Be My Lovely Follower

Thursday, September 29, 2011

Bahaya Penggunaan Tungku Moden - Kisah Benar

Aku percaya ramai gak diluar sana pengguna tungku moden ni. Sebab senang dan praktikal kan. Aku jugak salah seorang yang membeli tungku ni sebabnya aku mmg tak de tungku besi or batu. Tapi aku yang aku sangat kesalkan kerana alat moden ni la anak aku yang jadi mangsanya..

Tak dinafikan setiap barang yang dijual msti dah diuji selamat sebelum dipasarkan. Aku jugak percaya tungku ni ada ciri2 keselamatan tapi mungkin nasib aku kurang baik sebab dapat alat yang defect atau rosak. Akibatnya anak sendiri menjadi mangsa.

Citernya macam  ni. Kejadian berlaku hari ketiga aku berpantang. Pagi2 aku arahkan mr hubby panaskan tungku tue mean chargekan la sebab aku nak bertungku. Umah aku  ni plug semua kat bawah so charge dekat bawah la. Syakil lak baring minum susu tak jauh dari tempat charge tue. Kalau ikut arahan tunggu lampu biru baru tutup. Tapi aku tengok alat tue kembong semacam jer. Baru jer aku gtau mr hubby mintak syakil bangun takut terkena tungku panas tetiba benda alah tue leh meletup. Makanya air panas memancut kuar terkena Syakil. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tue. Nasib tak kena muka tapi banyak gak tempat yang kena. kalau kita kena air panas sket pun tahu macam ner rasanya ni kan pulak budak.

Lepas kena mr hubby terus siram Syakil dengan air sejuk n bawa ke klinik. Dr sahkan burn tahap pertama tapi bagi aku teruk jugak. Kawasan yang kena kepala, bahu, belakang tengkuk n tangan. Seminngu gak la dia dok menangis n tak nak mandi. Mmg dugaan dalam pantang.

Kesimpulannya even alat yang korang beli tue mmg ok dan tak rosak tapi bagi aku tetap ade bahayanya. Bayangkan kalau tetiba masa tengah tungku kat perut, alat tue pecah dah kena lak baby kat sebelah. Allahuakbar tak dapat aku nak bayangkan. So kenalah berhati-hati pas ni. Parut Syakil masih lagi tak hilang sampai skang ni...

Bahagian leher yang kena
Tangan
Bahu n telinga
Tungku moden yang pecah
Ni la lubang yang memancutkan air panas n terkena syakil.

Sunday, September 25, 2011

My Second Edition - Muhammad Zafreen Syafi

Lamanya aku menghilang dari dunia penulisan ni. Hidup agak kelam kabut ade 2 anak ni. Pastue lak nak kena pantau kesihatan siabg yang masih lum ok sepenuhnya. Selsema n batuk yang on off. Then siadik lak yang semakin demand nak berdukung jer. Malam pulak suka nangis macam sakit. Sangat2 busy mama diaorg. Dapat rehat time anak tido sahaja. Banyak sangat nak citer tapi aku masih lum ade masa terluang. Nanti aku akan cari masa update citer2 lama yang patutnya jadi kenangan dalam blog picisan ni terutamanya kenangan lahirkan anak aku yang kedua ni. Untuk tatapan semua aku just nak letak anak teruna kedua aku k. Jom layan jer.

MY BIODATA
NAME:MUHAMMAD ZAFREEN SYAFI
WEIGHT:2.98