Salam semua. Aku kembali bersiaran setelah sekian lama. Hampir seminggu gak aku menyepi dan mungkin akan terus menyepi buat seketika skang ni. Aku jugak nak mintak maaf kat rakan-rakan blogger sekalian coz tak dapat nak ziarah apatah lagi tinggal jejak kat post korang..hu..hu sangat sedih sebenarnya.
Ok la aku nak mula bercerita naper aku terpaksa menyepi buat seketika. Kejadian ni berlaku pada hari Isnin baru2 ni. Macam biasa aku hari2 akan sampai awal kat opis seawal jam 7.30 pagi even opis hour pukul 9 sebab datang kejer ngan mr hubby yang masuk kul 8. So pagi tue macam biasa bila sampai jer aku la tukang bukak kunci bagai. TETAPI hari tue aku agak terkejut coz grill bawah dah bukak dulu tapi dalam hati dok fikir mungkin adik bos yang datang coz selalu mmg dia yang datang awal punk. So akuo pun naik atas magcam biansa la. Kali ni 2 kali terkejutt beruk aku bila tengok grill kena potong. Ni dah sah2 la opis kena pecah. So aku per lagi terus naik atas la. Pintu mmg terbukak la. Then aku check bagai aper yang hilang terus telefon bos.
Antara senarai barang yang hilang adalah cpu semua dia kebas, lcd monitor, decoder n card astro, mesin fax dan beberapa jenis alat elektronik lain. Duit aku RM 15 dalam laci pun dia ambik gak. Kalu ikutkan nilai barang yang hilang tak banyak sangat tapi value yang ada kat cpu tue yang tinggi. Semua maklumat opis dan dokumen2 penting ada dalam tue termasuk la gambar2 aku. Nasib semua gambar mr hubby dah backup. Dan yang paling penting skang ni aku tak boleh nak online dah coz tak de CPU. Kami hanya gunakan satu notebook untuk wat kejer bagai. Tunggu comapany ada budget la baru boleh beli PC baru ha..ha..Ni aku online sekejap jer coz officemate aku kuar jap so guna maa ni untuk update blog.
Aku mmg tak de notebook so ni la masalah yang terjadi. Kena kumpul duit la jawabnya at least beli netbook pun jadi la kan. Aku akan update bila ada masa2 macam ni lagi. kepada kawan2 blogger aku akan cuba melawat rumah korang semua. see u all then k.
Note: Hari Isnin ni aku akan mulakan perjalanan memandu bersama Syakil ke opis. Korang doakan aku dapat menempuh semua ketakutan k. Mr Hubby akan keSabah Isnin hingga Rabu ni.
3 comments:
ya ampun, terkejutnye dgr..mungkin ade hikmah diesebalik kejadian kan..
salam fieza, ish, cuak tu bila tau ofis kena pecah, sama dgn kitorg. ofis kena pecah masuk. tp time semayang jumaat. semua laptop ilang. mujur kat ofis atas je. ofis bawah tak masuk. eh netbook dah murah skang. bole la survey2 :)
oh2, dah leh drive. good progress! :)
Rina: Tu la pasal Rina. Mmg banyak kes pecah masuk opis kat area Rampai Business Park ni.
Alyyani: AA Alyya mmg cuak la jugak. InsyaAllah ada rezki boleh la beli nanti
Post a Comment