Hari ni dah 17 Dec 2010. 2 weeks more nak melangkah ketahun baru. Seriously tahun ni aku rasa paling cepat masa berlalu compare tahun lepas. Banyaknya wisklist belum terlaksana disebabkan banyak faktor. Tahun ni jugak tahun paling tak best aku rasa sepanjang aku jadi ibu yang bekerja. Sebab ape??? Hampir sepanjang tahun gaji yang aku dapat on off jer. Dan disebabkan faktor itu kewangan keluarga agak tak memberangsangkan. Tiada percutian keluarga tahun ni selepas peristiwa ke Sabah tak jadi hari tue. Sepanjang 2 tahun lebih jugak mr hubby guna kredit card ni adalah tahun pertama statement balance kat kredit card akaun mancapai 1500. Sebelum ni banyak mana guna banyak tu la jugak bayar. Tapi hal ni terjadi sebab aku selalu sangkut gaji. Kadang dapat, kadang tidak, kadang separuh. Dalam kepala aku skang ni dah terfikir nak berhenti kejer jer kalau sampai tahun depan pun kewangan company macam ni jugak. Setakat hujung tahun ni tak nampak langsung bayang2 projek yang company dapat untuk tahun depan. Aku terfikir nak bekerja dari rumah jana pendapatan through internet mungkin. Aper2 pun aku berdoa rezki berpihak kepadaku untuk tawaran bekerja di F...RA. InsyaAllah..Aminnnn.
Actually nak citer pasal Jumaat jer tapi melalut pasal lain lak. Per2 pun Selamat Hari Jumaat semua dan ceria2 selalu sebab esok dah cuti kan. Minggu ni hanya akan menghabiskan sehari jer kat Rawang iaitu hari Sabtu. Then hari Ahad akan gerak ke Batu Caves coz Mr hubby akan admitted ward hari Ahad ni kat Hospital Ampang. Sakit aper??? Biar la jadi rahsia kami sekeluarga. Don't worry tak serius pun tp aper2 pun korang doakan my hubby cepat sembuh. So minggu depan aku kena drive lagi sendirian. Hu..hu..Buat masa skang aku dah rasa ok drive sendiri cuma aku paling tak tahan nak bawa syakil. Sangat la tak behave. Dia tak suka car seat or safety belt. Dah beberapa kali time aku drive dia terhantuk kat dashboard hu..hu.. Upah mainan pun tak jalan tetap nak tak duduk diam gak. Susah hati sangat bila fikir bawak keter sengsorang ni. Nak tak nak kena gak tempuh hal ni bila time emergency macam ni. So minggu ni macam last week gak rehat2 dirumah sajoq. Happy weekend semua kawan2 ku sayang........
0 comments:
Post a Comment