Be My Lovely Follower

Friday, September 24, 2010

Aidilfitri Di Felda Lubuk Merbau,Pendang, Kedah - 3,4 dan 5 Syawal 1431

Asalnya entry ni nak publish petang semalam tapi tak sempat sebab mr hubby datang cepat sangat.So aku just simpan dalam draft dulu. Hari akan cuba sedaya upaya untuk update citer raya sampai habis. Kalu tak terperam la samapi hujung Syawal gamaknya. Ok petang Sabtue dari nak gerak kul 4.30 ke Kedah dah jadi pukul 6 baru nak jalan. So kami sampai umah aku agak lambat hampir kul 9 gak la. Sebabnya selain gerak lambat kami kena jam kat highway. May b sebab ramai yang keluar raya so jalan jadi sesak. Sampai2 jer tak der saper pun kat umah. Ader mak, ayah n adik aku jer. Badan pun penat tapi syakil sebaliknya. Dia aktif semacam jer sebab dalam kereta dah tido lama. Maka tok ayah aka ayah aku terus ajak main mercun ngan bunga api. Suka la kawan sampai tak mau masuk rumah tapi aku paksa gak la. Malam tue mak aku masak laksa n masak nasi lauk daging masak kicap n ikan keli berlada. Malam tue mmg aku lupa langsung nak bawa kuar camera. So no picture la.

4 Syawal 1431H

Plan hari ni aku nak pegi beraya rumah kawan2 kat area lubuk ni tapi bila call semua tak der kat rumah dan ader yang dah masuk kejer pun. Hmm last2 kami decide pi Sungai Tiang jer tengok anak abang aku yang baru lahir. Mohd Zaim bin Mhd Zainizam.
Ni la gambar baby abg aku. Photografer tak bertauliah ambik so tak jelas la. Syakil sanagt teruja dengan baby. Suka sangat kiss2 baby. Apakah maknanya dia nak seorang kawan ha..ha..kena tanya papa yer Syakil..
Mula-mula pas raya umah abang aku actually umah MIL dia aku nak terus ke Pendang umah kawan aku tapi terpaksa dibatalkan sebabnya hujan turun sangat2 la lebat dan kami pun terus jer balik rumah. Balik rumah Syakil terus main2 nagn tok ayah n pak uda aka adik aku yang bongsu iman.


Ayah aku dok melayan cucunya. Melepaskan rindu coz syakil satu-satunya cucu yang duduk jauh.

Muka happy seorang tok ayah berjumpa cucunya.

 Syakil bersama Pak Uda. Gaya piece yang tak brapa menjadi.

 Piece yang jadi sket tapi tak nampak muka la plak. Aper2 jer la janji handsome kan syakil kan.

 Sayalah budak comel dan handsome. Gaya nak ngorat awek ni.

 Lepas mandi sambung main lagi. Pakai Topi Pak uda.

 Ala mata syakil lak tak nampak. Yang baju putih ni cucu jiran aku.

 Syakil ade gaya maulana tak dalam video klip RSVP..cute kan.

5 Syawal 1431H
Hari ni kami mmg plan nak berehat dirumah sahaja. Dalam pukul 11 macam tue kami pg umah tok ayah aku kat peringkat dua, selang 3 lorong ja dari rumah aku. Then kami lunch kat sana. Camera tidak bawak yer. So no picture again. Then balik rumah lam kul 3 lebih n rehat jer kat umah. Pastue petang mr hubby ajak aku practice kereta tapi aku tak mau. Naper ntah tak dak mood nak belajar kat kampung rasa nak rehat ja..ha..ha..Malam macam biasa la Syakil akan dilayan bermain mercun n bunga api oeh to ayahnya. Sekian raya kelima kami. Orang beraya kami kat rumah ja. Ha..ha..sempoi kan.

 Tok ayah melayan cucunya bermain mercun. Korang panggil mercun aper. Aku dulu panggil buih-buih. Sebab dia keluar api n meletop banyak kali ha..ha..

 Kusyuk sungguh kan diaorg. Ayah aku samapi tak dan pakai baju melayan cucu.

Muka keriangan dapat main bunga api.

Note: Orang kata mak ayah kita lebih sayang cucu kan dari anak sendiri betul ke ek. Tapi aku rasa betul la.

4 comments:

r|nA @ ja|j|na said...

fieza, syakil teruja ngan baby tu maknanya dia ndaklah tu..kalau gitu fieza kene cepat²lah kasi syakil adik, hehehe..

Fieza said...

ha..ha..Rina tunggu k.Tiba masanya ada la tue...

Hanim said...

hai fieza...sekampung tapi jumpa kat blog...hehehehe...selamat hari raya...

Fieza said...

Selamat Hari Raya kak hanim