Be My Lovely Follower

Monday, November 29, 2010

Berita Terkini dari Kampung Halaman

Dalam pukul 12 tadi adik aku call yang tok ayah aku masuk hospital pg tadi. Sakit aper dia tak pasti. So tadi aku call ayah aku tanya, then dia cakap tok ayah aku tak sedar dan lembik kaki tangan. Berita terkini yang aku baru terima dari abang aku lak, tok ayah aku kena strok. Risau aku. Kalau aper2 hal skang agak susah coz mr hubby kat Sabah. Korang tolong doakan tok ayah aku cepat sembuh dan tak der aper2 k. Aku sangat rapat dengan dia sebab dulu lepas mak aku meninggal aku ngan adik aku duduk ngan dia. Umur dia dah 80 lebih

Ni la tok ayah aku, ayah kepada ayah aku
Bersama cucu2 kesayangan. Anak abg aku yang no 2
Note: Kalau terpaksa balik kampung macam mane la nak bawak si Syakil. Aku tahu dia tak akan behave naik bas hu..hu..

Sambutan Besday Syakil Bersama Mama n Papa

Walaupun mood kelaut sebab peristiwa pagi tadi, tapi aku cuba gak wat entry ni untuk hiburkan hatiku yang lara hu..hu..Semalam as all you know besday anak terunaku yang sorang itu. Genap la Syakil 2 tahun. Tak der besday party bagai cuma sambutan bersama mama n papa jer. Pagi2 bangun tido papa dia dah nyanyikan lagu besday disney channel kat dia. Dengan muka blurnye baru bangun tido turut nyanyi sama then dia tanya "mama, kek mana". Ha..ha..aku kata nanti mama beli. Aku tak sempat nak buat kek bagai sebab petang semalam kami terpaksa balik Batu Caves awal sebab Mr Hubby berlepas ke Sabah jam 7.00 pagi maka kena kuar umah kul 5.30.
So berbalik kepada certa sambutan besday semalam. Kami just makan kat Pizza Hut jer. Dah lama tak makan. So desdinasi pertama ke pekan Rawang namun sedikit hampa sebabnya Pizza Hut kat pekan Rawang hanya for take away n delivery bagai. So aku dah malas dah ni nak pg. Tapi aku try tanya adik Ipar aku kat Selayang Mall ade pizza hut tak, then dia caap ade. So cantik sangat la coz satu hala jer. So sampai2 jer sana hujan mmg lebat giler n jalan pun tersanagt la jem. Tapi kuredah jugak demi anak tersayang. So far ok pizza hut ni. Service sanagt memuaskan. Sekejap jer tunggu. May b tak ramai org macam kat Wangsa Maju tue. So makan la kami bertiga kat sana sekenyg-kenyangnya. Dah order 6 Cheese tue order lagi sensasi delight. Motivenya nak bawak balik kat Atam jugak ha..ha.. Kat Syakil order kids meal spagetti bolognese. Tapi papa n mama yang makan akhirnya. Jom layan gambar yang diambil. Mood tiada untuk mengedit bagai. So originaly dari camera k.















Bad Monday in my life...

Salam Hari Isnin. Permulaan minggu yang sangat tak best bg aku.I have done something that will make my hubby angry with me. Tak dapat aku bayangkan kemarahan mr hubby nanti. Naper la aku leka sangat. Aku dah try hati2 tapi jadi jugak. Benda dah jadi cakap pun tarak guna hu..hu..no mood to story detail. Masih sedih dan terkilan ngan aper yang jadi. Aper yang pasti aku dah sakitkan Mr savvy Mr hubby sekali lagi. Kali ni lebih worst dari hari tue. Hu..hu..Sangat sedih yang teramat ni. Nak kejer pun tak de mood langsung.


Sunday, November 28, 2010

Happy Second Birthday Anak Mama..Sayang Kamuuu

Schedule Post
00.00 28/11/2010


Hari ni genap anak mama 2 Tahun. Betapa cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar anak mama dah besar. Semakin hari semakin cerdik, semakin memahami mama dan yang paling penting Syakil adalah helper mama yang sangat boleh diharap. Syakil peneman mama dikala suka dan duka. Wahai anakku, janganlah kau terasa hati kalau mama marah sebab semuanya ader sebab k. Mama nak Syakil jadi Insan yang berguna. Mama nak Syakil belajar dari kesilapan. Mama nak Syakil jadi dewasa dan belajar berdikari.

Sayang mama
Mama catitkan nota ini buatmu supaya satu hari Syakil akan sentiasa ingat yang mama tak pernah lupakan ulang tahun kelahiran Syakil. Even mama tak pernah buat party lagi macam kawan2 yang lain tapi mama raikan anak mama dengan cara mama ok. Andai Blogspot ini masih wujud bila anak mama dah pandai membaca satu hari nanti, Syakil bacalah catitan mama ini ok. Setiap kesakitan melahirkanmu telah terubat dengan gelagat dan keletahmu dari lahir hingga kesaat ini kamu telah menjadi sahabat karib mama.

Sayang Mama
Ingatlah anakku, mama sentiasa doakan yang terbaik buatmu. Mama Sayang Kamu. Papa sayang kamu. Jadilah anak yang Soleh yang boleh mendoakan kedua ibubapamu kelak. Akhir kata mama dan papa sangat sayang kamu dari segalanya.Jangan noughty2 tau.. Selamat Hari Lahir yang Ke 2 My Handsome Boy......Muahhhhhhhhh



Friday, November 26, 2010

Syakil is turn 2 two Days More

Tadi terbaca Entry Rina 2 Hari lagi 2 Tahun maka aku pun teringat nak buat entry ni sebelum balik rumah. Kalu Rina dua hari lagi usia perkahwinan dia 2 tahun, macam tue jugak anak teruna aku yang sorang ni lagi 2 hari Syakil is Turn 2. Dah besar anak mama. Pandangan aku pencapaian dia sangat memberangsangkan. Menurut ibu aka pengasuh dia Syakil cepat belajar n terang hati. Sejuk perut aku ngandungkan dia. Aminnn. Bagi aku cepat atau lambat anak kita bergantung pada anak itu sendiri. Bg pendapat aku syakil mmg cepat belajar tapi dia malas sket he..he..kalau membaca tue kejap jer pastue dah ajak main. Dah lama aku tak update perklembangan Syakil. So sempena besday dia lusa aku tulis sikit pencapaian dia setakat ni.
  1. Dah agak lancar n jelas bercakap
  2. Dah faham semua word yang dia cakap even ade yang pelat ade yang tak
  3. Dah pandai cakap bila berak tapi berak dulu baru bgtau (aku dalam proses nan ajar dia potty trainning)
  4. Dah pandai count 123 sampai 10 tapi kadang2 ngelat 1 sebut 6 terus
  5. ABC tak lancar sangat
  6. Kenal Abajad sikit2
  7. Dah hafal doa makan ( agak jelas ok bunyi doa makan betul2)
  8. Alif Ba Ta sikit2 baru (baru nak beli iqra') kat dia
  9. Kalau masuk rumah tak lupa bg salam, Kalau diberi barang dia akan cakap terima kasih n sama2 dua2 dia jawab, kalau nak tido akan wish gud nite mama, papa n atam, kalau minum susu akan cakap bismillahirahmanirahim, kalau bersin atau sendawa akan cakap alhamdulillah
  10. Sangat pandai membodek ok. kalau kita marah, dia akan cakap sayang mama, sayang papa atau pun akan pegang muka kita dengan gaya manja n cakap mama comelll then kiss..sangat cuteee tak jadi kau nak marah ha..ha..
  11. Helper yang sangat baik. Suruh la buat aper pun msti dia akan buat
  12. Dah agak lancar menyanyi lagu ibu, lagu barney, lagu twinkle, lagu sik2 bum2 n air pasang pagi ( Dia mmg suka menyanyi ok) Siap ader pitching lagi bila sampai bila ku berduka.....(nanti ada masa aku rekod).
  13. Satu jer yang tak best masih lagi mintak susu tengah2 malam hu..hu..
Tue jer yang aku ingat even banyak lagi benda2 yang dia buat kami tak pernah sunyi ngan gelagat dia. Anak adalah penyeri Keluarga. Pengubat suka dan Duka.

Teknik-teknik nak latih anak "Potty Training"

Syakil dah genap 2 tahun. So aku rasa dah tiba masanya aku ajar dia ke toilet. Sepatutnya dah guna pampers bila dah masuk 2 tahun tapi tue la aku hanya ada masa cuti 2 hari jer untuk ajar dia. Skang ni pengasuh dia dah jaga baby maka agak susah untuk harapkan orang lain ajar anak kita kan. Hasil carian En Google. Aku terjumpa satu website ni yang bg info pasal "potty trainning". Hope dapat jadikan panduan kita bersama. Start esok nak cuba train si syakil. Dia pun dah boleh cakap lancar skang ni. Jom tengok info yang aku dapat k.

3 Teknik Mudah Kejayaan Potty Training Kurang 7 Hari

Teknik #1: Menanggalkan lampin

Misi pertama kita adalah untuk menyedarkan anak, bahawa terdapat satu “proses” yang sedang berlaku di bahagian perkumuhannya. Tekniknya adalah; Tidak memakaikan lampin sepanjang hari (tetapi, seluarnya mesti dipakai ya, ibu-ibu Anak-anak soleh tidak boleh diajar ber-telanjang, kerana ia akan mengikis perasaan malu)

Apabila dia ter-buang air kecil untuk pertama kali di dalam seluarnya, reaksi yang mungkin anda terima ialah: melihat air mukanya yang terperanjat, ataupun menjerit memanggil anda kerana seluarnya telah basah, atau mungkin berlari ke tandas sambil berciciran “airnya” di sepanjang perjalanan.

Haa..sebab itulah, semua carpet dan tikar mesti digulung terlebih dahulu ye. Jadi, mudahlah untuk kita bersihkan kotorannya. Dan pastikan, anda tidak menunjukkan wajah yang marah, sedih atau berputus asa, kepada anak tatkala dia ter-kucil di luar tandas. Malah, inilah peluang BESAR anda untuk mengajarkannya; apabila terasa hendak membuang air kecil, pergilah ke tandas. Berikan senyuman dan dorongan kepadanya, serta tunjukkan yang anda yakin pada kemampuannya.

Apabila anak anda telah “sedar” tentang proses ini (meskipun anda terpaksa mengelap kotoranya beberapa kali..huhu), dia akan LEBIH CEPAT belajar dan mudah dilatih untuk ke tandas. Maka percayalah, anda telah pun selangkah ke arah kejayaan!

Teknik #2: Mengatur waktu ke tandas

Di dalam teknik yang saya gunakan ini, walaupun memang kita ’sengaja’ mahu anak kita, sekurang-kurangnya pernah sekali, ter-kucil di dalam seluarnya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita turut melatih cara sebenar untuk ke tandas.

Tetapkan masa, seperti: setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas untuk membuang air kecil. Bagi merangsang proses pembuangan air kencing berlaku, ajak anak ber-cangkung, basahkan kemaluan dengan air atau membuat bunyi-bunyi seperti ” shhh…”.
Sekiranya anda dapati 15 minit adalah tempoh yang terlalu singkat untuk anak anda, maka anda boleh panjangkannya ke arah 20 minit atau 30 minit. Namun selepas dipanjangkan tempoh tersebut, anak anda sempat pula ter-kucil di luar tandas, maka pendekkan kembali masa tersebut.

Walaupun dia tidak mahu membuang apa-apa semasa berada di dalam tandas, tidak mengapa. Ajarkan anak cara-cara membersihkan kemaluannya dan ambillah peluang ini juga, untuk mengajarkan anak adab-adab ke tandas. Baca doa sebelum masuk ke tandas, masuk tandas menggunakan kaki kiri, memakai selipar di dalam tandas, keluar tandas dengan kaki kanan dan lain-lain.

Lakukan teknik ini dengan suasana yang ceria dan menggembirakan. Elakkan paksaan atau meninggikan suara sewaktu mengajak anak ke tandas. Aktiviti ini mungkin agak memenatkan, tetapi yakinkan diri anda, bahawa sekiranya anda terus bersabar dan istiqamah melakukannya, maka anak anda akan CEPAT berjaya.

Teknik #3: Berikan ganjaran

Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran. Mereka akan rasa lebih teruja untuk melakukan sesuatu sekiranya ada ganjaran. Ganjaran untuk latihan ke tandas perlu diberikan setiap kali anak “berusaha” untuk ke tandas (samada anda yang menyuruhnya, atau dia pergi sendiri ke tandas).

Cuba perhatikan betul-betul, yang saya highlight kan di sini adalah ganjaran untuk USAHA, bukan untuk hasil. Bukan mudah untuk anak kita menguasai sesuatu kemahiran. Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa harus menghargai usahanya, walaupun usaha yang tidak mendatangkan hasil. Lebih banyak penghargaan diberikan atas usaha, maka LEBIH CEPAT lah usaha itu membuahkan hasil.

Antara elemen ganjaran yang selalu dipraktikkan di serata dunia ialah dengan menampalkan pelekat (sticker) bintang kejayaan. Buatkan satu jadual latihan ke tandas yang berwarna-warni untuknya. Tampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline, “ BERJAYA!!” (Contoh: Ammar BERJAYA!!).

Setiap kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada yang gembira. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga melihat kejayaannya.

Kemudian, ajak anak tampal bintang-bintang kejayaan di atas jadualnya. Katakan padanya, sekiranya bintang-bintang ini penuh sampai ke ruangan ini, ummi akan berikan hadiah. (Janjikan hadiah yang disukainya). Pasti ia akan lebih teruja untuk menambahkan koleksi bintang-bintangnya.

Yakinlah, dengan KESABARAN yang tinggi, prakstis yang KONSISTEN, KEYAKINAN terhadap kemampuan anak , KERJASAMA daripada pasangan dan DOA yang berpanjangan, anda dan anak anda akan berjaya melalui latihan ini LEBIH CEPAT daripada jangkamasa yang ditetapkan.

4 Rahsia Kejayaan Potty Training

Rahsia #1: Kesabaran

Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Apabila kita dapat bersabar kerana menahan kemarahan, maka satu tingkatan iman di dalam diri kita akan naik pada ketika itu. Mengapa kita perlu bersabar? Ini kerana, dalam kesabaran ada janji Allah swt, “Innallaaha maa’s soobirin” (Sesungguhnya Allah swt bersama dengan orang-orang yang sabar). Apabila Allah swt berjanji, pasti dan pasti Dia akan tunaikannya.
Apabila kita ber-sabar (mengawal diri untuk marah) sewaktu mendidik anak, maka secara tak langsung, kita sedang menarik magnet yang baik ke dalam diri kita dan anak-anak. Apabila ibubapa mula meninggikan suara kerana marah, magnet kegembiraan akan hilang, dan magnet kesedihan mula menyelubungi jiwa ibubapa dan anak-anak.
Nampaknya, kemarahan tidak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak (ibubapa & anak). Jadi, tiada jalan lain melainkan…BERSABARLAH

Pernah satu ketika di zaman Rasulullah saw, seorang sahabat (yg masih jahil) telah membuang air kecil di dalam ruang solat. Apabila ternampak kelakuan itu, sahabat-sahabat lain mahu memarahi & menghalangnya. Tetapi, Rasulullah saw dengan tenang telah berkata, biarkan dia selesaikan urusannya terlebih dahulu. Apabila sahabat yang masih jahil tadi selesai membuang air kecil, barulah Rasulullah saw datang kepadanya dan memberikan nasihat dengan penuh hikmah.

Sampai ke tahap itu kesabaran Rasulullah saw ye. Sebagaimana yang telah kita maklum, berkat kesabaran itulah, Rasulullah saw berjaya mendidik sahabat-sahabat sehingga menjadi umat yang sangat cemerlang (walaupun asalnya, mereka ini lebih teruk akhlak dan moralnya jika dibandingkan dengan umat di zaman ini)

Semoga kita juga dapat mencontohi kesabaran Rasulullah saw dalam mendidik anak-anak. Yakinlah bahawa, dalam kesabaran, ada kejayaan.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Amalkan doa ini pada setiap masa: “Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

Jika terasa hendak marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika sudah duduk, tetapi masih tidak hilang kemarahannya, maka baringlah. Dan jika dalam keadaan baring pun masih belum dapat menahan marah, maka berwudhu’lah. Senyum pada anak, senyum dan senyum, sehingga magnet kemarahan dan kesedihan itu hilang. Tarik magnet kegembiraan dengan senyuman atau ketawa, maka insyaAllah, Allah swt akan kurniakan perkara yang terbaik untuk kita dan anak kita.

Rahsia #2: Konsisten

Anda perlu konsisten sewaktu melatih anak ke tandas. Maksudnya, tidak boleh dilakukan seperti ini, hari #1 tidak pakai lampin, hari #2 (sebab ummi dah penat anak pakai lampin kembali. Oh, tidak…ini tidak boleh.

Atau seperti ini:
Ketika berada di rumah, tidak pakaikan lampin. Tetapi, apabila hendak keluar shopping, atau sewaktu berada dalam kenderaan kerana musafir yang panjang, anak dipakaikan lampin kembali. (kerana khuatir najis ter-tembus, atau tidak sempat ke tandas dsb). Ini juga tidak boleh. Ya, TIDAK boleh.

Sekiranya anda mahukan latihan ini berakhir dan berjaya dengan cepat, maka anda perlu konsisten. Tidak kira walau apa pun yang berlaku. Satu amal yang sedikit, tetapi konsisten @ istiqamah, lebih disukai oleh Allah swt daripada amal yang banyak tetapi tidak istiqamah. Sama lah juga dengan potty training.

Apabila ibubapa mula hilang konsistensi, maka anak akan terkeliru. Anak akan terfikir; “Apakah aku patut buang najis ku di sini (diaper) atau di sana (tandas)?” “Kadang-kadang boleh buang dalam diaper, kadang-kadang tak boleh? Isy…mana satu yang betul..confuse, confuse.. ”

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Untuk ibu yang bekerja, ambil cuti seminggu untuk membuat latihan ini. Ini kerana, tidak semua pengasuh dapat mengambil alih tugas potty training dengan sempurna. Kebanyakannya tidak sanggup, kerana latihan ini akan membebankan mereka.
Pilih satu minggu yang kosong (anda dan anak tidak mempunyai sebarang sebab untuk keluar dari rumah seperti untuk menghadiri majlis perkahwinan, atau membeli belah dan sebagainya) Dengan ini, anda akan mudah konsisten.

Dengan langkah yang diajarkan sebelum ini, biasanya, waktu kritikal adalah cuma 3-4 hari sahaja. Namun, untuk menambahkan lagi keyakinan dan keupayaan anak, maka kita berikan mereka peluang selama seminggu.

- 30 minit sebelum anak tidur, pastikan dia tidak minum air.
- Ajak anak ke tandas sebelum tidur.
- Ajar anak beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
- Zikir selalu Apabila kita selalu ingat kepada Allah swt, maka bantuanNya akan mencurah-curah datang kepada kita.

Rahsia #3: Keyakinan

Ini adalah TOP SECRET dalam kejayaan melatih anak ke tandas. Satu perkara, yang dapat membawa kejayaan proses ini LEBIH cepat daripada biasa ialah dengan keyakinan. Btw, yakin pada siapa ye?

1. Yakin pada pertolongan daripada Allah swt,
2. Yakin pada diri sendiri,
3. dan yakin pada kemampuan anak

Dengan keyakinan pada Allah swt, kita akan selalu berdoa, memohon pertolongan daripadaNya (waima untuk buat potty training pada anak!) Ya, dalam apa jua keadaan sekalipun ber-doa-lah pada Allah, kerana itulah senjata paling kuat untuk orang-orang mukmin.

Yakin pada diri sendiri pula akan meningkat apabila keyakinan kepada Allah swt diusahakan. Tiada keyakinan diri yang lebih hebat, daripada merasakan yang Allah swt sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Dia sentiasa membantu kita, dan Dia juga yang akan memberikan kejayaan buat kita.

Yakin pada kemampuan anak. Ini adalah bahagian yang mungkin agak sukar dalam latihan ini, namun ia boleh dibentuk. Menurut kajian, kanak-kanak adalah makhluk yang dilahirkan dalam keadaan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kita sebagai ibubapa lah, yang mencorakkan keyakinan diri nya, samada mahu terus membinanya, atau meruntuhkannnya.

Apabila anak melihat ibubapa yakin terhadap kemampuan mereka. Maka, keyakinan mereka akan meningkat dengan pesat. Tetapi, apabila anak melihat ibubapa hilang keyakinan pada kemampuan mereka. Maka keyakinan mereka akan menurun sedikit demi sedikit.
Ini kerana, kita adalah orang yang paling mereka sayangi di muka bumi ini. Sedikit sebanyak, persepsi kita memberi kesan kepada jiwa mereka.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Terus konsisten dalam latihan ini. Jangan sarungkan diaper sewaktu hendak ke pusat membeli belah atau semasa dalam kereta, kerana anak akan fikir; “ummi tidak yakin pada kemampuanku, sebab itu dia pakaikan diaper”, “aku akan cakap bila terasa hendak ter-kencing, tetapi kenapa ummi masih pakaikan diaper lagi? Mungkin sebab, aku belum berjaya kot”

Sentiasa berikan taghrib (motivasi) kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. Contoh-contoh ayat;

(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Iman berjaya!! Sayang anak ummi..Mmuaahh”
(Sebelum keluar dari rumah) “Zakwan akan cakap dengan ummi bila terasa nak buang air kecil,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak ummi..mmmuaaaah!”
(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Ibtisam, nanti ummi lap. Lain kali, kalau Ibtisam rasa nak terkencing, Ibtisam terus pergi ke tandas, tau. Ummi yakin Ibtisam boleh buat. Sayang Ibtisam..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.
Apabila anda yakin pada kemampuan anak, mereka akan cepat berjaya. Yakinlah kepada kemampuan anak dengan sepenuh hati, kerana apa yang dirasakan dalam hati, akan terpancar melalui perbuatan kita. Jangan biarkan anak ter-hidu walau sedikit pun ketidakyakinan ibubapa terhadap diri mereka.

Rahsia #4: Kerjasama pasangan

Dalam apa jua proses pendidikan anak-anak, kerjasama pasangan merupakan success factor (faktor kejayaan) yang paling terunggul. Ceritakan dan rancang bersama dengan pasangan anda, bagaimana untuk menjalankan latihan ini. Tetapkan masa yang sesuai, di mana anda dan pasangan sudah bersedia untuk melalui latihan ini.

Kerjasama ini bukan bermaksud pasangan anda mesti menolong mengelap, membasuh dsb (Jika anda memperoleh kerjasama seperti ini, Alhamdulillah Percayalah, ia adalah satu BONUS bantuan daripada Allah swt. Kerana, tidak semua isteri, mendapat sokongan seperti ini)

Kerjasama mungkin juga dalam bentuk sokongan motivasi secara lisan atau sekurang-kurangnya tidak menambahkan beban kerja untuk anda yang sedang menjalankan latihan ini kepada anak. Kebiasaannya, ibu yang akan memainkan peranan besar dalam potty training ini memandangkan wanita dikurniakan oleh Allah swt dengan sikap sabar. Sekiranya pasangan anda, kurang melibatkan diri dalam latihan ini, jangan sedih atau putus asa. Berbalik kepada Rahsia #3: Yakin pada pertolongan Allah swt.

Amalan yang boleh dilakukan sepanjang melatih anak ke tandas:

Zikir yang boleh diamalkan: Hasbunallaha wa nikmal wakiil. A’lallahi tawakkalna (Cukuplah Allah sebagai pembantuku. KepadaNya lah aku berserah)

Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
1. Subhanallah 33x
2. Alhamdulillah 33x
3. Allaahuakbar 33x
4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x

Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi sehingga akhir hayat. InsyaAllah

Semoga anda memperoleh manfaat daripada perkongsian ini. Saya juga budak baru belajar, seandainya ada kesilapan, tolonglah betulkan. Terima kasih atas sokongan anda semua. Dan tidak lupa juga, Semoga Berjaya!!

Info aku dapat kat SINI

Untuk permulaan waktu malam msti aku kena gak pakaikan pampers. Atau aku boleh beli CD sebagai gantikan pampers dan jugak kena ada gadget toilet untuk budak tue kan. 







~1st GA Bahagia Ku Di Sini a.k.a Fieza79~


Nama kami serupa tapi umur kami berbeza dah semestinya dia lebih cun dari aku. Ikhlas ni puji yer kak..hi..hi..Selalu gak kak Fieza singgah blog aku. So hari ni aku nak join simple GA dari dia. Jom join ramai2 k. Semua syarat2nya mudah ajer. So kalau nak join korang leh terjah kat Sini ~1st GA Bahagia Ku Di Sini a.k.a Fieza79~.
Jom ramai2 sertai GA mudah ni k disamping menambah kenalan blogger leh dapat hadiah free. Hadiahnya ole2 dari cameron highland. Tarikh tutup GA ni 14 Disember 2010.

Bila Syakil Mengamuk....Nak Swimming

Skang ni kan musim cuti sekolah, maka ramai la budak mandi pool petang2. Si handsome Boy aku aper lagi bila tengok ramai orang kat bawah maka melalak la nak turun jugak. Masuk rumah terus cari pelampung dia n ajak turun jugak. Aku bukan tak nak bagi tapi dia mmg agak sensitif kalau mandi sikit jer esok sure selsema nye. Tapi petang Isnin tue mmg melalak tak hingat nye maka aku pun mengarahkan mr hubby bawak la turun kejap. Lagipun dah pukul 6.30 masa tue..Aku lak cari camera ha..ha.. nak ambik gambar coz aku belum pernah ambik gambar diaorg mandi pool kat bwah umah ni since kami pindah sini. Jom layan jer gambar yang sempat aku ambik k...

 Syakil dan abg2 angkat. Jumpa masa kat kolam
 Syakil n papa
Mr hubby mmg tiap2 petang swimming skang ni kalau kami kat Batu Caves coz dia kata rugi jer bayar bulan2 maintenance 100 kalau dah guna kemudahan yang ada. betul jugak kan. Lagipun swimming adalah terapi yang baik untuk kurus. Aku kena belajar berenang la cam ni.

Note: Kalau aku ajak pi bercuti mr hubby msti bg alasan macam ni. Tak yah la tido hotel kat umah kita pun macam hotel dah. Tinggi n ada pool..hu..hu..

Seminggu Tanpa Yang Tersayang

Macam biasa kalau tajuk seperti diatas maka maksudnya mr hubby akan pegi outstation ler cuma kali ni untuk tempoh yang agak lama. Dia akan ke Sabah dari Isnin sampai la Jumaat. Lama kan..hu..hu..Bagi aku even kena tinggal sehari pun aku rasa lama yang amat. Sebabnya husband aku tak pernah tinggalkan kami kalau dia tak kuar outstation. Maksud aku tiap2 hari dia hanya habiskan masa bersama aku ngan Syakil jer kat umah. Dia jarang atau boleh kata tak pernah kuar bersosial ngan kawan2 tanpa anak bini. Dia lebih suka habiskan masa kat umah bersama kami. Kalau kuar pun dia msti nak jugak aku ikut. Sebab tue even dia tak de sehari pun aku dah rasa sunyi n kosong sangat. Sepanjang dah hampir 3 tahun kami kawin dia hanya pernah berjauhan ngan aku paling lama dua minggu masa aku bersalin dulu. Korang ade rasa macam tue tak.Hu..hu..emosional lak pagi2 ni. So seperti biasa bila dia tak de maka aku kena drive la pg balik kejer. So far Alhamdulillah aku dah rasa confident sikit bawak keter skang ni even tak betul2 pro lagi tapi dah improve dari dulu la. Hope minggu depan semuanya selamat. Aminnnn. Aku nak kongsi sket pengalaman aku drive sendiri telah mengakibatkan kesakitan kepada Mr Savy my hubby. Actually dah lama masa aku mula2 drive sendiri masa mr hubby keSabah hari tue. Aku telah dengan tak sengaja mencalarkan Mr. Savy itu. Nasib la hubbyku tak melenting sangat tapi marah la jugak hu..hu..Puncanya aku nak masuk parking kat umah masa nak naik tue tak cukup ambik tanjak maka tak lepas la.

Ni la kecederaan Mr Savvy kesayangan my hubby. Teruk la jugak calarnya.

Thursday, November 25, 2010

Kedai Dobi Fiza Taman Garing Utama Rawang

Muaha..ha..bila masa pula aku buka kedai dobi eh. Actually umah aku mmg macam kedai dobi tiap kali tiba hujung minggu. Mmg tak nampak rumah la coz keliling pagar sidai baju. Bila membasuh seminggu sekali gini la keadaanya. Selagi rumah batu caves tak dak mesin basuh maka setiap minggu la kami akan angkut sana angkut sini tiap2 minggu hu..hu..Kat bawah ni kedai dobiku selepas hampir dua minggu tak basuh baju disebabkan mr hubby ada kursus 2 minggu lepas n kami stay hujung minggu kat Batu caves jer. Mama syakil lak tak kuasa nak basuh guna tangan ha..ha..



See mmg macam kedai dobi kan. Ni nak melipat pun satu hal jugak

Cerita Hari Raya Aidiladha yang lalu

Lamanya baru nak post citer ni. Bukan ape minggu ni aku agak busy ngan preparation for something. So lepas aku edit gambar Isnin lepas baru hari ni sempat nak posting cerita lama. Skang ni blog aku mmg tak der la BE coz jarang update blog dan tak der visitor maka en nuffnang dah merajuk hu..hu..Honestly aku tak dapat nak jadi blogger tegar lagi. Aku kejer ngan swasta so masa aku nak buat posting agak sangat terhad. Pastue lak kekangan kat umah tak de internet. Aku just berblog suka2 jer bukan nak cari duit sangat kalau dapat tue alhamdulillah la rezki. Ok berbalik kepada citer raya haji seperti aku mention sebelum ni kami hanya berya kat rawang jer. So kami hannya makan n makan jer kat umah. Jom layan picas yang sempat diambik.

My hero dipagi raya. Sangat happy ok
No duit raya so aku just sediakan snake untuk budak2 ha..ha..
Pre besday syakil sajer2 wat kek kat dia
  Semanagt nak potong guna pisau dapo saje ha..ha..
 Atam pun nak bergambar jugak
 Menu raya..Rendang Versi Fiza
 Kuah Mee Bandung kat atas dapur tengah masak
 Mee Bandung special Fiza
 Apam Pelangi yang tak baper nak jadi pelangi tapi gebus
  
Note: Semua ambik dalam periuk jer tak sempat deco bagai. Kek tu aku buat ikut aku jer mmg sememeh jer tapi rasa sedap cukup ler ha..ha..