngan laki aku k. Actually aku tahu sifat husband aku ni since kami bercinta lagi. Dia romantik bab tertentu sajoq. Yang benda2 simple ni mmg dia tak kan layan. Dia jenis yang matang dan fikir kedepan dan buakn jenis suka nak jadikan benda remeh macam merajuk isu besar. Aku ikhlas terima husband aku seadanya malah aku tahu tahu aku dah memilih insan yang terbaik dalam hidup aku. Aku sangat bahagia. Kami dah ada sebuah keluarga dan aset keluarga yang lengkap. Seorang puteri dan bakal menyusul sorang sorang lagi, rumah sendiri yang selesa, kereta nak gerak sana sini dan cukup makan pakai. Aku dah cukup bahagia. Cuma satu jer yang aku doakan skang ni semoga Allah makbulkan doa aku untuk mendapat pekerjaan yang tetap. Satu2nya impian yang dah lama aku tunggu. Semoga Allah makbulkan doaku yang satu itu amin. For my hubby I LOVE YOU SO MUCH. Biar abg tak romantik tapi ayang bahagia.

Gambar sekadar hiasan. Cute kan.

Kerisauan Hati seorang mama

Bila anak sakit kita jadi tak menentu dan risau kan. Bila dah ade anak baru kita tahu macam mana mak ayah kita dulu risaukan kita. Actually masuk bulan ni dah hampir sebulan lebih Syakil batuk dan selsema on off. Dia akan ok sekejap jer dalam 2 or 3 hari pastue selsema balik. Sangat pantang kalau dia main air atau minum air ais. Dah 3 buah klinik kami pegi tapi ubat tak berkesan jugak. Semalam bawak ke pakar kanak kat Rawang. Dan dr tue telah mengatakan yang Syakil dah ada tanda2 nak kena asma n dr cadangkan penggunaan inhealer. Tapi kami mintak kebenaran nak jumpa pakar paediatrik kat ampang dulu since Syakil ada followup kat sana. Hari ni aku dah tel Hospital Ampang untuk tukar date apointment dia dari bulan 6 ke bulan 3. Buat sementara ni aku akan habiskan dulu ubat klinik semalam dan kalau tak ok jugak terus ke hospital ler jawabnya. Sebenarnya aku tak pelik kalau dia akan dapat asma coz family aku mmg ada keturunan malah semua anak2 abg aku dah kena. Dan bagi Syakil pulak risiko lebih tinggi sebab masa lahir dia dah kena jangkitan paru2 sebab lemas. Aper2 pun aku mendoakan yang terbaik untuk anak aku. Harap hari ni dia akan ok sikit. Tadi tel ibu dia, Syakil tak baper nak aktif hari ni. May b lali ngan ubat.

Friday, February 11, 2011

Kisah si budak kecik yang Manja

Budak kecik itu tak lain tak bukan my son la. Sejak akhir2 ni dia agak manja berlebih-lebihan. Agaknya emosi nak dapat adik kot. Ada gak orang kata budak ni boleh rasa kan. Tapi bila aku tanya Syakil nak adik tak. Dia akan jawab nak la.Baby gurl. Pastue mesti akan cium b aku n perut. Bg aku dia dah ready nak jadi abang skang ni. Cakap pun dah jelas dan tak baper pelat sangat. Hoby semasa kini menyanyi n main bola. Kalau sambil main pun dia akan nyanyi macam2 lagu. Semua campur aduk habis. Burung kakak tua la, buai laju2 la,twinkle la. Ikut sedap mulut dia jer la. Skang ni kalau nak hantar umah ibu aka pengasuh dia msti nangis tak nak. Yup dia dah betul2 kenal saper parent dia skang ni. Dia msti nak ikut aku pg opis pagi. Punca utama aku rasa dia jadi macam tue sebab skang ni pengasuh dia jaga sorang baby so msti dia dapat fikir something kan yang ibu tue bukan mama dia. Walaupun dia agak manja n naughty tapi kami sekeluarga terhibur sangat ngan keletah dia. Sunyi jer kalau tak dengar suara. Buat syakil mama tetap akan sayang Syakil sama macam skang ni even dah ade adik esok. Syakil kekuatan dan buah hati mama selamanya. Love you so much sayang.

Muka2 naughty yang buat mama tak jadi nak marah...

Majlis Akikah Syakil

Blog masih lagi perihal masa cuti. May b ni last entry kot. Mcam aku citer dalam entri sebelum cuti baru ni, antara perkara yang paling penting yang kami nak buat adalah akikah heroku yang sorang tue. So seperti yang dirancang petang Sabtue lepas Asar seekor lembu telah ditumbangkan. Actually ni adalah kenduri kawin anak bongsu atuk sedara aku. So mmg dia buat besar-besaran la. Semua 2 ekor lembu dan seekor kambing tapi hari Sabtu cuma sembelih seekor lembu dan seekor kambing untuk makan malam tue. Nak jadi cerita si Syakil lak boleh tido time orang sembelih tu. Maka bapanya sorang jer la yang menjadi wakil. Per2 pun Alhamdulillah kami dah tunaikan kewajipan kami sebagai parent. So pas ni tak payah fikir lagi. Tunggu nak sambut baby baru le pulak. Gambar tak banyak yang diambik sebab en hubby ang pegang camera.

Ni zaim dan ayahnya aka abg aku. Zaim adae 2 orang kakak balqis n fatihah
Lembu yang bakal diakikahkan
Tengok gambar ni baru perasan. Kurus la lembu ni ha..ha..
Ni anak2 sedara aku L-R (Nurfahtihah,Nurbalqis,Kimi dan adik aku iman)

Thursday, February 10, 2011

Dapat tiket Wayang Free. TQ Nuffnang

Dah lama rasanya aku tak buka yahoo mail sebab ada masalah sikit ngan pc aku ni di blog oleh firewall. So since semalam my bos configure firewall baru maka yahoo mail aku dah boleh buka. Check punya check email dapat satu email dari Nuffnang seperti dibawah ini.

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Feel free to drop by and collect your passes from the Nuffnang office before 28 February 2011. Our office is open from 9am - 6pm on weekdays (with the exception of public holidays), and is located at;

12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.

Once again, happy birthday and we hope you enjoy yourselves with the complimentary passes! Don't forget to give TGV Cinemas a little shoutout for being so awesome if you decide to blog about this birthday surprise ;)

*Terms and conditions apply.

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.


Wah baiknya nuffnang ek. Dan dari ape yang aku baca kat website nuffnang every month diaorg akan keluarga 1000 tiket percuma sebagai hadiah kepada ahli2 nuffnang yang terpilih. So aku tak tahu la bila nak pg ambik. Rugi gak tak ambik kan. 4 tiket tue. Ade tak sesapa pernah pegi opis nuffnang. Kat mana eh..Tolong inform aku ek.

Berjimba-jimba di Ladang Anggur Empangan Beris

Akhirnyacuti kali ni kami berkesempatan melawat ladang anggur Empangan Beris. Kaat Malaysia pun dah boleh tanam anggur yer skang ni. Jarak dari umah aku kesana jauh la jugak dalam 30 kilo macam tue. Actually masa balik cuti 5 bulan lepas lagi ingat nak pegi tapi tak de kesempatan. So kali ni lama sikit berada dikampung maka kesempatan yang ada kami gunakan untuk melawat tempat famous ni. Sebelum ni dok tengok ramai orang dah pegi so kali ni aku lak dah sampai sini. Jom layan jer gambar2 yang disnap. Aku sempat gak beli buah anggur kat sini. Agak mahal la jugak tapi yang penting fresh dari ladang la. Seriusly aku nampak sanagt gemuk dalam gambar ni. Walaupun baru 3 bulan aku preggy tapi aku dah jadi kembang semangkuk. Dan berat terkini skang adalah 54kg okeh. Tiap2 bulan aku naik 1 kg. Mmg aku akui tiada istilah turun berat badan kalau aku mengandung. Mmg akan naik jer. Dan rekod berat aku skang dah mengatasi berat aku masa Syakil dulu sebab masa Syakil masa 4 bulan berat aku baru 54kg dan sebelum deliver 67kg. Kali ni tak tahu la bayak mana berat nak capai. Dan perut aku kali sangat besar berbanding syakil dulu. 3 bulan macam dah 4 or 5 bulan ja kalau dilihat dari segi fizikal. Dan aper yang penting aku dah dapat rasa denyutan kadang2 dalam perut ni. Moga anak mama kat dalam membesar ngan sihat okeh. Jom layan gambar2 kami k.
Cun kan buah anggur fresh kat pokok tapi tak leh petik
Perutku yang buncit..hu..hu
Ni step mother aku
Mama terpejam mata lak
Motif letak beg nak cover perut hu..hu..
Yang baju hijau ni adik aku tapi lain mak la