Be My Lovely Follower

Thursday, September 30, 2010

Kembali Bersiaran Selepas lama menyepi

Lamanya tak publish entry lepas aku wat entry raya hari tue. Aku sangat bz tapi tak tau la bz dengan aper. Hu..hu..Tapi hari ni mood aku datang nak mengupdate sikit blog dari terus sunyi dan menyepi. Ader ker pembaca agaknya blog aku ni. Selain tue aku banyak dapat invitation untuk contest yang mana aku belum berkesempatan lagi menjointkan diri. Aku aku masuk tapi nanti aku cari gambar2 yang sesuai dulu k. Syawal dah nak penghujung kan. Tapi open house masih berjalan right. Tak per selagi bulan syawal maka kita jangan stop makan k.

Cite Syawal dah habis. So aku pun tak de citer best sangat nak kongsi. Lagipun skang ni aku tengah bz nak siapkan satu projek. Alhamdulillah Bos aku dapat projek baru. Rezki dia rezki aku jugak la ha..ha.. Hari ni just nak kongsi citer hujung minggu masa balik dari kampung hari tue. Kami sampai rumah lebih kurang pukul 11 Pagi. Lepas rehat kejap dalam kul 3 or 4 macam tue kami mulakan aktiviti gotong royong membersihkan belakang rumah yang dah naik semak samun. Syakil pun Join gak tapi join main pasir. Tak puas main kat kampung main kat umah lak. Jom tengok gambar dia ngan papanya berkebun:

Suka dapat main pasir

Kusyuk main tanah tue

Papa tanam pokok cili ambik kat kg

Hasil tanaman yang diambil di kg. Hope hidup la pasni he..he..




Friday, September 24, 2010

Kemeriahan di 6 Syawal 1431H

Ni adalah entry terakhir aku nak citer pasal raya okeh. Jangan bosan lak yer. Pas ni tak dah entry raya 2010. Tunggu raya haji lak ho..ho..

Lepas jer melawat kedai dobi angah Ina, kami terus gerak ke Jitra ikut jalan biasa. Rupanya Jitra ngan Kangar tak jauh mana pun. Kami sampai umah mak tih aku lebih kurang kul 10.30. Samapi2 jer dia tengah masak laksa. Langkah kanan la kami. Pastue dia masak gak lauk tengah hari sekali. Kami lepak2 kat sana lama gak samapi kul 2 petang gitu. Kat Jitra hanya gambar Syakil diambil.








 Terselit gak gambar kami 3 beranak ni..


Dalam pukul 2 tue kami gerak balik lubuk. Tapi kami singgah banyak tempat gak sebab mr hubby banyak benda nak beli kalau balik Kedah ni. Tempat wajib pekan Rabu sebab beli akin pelikat dia dan pekan Pendang pg Kedai 1.90. FYI kedai 1.90 kat Pendang mmg harga 1.90 setiap unit barang. Tak macam kat KL ni . Nama jer 1.90 tapi harga mahal tau. So kalu nak terjah kedai macam ni better pegi Kedah k. Kami sampai Lubuk Merbau dalam pukul 6.30. Masing2 dah penat tapi bg peluang Syakil main2 jap ngan tok ayah dia n pak uda. Dalam kul 11 macam tue baru masuk tido.

7 Syawal 1431H

Bangun awal pagi. Siap2 terus pg umah tok ayah kejap. Then terus gerak ke Kuala Kurau pulak. Kat Perak tak banyak aktiviti dapat buat. Esoknya 8 Syawal 1431H awal2 pagi jam 7.30 kami dah gerak balik KL. Sekian jer citer cuti kat kat kampung.

Gambar dengan Tok Ayah sebelum gerak ke Perak

Note: Semua gambar aku tak edit okeh. tue yang gelap semacam jer. Aku cuma letak watermark jer. Tak der masa la


Kemeriahan di 5 Syawal 1431H

Kami bangun agak awak pg 5 Syawal coz mmg plan nak gerak awal sket memndangkan perjalanan kami agak jauh n mr hubby pernah pegi sekali jer ke sana. Jalan pun kami ambik Map dari adik aku Zakuan. Dia mmg terer jalan kat Perlis sebab adik aku blajar kat ILP perlis. Syakil lak bangun lambat hari ni maka aku mandi dulu n siapkan breakfast mr hubby then baru la kami gerak. Dalm kul 9 lebih gak la kuar rumah. Perjalanan ok tapi kat Alor Setar jalan sibuk gak cuma masa nak pegi tue. Maka selepas ikut MAP yang diberi kami hampir tersesat tapi at the final jumpa gak. Jauh gak nak pegi Perlis ni aku rasa. Kami sampai Padang Besar dah dekat kul 12 gak la. Tapi Mr hubby tak nak makan lagi nak shopping dulu katanya. Actually kami kesini saja nak jalan2 n beli la aper yang murah. Tapi ternyata barang2 agak mahal may b sebab skang musim cuti so diaorg ambik kesempatan cekik darah. Tapi ader gak barang kami beli seperti:
  • Toto
  • Periuk Kukus
  • Kuali
  • Beras pulut
  • Kerongsang
Semua kat atas tue tak ambik gambar termasukla gambar kat Padang Besar tue. Tak sempat dah nak bergambar bagai. Syakil lak jap jer dia nak berjalan the rest nak berdukong jer. Then kami pegi makan. Barang yang beli mr hubby dah simpan kat kereta tadi. Lepas jer makan maka kami pun menuju la ke kereta dengan hati yang senang sebab dah kenyang ( Makan pun mahal la kat sini.) Tetiba..........nak tau aper jadi. Alarm kete bunyi dah nak mati pun macam bateri nak mampus. Aku tanya mr Hubby: Abg kunci kete balik tak tadi. Dia jawab: Kunci. Abih tue macam ner kete leh bunyi n log kereta ke atas. Kami dah suspect ada org nak pecah masuk kete. Tapi pelik tak de barang hilang. So kira ok la kan. Yang tak ok nya kereta langsung tak leh nak start. Mean abteri dah kong gara2 alarm tadi berbunyi. Hu..hu.. time2 macam i gak benda nak jadi kan. Dah la kat tempat org. So kami cuba mencari bantuan. Nassib la ada sorang budak tue sanggup tolak kereta tapi tolak pun tak jalan gak still tak leh start maka dia kata kita pg bngkel yang terdekat ada dalam 1 kilo jer kot dari lokasi kejadian. Menurut mr hubby tak perlu tukar bateri just guna jumper jer. Cina bengkel tue lak janji setengah jam tapi hampir sejam gak tuggu baru sampai. 
Muka boring Syakil tunggu Cina bengkel tak sampai2 lagi
Sempat gak ambik gambar papa

Lepas Cina bengkel tue sambung jer jumper n bateri yang dia bawa terus hidup kete. Hampeh tul tak buat aper pun kena sampai 15 hinggit. Tak berbaloi tul la. Cina tue pesan kete tak leh mati langsung at least setengah jam. Maka sampai Kangar la kami tak matikan enjin. Takut punya pasal. Kalau nak berhentikan boleh bila sampai destinasi n depan bengkel ja..ha..ha..Kami meneruskan perjalan ke Rumah angah Mr Hubby di Kangar. Ni adalah mak sedara mr hubby aka adik MIL aku. Disebabkan tak tau jalan kerumah dia maka kami tunggu kat Royal Palace pekan Kangar tanpa matikan enjin okeh.

Sampai rumah dia dalam pukul 4.oo petang la jugak. Lepas layan2 kami kejap dia kuar balik pegi kedai dobi coz dia ni business woman. ada kedai dobi sendiri. Malamnya diaorg bawak kami pg mkan ikan bakar kat Kuala Perlis. Menu of the nite Ikan aper ntah besar sangat Bakar, Siakap 3 rasa, Sotong Goreng tepung, Sup ketam yang besar2, Sayur campur, Telur mata, dan air asam yang mantop. Semua tak de gambar sebab syakil tak nak dudk diam kat kedai makan, maka tak der maknanya mama nak bawa keluar camera.
Syakil ngan Sephia. Anak angah yang bongsu. Bergambar sebelum keluar makan malam tue.
Suka gambar ni. Penuh gaya budak2 berdua ni

Disebabkan kami ni datang rumah orang bekerja maka esoknya pagi-pagi kami pun nak gerak sama2 tuan rumah la. Destinasi seterusnya umah Mak Tih aku lak. Tapi sebelum tue singgah jap Kedai Dobi angah. Penat gak tengok prang kejer kedai dobi ni yer. Okeh entry bersambung k......

Aidilfitri Di Felda Lubuk Merbau,Pendang, Kedah - 3,4 dan 5 Syawal 1431

Asalnya entry ni nak publish petang semalam tapi tak sempat sebab mr hubby datang cepat sangat.So aku just simpan dalam draft dulu. Hari akan cuba sedaya upaya untuk update citer raya sampai habis. Kalu tak terperam la samapi hujung Syawal gamaknya. Ok petang Sabtue dari nak gerak kul 4.30 ke Kedah dah jadi pukul 6 baru nak jalan. So kami sampai umah aku agak lambat hampir kul 9 gak la. Sebabnya selain gerak lambat kami kena jam kat highway. May b sebab ramai yang keluar raya so jalan jadi sesak. Sampai2 jer tak der saper pun kat umah. Ader mak, ayah n adik aku jer. Badan pun penat tapi syakil sebaliknya. Dia aktif semacam jer sebab dalam kereta dah tido lama. Maka tok ayah aka ayah aku terus ajak main mercun ngan bunga api. Suka la kawan sampai tak mau masuk rumah tapi aku paksa gak la. Malam tue mak aku masak laksa n masak nasi lauk daging masak kicap n ikan keli berlada. Malam tue mmg aku lupa langsung nak bawa kuar camera. So no picture la.

4 Syawal 1431H

Plan hari ni aku nak pegi beraya rumah kawan2 kat area lubuk ni tapi bila call semua tak der kat rumah dan ader yang dah masuk kejer pun. Hmm last2 kami decide pi Sungai Tiang jer tengok anak abang aku yang baru lahir. Mohd Zaim bin Mhd Zainizam.
Ni la gambar baby abg aku. Photografer tak bertauliah ambik so tak jelas la. Syakil sanagt teruja dengan baby. Suka sangat kiss2 baby. Apakah maknanya dia nak seorang kawan ha..ha..kena tanya papa yer Syakil..
Mula-mula pas raya umah abang aku actually umah MIL dia aku nak terus ke Pendang umah kawan aku tapi terpaksa dibatalkan sebabnya hujan turun sangat2 la lebat dan kami pun terus jer balik rumah. Balik rumah Syakil terus main2 nagn tok ayah n pak uda aka adik aku yang bongsu iman.


Ayah aku dok melayan cucunya. Melepaskan rindu coz syakil satu-satunya cucu yang duduk jauh.

Muka happy seorang tok ayah berjumpa cucunya.

 Syakil bersama Pak Uda. Gaya piece yang tak brapa menjadi.

 Piece yang jadi sket tapi tak nampak muka la plak. Aper2 jer la janji handsome kan syakil kan.

 Sayalah budak comel dan handsome. Gaya nak ngorat awek ni.

 Lepas mandi sambung main lagi. Pakai Topi Pak uda.

 Ala mata syakil lak tak nampak. Yang baju putih ni cucu jiran aku.

 Syakil ade gaya maulana tak dalam video klip RSVP..cute kan.

5 Syawal 1431H
Hari ni kami mmg plan nak berehat dirumah sahaja. Dalam pukul 11 macam tue kami pg umah tok ayah aku kat peringkat dua, selang 3 lorong ja dari rumah aku. Then kami lunch kat sana. Camera tidak bawak yer. So no picture again. Then balik rumah lam kul 3 lebih n rehat jer kat umah. Pastue petang mr hubby ajak aku practice kereta tapi aku tak mau. Naper ntah tak dak mood nak belajar kat kampung rasa nak rehat ja..ha..ha..Malam macam biasa la Syakil akan dilayan bermain mercun n bunga api oeh to ayahnya. Sekian raya kelima kami. Orang beraya kami kat rumah ja. Ha..ha..sempoi kan.

 Tok ayah melayan cucunya bermain mercun. Korang panggil mercun aper. Aku dulu panggil buih-buih. Sebab dia keluar api n meletop banyak kali ha..ha..

 Kusyuk sungguh kan diaorg. Ayah aku samapi tak dan pakai baju melayan cucu.

Muka keriangan dapat main bunga api.

Note: Orang kata mak ayah kita lebih sayang cucu kan dari anak sendiri betul ke ek. Tapi aku rasa betul la.

Thursday, September 23, 2010

Kemeriahan Raya Di Kuala Kurau, Perak 11 September 2010

Huh penat gak nak mengarang citer raya ni. Tapi aku happy sebabnya at least aku ader catatan diari yang boleh di view balik especially bila anak aku dah besar esok. Nak citer balik kadang2 mmg tak ingat kan so nak mudah buak jer blog mama. Ha kan senang semua citer ader. Actually aku ni bukan seorang yang suka tulis diari dulu. Tapi tak sangka lak aku boleh menulis dalam blog ha..ha..

Okeh jom kita view catatan hari kedua Syawal lak. Seperti yang dirancang hari tue kami semua akan berkumpul dirumah Arwah tok wan hubby yang baru je meninggal bulan 4 ker 5 aku tak ingat la. Kat umah tue still ada nenek tiri n adik MIL aku. Adik berbeza mak la. Actually tujuan asal MIL aku ni ader perbincangan ngan adik2 dia pasal pembahagian harta pusaka. Actually tok wan hubby ni kawin 3 orang n tiga2 isteri ade anak. So bila meninggal wahsiat tak de. Maka pembahagian harta tue jadi susah sikit la. Then kalau dulu umah tokwan sangat meriah tapi skang ni agak tak berapa best bila adik beradik MIL yang lain2 mak ni macam dah baper mesra gara2 ni hal ni la. Bila jadi hal ni kan aku pun terfikir yang aku ngan Mr Hubby pun ader aset yang besar2 ni macam rumah,insurans n kereta. Mayb kami pun perlu wat wahsiat kot kan..kan..

Tak banyak aktiviti kami dan tak banyak gak gambar yang diamabil.Gambar budak2 jer semua.
Syakil tido sejak dalam kereta lagi. Angkat pun tak sedar dah. Yang sebelah ni sepupu dia Mizan. Beza umo 4 bulan je.
Gaya tido si mizan yang sangat seksi ha..ha..
Pas bangun tido terus main coz teruja tengok ramai sangat kawan.
Masing2 buat gaya piece. Syakil lak macam tak ready jer.
Gambar tue jer yang kami ambik. Yang lain may b missing or tak ambik ha..ha..Masa ni mr hubby yang pegang camera. Aku mmg langsung tak ambik port dah. Dalam kul 3.30 gak kami gerak balik umah dari umah tok wan. Mr hubby ajak balik Kedah petang tue jagak. Bukan aku yang ajak tapi dia. Aku lagi suka la ha..ha..Balik rumah aku kan. So cerita raya akan bersambung di Kedah lak yer..tungguuuuuuu

Kemeriahan Raya Di Kuala Kurau, Perak 10 September 2010

Macam yang aku ada mention sebelum ni, MIL aku nak kenduri sket hari raya pertama tue. So bila buat kenduri kat kampung ni korang faham la makan mesti berhidang. So pagi2 raya tue mmg sibuk la kat dapur masak itu ini. Pastue ambik pinggan mangkuk yang dah siap dilap semalam. Then aku mandikan syakil dulu coz dia dah bangun n sambung balik kejer kat dapur. Huh mmg penat cakap kat korang. Kalau raya kat umah aku pun tak penat cam ni. Tapi tak per la setahun sekali jer aku sebagai menantu menunjukkan kerajinan..ha..ha.. ayat boleh blah jerr kan. Then aku mandi n pakai lawa2 baru la menghidang lauk2 untuk tetamu. Menu hari tue Ayam masak merah, Nasi beriani mamtop buatan my MIL, Kari daging, Jelatah, Nasi impit dan kuah kacang n buah tembikai. FYI MIL aku ni mmg buka kedai makan, so aper yang dia masak mmg la sedap. Disebabkan kebizian melanda kerana kenduri tue maka gambar satu family pun tak dapat nak ambik masa pagi raya tue. Bukan tue jer acara maaf bermaafan pun dah jadi caca merba tau. Tak sempat bermaafan secara formal.

Satu2nya gambar dia pakai baju melayu yang dapat diambil. Korang perasan tak dia pakai jam tangan. Dia yang nak . Beli kat maidin jer tapi skang ni dah rosak coz dia bagi hilang yang hujung jam tue. Songkok mmg dia tak nak pakai k.
Suasana masa kenduri. Tetamu tengah makan masa ni.
Nak tau tak masa ni syakil tengah buat apa?
\
\
\
\
\
\
Ni ha Syakil tengah tido sebab pagi raya tue mmg dia bangun awal tapi semalam tido lambat. Last2 dia merengek nak susu nak naik buai then terus tido. Senang aku nak buat keje.
Ni lak baby Alfy 5 bulan tengah dok tengok orang wat kejer
Bangun2 tido jer Syakil layan sepupu dia main game kat Laptop. Yang gurl 2 orang tue anak sedara MIL aku aka sepupu husband aku. Anak abang ipar aku yang baju hijau tue sangat fanatik ngan game. Dia tak peduli kat saper dah kalau dapat main game.
Ni lak mak ayah budak perempuan 2 orang tadi. Yang lelaki tue acik ami adil MIL aku.
Disebabkan pagi tue terlalu banyak tetamu yang datang maka kami tidak sempat nak beraya dan tidak sempat nak mengambil gambar keluarga. Maka semua tue terpaksa la dibuat selepas solat Jumaat. Balik jer solat maka yang lelaki sibuk la setup tempat nak bergambar.
Gambar percubaan yang diaorg ambik. Syakil pun dah salin baju melayu n aku malas nak pakaikan balik baju melayu tue. Nampak tak muka dia terlebih excited bergambar.
Ni lak kaum laki2. tak complete lak gambar ni. Papa tak der ha..ha..
Potret keluarga yang dapat diambik. Tak cukup 14 beradik sebenarnya ni. Ada 2 orang lagi tak de. Adik yang no 6 dan kak long coz raya umah suami masing2.
Potret keluarga kami yang sempat diambik. Lagi cun kalau syakil pakai baju melayu kan
Papa n Syakil n Haziq. Nampak tak budak handsome tue dah pandai buat piece kalu bergambar.
Syakil dan sepupunya yang hampir sebaya jer umo
Syakil dan Pak Mat. Bakal cikgu ni
Ni lak keluarga abang ipar aku Abang Yan
Lepas jer sesi bergambar kami kerumah atok hubby. Tak jauh depan rumah jer. Tapi camera lak tak bawa so gambar non ado la. Then kerumah kawan sekolah hubby Syahid. Balik rumah ader lagi tetamu datang.
Keluarga sebelah FIL n adik MIL aku datang.
Hari raya pertama mmg tak banyak berjalan. Sebab tetamu datang tak berhenti maka semua dah penat kan. So cerita hari bersambung di hari raya kedua nanti.