Be My Lovely Follower

Thursday, August 5, 2010

Nak shopping baju raya la..

Minggu depan dah start puasa kan. Rasa baru jer dok sibuk2 beli baju raya tahun lepas tup2 dah puasa pulak. Hmm skang ni sana sini sales kan. Mega sales diteruskan ngan sales raya sekaligus. Persiapan raya satu pun lum buat lagi. Aku since dah menetap kat KL ni jarang menempah baju. Beli yang custom made jer. Tahun ni pun macam tue la jugak gamaknya. Yang pastinya tahun ni mmg kami tak sedondon la sebabnya ialah Mr Hubby tak nak beli baju dah. The reason baju tahun lepas ok lagi..tapi mmg pun baju tahun lepas pun pakai sekali dua jer. Kalu hari kejer maksud aku hari jumaat dia bukan nak pakai baju melayu. Sudahnya tersimpan jer lam almari. tak nak beli tak pe duit buat beli baju casual jer buat jalan2. Untuk syakil pun sama baju melayu dia still muat. Tengok budget la nak beli ker tak. Aku rasa nak beli baju jalan2 jer banyak pasang sket coz dah lama tak beli baju kat dia. Untuk aku at least dua pasang wajib.

Hmm ingat hujung minggu ni nak pegi Sogo. Esok ngan Sabtue Sogo card day kan. Nak pegi cari handbag, baju syakil n baju papa dia..Hope budget cukup la..Yang merisaukan aku bulan 8 entah dapat entah tidak la gaji ni..Kalu tak dapat raya dalam bersederhana la kami. Tapi aku percaya Allah dah aturkan rezki masing2 kan. InsyaAllah ada rezki untuk kami nanti..Amin.

Note: Korang jangan pelik bila aku update blog yer. Aku datang kejer ok. Semalam aku tido umah jiran lama aku. Terpaksa tebalkan muka tido umah dia hu..hu..tak per aku jadikan cabaran ni sebagai kekuatan aku nak bawa keter. Kete skang ni di Genting bersama mr hubby. Dia bawa sebab tak harapkan aku bawa.

5 comments:

r|nA @ ja|j|na said...

wah dah nak soping raye ek..kite arini baru gaji, sabtu baru nak cari barang sket2..macam tahun lepas hubby langsung takbli baju raye,dia recycle 2 tahun sudah aje..

wanie @ suzie said...

wani tggal nak cari tudung n kasut je yang lain sume dah setel .lega kalau siapkan awal2

fieza said...

Rina: sama la fiza pun baru dapat gaji n minggu ni kan last before puasa,nanti bulan puasa tak larat lak kan..lelaki macam tue la diaorg ni tak kisah sanagt kan

Wani: wah wani awalnya buat persiapan..fiza satu haper pun belum. Ni baru nak start enjin..mmg pun kalu wat awal2 kan senang..

Mrs. Simplicity said...

nak shopping dah eh. best! selmat ye. kitorg selagi belum nak raya selagi tu tak shopping. lepas tu nanti sure mengah sebab shopping bulan puasa. ye la, banyak department nak pegi, banyak barang nak beli. huhu..

fieza said...

Alyya: Bulan posa nanti sambung shopping lagi he..he..skang ni baru pra shopping jer..selalu bulan posa fiza akan shopping time uzur ha..ha.. tak penat sangat..n kalau shopping mmg sorang2 jer pegi..susah bawak syakil ni..