Be My Lovely Follower

Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka Yang Ke 53 Tahun

Esok dah hari Kemerdekaan negara kita. Tapi aku rasa bahang Kemerdekaan kurang terasa. Naper ek. Sebab bulan puasa kot ek. Tahun ni tahun kedua kita sambut bulan puasa kan. Walau aper pun kita perlu ingati hari bersejarah ni n raikan bersama. Kena ingat satu perkara, kalau kita tak merdeka, mustahil la kita dapat hidup aman kat Malaysia hari ni. Mungkin jugak kita tak der pun kat muka bumi ni. Kita kena hargai tokoh2 perjuangan dahulu kala yang banyak berkorban untuk negara kita kini. Untuk semua aku nak ucapkan Selamat Hari merdeka yang ke 53 tahun dan selamat bercuti esok k. Malam ni jangan lupa pegi terawih gak ek. Aku rasa tak der kot bunga api tahun ni kan..Untuk semanagt merdeka kali ni aku nak post beberapa video lagu merdeka untuk ambik semangat hari kemerdekaan esok hari.







Friday, August 27, 2010

Macam mana nak galakkan budak bawah 2 tahun gosok gigi ha..

Esok syakil dah setahun sembilan bulan. Udah besar anak terunaku itu. Ok berbalik kepada tajuk kat atas tue aku nak tanya anak korang susah tak nak suruh gosok gigi ek. Syakil sangat susah k..sampai kena paksa tau. Tue pun kalu aku letak ubat gg yang boleh makan tue baru nak gosok. Skang ni gg dia dah nampak macam nak coklat sket. Baru 2 tahun gg dah rosak. Tue yang aku risau. Syakil mula tumbuh gg seusia 5 bulan dan gg penuh satu mulut pada usia setahun 2 bulan. Cepat kan gg dia tumbuh. Sebab tue nak rosak pun cepat gak la. Suka sangat makan ais cream ngan coklat macam tue la. Korang ada idea yang leh share tak pasal ni. tolong kongsi2 k. Selamat bercuti semua. Mesti ada yang sambung cuti sampai Selasa kan. Aku tak de la. Isnin keje gak la..

Ni gambar masa hujung minggu lepas. Ajak papa dia main tembak2

Sajer aku ambik gambar dia cam ni

Bengang papa tak nak main ngan dia

Finally tertido. Gaya tido dari kecik sampai skang sama jer tapak tangan kebelakang..

Note: MIL n FIL n adik2 ipar aku nak datang hujung minggu ni. Nak masak aper pun tak tahu..

Sejarah Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar

Hari ni datang opis jalan sangat clear n lengang. Al-maklum la warga Selangor kan cuti. Aku ni duduk kat elangor tapi kejer kat KL maka tak bercuti la kami suami isteri. So sesaper yang kejer kat Selangor tue aku ucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut hari Nuzuk Al-Quran. Sempena hari yang mulia ni aku nak kongsi satu article pasal Nuzul Al Quran dan Lailatul Qadar untuk renungan n pengetahuan bersama k.

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun
di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka
semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al- Quran juga dikenali sebagaiAl -Nur bererti cahaya yang menerangi,al-
Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil
danal-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula- mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan

mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan
(Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran
Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih
baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun
malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan
berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah
Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-
Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan
mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan- keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al- Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Thursday, August 26, 2010

Dah Setengah Bulan Puasa

Pejam celik pejam celik dah masuk separuh bualan kita berpuasa kan..Tapi aku musykil jugak satu perkara. Berat aku tak turun2 pun..hi..hi..may b sebab aku makan nasi kot eh..Lebih kurang 11 hari lagi nak start bercuti. Fyi aku akan bercuti start dari 9/9 sampai la 19/9. Tapi 18/9 aku dah balik KL la. Tahun ni giliran beraya umah my husband lor. Raya ketiga baru balik umah aku. Actually kami punya sistem giliran beraya mmg sama jer adik beradik. Maka tahun ni rumah aku tak der saper la yang balik. Cian ayah aku. Tapi nasib baik la abang aku kawin ngan org satu kampung n abg no 2 aku kawin ngan org kampun sebelah. Cuma aku ja kawin ngan org negeri lain..hu..hu.. Maka ayah aku tue tak la sunyi sangat time raya, coz abg2 aku tetap balik masa raya pertama. Dalam adik berdaik aku jer duduk jauh samapi kat KL ni n aku jer kawin ngan org negeri lain. Hmm dah la aku satu2nya anak dara dia..duk jauh lak hu..hu..Tapi serius tau ayah aku mmg sayang giler la kat aku..he..he..

Semalam sedang asyik dok tengok TV Syakil tunjuk kat aku. Ma ulan la..ma ulan la..memula aku tak faham tapi bila aku tengok aper yang dia tunjuk baru aku faham. Dia kata bulan. Sejak duduk tingkat 16 ni first time la dapat tengok bulan penuh. Sebelum ni tak nampak pun masa kat seksyen 10. May b sebab tinggi kot skang ni kan. Cantik jer. Cahaya bulan masuk lam rumah lagi tue..

 Ni la cik bulan yang cantik itu..see penuh kan

Ni lak permandangan KLCC dari balcony rumah aku..Jauh tak jelas sangat la

Note: Bestnya org kejer goment dapat duit raya. Aku ni gaji pun lum pasti lagi dapat ker tak..hu..hu..

Bacaan Al Quran sangat merdu

Ya Allah sedapnya suara budak ni..Tenang rasa hati bila dengar bacaan dia..


Publish Post

Anak ajaib-Hafal Al-Quran umur 3 tahun

Warming up dulu. Hari ni aku masuk opis lambat sket coz ada hal kat luar. Video ni macam biasa jumpa kat Youtube tadi. Kagum sungguh aku kalau budak2 ada kebolhan macam ni. Aku doakan anak-anak kita pun mendapat keredhaan dan dipermudahkan membaca Al-Quran di usia muda. Sejuk perut mak budah ni mengandung..saksikan k..



Wednesday, August 25, 2010

Carrefour meninggalkan Malaysia

Salam Ramadhan ke 15 kawan. Saper kat sini suka shopping kat Carrefour? Aku salah sorang yang suka shopping kat sini. Since aku berkahwin n tinggal n kejer kat wangsa maju ni, carrefour jer tempat kami shopping barang dapur. Skang ni selalu pegi carrefour ngan tesco. Tadi aku buka FB ada kawan aku post citer ni. Hmm nampaknya carrefour dah nak tutup kat malaysia ni. Pas ni cari alternatif lain la nak shopping. Pegi Tesco or Giant lak ek. Nak baca lebih lanjut kat sini k. Sumber dari Malaysia Kini.com.



Tuesday, August 24, 2010

Tart Nenas Gulung ( Guna Minyak Jagung Daisy)

Nak buat Post ketiga untuk hari ni. Actually aku dah start buah kuih raya skang ni. Korang dah buat ke. Last week aku dah buat almond london tapi lum celup coklat. Nanti aku upload gambar k. So plan minggu ni nak wat tart nenas la. Aku nak try guna resepi yang tak guna butter tapi guna minyak jagung jer. Resepi ni aku ambik dari blog Kak Fiza Nordin. Resepi asal katanya dari Chef Liza Zainol.

Bahan A
110g tepung gandum
60g tepung naik sendiri
50g tepung jagung
30g tepung kastad
30g gula aising
1/2 sk serbuk penaik
1/2 sk kulit oren - diparut (tak letak)

Bahan B
1 biji kuning telur - Gred B
1 sk air ais (pakai air suam jek...)
1 sb air oren (aku letak oren sunquick)

Bahan C
*140-160g minyak jagung daisy (aku letak 140g saje)
*1/8 sudu garam (aku letak 1/2 sk)
* campur kedua-dua bahan dan kacau sehingga garam larut

Cara-cara :-
1. Campur kesemua bahan A dalam mangkuk - putar selama 1 minit dengan kelajuan perlahan. Edit - aku campurkan semua bahan dan gaul dengan senduk supaya semua bahan bercampur. 2. Masukkan bahan B dan putar lagi.
3. Akhir sekali masukkan minyak jagung Daisy dan garam ke dalam adunan tepung - sebatikan. Edit - Aku masukkan semua bahan B dan bahan C sekali. Gaul sekali je hingga bahan2 sebati dan membentuk doh.
4. Adunan tadi dimasukkan ke dalam acuan tart dan picit memanjang, lebih kurang 4cm-5cm.
5. Jem nenas dibentuk bujur dan diletakkan di atas tart dan digulung kemas.
6. Sapukan telur glaze dan hias dengan kepingan gula berbunga (aku tak letak kepingan bunga ni).
Bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit.

To sahabat semua yang nak buat kuih raya, hope leh guna idea ni. To Rina oven baru dah ada kan so jom buat kuih raya k...semangat oven baru. Hi..hi..

Kebesaran Lailatul Qadar

Dah pertengahan puasa ni maka Malam Lailatul Qadar pun dah makin hampir kan. Hanya orang terpilih jer yang dapat menikmatinya. Ni artikel aku dapat dari paper utusan untuk dikongsikan bersama tentang Kebesaran Lailatul Qadar ni.

Malam Lailatul Qadar menjadi rebutan para aulia dan orang yang soleh kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk beroleh keberkatan dan rahmat yang tersembunyi di dalamnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (riwayat Ibnu Majah) 

Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. (riwayat Muslim) Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5). 

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada 1,000 bulan .Ulama berselisih dalam menentukan malam berlaku Lailatul Qadar. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.” (riwayat Ahmad)
Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam al-Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya oleh golongan yang beriman, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi. 

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah SAW, ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya. 

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah SAW dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Justeru, amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan yang dilakukan selama 1,000 bulan. Lebih-lebih lagi, apabila dibanding dengan umur nabi dan umat terdahulu. 

Usia baginda dan umatnya adalah pendek. Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 83 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad SAW yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun sahaja. 

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan. Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Note: Moga kita mendapat keberkatan dari - Nya. Amin

Hari ini rasa sangat Letih dan Lemau

Hari aku rasa sangat letih dan lemau. Naper ntah. Tadi aku dah tido kul 1-2 tapi badan jadi makin letih. Tak sabarnya nak balik. May b skang ni dah pertengahan puasa kan so badan kita dah kekurangan mineral gamaknya. Pandai jer aku assume kan..hi..hi.. Salah satu sebab lain may b sebab bulan puasa ni jadual tido aku sedikit berubah dimana aku langsung tak tido pas bangun sahur. Mean everyday aku bangun kul 5 n buat kejer rumah sket2 n terus datang opis. But kalau dihitung aku dah tido cukup 6 jam..pelik gak masih penat lagi..hmm sabar jer la fiza. Hari ni aku plan nak masak seperti kat bawah ni.

 Kredit to Pak cik Google

Bulan puasa ni tak buat lagi bihun tomyam ni. Aku jugak plan nak masak ni jugak sebagai kuih.

Sempat ker samapai rumah kul 6 nak buat. Aku akan cuba bg sempat la k..Nak berjimat kan skang ni so aku rela masak dari beli k. Rasa terjamin n puas hati.


Monday, August 23, 2010

Amazing Video-Sangat Kreatif

Pagi-pagi ni tak der idea lagi aku nak menulis. So aku nak post video jer yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Jom layan bersama. Kalau ader bakat jer mampu buat macam ni.




Iklan Merdeka Petronas 2010

Korang dah tengok iklan ni kat TV ke. Aku baru tengok semalam. So far not bad la. Tapi kali ni tak sedih sangat macam yang selalu. Nak tunggu iklan raya lak nanti. Aku der cari lam Youtube tadi. So jom layan sama-sama.



Hari Isnin Yang Sangat Tak Best

Assalamualaikum..

Hai Happy or Bad Monday yer you all semua. Bg aku lak ngan Mr hubby, ni dalah Isnin kedua berturut-turut kami mulakan hari ngan perasaan tension. Sebab aper??? Biasala jem ler aper lagi. Last Monday ok lagi coz kami kena jem start dari Pasar Borong Selayang jer tapi hari ni sangat2 teruk jem yang kami kena tempuh sepanjang ulang alik dari Rawang ni. Kesesakan bermula sebelum dari warta lama lagi. Korang bayangkan punya la jauh samapi kereta tak gerak. Akibatnya kami sampai opis kul 8.20 tau. Aku tak per la masuk kul 9 tapi Mr hubby la bertanda merah la attendance hari ni. Puncanya kemalangan teruk yang aku pun tak tau kat mana. Yang nampak ambulans jer tadi. Elok dah masuk susur keluar nak ke KL jer baru la info traffic era wat pengumuman. Yang pastinya kami tersangkut dalam jam hampir 1 jam..hu..hu..
So ade sesaper lagi tak yang lalu jalan selayang pg tadi?Mmg tension kan..Kena ingat satu perkara hidup kat KL kena terima hakikat semua ni. Sabar jer la tambah2 bulan puasa ni.

Note: Hari ni aku cuba wat transformasi pakai shawls. Ha..ha..nanti aku upload gambar ek..bukan hari ni latapi tunggu k..hi..hi..cute gak pakai shawls ni eh..

Friday, August 20, 2010

Jumaat Yang Suram...

Dah petang baru nak menulis hari ni..Penat la hari ni. Tak tau naper. Badan rasa lemau sangat. Hari ni dah Jumaat kan. Kejap jer rasa bulan puasa ni, kalau tak puasa pun cepat gak kan. Petang ni may b tapau jer kat param coz hari nak balik Rawang. Risau gak kalau jam dari boleh sampai kul 6 akan jadi kul 7 kang. So mmg plan nak beli jer hari ni.
Minggu depan my MIL nad FIL nak datang tengok rumah baru kami. Selagi tak datang may b diaorg rasa tak sedap hati kan. Yer la mak ayah mana yang tak nak tengok anak2 berjaya ada mahligai sendiri kan. So plan minggu ni aku nak pegi Jalan TAR jap cuci2 mata jer. Kalau terbeli tue nasib la..ha..ha.. Dengan budget yang ciput jer so aku kena la berbelanja dengan berhemat yer. Tahun ni mmg kami sekeluarga akan beraya secara sederhana jer. 
Plan kedua aku nak buat kuih raya. Ha.ha..pandai ker..kih..kih..Actually masa aku mengandung mmg aku ada buat tapi tahun lepas aku stop coz syakil kecik lagi. So tahun ni mmg berhajat nak buat balik. Yang simple2 jer aku tau. Jadi la wat bekalan wak balik kg kan. So tue jer plan hujung minggu ni. So semua Selamat Berhujung Minggu. Semoga Puasa Kita lebih diberkati.. Amin

Note: Hope minggu ni dapat settle semua persiapan raya. Malas dah aku nak fikir.


Thursday, August 19, 2010

Makin menjadi-jadi kes pembuangan Bayi, Kejamnya manusia ni..

Sedih aku dengar. Hari2 buka berita mesti ada satu dua kes buang bayi ni. Yang aku pelik naper makin banyak berita kuar paper n tv makin ramai yang buat dosa tue. Tak der ke keinsafan kat hati diaorg bila tengok kes-kes serupa kat TV tue. Tergamaknya la kan. Aku terfikir satu perkara. Dlam banyak2 kes baby yang meninggal terlintas kat fikiran aku bagaimana keadaan dia kalu masa lahir tue masih hidup tapi ditinggalkan n berjuang bertarung nyawa sorang2. Digigit semut..Ya Allah sedihnya. Binatang pun tahu syangkan anak n jaga nak dia ni kan kita manusia yang ada akal fikiran..Sedih sangat kan. Allah dah bg tanggungjawab kat kita untuk jaga baby tue sebaik mungkin tapi ini yang dia dapat. Ya Allah kau lindungilah bayi2 yang tak bersalah tue..Amin..



Lagi satu video sweet

Ni lagi satu video sweet yang aku jumpa..layan jer k. Juga dibuat oleh Zack.



So sweet..Saper2 dilamun cinta sangat sesuai video ni..

Actually tadi aku der wat posting tentang seorg ayah. Tapi video tue tak leh bukak lak coz youtube blog. So aku tak dapat coding dia. Nanti dapat aku share kat sini k. Tapi aku jumpa satu video ni. So sweet. Korang layan jer k.


Note: Aku try cari kat google saper yang buat citer kartun n aku dapat penciptanya. Korang view la blog dia. Sangat menarik. Blog owner Zack

Pengorbanan Seorg Ibu Tiada Tandingannya

Salam pagi Isnin. Tadi jalan2 kat Facebook aku jumpa video ni. Tergerak nak kongsi bersama. Sangat2 touching. Rindunya kat arwah mak aku. Hayatilah kawan2.



Tuesday, August 17, 2010

Give Away Raya Dari Kak Nor


Yes I Love barang2 Antik yang English style macam ni. Ni kali kedua aku join contest macam ni. Yang sebelum ni tak ingat la kat mana. So syarat2 contest ni sanagt mudah sebenarnya. Terbuka kepada semua just tinggalkan komen kat blog Kak Nor di entry ini . Kalau nak buat entry kat blog masing2 akan diberi markah kredit k.

Hadiah2 yang sanagt menarik.

Hadiah pertama peserta bertuah
Hadiah Kedua
Hadiah ketiga

Sangat menarik kan. Jom ramai-ramai Join GA ni k. Tpai kena cepat la coz tarikh tutup pada 23/8/2010


Kewajipan ke Jalan TAR setiap kali bulan puasa

Kewajipan ker ek..hi...hi..since aku menetap kat kl ni sejak tahun 2006, tiap kali raya aku msti akan pegi Jalan TAR. Untuk pengetahuan korang aku pegi seorg tau..looser tak..ha..ha..lantak korang nak fikir aper pun. Tapi mr hubby bukan jenis yang suka ikut kalu aku nak bershopping n aku pun tak suka dia ikut. So tiap kali raya mmg tugas aku seorg jer untuk bershopping baju raya untuk semua tau, bukan baju aku sorang jer. Dia akan jaga my handsome boy kat rumah. Bukan skang ni jer sebab dah ada anak dia tak ikut tapi sejak aku belum kawin sampai la aku mengandung 8 bulan, aku pegi sorang2 jer ke SOGO n Jalan TAR tue. Gigih tak aku.

Ok meh aku citer sket masa aku ngandung 8 bulan tue mmg mood nak raya langsung tak der coz aku gemuk ha..ha..so semangat nak pakai baju raya tak der langsung. Tapi nak gak pegi cari baju. Semua tempat aku pegi kat area wangsa maju ni tapi tak berkenan langsung. Maka aku pun pegi la KL sorang2 jer even mr hubby tak bg sebenarnya tapi aku condifenkan dia aku boleh lagi jalan even masa tue kaki ni bengkak yang teramat. Aku nak pg cari hadiah untuk MIL jugak. Mmg ajaib aku rasa dalam pregnant 32 weeks n ditambah ngan puasa aku dapat bertahan berjalan jauh. tapi bila balik rumah aku mmg collapse la..terus pengsan buakn betul2 la tapi penat tertido ler..

Aper ek tarikan masjid jamek jalan TAR ni. Ntah la kau pun tak pasti tapi mmg ade daya tarikan untuk pegi sana kan. Even hanya untuk beli tudung jer sehelai. he..he..Tahun ni may b aku akan pg jugak. Kalau tak minggu ni may b minggu depan. Tujuan sajer2 cuci mata n cari tudung. Wlaupun hakikatnya setiap tahun jalan TAR akan penuh dengan ribuan manusia but aku tak serik pegi lagi he..he..Korang lak macam ner..wajib ker pegi tiap tahun yer..

Note: Ni gambar2 yang aku ambik ikhsan dari pakcik google. Maaf kalau gambar dari blog saper2. Bukan aper takut jadi isu la nanti.
Boleh nampak kan ribuan manusia yang akan pg setiap tahun

Kuih muih dan kelengkapan raya

Hari ni dah 7 hari puasa kan...sekejap jer..

Apsal tajuk bunyi cam cerita jer ek..muaha..ha.. lantak la. Ni kes kekeringan idea nak menulis la ni. Bulan puasa ni blog pun jadi suram jerr nak berupdate kan. Itu aku la tapi org lain semua rajin update kan. Kejap jer dah 7 hari puasa kan. Sepanjang 7 hari puasa aku baru pegi bazar sekali iaitu hari pertama puasa. 1 hari makan kat care4 masa hari jumaat hari tue coz aku dah lambat sangat balik so kami decide berbuka kat care4 jer sebelum balik Rawang. Tapi peringatan buat aku yang ader anak yang mmg langsung tak behave jangan makan kat luar dah..hu..hu..Penat tau nak berbuka lagi nak kawal anak lagi. Solution berbuka jer kat umah senang citer. So lagi baki 4 hari semua kau masak kat rumah jer. Bagus sebenarnya masak kat rumah ni. Antara kebaikannya:
  • Satu kita boleh tau aper kita masak tue sedap ke tak
  • Kedua dijamin kebersihan
  • Ketiga kita boleh tau aper kita masuk dalam tue baik untuk kesihatan ke tak
  • Keempat kita leh dapat msakan kita tue dalam kuantiti yang banyak compare kalu kita beli kat kedai
  • Kelima mmg langkah berjimat cermat yang sangat baik tau.
  • Keenam sangat mulia seorg isteri dapat masak menggunakan air tangan untuk suami tercinta dan anak2
  • Ketujuh langkah berhemat untuk kita tak membazir dan makan terlalu banyak ketika berbuka. Kalau pegi bazar confirm akan beli macam2 kan
  • Kelapan langkah ideal untuk diet sebab makan seadanya saja.
Punya la banyak kebaikan masak kat rumah kan. Bagi aku mmg penat sikit kalau nak masak bila balik kejer. Yer la aku boleh sampai rumah paling awal kul 6 or 6.30. so mmg kena rush giler2 la nak masak tapi tak per aku tak kisah janji suami n anak aku makan dengan seleranya.


Thursday, August 12, 2010

Masak sendiri VS beli kat bazar Ramadhan - Yang mana lebih baik n jimat

Untuk pengetahuan korang bulan puasa ni bosa aku bg pelepasan balik awal iaitu pukul 4.00 petang tapi tak de maknanya aku kena balik kul 4 gak sebab mr hubby balik 4.30 so tetap kena gak tunggu dia. Aper kaitan balik awal dengan tajuk yer. Banyak kaitan gak la. Bila balik awal maka aku sempat la nak sediakan juadah berbuka dengan air tangan sendiri he..he..

Semalam hari pertama puasa aku ngan mr hubby just beli je kat bazar, teramasuk la adik ipar aku pun beli gak tapi tempat yang berbeza. Ok berbalik kepada tajuk entry ni.. totally semalam kami habis almost 30 ringgit untuk makanan berbuka sahaja setiap org. Aku beli nasi tomato n mee sup kat syakil = RM7, Mr hubby lak beli Nasi Ayam + Roti John = RM 7 dan adik ipar aku lak beli kua teaw + soya + hati ayam masak kicap kot = RM8. So total semua = RM22. Jumlah 22 ringgit tue kalu aku beli bahan mentah n masak banyak benda gak dapat kan. Pas tue lak kalau masak boleh makan sampai sahur lak tue kan. Sangat2 jimat dan yang paling penting dijamin kebersihan n rasa pun ikut kesedapan rasa kita kan.

Disebabkan skang ni umah aku kat batu caves masih belum ada peti ais maka aku terpaksa la beli bahan2 mentah hari2. Tapi tak per aku lebih rela masak dari laburkan kat bazar hari yang belum tentu diaorg masak sedap kan. Tapi bukan bermaksud tak leh beli langsung cuma bukan hari2 ok. Kalu setakat kuih muih tue boleh la nak beli. Pengalaman aku sepanjang beli kat bazar Ramadhan ni, kadang2 kita tengok macam best n sedap jer mkanan tue tapi bila makan mmg tak sedap pun..aku masak lagi sedap he..he..

So korang lak macam ner..Sila2 la bagi komen ye...

Hati-hati Dengan Buffet Ramadhan Kat Hotel

Alhamdulillah sempat lagi kita bertemu dihari kedua Ramadhan. Moga kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat menempuh bulan yang mulia ni sebaik2nya. Semalam lepas berbuka n macam biasa tengok berita la. Terkejut gak aku bila kuar berita beberapa hotel jer yang mendapat Sijil Halal di jakim ni. Hmm so kita be carefull la sebelum nak pilih berbuka buffet kat mana2 hotel. Perlu kaji selidik dulu before buat temphan k. Ni article aku copy dari utusan Malaysia pagi ni:

SHAH ALAM 11 Ogos – Hanya 13 hotel di Selangor telah mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sehubungan itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, umat Islam di Selangor diingatkan supaya sensitif dengan status halal hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini terutama jika berbuka di hotel.

Beliau berkata, hanya hotel yang dapurnya telah disahkan halal oleh JAIS dan Jakim boleh diyakini bebas daripada penggunaan bahan-bahan mentah yang tidak halal dan meragukan serta jaminan kebersihan penyediaan dan pengendalian mengikut hukum syarak.

‘‘Sebahagian besar hotel-hotel memaparkan tag line Buffet Ramadan atau seumpamanya, seolah-olah menghalalkannya secara automatik kerana situasi Ramadan dan umat Islam.

‘‘Hakikatnya Buffet Ramadan atau seumpamanya ini tidak dapat memberi apa-apa jaminan terhadap status halal seperti dituntut oleh hukum syarak dan pematuhan kepada keperluan-keperluan lainnya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Mohammed Khusrin, biar pun penyediaan makanan di hotel menggunakan bahan mentah yang disahkan halal, masih banyak potensi bagi berlakunya pelbagai bentuk pencemaran unsur-unsur tidak halal secara langsung mahupun tidak langsung khususnya dalam aspek pengendalian dan penyediaan makanan.

Lebih malang katanya, apabila ia turut melibatkan unsur-unsur yang menjadi penyebab kepada masalah kesihatan jangka pendek dan jangka panjang.

‘‘Peningkatan budaya umat Islam berbuka puasa di hotel semasa bulan Ramadan berbanding hari-hari biasa menyebabkan beberapa hotel yang tidak mempunyai sumber guna tenaga dan prasarana lengkap akan mencari jalan bagi meningkatkan persediaan dan permintaan dengan kos yang minimum.

‘‘Berdasarkan beberapa petunjuk yang wujud serta pengalaman lalu, dijangkakan ada pihak hotel bakal memanipulasi bulan mulia ini sepenuhnya untuk mengaut keuntungan tanpa ada rasa tanggungjawab kepada penunaian hak mendapatkan hidangan yang halal dan bersih kepada umat Islam,” ujarnya.

Oleh itu katanya, logo halal yang diguna pakai dan dipamer di hotel dan restoran harus diteliti agar umat Islam tidak tertipu dengan penggunaan logo palsu.

Ni lak senarai Hotel2 yang berdaftar:


Note: Aku mmg a jarang2 makan kat hotel time bulan posa except my hubby dapat invitation. Al maklumla kejer company kecik jer..he..he..

Wednesday, August 11, 2010

Zafreen Syakil Milestone-1 Year and 8 Month

Salam 1 Ramadhan
Hari ni dah puasa ek. Saper tak puasa angkat tangan..he..he..Of course la ada kan yang kaum sejenis dengan aku. First entry dibulan puasa ni aku nak cerita pasal anak terunaku yang dah makin membesar. Rasanya dahj lama aku tak menulis pasal comelku sorang ni kat sini. Asyik terlupa je nak wat entry pasal comelku ini.. Bulan 8 ni Syakil dah nak masuk setahun 9 bulan. Lagi 3 bulan jer nak cukup 2 tahun. Setakat ni pencapaian dia normal macam kanak2 sebaya dia aku rasa. Dia dah petah  bercakap. Dan skang ni tengah training nyanyi lagu ibu lak. Siap ngan gaya menari lak tue. Dah kuasai banyak word na suka sangat ajuk org bercakap. Dah pandai bercakap lam telefon mean bila aku tanya dia dah pandai jawab soalan.

Sangat obses dengan game PS2 papa dia. Kalau bukak game dia boleh stay kat situ dalam tempoh masa yang lama. Game yang suka main msti la macam papa dia game Tekken la. Suka dia tengok bear berlawan. Seorg yang sangat kelkar dan buat kami sekeluarga gelak. Sanagt cair hati mama dia bila kita marah dia then dia akan pangil mama dengan nada yang sangat manja sambil peluk n tepuk2 belakang kita...so cute.. Kadang bila aku marah dia akan cakap ma sayanggggg mama. Bahagia jer rasa. Tapi satu jer sampai skang ni dia tak rapat sangat ngan papa dia kecuali time nak main or pg jalan2.

Bab2 pemakanan lak masih macam dulu la. Dia makan ikut mood dia la. Berat dia skang ni dah 10kg..ringan jer kan. Skang ni dia susah sangat nak tido malam. Mmg kena paksa la kalu nak bg dia tido sharp pukul 10. Aku ngan mr hubby mmg train dia tido on time. Bab2 baca buku mmg susah sangat nak bg dia statik jer study betul2. Skang ni aku dah setup satu bilik untuk dia belajar n main so dia dah boleh disiplin sket2 baca buku. Dah boleh point semua anggota badan n dah kenal banyak jenis binatang n benda bila dia nampak in reality even just blaja dengan buku n tv jer. Aper lagi ek. Suka sangat ikut papa n mama solat n dah boleh sebut Allhuakbar agak clear. Suka dengar ayat Al-Quran dan skang ni dah pandai sket2 nyanyi lagu barney. Ambik yang ujung2 jer. kalu kira sampai 10 tue dia boleh ikut tapi kira sendiri samapi 3 jer. Sama gak ngan ABC. Kalu kita ajar sampai Z dia boleh sebut clear tapi bila kira sendiri samai C jer la. Hmm rasanya tue jer yang aku ingat. Nanti ingat aku update lagi ek. Syakil, mama doakan syakil menjadi anak yang bijak, soleh dan mendengar kata mama n papa tau. Don't be noughty2 k..Love You so much. Layan jer gambar terkini syakil yang aku snap semalam.

Ni aku mintak dia posing tangan n kaki dia yang kena campak tue

Muka budak tengah demam

Aku mintak dia posing ntah aper gaya dia buat

Posing manja la kononnya

Sayang comel mama