2010 melabuh tirai, 2011 mula menjelma. Sekejap jer masa berlalu kan. Tahun 2010 banyak suka duka yang aku dah lalui dalam hidupku. Duka yang paling besar kami terasa kehilangan tok ayah aka atuk aku yang tercinta 30/11/2010 yang lalu. Lepas ni dah tak de lagi seorang nenek nak bermain ngan cicitnya. Sungguh aku terasa kehilangan tok ayah. Aku antara cucu yang paling jauh dan aku hanya berjumpa dengannya kali terakhir pada hari raya puasa yang lalu. Sebagai salah sorang cucu perempuan yang pernah tinggal bersama ngan dia, aku antara yang rapat dan tok ayah selalu bercerita dan meluahkan perasaan kat aku. Yang pergi tetap kan pergi, yang hidup hendaklah mendoakan kejahteraan mereka disana. Moga rohnya dicucuri rahmat...Aminnnn.
Tahun 2010 juga merupakan tahun yang paling bermakna untuk kami suami isteri kerana dengan rezki dari-Nya kami telah pun tinggal dirumah sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih tak terhingga to my lovely hubby yang menyediakan teratak untuk kami sekeluarga. Dan diluar jangkaan sebenarnya kami memiliki 2 buah rumah sekaligus. Alhamdulillah.
Disebabkan memiliki 2 buah rumah, maka tahun 2010 tiada percutian keluarga..save budget sebab pindah rumah. Percutian yang dirancang pada bulan 3 ke Sabah juga menemui kesulitan atas kemalangan yang terjadi keatas aku. Dompet aku tercicir masa kat LCCT. Aku anggap tue bukan rezki kami nak kesana.
Dari segi kerjaya pulak, tahun 2010 aku agak tidak bernasib baik. Company yang aku kerja skang ni masih lagi beroperasi tapi mungkin hanya sampai bulan January 2011 sahaja sekiranya gagal mendapat mana2 loan. Sepanjang tahun 2010, setiap bulan gaji aku msti sangkut, tapi aku bersyukur dengan rezki-Mu Ya-Allah. Dan aku doakan moga bos aku dipermudahkan segalanya. Kalu company tutup tak tahu la aper nasibku nanti. Kalau ade kejer kosong kat mana2 tolong inform aku nanti k..hu.hu..
Dihujung tahun 2010 kami diberi rezki darimu Ya-Allah yang aku ngan hubby mmg dah jangka. Aper rezki tue nanti dah confirm aku kan ceritakan. May b tahun depan la.
Aku juga telah mendapat lesen kereta pada Julai 2010. Alhamdulillah sekarang aku dah boleh drive pg n balik kejer sendiri tapi time my hubby outstation jer la he..he..
Rasanya tue jer sedikit senayak rentetan peristiwa sepanjang tahun 2010 yang aku ingat. Moga kedatangan 2011 akan lebih bermakna untuk kami sekeluarga. Tiada wish-list aku nak buat sebab yang tahun lepas pun lum terlaksana lagi hu..hu..
Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dan Semoga Kita Lebih Success...........
2 comments:
So - "Selamat tinggal 2010..Selamat datang 2011.." - Ι wouldn't have thought it would be as good reading as it has been. Now I should really go and do some WORK.
Here is my page; instant long term loans
Assalam pn fieza masih tnggl di laksamanapuri condo? Sy sdg mencari pengasuh di area situ. Mind to share any contacts? Email: halifah8275@gmail.com
Post a Comment