Be My Lovely Follower

Tuesday, October 19, 2010

Perkara yang paling seram aku lalui dalam hidup..hu..hu

Seriously aku nak bersalin kat syakil dulu pun tak rasa takut macam ni sekali even orang kata bersalinkan anak ibarat nyawa dihujung tanduk. Tapi aku rasa pengalaman bawak kereta lebih menakutkan. Seriously aku rasa macam tue. Aku tau bawa keter tue tak la susah sangat tapi keyakinan diri ni kurang. Darah gemuruh gamaknya. Even misi semalam agak tak berapa berjaya cozaku tak dapat nak drive sampai Batu Caves pun tapi hanya sampai seksyen 10 je iaitu rumah lamaku.
Alkisahnya semalam aku agak bz kat opis. Aku habis kejer hampir pukul 7 malam. So dalam hati ni dok fikir la boleh ker aku nak drive dengan keadaan cuaca yang makin nak gelap ni. So lepas buat pertimbangan bagai aku akhirnya aku mengalah untuk parking jer kat seksyen 10 dulu n aku akan balik umah naik cab. Syakil lak ibunya tak bg balik so semalam aku tinggalkan dia umah pengasuh n buat pertama kalinya sejak dia lahir aku tak tido ngan dia..hu..hu..mmg tak nyenyak la tido aku malam tadi bila anak tak de kat sisi.Hari ni aku datang seksyen 10 dengan adik ipar aku merempit n aku drive ke opis. Aku harap hari ni aku lepas untuk drive dari seksyen 10 kerumah aku. Doakan aku kawan2. Nak tak nak aku kena beranikan diri jugak. 
Bila memandu sendirian ni macam2 aku fikir. Takut tue usah cakap la. Pasang aircond pun tetap berpeluh satu badan. Kena hon usah kata la. Pastu mati enjin kat bukit pun ada gak. Macm2 la jadi. Tapi aku rasa semua orang jadi macamtue kot first time memandu kan. Ni aku listkan kelemahan aku yang buat aku jadi makin takut dan hilang keyakinan diri:
  1. Aku masih lemah nak agak pemusingan stereng terutamanya bila sampai kat selekoh..Asyik makan jalan orang ja. Aku tau jarang org bawa kereta lemah kat sini. Aku ja jadi macam tue. Tak pasti nape.
  2. Aku masih lemah nak tukar gear masa keter tengah jalan maka aku akan dihon orang belakang sebab lambat pickup terutama bila nak belok kiri or kanan. Selalu aku salah masuk gear or gear tak masuk, maka keter terbehenti tiba2 maka aku akan membahayakan orang belakang yang kemungkinan besar akan langggar buntut aku..hu..hu..
  3. Aku masih lemah nak balance clutch n minyak tiap kali nak gerak kete. Time ni la enjin selalu mati. Nak tanya korang yang mana lebih senang clutch panjang ker pendek.
  4. Disebabkan masalah kat atas maka aku akan lebih rasa takut bila sampai kat bukit. 
See banyak kan kelemahan aku aka dalam kata lain aku masih belum boleh bawa kete. Ak rasa nak improve semua tue kena bawa kete selalu kan. Skill memandu tue tak kan datang sendiri kan. Aku akan cuba pelan2. Hope pasni aku akan lebih yakin. Ya-Allah kuatkanlah semangatku ini...Amin..

3 comments:

Ieja said...

fiza kena beranikan diri..ieja dulu pun cam tu.....lama2 alhamdullilah dah ok...yg ptg time drive ni jgn cepat gelabah....kena cool jer walaupun tertiba kete termati...buat tak tau ja org yg honkan kita tu..anggap jer cam tak ada apa2....

♥ Che NamNam ♥ said...

uwaaa samerlahh kiter..haku pon takut-takut nak bawak keta..tak konfiden langsunggg...rase tak yakin tuh la yang buat bahaye tuhh kann...

Fieza said...

Ija: Thanks Ija..fiza kena try redah n bg berani jugak.

Shiela: tu la sebab tak yakin tue la sangat bahaya..hu..hu..