Be My Lovely Follower

Thursday, March 31, 2011

Pernah makan buah ni tak..

 

Pernah korang makan buah ni tak. Hari tue pegi tesco aku nampak buah ni so teringin nak beli. Buah ni kalau nasib manis manis la kalau masam masam la. Tapi buah ni tak kenyang pun bila makan. Sepanjang ngandung kali ni aku tak la ngidam pelik2 pun. So far semua dapat. Cuma skang ni aku teringin nak makan durian lak. Kat ner leh dapat durian murah yer..Petang ni ade pasar malam kat sri rampai. Hope mr hubby dapat bawak fresh durian kat mak butung macam aku ni he..he..Nak citer benda lain tapi terkeluar iter ni dulu sebabnya aku masih gagal nak cari camera. Kat mana ntah aku letak. Tak best la entry tanpa gambar kan. Tunggu aku update lagi ek..

Note: Aku masih tak sihat. Kalu ngandung leh makan ubat selsema tak eh..

Tuesday, March 29, 2011

Rasa tak sedap badan macam nak demam lak...

Dari semalam lagi aku rasa tak sedap badan. Bangun pagi ni makin lemah lak badan. Paling aku rimas selsema lak. Tapi biasa la kita perempuan ni kalau sakit macam mana pun tetap wat gak kejer. Tadi masakkan mee goreng breakfast Syakil n aku breakfast biskut jer. Tengah hari ni baru jer masakkan nasi. Lauk plan nak buat masak kicap daging, n goreng ayam jer kat syakil. Mood nak update citer kat blog masih lum datang. Semua dalam draft lagi. Skang ngan layan Syakil layan lagu InsyaAllah. Lagu favorite dia buat masa skang ni. So nanti update lagi eh. Masih lagi entry tanpa gambar..

Monday, March 28, 2011

Check up 18 weeks ++ dan perkembangan terkini

Lamanya tak meluah perasaan disini. Dah hampir sebulan aku jarang update. Sesungguhnya aku rindu sama blog. Since aku pindah Rawang aku terputus dunia Internet. Dan finally aku decide nak pakai maxis broadband jer dulu sebab talian streamyx kat umah aku kena buat permohonan baru sebab lum ade tiang tel ler..tak per la janji aku dapat berhubung ngan dunia luar dan kawan2 cyber. Sunyi oo tak dapat khabar dari berblogging ni.
Disebabkan skang ni aku dah bermula ngan life baru maka aku nak tukar layout blog. Rs bosan n boring lak tengok rupa blog yang dah hampir setengah tahun tak bertukar. So akan buat secepat mungkin sebab nak panjang blog pun tak lalu ni hu..hu..
Banyak benda sangat aku nak citer tapi tunggu masa yang sesuai. akau tengah draft lagi. Untuk hari ni aku just nak citer pasal check up 18 weeks ++ tadi. Sepatutnya hari ni aku kena wat mgtt test tapi disebabkan salah faham sket yang mana dr tak state pukul brapa aku kena wat test maka tak jadi buat. Sepatutnya nak buat mgtt seawal jam 8 pagi tapi apointment aku jam 9 pagi.. So terlepas la ini bulan he..he..Cuma yang tak bestnye HB aku lak turun jadi bacaan tak best sket 10.3 jer. May b sebab skip suppliment kot. Hope pas ni naik balik.
So tadi adalah last time aku check up kat batu caves. Pas ni aku kan followup kat klinik Rawang lak. Sekejap jer masa berlalu. Dah 5 bulan aku preggy. Just tinggal 4 bulan jrer lagi. Hu..hu cepat sungguh rasa. Tapi dalam masa cepat berlalu makin tak sabar lak aku nak tengok baby bila tengok ramai yang dah deliver. Hope semua ok jer nanti..Amin.
Ok aku kan update lagi pas ni denagn news terkini. I will keep blogging when have time. Become a housewife kejer tak pernah habis sebenarnya..see u all again..miss all of you..

Thursday, March 10, 2011

Rindunya kat blog..Rindunya nak tulis blog..

Lama aku tak bersiaran. Bukan aper aku tak de talian internet ler kat umah. Broadband adik ipar aku guna kat opis dia. Tapi hari ni aku mintak pinjam kejap. Jadi suri rumah tak la bosan sangat bila ade sikecil yang banyak mulut macam si Syakil tue. Dan masa aku pun bukan berlalu macam tue sajer. Banyak benda gak nak buat oo even duduk kat umah. So far mmg semangat nak upadate blog ade tapi ade kekangan masa dan gangguan dari si Syakil ler. Ni dia tido so leh la aku update kejap.
Setakat hampir 2 minggu aku jadi housewife ni, ade beberapa perkara dah terlaksana. First yang sangat membanggakan si Saykil is free 100% diapers waktu siang. Dia dah boleh cakap bila masa dia nak kencing or berak n aku tak lagi perlu nak tanya. Good achievement diusia 2 tahun 3 bulan kan. Skang ni tengah nak ajar dia pasal sekolah lak. Dlam mengatur jadual lagi
Banyak benda aku nak cerita tapi nanti aku sambung lagi k. Antaranya:
  • Interview selasa lepas
  • Ujian asas insurance
  • Cerita terbaru tentang pregnancy aku yang dah masuk 16-17 weeks skang ni.
  • Rumah Batu  Caves yang akan disewa minggu depan
Walau aku tak update selalu tapi jiwa masih lagi kat blog tersayang ni. See all of u and i miss all my lovely reader. Tq for reading.