Be My Lovely Follower

Thursday, April 14, 2011

Syakil vs Potty Seat

Seperti aku pernah citer kat entry ni sebelum ni, Syakil mmg dah free diapers but time siang jer..bila dia dah tido malam aku masih tak berani lagi nak freekan dia sebab dia masih kencing malam disebabkan kadang2 dia mintak gak susu tengah malam. Penangan budak yang makan tak banyak maka dia masih lagi bergantung ngan susu. Sebelum ni even dia dah tak pakai pampers tapi aku ada masalah sket coz dia jenis malu nak cakap bila nak berak. Pastue dia tak nak berak kat mangkuk toilet sebab tak muat kan dengan punggung dia. So dia melepas kat lantai jer n jadi satu kejer lak aku nak buang ngan tisu masuk mangkuk toilet tue.
So aku pun fikirkan solution untuk masalah ni dengan beli potty seat yang baru. Sebab aper yang baru coz sebelum ni aku dah beli yang satu jenis ni yang bentuk binatang dan macam2 lagi just like mainan jer. Tapi dia tak nak buang lak dalam tue. So kesudahannya aku mintak mr hubby belikan potty seat yang boleh letak kat toilet bowl kita tue. Dan Alhamdulillah skang ni dia dah nak buang kat situ. Cuma dia masih lagi malu nak cakap. Kalau nak berak dia akan panggil mama2 cepat la. Tapi tak bgtau aper. As his mom aku dah tahu dia nak berak. Bila tanya baru senyum jer. he..he..Itulah peel budak baru nak belajar kan. Sebagai parent kita mmg kena banyak sabar. Even dah pandai bgtahu nak kencing or berak but sometimes dia terlepas gak sebab dia jenis tahan kencing. So kena alert la. Kalau lebih 2 hours dia tak ke toilet maka kenalah bawak ok. Satu jer peel dia sejak dah free diapers ni, kadang2 dalam sehari tue dia kan request nak pakai diapers gak sekali. Dia akan jawab penat la mama mean dia penat ke toilet. So pandai2 la main psychology ngan dia. Pujuk n bgtahu akibat kalau pakai diapers. So far dia ok n nak gak dengar cakap. Per2 pun i'm proud of you my son. Love you so much..

Mula2 dulu beli yang ni tapi dia tak nak buang dalam tue
So skang ni guna yang ni. Sangat2 portable. Tapi kalau balik kg tak tahu la macam ner sebab toilet cangkung ha..ha..

1 comments:

alyyani said...

gud joob syakil! malam mmg tak berani lg kan. confirm tebabas. takpe lah, siang dah ok, ok sgt tuh :)