Be My Lovely Follower

Wednesday, December 22, 2010

Taman Impianku Entah bila nak tercapai...

Pejam celik pejam celik dah hampir setengah tahun aku pindah masuk umah sendiri. Sekejap jer kan. Bila aku tengok blog org lain sebelum masuk umah baru mesti akan buat renovation besar-besaran. Buat interior design yang cantik. Cat rumah ikut warna kegemaran dan macam2 lagi la. Tapi aku lak masuk umah tak buat aper2 decoration pun. Cuma buat kitchen cabinet jer hu..hu..Cat pun tak tukar aper. Perabot pun lum beli just guna yang rumah sewa dulu jer. Semua ni sebab aku ngan mr hubby belum mampu nak deco2 istana kami tue. Tahun 2010 kekangan kewangan agak kritikal. Walaupun umah kami ni tak la cantik sangat tapi kami bersyukur sebab kami dah duduk umah sendiri dan bulan2 bayar pun umah sendiri. Sebab tue aku ngan mr hubby letak no 2 bab2 nak hias rumah ni walaupun hati kecilku ini memberontak nak design interior dalam umah ikut kehendakku. Tue pasal dalam rumah, belum lagi masuk luar rumah. Rumput kat laman tue dah 3 kali racun tapi rumput nak tanam betul2 lum ader kesempatan nak beli n tanam. Yang skang ni pokok yang ader hanyalah pokok betik, daun kari, daun pandan, serai, pokok cili dan daun kunyit. Semua untuk kegunaan aku masak jer.
Salah satu sebab kami lum ader masa nak deco2 dalam dan luar umah tue ialah kami hanya berada disana setiap hujung minggu sahaja. Hari kejer macam biasa la aku kat umah Condo Batu Caves. Untuk pengetahuan korang semua skang ni jaln menghala ke Rawang hari2 jem yang sangat teruk. Punca utama nak buat jalan tue la ngan highway yang entah bila nak siap. Aku pun sangat pelik sebenarnya naper lama sangat construction jalan tue nak siap. Actually projek tue lebih lama dari pembinaan rumah aku dan tesco. Naper ntah ambik masa lama sangat. Skang ni kalau hujan keadaan akan lebih parah dimana jam akan mula start dari Templer lagi.
Disebabkan keadaan itulah aku ngan mr hubby hanya akan balik Rawang pada Jumaat petang sahaja. Bila hari minggu masa yang ade aku kan kemas rumah yang berhabuk lepas seminggu ditinggalkan. Then masak n rehat. Kadang2 kami keluar so masa kat umah mmg terhad. So azam baru 2011 ni aku nak deco2 umah tue sikit2 supaya bila org datang tak la segan sangat kan. Aku jugak berazam nak himpun duit beli perabot rumah sikit2. Biar simple n murah janji berkualiti dan cantik kan. Ikut kemampuan masing2. Jauh disudut hati aku sangat bersyukur kerana Allah telah murahkan rezki kami untuk ada rumah sendiri sebelum usia kami mencapai 30 tahun..Alhamdulillah. Pada korang yang lum beli rumah aku doakan rezki korang murah k. Beli rumah tak rugi sebab harga akan makin naik. Harga rumah pun dah meningkat skang ni kan. So tunggu aper lagi kumpul duit skang k...

Kalau dapat Ruang Tamu macam ni cantik kan..simple n nice jer

Pastue ruang makan yang elegance n simple macam ni

Then kat luar lak dapat deco simple landskap taman mini..best jer kan

InsyaAllah aku akan buat rumahku syurgaku jadi macam gambar2 kat atas tapi pelan2 kayuh orang Kedah kata. Tak dan nak cekau duit hu..hu..

Note: Semua gambar Ehsan Pak cik google. Kalau aku terambik gambar rumah mana2 blogger harap dimaafkan yer.

0 comments: