Be My Lovely Follower

Thursday, December 20, 2012

Perjalananku sebagai breastfeeding mom..

Pejam celik pejam celik dah pun nak hujung tahun kan. 2012 meninggalkan kita 2013 pula menjelma kan. Lama dah x bercerita pasal bf kat sini kan. Syafi masih minum susu aku sepenuhnya. Dia x nak minum ye susu fm sebab aku pernah try bg but dia muntah. ha..ha..Aku x terniat pun nak bg fm kat dia since susu aku masih cukup untuk keperluan dia..chewah ayat he..he..aku cuma nak test dia je tue pun gn susu abg dia nyata susu mama x leh ditandingi oleh mana2
fm he..he..
Tapi susu kotak dutch lady or fresh milk dia minum gak even kuantiti sikit je la. Kalau ditanya tentang aktiviti mengepam mmg dah lama aku x buat la. Tapi kan susu aku masih banyak sebab ape masa aku tinggalkan dia sehari masa aku pergi lapor diri jadi guru tadika yang x jadi tue cik b mmg bengkak n terpaksa marmet hu..hu..kat umah mmg x leh nak tahu kan banyak sket sebab dia asyik ngempeng je.
Ape2 pun aku bersyukur diatas rezki yang dikurniakan untuk anak aku. Perasaan sangat terharu dan gembira sebab masih lagi mampu memberikan rezki susu yang terbaik untuk anak aku. Setiap kali mendengar tegukan susu tatkala si anak menyusu tak tergambar dengan kata2 perasaan aku sebagai mama. Harap perjalanan aku dipermudahkan hingga Syafi 2 tahun...Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.9

20122012 date yang sangat cantik

Hmm tahun ni tahun last ade date cantik macam ni kan..mana ade bulan 13 lak kan hu..hu..tunggu tahun 2020 la pulak.
Selepas 121212 hari ni 20122012. Mesti ade org kawin kan hari ni..Pe2 pun Alhamdulillah bersyukur kehadrat-Nya kita masih bernafas dengan diberikan kesihatan yang baik hari ni.
Have a wonderfull Thursday

Bye..posting..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kerjaya VS Anak-anak

Dah lama tak bercerita pasal diri aku kan. Tentang kehidupan aku selapas tak keje. Tercapaikah ape aku pernah tulis kat sini dulu? Dapatkah aku laksanakan impian aku dulu selepas berhenti keje? Gembirakah aku dengan kehidupan skang? Hmm banyak persoalan kan.

Selepas lebih 2 tahun tak keje dan hanya menjadi full time housewife membesarkan anak2. Aku tak buat ape2 busines pun sebabnya aku rasa aku tak de talent nak berniaga. Aku tak tau cam ne nak mulakan. Mr hubby pernah tawarkan aku modal untuk business tapi aku takut nak ceburkan diri. Aku pernah terfikir nak bekerja semula bila anak dah besar tapi dengan pengalaman tak seberapa gaji yang ditawarkan tak berbaloi sangat bila dah tolak kos2 yang terpaksa dibayar bila aku keje.

Hinggalah awal bulan 11 hari tue masa tengah sibuk mencarikan sekolah untuk Syakil aku terfikir nak apply jadi guru tadika. Kebetulan area rawang ni ade Little Caliph cawangan Rawang baru nak buka so aku mencuba nasib menghantar resume dan akhirnya dipanggil interview. Rezeki berpihak kepada aku apabila aku terpilih antara 3 orang yang interview hari tue. Gaji yang ditawarkan standard guru tadika la 1k++. Memula aku ingat guru tadika hanya setengah hari atpi sebaliknya Little Caliph ade transit so kena keje sampai 6 petang.

Aku datang lapor diri dan mendapat jobscope tentang tugas2 yang perlu dilaksanakan. Memang masa kerja sangat panjang dan bg aku komitment juga tinggi. Aku boleh terima lagi semua tugas tue tapi bila masuk bab yuran anak aku tetap kena bayar syakil harga school n transit yang sama macam budak2 lain aku dah rasa x best dah. Then aku mintak nak bawak Syafi petang tapi pengetua tak bagi mean aku tetap kena hantar pengasuh fullday malahan kena charge overtime lagi sebab aku mesti balik lebih pukul 6 punya. Hmm dah rasa macam tak boleh nak go ngan kejer ni.

Then balik bincang ngan hubby bagai aku akhirnya buat keputusan tolak job ni. Aku nak kerja guru tadika ni sebab ingat 2 in 1 aku leh hantar anak sekolah n kejer sekali tapi sebaliknya kalau aku terima job ni mean anak2 aku lak terabai. Mungkin boleh accept kalau gaji setimpal tapi bagi aku mungkin lebih sesuai untuk orang belum kawin kot.Aku sayang anak-anak lagi dari keje untuk gaji tak seberapa ni.

So, aku kembali jadi suri rumah yang tak perlu nak fikir banyak masalah. Cuma aku berazam nak ubah hidup aku. Aku nak buat sesuatu yang at least dapat banggakan suami aku. Bagi aku bagi usia skang ni kalau nak tambah income nak cari kejer makan gaji mmg tak kan dapat gaji ok dengan pengalaman aku yang sikit tue pun bukan bidang aku. So mungkin kena cari kekuatan buat business jugak. Harap impian aku berjaya. Orang lain boleh aku pun boleh demi keluarga n masa depan aku. Doakan aku berjaya k..keep smiles always......cheers

Wednesday, December 19, 2012

Breastfeeding vs period

Tajuk macam dah boleh tau ape isu aku nak citer dalam entry kali ni kan. Ok sejak aku kering darah nifas sampai la skang Syafi dah 1 Tahun 4 bulan lebih aku masih lagi bebas period mean tak datang period langsung. Masa mula2 dulu ade la datang sket2 macam coklat2 je tapi tak pernah lagi datang period macam selalu sebelum pregnant.

Masa awal2 aku asume mmg normal la sebab aku kan fully breastfeed si Syafi. Tapi bila dah menginjak setahun aku dah mula risau sebab si Syafi kan dah makan macam2. Tapi aku tunggu lagi sampai la skang dah 1 tahun 4 bulan masih tak datang gak period hu..hu..Aku sangat risau ok. Bukan risau pregnant sebab aku mmg ambik planning pun tapi risau aku sakit lain je.

Actually aku tak makan perancang tapi aku ambik MAB as family planning. So tiap 2 bulan sekali aku kan chek gak upt takut terbabas. ha..ha.. cuma yang menjadi kerisauan aku skang perlu ke aku ambik ubat bg period eh. Saper ade pengalaman macam aku yer. Kalau aku google ade gak info bagitahu ade yang tak datang period sampai 2 tahun pun ade dan yang terus sambung pregnant pun ade. Skang ni dalam kepala otak duk fikir nak jumpa dr mintak ubat bg period je. So boleh advice tak aper perlu aku buat eh. Please help me...


VS
 

Kemuncak tahun 2012 semakin hampir 2013 menjelma

 
Lamanya blog ni terbiar. Tiada cerita diupdate sedangkan tuan tanah wujud je hu..hu..Banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup aku dari kisah aku, anak-anak dan family. Tiap kali buka blog nak update ade je gangguan baik anak mahupun perkara2 lain macam tugasan harian yang x pernah habis maka blog mengupdate kelaut sudah.
Facebook hari2 aku buka tapi dah lama x update status mahupun upload gambar. Mood bergambar pun agak kurang gak sebenarnya. Kalau dulu masak sket ambik gambar tapi skang aktiviti tue x de lagi. Bila x de gambar maam tak best nak update kan hu..hu.. Walaubagaimanapun aku tetap ikuti blog kawan2 yang lain even sekadar menjadi silent reader je tanpa jejak ditinggalkan.
Tetiba ari ni terasa nak mengupdate dan rindu nak menulis. Tak kisah la ade pembaca ke x janji aku nak tulis gak ha..ha.. Mood skang sangat teruja nak hantar syakil pegi sekolah tahun depan. Even dia lambat setahun pergi school hope dia boleh belajar berdikari nanti. Akn update kemudian tentang sekolah dia k.
Ok ade masa aku story lagi..
Bye update ♡♡♡♡
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 26, 2012

Aku rindu dengan blog aku..

Hati sedikit terusik bila aku baca balik blog usang aku ni, terlalu banyak kenangan dalam ni terutamanya citer tentang syakil. Sebagai manusia biasa kita pasti x dapat nak ingat semua perkara yang berlaku dalam hidup kita kalau x de catitan kan.
Sedikit rasa ralat dan bersalah dengan diri sendiri bila banyak moment2 penting dan pencapaian Syafi aku x catit kat diari maya aku ni. Nak kata x de masa pun ade gak masa tapi kn curi2 masa la bila jadi suri rumah dan ade anak kecik mmg no more time nak ngadap depan pc lelama. Nasib le skang ni zaman smartphone makanya kalau aku wujud di alam maya ni macam fb aku hanya beronline gn phone or tab je..
Aku betul2 rindu saat2 aku update blog setiap hari macam dulu. Berblog bukan niat nak org baca or tahu pasl hidup kita tapi untuk merekodkan perkara2 penting dan saat manis yang jadi dalam hidup kita..
Aku akui malam2 mmg aku flat habis nak stayback lewat2 malam sebab pe sebab aku penat sangat siang hari. Makin besar anak2 makin penat nak jaga..hu..hu..2/2 hero aku suka bergaduh. Yang kecik pun x nak mengalah ngan siabg..Dan satu perkara lagi buat aku penat dua2 x nak tido siang. Syafi kalau tido siang pun paling lama setengah jam je..dan peel dia skang asyik nak bergayut je ngan cik b..
So mood skang cuba nak berblog macam dulu balik..nak update n ubah ape yang patut macam layout n so on. Wahai mood datanglah..hu..hu..
k till see u guys again..nak tido dulu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah

Buat semua blogger yang aku kenal ataupun tidak aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan AL-Mubarak 1433 Hijrah. Alhamdulillah syukur diatas nkmat-Nya yang masih memberi aku kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Aku memohon ampun dan silap kalau ada salah dan silap. Marilah sama2 kita banyakkan amal ibadat dibulan yang mulia ni..semoga diberkati oleh-Nya Amin..

Note: hope dapat puasa penuh sebabnya aku belum didatangi cik P hingga kini..

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 18, 2012

Buku Kompilasi Resepi Untuk Simanja

Blogger chipsmore udah muncul he..he..inilah aku. Kalau mood ok aku update kalau x brapa nak ok senyap jer la. Tapi malam ni aku bersiaran lewat malam sebab menunggu en suami pulang dari outstation. Rindu weh. Dah seminggu kena tinggal. Naper lewat. Sebab flight dia lewat malam daa..So sebagai isteri solehah maka haruslah menanti dengan penuh kasih sayang..chewah...

Melalut citer lain lak aku ni. Actually berbalik kepada tajuk kat atas tue aku just nak share pasal info yang aku dapat kat facebook ni. Sejak si Syafi susah sanagt nak makan ni aku pening nak masak ape kat dia. Hinggalah satu hari aku terjumpa satu group ni kat facebook yang sangat2 membantu ibu kurang ilmu memasak macam aku ni. Korang yang pening nak masak pe or nak share resepi boleh join group ni kat facebook k. Group Solid and Semisolid food for your baby. Banyak idea yang ibu2 kat sini kongsi.

So bila aku duk view group ni terjumpalah satu link website buku kompilasi hidangan simanja. Buku ni aku pernah tengok satu kedai online jual RM 20 hinggit. Hampir nak beli tapi tak jadi tapi nasib gak tak beli sebab leh dapat free jer soft copy. So aku nak kongsi kat sini ngan korang k. Boleh la print sendiri ek hi..hi...Link seperti dibawah ni..

http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf

Banyak info and idea-idea untuk masak kat baby dalam ni so korang leh download k. Sama-sama kita merajinkan diri masak untuk anak2 k.



Friday, June 8, 2012

Careal cheezy pancake for baby

Bila sianak suka mkn maka si ibu mula la mencari pelbagai resepi untuk sianak. Dulu ms syakil pun aku pening fikir nk msak pe kat dia. Sebab utama dia seorg yg susah mkn. But si syafi lak berbeza. Msak pi la ape pun dia msti makan nye.

Maka gigih la aku menggogle resepi. So aku terjumpalah salah satu resepi breakfast untuk bb especially yg dah ade gg ni. Resepi ni aku ubh nma sket n ubah sket bhan2 dari resepi asal.



Resepi careal cheezy pankek ( dapat dr blog kongsiresepi.com)
4 sudu besar tepung gandum
2 1/2 sb nestum ape2 jenis la..aku gn yg out + prun sebab syafi x suka mjn nestum tue so olah msakan dia mkn la.
Air secukupnya
Sedikit baking powder (resepi asal x letak)
slice cheese dipotong2

Cara2
Campur tepung,baking powder n nestum n msukkan air.
Bancuh mcm nk buat pancake biasa
Msukkan cheese n gaul rata
Then goreng la kat non stik pan
Siap dimakan.
Syafi suka so leh try untuk bb korang lak k.
Selamat mencuba

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 6, 2012

Resepi apam pelangi gebu

Hr ni mood rajin datang nk mendeco he..he..maka setelah menggoogle sana sini terciptalah apam pelangi yang sana sini duk buat skang dan x kurang yang menempah bagai.

Malangnya apam pelangiku ada jerawat batu lak..x pasti nape namun x menjejaskan rasanya yang gebu dan lemak manis gitu.

Jom view resepi duly yang aku ambik dalam salah satu blog masakan. Ni sumber dr potret kasih

Bahan2
2 biji telur (kalau kecik gn 3)
150g gula halus (2/3 cwn) aku gn 90g je
150g tpg gndum (1 1/3 cwan) + 1 sd kecil bking powder aykan
125 ml santan (gn santan kotak je)
1sd kecil overlet
1/2 sudu teh esen vanila
Secubit garam
Pewarna yg anda suka

Cara2
Pukul telur,gula, n overlet sampai putih gebu
Masuk esen vanila, garam n santan
Kemudian msukkan tepung n gaul rata
Bahagikan sama banyak kedalam bekas berlainan n warnkan
Tuang kedalam loyang secara selang seli n kukus hingga msak.

Hasilnya mmg sangat sedap ditekak aku ler but sayangnya my hubby kurang minat apam2 ni.

Sebelum kukus


Selepas kukus




Amcam terliur x. Nak order ngan aku ha..ha..dijamin sedap. Aku jual murah2 jer.

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 5, 2012

Si cute syafi dah hampir 10 bulan

Sekejap je ank teruna kecik aku dah nk masuk 10 bulan. Selama 10 bulan jugak la aku dah susukan dia tanpa susu formula. Jauh lagi perjalanan nk cukupkan 2 tahun. Tapi aku sangat berbangga dengan pencapaian aku setakat ni sebab masa syakil dulu tak sempat nak rasa moment indah df baby.

Even banyak dugaan dan cabaran nak jd fully bf mom ni aku kan tabah melaluinya. Cabaran terbesar yang aku lalui skang adalah kesakitan...hu..hu..syafi dah ada 4 batang gg 2 atas n 2 bawah. Tiap kali df msti dia akan ggit cik b bukan lawak2 punya gigit tapi ggit betul2 tau. Sampai aku kena cubit pipi dia baru dia lepas. Sakitnye masyaAllah tapi aku cb x give up n terus df dia. Selalunya dia akn gigit kuat bila diakhir dia nyusu n dia dah kenyang mk gg dia akn main2 niple..hu..hu..sabar je la.

Ok entry ni nak bercerita psal perkembangan syafi sebenarnya tp melalut pasal df lak. So bnyak gak dia dah capai pada usia 9 bulan lebih ni. Antaranya:
- dah mkan macam2..bubur dah x nak tp mkan nasi lenyek ngan sup ape2 je
- dah memanjat katil tp x pandai turun lg
- suka cari pasal ngan abg dia contoh berebut mainan abg dia n selalu la kn pukul ngan abg.
- dah berdiri tegap tapi penakut nk lepas tngan
- dah pandai clap hand n wave bye2
- word mama n papa je.
- seorang yg suka makan suap la ape pun msti nganga mulut dia
- pencapaian terbaru dah pndai letak tel kat telinga n ckp bhsa dia but dia tahu la tel tue untuk cakap n letak kat telinga. Clever boy he..he..
- dah pandai main ngan abg dia
- rekod first time demam pada usia 9 month 2 weeks.

Tu je yg aku ingat setakat aku bersama dia 24/7. Jaga anak sendiri 24 jam sangat berbeza dengan kita hantar kat pengasuh. Dia lebih manja compare syakil. Dan of course la kita lebih berpuas hati sebab setiap pencapaian dia kita dapat ikuti sendiri. Moga anak mama membesar dengan sihat yer. Syang syafi n syakil.




Makan sayur stim



Sedap la mama



posted from Bloggeroid

Sunday, June 3, 2012

Alhamdulillah dah berjaya training syakil free botol susu

On his age 3 years 6 months aku berjaya hentikan syakil minum susu guna botol. Now dia minum lg susu but using training cup je.
Mmg hati kita kn kuat n keras nk training diaorg ni. X boleh kesian. Mmg ms mula2 diaorg akn meraung bagai tp buat keras hati je. Lama2 ok la. Aku memula ajar minum gn cawan je tp dia lmbat benor nk habiskan susu tue..kadang2 bncuh buang je. So solution kn la bl training cup yg blh minum smbil baring. Mmg mhal sket tp x pe la jnji no more botol puting k.
Since dah minum pakai training cup je dia dah kurang minum sehari 3 kali je. Nk hentikan minum susu terus pun x leh gak. Sebab sedia maklum anak aku kategori sangat sudah mkn. So dia msih lg bergntung dengan susu.


Ni training cup yg papa dia bl. Jenama tommy tippi. Kalau minum baring x tumpah.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 5, 2012

Tea time with light cheese cake

Selamat petang semua..hr ni cuti x kuar ke..aku kat umah je sebab mr hubby bt keje2 maintainance dalam umah so dia penat..hr ni aku berjaya hasilkan light cheese cake yang resepinya aku ambik dr blog akak sue-hasue. Senang je nak buat eh. Kek ni gebu n lembab2 gitu. Dah nama pun cheese cake msti la lembab k..sedap gak kek ni..x manis sangat just nice rsnya.





posted from Bloggeroid

Saturday, April 21, 2012

Mood rajin semalam terhasil la devil food chocolate cake

Dah lama terliur nak makan kek ni tp kekangan masa ngan anak kecik ni tak terbuat even semua bhan dah ade.
Semalam dengan gigihnya aku sanggup tido lambat untuk siapkan kek yg yummy ni. Sib baik sedap n berbaloi le tido lmbat he..he..
So korang pun leh try buat resepi google je lam internet he..he..mmg sedap sangat kek ni tambah2 mkn sejuk2..



posted from Bloggeroid

Wednesday, April 4, 2012

Alhamdulillah my hb dah besar n bijak

Dah lm x bercerita perihal ank bujang sulungku, syakil. Alhamdulillah syakil dah pun 3 thun 4 blan. Dah bijak dan banyak perkara dia dah berdikari.
Tapi peel dia kn marah dulu br dia akn buat ataupun upah something mcm bwk pg kedai ke,tesco ke..
Even aku lum hantar dia pg school atas permintaan papa dia yg risau ank bosan maka dia dikerah blajar kat umah. Tapi biasa la kat umah x de prs aka pengaruh rakan sebaya mka blajar pun x sungguh2.
Alhamdulillah dia dah kenal abc n 123. Skang aku tengah train jari jemari dia menulis n mewarna. Dan ajar mengeja perkataan since dia dah kensl huruf kan. Hope thun depan pg school x de la susah sangat cikgu nk ngajar dia. Malam lak aku ajar iqraq n doa2 ringkas n ayat2 lazim mudah..
Pencapaian dia yg terbaru dah pandai bsuh poo2 sendiri. Tp aku double check jgk tkut x bersih he..he.. Cuma msalah sekarang mlm kencing terbabas gak. Dan satu lg agak susah nk buat hisap botol. Dia akn insaf sekejap je bila aku nasihat malu la dah besar hisap botol pastue bila dah ketagih mintak balik.
Benda ni aku kn pelan2 slow talk pujuk dia. Bukan ape risau dia x nk minum susu terus nnti. Dah la mukn sket n bergantung ngan susu je. Mkin sekeping le jadi nanti.hu..hu..
Perangai yg bt aku jd hulk sekarang dia suka pukul n buli adik dia. Pantang lepa dengar ler bunyi nangis hu..hu..aper2 pun aku doakan anak aku membesar dngan sihat dan bijak amin..mama love syakil so much even suka marah syakil hu..hu..



My hb dah besar

posted from Bloggeroid

Sepi muncul dah jadi macm bukan bloger dah

Hmmm tenggelam timbul tuan punya blog ye..internet aktif tp blog terupdate. Actually x banyak cite nak dikongsi bersama.
Masuk hr ni dah 4 hr km tinggal 3 beranak je. Rutin bulanan mr hubby outstation seberang laut ler. Kali ni pg Sabah n Sarawak. Hmm kn tinggal dah jd perkara biasa bg km 3 beranak.
Hari jumaat br jumpa mr hubby. Then minggu depan plan nk blik kg. Actually ayah aku kn warded dah 4 hr. Dah 2 minggu dia x sihat tp degil x nk pg hospital..sekali ahad hr tue abg aku bwak terus kn warded sebab kencing manis x de bacaan tinggi sangt. So plan blk kg nk tengok ayah. Aku satunya puteri n duduk jauh so bl emergency mcm ni susahh la jugak..
Ok nanti update lg. Syafi dah kacau ni..



Budak kecik yg dah cerdik n banyak akal

posted from Bloggeroid

Monday, March 19, 2012

Semalam hari yang sangat mencemaskan aku

Alkisahnya aku hampir kehilangan my hb syakil. Yup syakil hampir hilang semalam kat cr4 wangsa maju. As usual saper yg pernah pg cr4 wangsa maju tue tahu ler macm mana sesaknya kat sana tiap2 hujung minggu. Mmg nak grak pun x leh.
Selalu kalu pergi sana syakil msti request nk main kat playland area kat food court tue. So semalam kami bl barang sket. Sementara en hubby bayar barang aku nak bawa syakil pg main. Tapi lain yang jadi. Lepas je cakap syakil ikut mama dia terus lari sorang2 nak pg main. Sedangkan aku ni bw stroler si syafi lagi. Dia terus lesap macam tue je.
Ya Allah hanya Tuhan jer tahu perasaan aku masa tue. Merata aku cari dia sampai playland area tp x jumpa gak. Tel mr hubby suruh kuar jap. Tinggal syafi ngan dia n aku terus cr.
Disebabkan aku tahu dia nak main game so instint aku mayb dia pg pusat game kat cr4 tue. Alhamdulillah syukur Ya Allah dia mmg ade kat situ. Kalu tak jmpa gak aku tak tahu la macam mana semalm. Aku akui aku crless handle ank.
Bila dengar kes macam2 skang ni mmg risau sangat. Kat rumah mmg gate sentiasa kunci. Peringatan untuk semua klau kita kuar mana2 jangan lupa ambik gambar ank kita coz penting kita tau rupa n baju trakhir dia pakai masa hilang. Aku msti beringat pas ni kalau bwak syakil or syafi mmg kn letak lam troli..hu..hu..

posted from Bloggeroid

Friday, March 16, 2012

Alhamdulillah 7 bulan sudah..

Syukur alhamdulillah syafi dpt fully df ngan mama dah lebih 7bulan. Buat ms skang aku lum lg bekerja so dia mg df je kat umah..kdg2 aku pump ajar dalam botol n dia pndai jer minum. Cuma dia x minum frozen ebm just fresh ebm je. Even susu x baper meriah sangat tp kalau df msih lg cukup. Cuma nak pump mmg x cukup la. Aku tengah berusaha nk bg susu maintain n banyak sebab syafi mkin kuat nyusu skang. Aku berdoa Allah murahkan rezki untuk my little caliph yg trsayang k..Amin.


Saat indah menjadi seorg ibu


Saya dah 7 months

posted from Bloggeroid

Thursday, February 16, 2012

Merapatkan hubungan sesama bloger..

Salam semua..
Aku harap semua kawan blogger yg ada application viber or whats up lem pm no tel kat facebook aku..setakat ni Rina jer yabg selalu whats up aku..so korang semua please pm phone no kat inbox fb aku eh..nanti aku reply..tq semua..bila dah berkawan alam maya msti nak kenal lebih rapat lg kan..

posted from Bloggeroid

Update pantas

He..hi..berjaya update blog gn bloggeroid..nanti akan update selalu..happy thursday semua..


posted from Bloggeroid

Testing blog

Testing2

posted from Bloggeroid