Be My Lovely Follower

Tuesday, December 27, 2011

Keguguran Rambut Yang Kritikal..

Masalah biasa bagi yang baru bersalin kan. 3 bulan pas bersalin perkara ni msti berlaku gak. So skang ni aku mmg tengah pening dengan perkara ni. Si Syafi lak suka tul menyembur skang ni. Tapi kan tue mitos ker or mmg ade kaitan eh..Entah la. So buat masa skang ni aku terpaksa potong rambut. Tapi paling fobia nak sikat rambut ler. Sekali sikat mmg secekak la rambut gugur. Even rambut aku tebal tapi skang ni dah nampak jarangnya. Bila pegang pn rasa ringan jer. Hope cepat2 la hormon aku berubah. Dan cepat la msalah ni selesai.

Tuesday, December 20, 2011

Apam Angry Bird n Lady Bird Versi Mama Syakil Syafi

Pengaruh Facebook kat budak2 pun ade ok. Skang ni kan tengah famaous apam angry bird dipromosi dalam facebook n website kan. So pabila si mama tengah online si anak pun menyibuk sekali makanya ternampak la sianak apam yang comel2 ni. So aper lagi Syakil mintak aku buatkan apam angry bird kat dia jugak. Huh lama gak aku ambik masa nak tunaikan hasrat dia ni coz belum sampai seru kerajinan. Tapi bila si anak sampai termimpi-mimpi maka kena la berhempas pulas buat jugak.

Resepi untuk apam ni actually resepi apam polkadot yang pernah aku buat dulu. Bagi aku apam ni rasa so2 jer. I mean biasa jer. Tapi bila dah rupa yang menarik akan menarik minat budak nak makan kan. Puas jugak aku nka siapkan satu adunan kuih ni. Yer la dengan Syafi lagi tapi aku buat jugak sampai habis. Di sebabkan banyak aku beri jugak kat jiran2. Percubaan yang tak menghampakan. Ade gak bakat aku melukis he..he.. Boleh ambik tempahan ni he..he..So tengok hasilnya.



Amcam boleh niaga tak he..he..

Bila Syakil Sayang Syafi

Dah tak nampak rupa blog dah. Bersawang sungguh. Lama betul aku tak update. Tapi serius aku masih lagi rindu nak aktif berblog macam dulu. Banyak sangat peristiwa penting yang aku tak update dalam ni. Dah tak jadi diari dah aku rasa. May b pelan2 aku nak catch up balik citer2 lama n update balik dalam ni..

Untuk kembalikan mood nak berblog ni aku just nak update pasal 2 orang anak teruna aku ni. Syafi dah pun 4 bulan lebih dan Syakil dah pun genap 3 tahun. He love his brother so much. Buat masa skang ni dia masih boleh jadi abg yang boleh diharap. Maksud aku setakat nak tinggal pegi kedai kejap Syakil boleh jaga adik dia. Setakat ni tak der lagi aksi ganas yang dia buat kat Syafi. Tapi aku still pantau coz kadang2 dia geram ada la sekali dua dia buat adik dia menjerit nangis..he..he..nama pun budak baru nak cerdik kan. Jom layan picas dua beradik ni..





Adik saya sangat berat


Kami comel kan


Sayang adikk


Wednesday, November 9, 2011

Sama acuan tapi lain rupanya..he..he..

Lamanya jari jemari ni tak menulis. Bukan tak de masa tapi lebih kepada malas. Tapi sayang kalau dibiar blog yang penuh dengan suka duka kehidupan aku ni tak terupdate. Kata orang kalau adik beradik msti muka nak sama kan. Tapi lain dengan anak2 aku. Sama acuan mean mama papa sama tapi muka lain2. Syakil n Syafi mmg agak berbeza dari segi rupa paras n warna kulit. Tapi ade jugak persamaan diaorang kat dagu, kening n bulu mata.


Kalau orang tengok diaorg akan cakap syakil lebih cute la. Tapi bagi aku dua2 anak aku comel. Diorang la nyawa aku. Ok antara perbandingan diaorg berdua ni

  • Syakil berjaga every 1 or 2 hours per night masa usia syafi skang tapi Syafi hanya jaga sekali satu malam tue pun masa kul 4 or 5 pagi.
  • Syakil tak suka mandi tapi Syafi sanagt suka mandi. Basuh berak masa usia 1 bulan ngan air sejuk pun tak nangis.
  • Syakil tak DF even fully susu badan yang dipam sampai usia 5 bulan sebaliknya Syafi DF sahaja dan masih lagi menolak EBM yang diberi dalam botol.
  • Dari segi fizikal Syafi lebih tembam dari Syakil..Sangat bulat sebab baju2 syakil masa usia 4 or 5 bulan Syafi dah boleh pakai.
  • Rupa paras Syakil lebih kepada family sebelah aku manakala Syafi lebih kepada En Hubby or dalam erti kata lain Syafi muka papa.
Bagi aku tak kisahlah macam mana pun rupa paras janji diaorang membesar ngan sihat. Mama sayang both of you my sons.

Thursday, October 13, 2011

Tahajud Cinta-Sentuhan berani Erma Fatima

Setiap hari Jumaat malam aku ngan mr hubby jadi penonton setia lak drama ni. Aku rasa org lelaki msti suka citer ni. Mula2 tengok citer ni macam boring sket tapi skang ni rasa best lak layan. Yang pastinya msti ramai wanita anti ngan Eman Manan dalam citer ni.

Tapi Erma Fatima mmg berani gak wat citer yang scriptnya boleh tahan gak. Memula ingat naper la Seri nak tak nak jer layan si Eman Manan tue, last2 minggu lepas baru terbocor rahsia. Nak bersama 3 hingga 4 kali sehari. Nafsu aper tue gamaknya.. ha..ha..

Tapi dialam realiti aku rasa orang yang kawin empat ni kebanyakkan yang ustaz2 kan sebab diaorg pandai kuarkan hadis2 al Quran sampai perempuan cair. So esok episod akhir. Nak tau gak aper kesudahannya. Sama2 kita tengok k..