Be My Lovely Follower

Wednesday, March 31, 2010

Update mahligai kami...

Salam semua..

Ish2 fiza ni..asyik2 update pasal rumah kan..orang pun dah boring kan..biar la blog aku kan..aku buat blog ni macam diari harian la nak catit semua benda penting yang jadi dalam hidup aku..hopefully nobody care..adat berblog biasa la ade yang suka posting kita ader yang tak..kritikan kena terima untuk kebaikan kita jugak..tapi jangan la sampai bermusuh k..

Ok sambung cerita pasal rumah...semalam 30/3/2010 Mr hubby dah dapat surat yang dia tunggu selama dua tahun..ha..ha..surat untuk kitaorg pg ambik kunci rumah...Alhamdulillah penantian berakhir jua..so semalam jugak dia dah buat apointment untuk ambik kunci minggu depan hari selasa...Walaubgaimanapun rumah tue belum dapat surat kelulusan CF sepenuhnya tetapi pihak pemaju perumahan dah dapat kebenaran dari MPS untuk bg dulu kunci kat pembeli...

So dalam bulan 4 n 5 ni kitaorg akan agak sibuk dengan renovation rumah..aku akan update dari semasa ke semasa..kitaorg target dalam bulan 6 baru nak pindah time cuti sekolah coz boleh import adik2 datang tolong pindah barang..Rasa teruja sangat nak masuk umah sendiri..macam2 plan nak hias rumah nanti..ha..ha..la..la..gumbira rasa

p/s: semalam mr hubby tido dalam tersenyum n mimpi2 lagi rumah dia..

0 comments: