Be My Lovely Follower

Friday, April 4, 2014

Roti sarang lebah hot sehot namanya

Sana sini duk bercakap pasal roti ni kan. Dah tercetus satu fenomena luar biasa dah tentang makanan ni. Sana sini duk cakap sedap kan. Maka aku pun salah seorang yang x nak ketinggalan nak cuba jugak dan menikmati kesedapan roti ni.

Memula buat aku guna mixer je.  X srmpat nak menguli tangan ngan budak kecik ni. Wah sedapla rasanya. Budak2 n bapak budak pun layan. Untuk sos butterscout aku guna susu cair je..tapi macam x berapa nak best. X nak berkilat so bila try buat gn whipping cream walla menepati citarasa aku dan family.

Sejak tue bermula la episod buat berulang kali atas permintaan seluruh isi rumah. Hinggalah suatu hari mixer aku jadi tenat dan berhenti beroperasi..sob..sob sedih x leh wat kek dah..kn beli baru la jawabnya. Pada yang belum mencuba rajinkan diri anda untuk menguli yer. InsyaAllah hasil x menghampakan.

Resepi roti sarang lebah
Sumber : lydia honey

*2 cawan tepung gandum - gn tepung roti satu cawan
1/2 sudu teh yis
*1/2 sudu teh baking powder - gn bread improver
1/4 cawan yogurt - gn buttermilk ( susu + cuka)
1/4 cawan minyak masak/jagung
*1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar gula - guna 2 sudu bg manis sket roti.
1/2 cawan air suam

Cara
Campur bahan yang bertanda*
Yis, gula dan air suam dicampur biar 10min
Masukkan yogurt + yis kedalam bahan * gaul hingga jadi doh kemudian masukkan minyak sedikit n uli hingga doh lembut dan elastik.
Cara aku uli doh dalam 15 min ke 30 min kemudian masukkan dalam palastik dah ramas2 hingga 10 - 15 min kemudian uli balik hingga dapat doh yang betul2 elastik. Perap hingga naik 2 kali ganda.
Tumbuk doh hinggga kuar udara. Bulatkan doh ikut size dikehendaki dan perap lagi hingga naik sekali ganda.

Panaskan oven 15min kemudian masukkan roti yang diperap. Gn api bawah sahaja 10min pertama dan api atas bawah 5 min terakhir. Jangan bakar terlalu lama nanti keras.

Sos butterscout

25g mentega
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream / susu cair
Sedikit esen vanila

Cairkan mentega
Masukkan gula perang tunggu hingga gula cair masukkan cream n vanila kkacau hingga sebati

Selamat mencuba

Bulan April Ujian Allah..Mood Sedih

Citer sedih nak kongsi berlaku awal bulan April ni. Ayah aku ditimpa musibah..Sejak akhir2 ni mmg ayah aku sering x sihat. Dah berumur macam tu la. 2 minggu lepas dia sakit dalam perut yang agak kronik tapi x sampai kena admit la. 3 hari lepas ayah aku diduga lagi. Dia jatuh tangga n patah kedua2 kaki area tumit n ankle.

Actually dalam family aku yanv paling jauh n incase ade emergency macam ni mmg susah la aku nak balik immediate. Setakat ni keadaan ayah bertambah baik. Dah kuar ward semalam. Esok pagi baru aku nak balik kampung tengok ayah. Even aku je anak perempuan ayah tapi aku tak mampu nak jaga ayah time sakit2 camni. Hu..hu..mungkim kalau ayah nak ikut aku balik kl boleh la aku jaga.

Pe2 pun aku berdoa ayah cepat sembuh dan doakan perjalanan kami pagi esok..

Mood: sedih..😭