Be My Lovely Follower

Wednesday, December 22, 2010

Percintaan Jarak Jauh Relevenkah..Bahagia ker tak??

Apsal kuar topik pasal percintaan lak ni.Sajer jer terfikir tajuk ni masa rehat tadi. Korang dulu berkahwin atas dasar cinta ker pilihan keluarga ek. Secara jujurnya aku kawin atas dasar cintan-cintun. Dulu masa belajar dari sekolah menengah sampai la masuk u aku tak pernah bercinta. Tak der orang nak kat aku hu..hu.. Al maklumla tak comel mana pun. Masa aku tunggu SPM aku tak kejer n just duduk umah sebab ayah aku tak bagi aku kejer. Bosan tahap cipan la masa tue. Maka aku menggunakan majalah sebagai agen mencari kawan ha..ha.. Tapi aku bukan hantar yang ader gambar tue cuma yang ader alamat jer tak silap aku paper BACARIA. Ade lagi ke paper tu eh. Then tiap2 hari la ade surat datang umah aku. Best cakap kat korang glamour jer rasa. ha..ha.. Ade diantara mereka2 itu hantar gambar tau. Tapi malangnya semua aku tak berkenan tapi aku layan jer kalau diaorg call. Sampai aku kena marah ngan atuk aku coz bergayut. Time2 dulu mana ada handphone bagai so telefon rumah jer la yang ade. Dalam ramai2 tue salah sorang mamat ni telah menambat hatiku ini. Namanya Hafiz. Macam kebetulan lak kan hafiz hafiza. Kami declare dalam telefon jer. Ni kira cinta monyet la. Bila dah jumpa 2 kali macam tue baru aku tau dia adalah abg kepada kawan aku masa sekolah dulu yang pindah masa form 3. Ni adalh cinta jarak jauh pertama aku. Dia belajar kat kuittho masa tue. Johor Kedah jauh kan.
Then hubungan kami berlanjutan hampir 2 tahun gak. Masa hujung form 6 dah dekat2 nak ambik STPM kami decide nak fikir balik hubungan kami atas masalah2 tertentu. Masa tue aku sayang lagi kat dia. Malah hubungan kami pun family dah tahu termasuk la mak ayah aku. May b pikiran tak matang lagi. Agak susah aku nak lupa dia masa tue. Almaklumlah first love. Then aku diterima masuk ke UUM. Masa tue hubungan kami lebih kepada seorg kawan jer even jauh disudut hati aku sayang lagi kat dia. Naper aku cakap macam tue sebab aku dapat tahu dia ade awek lain. Mean aku sorang jer dok sayang kat dia. Yer la dia selalu datang jumpa aku kat kampus kalau balik kg sebab umah dia kat Jitra jer. Rupanya dah ade org lain. So hati aku tertutup la kat dia.
Then bila masuk UUM aku selalu lepak kat LAB. Al-maklumla budak IT. So dari situ aku mula cari kenalan dengan berchatting. Ramai gak kawan aku dapat. Yang berjumpa pun ader. Dan melalui dunia cahatting la aku ngan hubby berjumpa. Tapi bukan dia yang berchatting yer coz dia bukan yang jenis suka buang masa macam tue. Aku berchatting ngan sorang mamat ni org Gurun Kedah. One day dia nak ajak berjumpa. Maka aku pun berjanji la kat Pekan Rabu. Mmg aku berkenan la ngan mamt ni tapi dia lak tak suka aku..hu..hu..Bukan tue jer dia jual no phone aku kat org lak tue. Dia bg kat hubby aku la. Yang aku ni lak kata single n mingle kan saper2 miscall aku layankan jer. Tapi mr hubby ni even dia kacau aku dulu tapi dia jual mahal tau. Lepas aku dok msg2 tak jawab aku give up la. Lepas 6 bulan baru dia contact aku balik terus ajak jumpa. tapi aku tak leh jumpa coz dia suruh pg Penang. Mana boleh aku tak pernah turun Penang sorang2. Hubungan kami tak berakhir kat situ. Kami berhubung melalui tel n email hinggalah satu malam dia hantar SMS nak aku jd GF dia. Tak pernah jumpa tapi just declare dalam phone jer. Beranikan kami. Masa tue dia belajar kat UTM. Lepas 4 bulan bercinta baru jumpa. Nasib berkenan gak ha..ha..
Masa first time jumpa dia dah bgtau kat aku kalau sanggup tunggu dia lagi 3 tahun baru kawin. Masa tue semua sanggup kan.ha..ha..Yup mmg betul 3 tahun kami bercinta jarak jauh. Dia Selatan aku Utara. Dalam seathun 2 kali jer jumpa. Yup mmg derita tapi kami bahagia skang ni. Cuma skang ni bila dah berkahwin aku mmg tak leh duduk jauh2. Disebabkan tugas kadang2 terpaksa la jugak berpisah sementara. Aku tak tahu la macam mana org yang baru kahwin tapi terpaksa berpisah sebab kejer2 lain2 tempat. Lagi tersiksa kan. Tak dapat aku bayangkanlah. Tapi conclusion yang aku nak buat Cinta PJJ adalha releven dan ada bahagianya. Terpulanglah kat individu tue sendiri macam mana nak kawal perasaan dia.

 Gambar kenangan beberapa bulan sebelum bertunang. Masa ni mr hubby kejer site kat putrajaya buat umah kuarters belakang PICC. Ader sesapa duduk situ tak. Masa ni mmg gelap muka dia sebab hari2 turun site. Kejer private cuti 2 hari sebulan.

4 comments:

Nana said...

hee...
saya dalam kategotri PJJ ngan asben..
dah 4thn lebih kawen
still PJJ

Fieza said...

Yer ker nana. Boleh tahan yer. Kalau fiza dah surender gamaknya..hi..hi

az rina a.k.a jaijina said...

alahi, sweetnye..rina mase bertunag dulu mmg pjj..dia dapat ofer keje kat penang then rina mase tu kat kajang..uwaaa, sedih mmg sedihlah..

Fieza said...

Fiza macam dulu jugak tapi mr hubby yang dah berubah skang ni jadi bulat ha..ha..